30 June 2012

Terbakor! : Another Comrade Detected!


Di sini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Terbakor! kerana sudi featurekan entry aku berjudul "Seks Melayu : Fenomena" di dalam blog mereka as Guest Blogger. Klik SINI untuk ke laman page entry aku tu.

Terima kasih kerana support penulisan kecil aku dan sebagai membalas jasa budi mereka, aku jadikkan blog mereka as one of this channel's comrade yang sama-sama berjuang dalam seni penulisan blog.

Oleh itu aku ingin mengajak anda sekalian lawati blog Terbakor! dan like mereka di fan page mereka juga ye. Terdapat pelbagai juadah minda yang disediakan di sana dan mereka sudah pastinya mengalu-alukan kedatangan anda semua.

Terima kasih, Terbakor! for the support.

Klik SINI (atau lagi senang, klik je kat banner mereka di panel sebelah kanan ni) untuk melawati blog mereka dan "like" fan page facebook mereka di SINI.

p/s: Bloggers United!

EURO 2012: Final - Spain Vs Italy


Well, well, well.. so it comes to this. Memang aku dah jangka dah yang Euro kali ni menjanjikan sesuatu yang dramatik dan penuh dengan kejutan. Apa yang diramalkan, semuanya menyimpang jauh. Kaki betting sure ramai yang tidak menjangka result-result yang terjadi. Ha.. bersedialah untuk menggadai segalanya ye... siapa suruh betting?

France, team favorite aku sudah pun balik ke Paris setelah "tersedak" dikerjakan oleh Spain yang terkenal dengan corak permainan Tiki-Taka nya. Dan England, yang aku jolokan dengan panggilan skuad "overated glamour squad" pun dah balik ke London, barangkali dah boleh mula berlatih untuk jelajah perlawanan persahabatan bersama kelab masing-masing setelah tak dapat mengekang kehenseman Italy dalam perlawanan itu mahu jua dari segi paras rupa. Baguslah, kalau zaman dahulu France dan England asyik berperang dan berbunuhan sesama sendiri, sekurang-kurangnya kini mereka ada sesuatu untuk disembangkan bila lepak bersama-sama nanti.

La Roja Vs Azzurri. Who will triumph?


[Spain @ La Roja] yang mara ke final dengan mengalahkan skuad Portugal dalam pusingan separuh akhir dianggap favorite untuk memenangi EURO edisi kali ini dengan berbekalkan gelaran juara bertahan (menang EURO2008). Tapi taktikal Del Bosque (Coach Spain) yang dikecam hebat oleh pengkritik kerana tidak menurunkan sebarang striker mempersembahkan satu skuad yang agak tumpul di bahagian serangan. Ini jelas terbukti semasa perlawanan menentang Portugal tempoh hari. Menang pun menang penalty shoot-out. So, adakah ini sekadar satu "theatrical" sahaja atau pun tidak? Adakah beliau (Del Bosque) ingin menunjukkan sesuatu kelainan dan saje je "save the best for the last" untuk final nanti?



[Italy @ Azzurri] berjaya membuktikan bahawa mereka masih lagi sebuah kuasa besar di persada bola sepak meskipun mempunyai skuad "old guards". Mereka berjaya menutup mulut pengkritik dan membuat Maya Karin menangis pulang ke Malaysia mencampak angan-angan indah German jauh ke Berlin dalam pusingan separuh akhir. Mereka bukan sahaja mampu defend dengan baik, malah mampu juga memberi persembahan serangan yang cantik dan segar. Tak ramai yang dapat menjangkakan mereka akan melangkah sehingga ke final jika dilihat persembahan hambar mereka pada temasya World Cup 2010 dulu. Kini mereka tampil dengan motivasi dan semangat yang baru.

