30 August 2012

Toilet Blowjob Offer


Sorry kalau korang terasa tajuk entry kali ni macam mislead je atau korang rasa terlalu erotik ke apa ke, aku just nak share apa yang terjadi kat aku pada hari ni yang buat aku macam sedikit cuit hati berbaur dengan seram sejuk yang kecil. Dan maafkan aku sekiranya korang tak selesa dengan beberapa terms yang aku akan pakai dalam entry kali ni. Aku just nak senang je menyampaikan kat korang.

Korang pernah tak tengok iklan-iklan seks kat pintu-pintu toilet? Berani kan mereka-mereka tu? Ada yang siap letak nombor telefon lagi. Dan ada jugak yang sampai letak harga berapa charge mereka 'menservis'. Ada yang mahal la.. dan ada yang murah.. semuanya ikut standard tahap 'pro' mereka kot... Ntah aku pun tak tau sebenarnya... hehehe... tapi kisah ni meletakkan sex 'advertising' mereka ke satu level yang lain..


So, kisahnya terjadi pada pukul 12.30pm tadi di toilet bangunan tempat kerja aku. Ia merupakan public toilet jugak khususnya untuk kegunaan tenant-tenant company yang terdapat di bangunan tu. So, terjadik la peristiwa yang sekarang ni aku rasa nak tergelak. Aku masuk ke dalam salah satu tandas untuk 'membuang'. Dan secara normalnya, seperti orang lain, aku akan melakukan proses tu dengan senyap dan santai. Stress free beb... tu je la masanya kan?

So, ada la seorang 'jiran' tandas sebelah aku ni yang masuk beberapa saat selepas aku masuk ke tandas aku tu. Dalam keadaan sunyi, perhaps sebab dalam toilet tu tinggal kami berdua je kot gamaknya, dia ketuk dinding sebelah kat aku tu. Mula-mula aku senyap. Pastu dia ketuk untuk kali kedua. Aku sangkakan jiran sebelah ni nak mintak tisu la kot kat tempat dia abes ke. So, aku pun menyahut la, "Ye". Dan seterusnya diceritakan menerusi dialog situasi berdurasi 2 minit tu di bawah.

Pervert: Sunyi je... tengah melancap eyh?
Aku: (Terpinga-pinga) Apa?
Pervert: Tengah melancap ke?
Aku: Ish.. Mana ada aku tengah berak ni la sakit perut.
Pervert: Saya nak hisap.
Aku: (muka pelik) Apa?
Pervert: Saya nak hisap batang awak. Awak nak tak?
Aku: You fucking serious bro?
Pervert: Iye... awak nak tak?
Aku: Aku tak kuasa nak buat benda-benda macam ni.
Pervert: ...... awak pasti suka.
Aku: Aku tak nak, sial.
Pervert:...........................


Aku masa tu nak jugak tengok mamat yang try seduce aku tadi tu, so, aku bukak paip, cuci bersih-bersih dan terus pakai seluar. Yang siot nya, by the time aku tengah beristinjak tu, dia keluar dari tandas dia dan terus pergi sinki dah basuh tangan. Terus dia keluar sebelum sempat aku keluar dari tandas aku pulak. Aku pun bergegas bukak pintu bilik air tu tengok kat luar dah hilang dah. Takde sesiapa pun berjalan-jalan depan toilet ni.

Pergh, seriau jugak la aku kalau dibuatnya dia ni seorang psycho ke kan. Tapi aku tak selesa betul dengan ajakan lucah ni. Aku kalau boleh nak je tumbuk muka dia macam dah takde kerja lain dah nak buat daripada amek upah blowjob orang dalam toilet.

-True story


So, korang pernah kena tak macam ni?

p/s: Suara dia ala-ala lelaki berusia lewat 20an. Siot je dowh rasa. Damn....
Post a Comment

Let's Interact!

me>