The finals akan menjadi sebuah perlawanan epik dan akan menjanjikan drama yang lama diidamkan oleh peminat bola sepak seantero dunia. It's the clash of the titans. It's the game where pride is at stake. Siapa yang akan merangkul Piala Eropah 2012? Mari kita sama-sama penuhkan mapley-mapley atau tengok secara live HD di kaca tv di rumah. For this finals, will be worth while to watch!!

EURO 2012 Finals: Spain Versus Italy - 2nd July 2012 (2.30am)

p/s: Still with Blues... but this time... "Forza Azzurri!" 



29 June 2012

Seks Melayu : Pornografi



Yup, masih lagi dengan isu sexual repression di kalangan masyarakat melayu. Kali ni, aku nak kupas mengenai seni pornografi pulak terhadap minda kita.

Apa itu pornografi?

Dalam rujukan aku dalam internet ni, pornografi merupakan,
"Pornography or porn is the explicit portrayal of sexual subject matter. Pornography may use a variety of media, including books, magazines, postcards, photos, sculpture, drawing, painting, animation, sound recording, film, video, and video games. The term applies to the depiction of the act rather than the act itself, and so does not include live exhibitions like sex shows and striptease." - Wikipedia

Aku pasti, tak kira la apa taraf korang, sejahat mana pun korang, atau "sesuci" mana pun anda tu, pasti paling tidak pun 85% daripada korang ni pernah tengok porn. Paling tidak pun dalam bentuk gambar - gambar.

Actually, pornografi merupakan salah satu saluran / medium warga-warga yang menghadapi represi seksual dalam eksplorasi atau mencari apa itu aktiviti seksual itu. Ye la kan, sebab porno ni banyak variety, so selari pulak dengan cita rasa seksual yang berbeza terhadap setiap individu, ia boleh menjadi satu pintu khayalan yang nyata terhadap mereka.



Well, does porn telling all the truth about sex?

Of course NOT. Untuk pengetahuan korang, porn merupakan satu profitable business yang dijalankan dengan menggunakan seks sebagai produk mereka. Ia merupakan sebuah industri. So, apa yang korang tengok dan terepngaruh tu adalah lakonan semata-mata. Tak lebih daripada itu. Ia juga memperdaya minda kita dengan adegan-adegan yang korang anggap "hebat" dan "power gila!" itu. Yup, dengan pronografi, sudah pasti kita semua mengenali term-term seperti "threesome", "orgy", "gangbang", "fetish" dan sebagainya. Apa? Adakah korang ingat semua yang korang tengok tu real ke? Dalam video porno, pelakon-pelakon yang beraksi tu tampak boleh "tahan lama" dan boleh mempraktikkan pelbagai posisi-posisi yang mengarut. Bahkan ada yang menonjolkan aksi-aksi yang diluar tabii. Tahukah korang bahawa, dalam scene-scene tu, terdapat pelbagai shot yang diambil supaya klip itu tampak lebih lama secara tidak langsung memperdaya kita kononnya pelakon-pelakon tu tahan lama. Malah, di atas arahan director, mereka fake kan orgasm mereka. Khas untuk tontonan korang..


Dalam-dalam warga masyarakat kita mengalami represi seksual, kita cenderung untuk melakukan aksi sebagaimana yang dilihat di dalam video lucah ini. Di situlah orang-orang kita berani melakukan apa saja agar kehendak seksualnya dipenuhi. Even untuk yang sudah berkahwin, mereka juga cenderung 'mereplikasi' apa yang dilihat terhadap pasangannya. Ye la kan, keinginan tu lebih membuak kerana sudah "halal". In some way, it's ok. Tapi kalau terlampau terikut pornografi, ia akan memudaratkan. Ingat ye, ada sebabnya mengapa agama meletakkan batas-batas, even dalam hubungan suami isteri juga. Bukan sedikit ye kes-kes cerai yang berlaku disebabkan sexual abuse terhadap pasangan samaada isteri mahupun suami. So, take note on that. Dan percayalah, sexual life dalam realiti tidaklah sebagaimana yang korang lihat di dalam video lucah itu. It's entirely different thing. In fact, you may depress if it's not going on your way.



Bagi yang belum berkahwin, lebih-lebih lagi remaja, pornografi memberi impak yang negatif kerana seperti mana yang kita tahu, dalam usia-usia muda sebegitu, tubuh badan dalam keadaan "aktif". Ia ibarat keinginan itu terpenjara dan menanti masa je untuk dilepaskan. Porn membuatkan ia menjadi lebih "ganas". Dan dengan kematangan yang tidak cukup, mereka merasakan bahawa seandainya mereka dapat meniru aksi-aksi dalam porn, mereka akan tampak "cool" dan "hebat". That's why la adanya video-video remaja-remaja kita yang mempraktikan 'threesome', 'gangbang' or even 'orgy' for that matter.


Hubungan antara minda yang menghadapi represi seksual dengan pornografi ibarat nasi lemak dengan lauk paru. Nasi lemak tu dah sedap tapi lauk tu menyedapkan ia lagi. Tahukah korang this so called "fantasy world of sex" ni bukannya kekal untuk masa yang lama. Tengok saja lah, pelakon-pelakon lucah itu. Pada awal karier mereka, mereka masih aktif dan dilabel sebagai "segar". Apabila sudah lusuh, mereka akan dibuang dan disepah-sepahkan tak ubah seperti sampah. Dan kebanyakkan mereka-mereka ni sudah meninggal dunia akibat impak pembabitan mereka di dalam scene pornografi ini. Video di LINK ni senaraikan pelakon-pelakon lucah yang sudah meninggal dunia dan puncanya kematian mereka.


So, renung-renunglah ye tentang isu ini. Pornografi ni memang indah je kalau ditengok sebab mereka hanya menayangkan apa yang "best" je... Mereka takkan tunjuk "the dark side" porn tu seperti penyakit yang datang ke, kesan sampingan ke dan sebagainya. Kita dianugerahkan dengan akal fikiran dan kita sendiri yang patut berpegang kuat dan control diri sendiri itu daripada terpengaruh sesuatu yang kita sendiri tak sedar memberi impak. Kehidupan seksual dalam realiti lebih best sebenarnya. Trust me...Cuma, kahwin la ye.. haha! Owh ye.. terdapat badan-badan kebajikan murni dalam mengingatkan kita tentang bodohnya industri porn ini dan badan ni sedang bergerak dalam mengumpul warga-warga anti-porno. Try lihat macam Pink Cross Foundation. Support mereka ye!


p/s: Dulu pernah jugak tergilakan Tia Tanaka dan Nautica Thorn.. tapi dengar cerita mereka pun dah bersara dah... Dah tak larat kot... haha! 




Actually aku saje je letak gambar Maria Ozawa, Tia Tanaka, Nella Miartusova dan Nautica Thorn tu supaya korang dapat refresh sikit sebelum tengok video tu... bayangkan suatu hari nanti... mereka pulak berada dalam list tu... ye, siapa pedulik kan? Well, that's exactly how the pornography industry works...


Celebrity: From Lidi To Tong Gas!

Haa.. kali ni aku nak bersantai jap dengan post yang simple dan tak terlalu berat. Sejak kebelakangan ni aku kerap tak sihat nak terasa berat badan aku naik. Maybe sebab tidur tak proper time disertakan sekali dengan diet pemakanan yang tak betul dan tak seimbang. So, aku surfing-surfing la through the internet dan aku terbaca mengenai artis-artis yang suatu ketika dulu handsome, cantik dan mengancam kini sudah gemuk dan macam tak jaga langsung badannya. Yang bestnya kebanyakkannya merupakan role model para peminat suatu ketika dulu. What have happened? Jom tengok gambar-gambar ni and enjoy! haha..

Arnold Schwarzenegger

Britney Spears

Janet Jackson

Jennifer Aniston

Jessica Simpson

John Travolta

Kelly Clarkson

Kevin Federline

Mariah Carey

Val Kilmer
Wentworth Miller

So sekarang terbukti la kan. Tak kira anda famous macam mana pun, atau kaya macam sekalipun, jika anda tak jaga makan, tidur dan tak bersukan, anda juga akan mengalami "pembesaran" yang jelas dan nyata. So, marilah ye rakan-rakan... kita jaga badan kita!

p/s: At least, sekarang aku tak rasa DOWN sangat... haha!

28 June 2012

Seks Melayu : Fenomena



What happen to our society. Lebih-lebih lagi malays? Well, maybe tajuk aku sebagai 'fenomena' ni kurang tepat memandangkan perkara ni dah lama sangat berlaku. At first aku ingat benda ni macam biasa-biasa je tapi in the end, aku dapati maybe inilah puncanya mengapa sikap atau perspektif orang-orang kita sememang macam ni. Pergolakan.

Aku ada terbaca mengenai sexual repression orang melayu dalam blog Diskopi dan aku menyokong apa yang disampaikan. Mulanya aku macam try la kan taip "melayu" di Google, dan seperti yang di-state kan dalam blog tersebut, ya memang benar ia akan muncul dengan perkataan-perkataan lucah yang lain sebagai suggestion dan yang bestnya, terdapat lebih daripada sejuta carian untuk pautan tu! Di Yahoo! pulak, lebih dari dua juta pautan! Gila la...


Itu saja dah menunjukkan apa yang paling popular dicari oleh orang-orang kita di internet ni. Barangkali kita ni sudah terlalu repress dengan ilmu seksual menyebabkan dalam diri masing-masing "memberontak" terhadap isu ini. Norma-norma jati diri kita sebagai orang Melayu mahupun hidup dalam Malaysia ni terikat dengan "budi pekerti", "suci", "pemalu" dan "innocent" menyebabkan kita terkawal dan meletak dinding yang besar daripada memperkatakan mengenai seksual. Semua mengenai hal ini akan dianggap taboo dan "malu kalau nak bercerita".

Dengan pergolakan dalam diri yang asyik terlanggar tembok yang dicipta oleh culture kita, ramai yang mula memberontak dan mengambil jalan yang salah dalam memenuhi tuntutan "exploration" terhadap seksual. Sampai dalam pemikiran pun dah tertanam sesuatu yang lucah sehingga menjejaskan peribadi individu tersebut. Bayangkan la ye, andai perempuan yang cantik berjalan, apa yang akan disiulkan oleh lelaki muda yang memandang?


Adakah,
"Astaga, tutuplah aurat tu, nanti Tuhan murka.."

ataupun,
"Ajip, tengok awek tu.. Pergh lentik sial... kalau dapat doggy ni mantol siot"

Aku tau ramai yang akan menafikan. Tapi hakikatnya sendiri tau la kan. Buat apa nak tipu diri sendiri? Eleh.. korang sure la kenal dengan "Papa Jahat".. Tak banyak pun sikit mesti tahu punya.. Sememangnya minda kita dah di-inception oleh imaginasi kita sendiri kerana culture kita yang menghalang daripada melihat perkara yang sebenar. Itu baru yang normal punya, bagaimana pula jika yang "luar tabii"?

Bila bercakap mengenai "homo" atau "bisex" sudah tentu society akan menjemuh dan menghindar kerana menggangap "golongan" ni adalah sesuatu curse dan harus dihindar. So, apa kita buat? Kita jauhkan diri lagi serta "outcast" mereka dengan menggangap mereka ni alien. Walhal "ketakutan" yang kita hadapi terhadap golongan ni sekadar ketakutan sendiri cuma. Aku bukan bercakap yang aku menyokong apa seksual luar tabii, kerana apa yang haram, tetap haram. Tetapi, instead of menjauhi, why not mendalami?

It's better stay dan selami apa mereka rasa instead lari daripada tak tau apa-apa. In fact, we as a normal, patut tunjuk ke arah jalan yang betul. Tapi, what to do? We all live in a mind contolled culture yang menggangap seks itu sesuatu yang jijik untuk diperkatakan. Dan atas perasaan 'berontak', ramai yang tampil buat sexual assault yang berleluasa. Tak percaya? Cuba tanya diri, berapa ramai yang sudah tertangkap sebagai perogol di luar sana? Berapa banyak artikel mengenai jenayah seksual yang berlaku terhadap jiran, adik-beradik, kawan karib even ibubapa di dalam surat khabar? Berapa ramai yang memilih untuk berzina dan merakam aksi mereka di dalam phone? Banyak kan? Well, pada pendapat aku, ia semua berpunca daripada perasaan ingin tahu yang sangat mendalam.


Betul, orang cakap, "kalau dah menggatal sangat", cepat la kahwin. Tetapi sesebuah perkahwinan andai didasarkan dengan nafsu, maka makin tinggi pula la statistik penceraian yang berlaku di Malaysia ni. In fact, even untuk kahwin pun, culture kita sendiri yang menyusahkan orang sekarang nak kahwin. Mas kahwin okay, tapi hantaran mak oii sampai beribu-ribu sehingga boleh dianggap mengarut dan tak logik. Nak yang grand-grand je takut kalau terlalu simple nanti orang mengata. Itu lah masalahnya dengan masyarakat kita. Suka menyukarkan apa yang boleh dibuat senang.

So renung-renunglah dan fikir-fikir lah ye. Masalah repression ni dah lama dan seharusnya dengan pembangunan negara kita menjadi "First World" country, kita patut selari kan dengan minda kita jugak. Berfikir dengan pengaruh akal... bukan nafsu.

p/s: Tahniah jika anda taip "seks melayu" di Google dan terjumpa artikel ni. Anda berada ditempat yang betul.. :)

27 June 2012

3D Drawing: 2nd Sheet

Seperti yang aku cakap dalam entry sebelum ni, aku meminati lukisan dan sekarang tengah belajar cara lukisan 3D yang aku sangat kagumi. Untuk kali ni aku try buat dua lukisan yang lain tapi menggunakan konsep yang sama. Dan aku juga sediakan video. Haha.. just to see from other view dengan lebih senang.

Enjoy!!

The Devil's Fingers



video


The Balloon 



video

p/s: Mencabar jugak eyh lukisan 3D ni... kena banyak focus pada projectile objek....

Trafik Manusia Yang Mencabar



Kehidupan di bandar seringkali dikaitkan dengan gejala stress yang berleluasa. Every aspek dalam kehidupan di bandar boleh mencetuskan rasa stress yang tinggi serta ketidak stabilan emosi yang boleh memudaratkan kesihatan lebih-lebih lagi dari segi mental.

Kesesakan juga merupakan salah satu pencetus gejala stress ini . Aku merupakan salah seorang daripada berjuta pengguna LRT untuk ke tempat kerja. Dengan menaiki pengangkutan awam ini, ia lebih memudahkan aku untuk terus ke ofis tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas dan kepayahan mencari parking. Di samping itu, ia juga menjimatkan kos aku daripada membazir membayar tiket parking serta penggunaan minyak juga boleh dikurangkan.

Actually aku kagum dengan pihak RapidKL yang so far, sedang mencuba sebaik mungkin memberi keselesaan pada penggunanya. Daripada tren, penaik tarafan laluan bersepadu hinggan ke sistem pembelian tiket. Ia dapat sedikit sebanyak menampung pengguna yang bertambah dari semasa ke semasa.

Cuma maybe satu je la yang aku nak komen iaitu sistem pembelian tiket yang agak kurang "friendly".


Kalau dulu, kaunter dibuka bagi pengguna dapatkan tiket mereka. Tapi kini tidak lagi. Semuanya harus dilakukan di mesin tiket tersebut. Pernah sekali tu, aku terpaksa menolong seorang warga tua ni untuk membeli tiket kerana beliau tidak pandai menggunakan mesin tersebut kerana terlalu sophisticated. Yup, apa salahnya membantu kan? Tetapi bagaimana pula jika waktu tu kesesakan pengguna sedang berlaku? Sudah pasti ia akan menimbulkan kemarahan dan keluhan pengguna lain yang rata-rata sibuk dan tidak punyai masa untuk menunggu.

Pada aku, aku lebih gemar menggunakan Touch N Go daripada beratur panjang untuk membeli tiket. Aku tidak perlu mengambil masa yang lama untuk melepasi gate departure. Ia juga barangkali satu langkah yang bijak jika ingin menghindari kepenatan membeli tiket dan menjimatkan masa. Tapi harus diingat, bukan semua pengguna merupakan pengguna regular LRT ini. Ada sesetengah tu, hanya menggunakan LRT pada hari cuti sahaja. Jadi, mungkin menggunakan Touch N Go tidak praktikal pada mereka. Pada masa sekarang ni, kalau nak tunggu tren pun dah sesak sangat-sangat. Ramai gila pengguna. Itu belum lagi dalam tren yang bersardin-sardin. Sampai kadang-kadang tu, nak bernafas pun payah.


So, aku rasa pihak RapidKL perlu upgrade lagi operation mereka supaya pengguna lebih selesa. Pengenalan tren 4 koc itu sangat sesuai dalam mengangkut ramai pengguna dalam satu masa dan aku harap masa yang diambil untuk satu tren sampai jugak akan dapat dikurangkan.


Maklumlah, negara kita ni ada first class facilities tapi pemikiran orang-orang kita kebanyakkanya masih lagi dikategori dunia ketiga.  Oleh sebab tak nak terlepas tren dan menunggu tren lagi satu sampai dengan lama, mereka sanggup berhimpit-himpit sampai kadang-kadang menolak pengguna lain untuk masuk ke dalam tren. Yup, memang teruk. Even aku sekarang ini pun makin stress pulak naik ni. Balik rumah mesti penat sangat-sangat sampai kadang-kadang tak boleh nak buat apa. tahap kecerdasan pun berkurang. Kalau lah terciptanya mesin teleport, pasti seronok je hidup ini.

Jadi aku harap RapidKL akan memandang serious hal ini supaya andai pengguna selesa, tahap stress yang melanda penduduk bandar sedikit sebanyak dapat dikurangkan. Dan barangkali diharapkan dengan kurangnya stress, maka kurang jugalak kadar jenayah hendaknya.

p/s: naik tren 4 koc dikala waktu pagi memang membekukan. Air cond tahap gila!


25 June 2012

3D Drawing... The Beginning

Aku sebenarnya sangat-sangat meminati seni lukisan. Even semasa sekolah dulu, mata pelajaran yang paling aku minati adalah pendidikan seni, kemudian matematik. Sains jatuh ke tempat ketiga. Sebab bagi aku, sesuatu seni itu tiada batasan. It could be anyhting. Even dalam keadaan kosong atau plain, jika diolah maksudnya, ia akan menjadi suatu seni yang baik dan jitu.

Aku sekian lama telah meminati lukisan 3D ni. Kat mana-mana pun sekarang boleh dilihat hasil karya pelukis-pelukis handalan dalam menciptakan satu maya yang cantik serta mendalihkan pandangan logik pada mata. Ia ibarat mencipta sesuatu dalam sesuatu. Haha.. terlalu melankolik? It's okay, aku pun ada try jugak melukis hasil 3D aku sendiri.

Ia agak rough. Ia agak amatur tapi everything start from scratch kan? So, aku harap korang dalam tengok hasil keje lukisan simple aku ni. Sila komen ye... ini adalah permulaan. Harap-harap lepas ni aku akan berjaya lagi.

(Sila klik imej untuk besarkan nya)








p/s: haha.. "TKS" stands for "The Kufazuke Show"...

22 June 2012

Comic: When We Are Young

Entry kali ni saje je aku post comic strip yang aku buat utk tatapan korang semua. Tema untuk kali adalah "Semasa Kita Kecil".. aku harap korang semua enjoy ye! (Strip-strip comic ni juga terdapat di laman fan page The Kufazuke Show di facebook. Jom, join like sekali!

(Sila klik pada gambar untuk besarkan)

1. Cakap sekali terus buat lah.

2. Mak~~ Saya takut...
3. Eleh, baru belajar sikit dah bangga.

4. Tengok pakai mata, bukan dengan lutut.

p/s: Actually yang No. 4 tu aku tak buat... daripada 9gag tu.. tapi seriously, memang selalu terjadik macam tu kan?

The Backmasking Effects


Ha.. korang pernah dengar tentang backmasking? hm... actually benda ni dah lama dah tapi aku rasa tak salah kalau kita refresh balik mengenai hal ni dan bagi yang tak tau boleh lah pelajari serba sedikit tentang backmasking ini ye. Backmasking ni dalam erti yang senang difahami adalah, "reverse" atau penterbalikan audio. Dalam hal ni, paling famous dilakukan terhadap muzik. Apakah kesan ia kepada otak kita? 


Well, seperti yang kita ketahui, otak kita sangat-sangat unik dan misteri. Setiap individu dianugerahkan dengan kelebihan ini. Otak kita boleh store memori dan apa-apa input tanpa sempadan. Walaupun kadangkala kita susah untuk mengingati sesuatu perkara itu, tapi kita mampu isi jugak seandainya kena pada gaya dan caranya.


For example, andai kita tidur sambil dengar muzik, pernah tak rasa yang muzik tu terbawak-bawak dalam mimpi dan kadangkala mempengaruhi sesuatu mimpi tu? Sekiranya lagu yang dengar jenis yang tenang, maka mimpi pun terasa indah je, dan andai muzik tu jenis yang keras, mungkin kita boleh dapat nightmare...


Satu lagi contoh adalah bayi. Menurut kajian, andai kita pasang lagu untuk bayi, beliau dikatakan boleh cepat bercakap atau senang untuk belajar bercakap. Dan andai anda memasang lagu Sepanyol sebagai contoh, bila bayi itu dah besar, beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk belajar bahasa Sepanyol berbanding bayi-bayi yang tidak didedahkan begitu.Ini adalah kerana, sejak dari kecil lagi otaknya sudah di-install dengan "driver" untuk bahasa Sepanyol. So, bila beliau nak pelajari bahasa tersebut, beliau hanya perlu "update driver" itu.

So, what's with all the fuss?


Tahukah anda otak kita juga boleh di-install dengan benda-benda lain tanpa kita sedari? Otak kita mampu merekod apa yang kita dengar dan capture lagu tersebut dalam keadaan reverse? Kita mungkin tak sedar kerana mendengar lagu tersebut secara normal. Tapi otak kita capture both ways. So, seandainya terdapat apa-apa di dalam konteks lirik itu yang dapat dicapture dalam keadaan reverse, ia secara tidak langsung dapat mempengaruhi kita tanpa kita sedari!

Dan anda menanyakan "So"? Okay cuba lihat video-video ini dan nilai sendiri. Berikut merupakan beberapa buah lagu yang sudah di-reverse kan dan percaya atau tidak, kalau anda pernah dengar lagu-lagu ni, otak anda sudah pun capture inti-inti terbalik ni.







So, bila anda rasa macam seseorang tu berubah atau apa-apa, barangkali teknik backmasking ni yang telah mempengaruhi beliau. Kita memang tak sedar sebab ia dilakukan secara unik dan terperinci oleh otak kita di bawah kawalan kita sendiri. Kita hanya mampu untuk sentiasa beringat dan kawal perasaan seandainya kita tidak tahu mengapa kita terdorong beremosi begitu. Kadang-kadang teknik ni dilakukan untuk mempengaruhi kita untuk menyanjung band atau seseorang artis itu. Buat kita melekat pada mereka. Jadi sentiasalah beringat ye wahai kawan-kawan. :-)

p/s: Bukan dalam bentuk macam ni je boleh bawak maksud tersirat. Dalam lukisan atau kartun pun boleh. Nantilah, kalau ada masa aku post pasal hal tu pulak ye.. hehe

21 June 2012

Makanan Yang Lebih Baik


Berapa orang di luar sana yang suka makan di luar? Lebih-lebih lagi kalau time kerja. Waktu lunch surely korang anda akan singgah ke mapley, gerai "bawah pokok" ataupun food court tempat kerja masing-masing. How's the food? Sedap? Kenyang? Best?

Untuk entry kali ni, aku nak buat sedikit urge la kan. Boleh jugak la nak dikatakan mini campaign. Ia berkaitan bawak bekal makanan ke tempat kerja, hehe..

Seperti yang aku maklum dulu, aku ni penggemar makanan. Tak tau kenapa tapi aku rasa cepat betul rasa lapar sekarang ni. Ia lebih memeritkan kalau lapar di office. Sebab malas nak berjalan keluar office untuk mencari makanan. And andai aku makan kat luar pun, aku seakan tak rasa puas pulak. So, aku ambil pendekatan, bawak bekalan makanan sendiri ke office.


Terdapat perbezaan jelas antara aku makan di luar dan makan bekalan aku sendiri. Kalau aku makan kat luar, aku terasa mengantuk yang amat dahsyat, sakit perut, dan tak puas. Where else, makan bekalan sendiri aku tak lagi rasa ngantuk lepas makan, tak sakit perut dan puas hati. Kenyang pun kenyang, beb. Terdapat beberapa kelebihan lain kalau bawak bekal sendiri. Seriously.

1. Makanan tu dah ternyata bersih. Sebab sendiri yang buat kan?
Bila kita sendiri atau isteri atau even sesiapa pun yang prepare makanan dari rumah, sudah pasti makanan itu disediakan dalam suasana yang bersih, dan tidak kotor cara penyediaan makanan tu.

2. Lebih puas.
Makanan yang kita makan kat luar tu di masak secara 'bundle'. Dan probably dah lebih kurang seminggu disimpan, asyik re-heat je setiap hari. Tu yang buat mata berat gila tu selepas makan.  Kalau bekal makanan sendiri, roti sapu kaya atau nasi kosong lauk telur mata and kicap dah cukup sedap dah. Terasa macam makan di rumah sendiri.



3. Save bajet.
Kalau anda makan di luar, anda akan membelanjakan wang anda dan barangkali kena peruntukkan wang bulanan anda ke arah tu. Nak-nak kalau anda penggemar mapley. Diorang charge mahal makanan diorang. Rasa pun macam biasa je. Kalau makan dibawa dari rumah, lebih jimat. Siap boleh simpan lagi untuk suami, isteri dan anak makan nanti.

4. Berpahala
Iye... sesungguhnya bukan setakat anda menikmati perut anda. Tapi anda juga akan mendapat ganjaran pahala lagi bila, anda masak untuk pasangan anda untuk bekalan pergi kerja, atau masak untuk keluarga. So, nothing to waste la kan?

So... apa kata kita semua start bawak bekal untuk nikmati di sekolah, tempat kerja atau mana-mana dan tengok sama ada ia merupakan keputusan yang bijak atau tidak. Well, hari ni aku puasa dan bawak bekal makanan untuk berbuka di ofis. Selamat menjamu selera semua!!


ps: Nasi putih + ayam masak kicap + sayur goreng.... terbaik wok!!

Let's Interact!

me>