24 October 2013

(CCTV) Rompakan Ambank USJ: Satu Kekejaman Yang Tidak Berperikemanusiaan


Pernah tak korang baca artikel aku mengenai Malaysian Psycho? Ye.. inilah salah satu bukti yang menunjukkan betapa orang kita sekarang ini semakin lama semakin kejam. Kejadian ni terjadi dalam sebuah bank yang rata-ratanya dilindungi oleh para pegawai keselamatan. Bagaimana pula jika pagar yang diharap, pagar yang makan padi?

Bayangkan la orang yang disuruh untuk melindungi pegawai yang membuka bilik kebal sendiri yang membuat dajal di situ? Bukan setakat nak merompak je, tapi siap membunuh sekali. Tak berhati perut langsung. Mangsa yang terkena tembak di kepala itu meninggal di tempat kejadian. Umur Allahyarhamah baru je 37 tahun. Tak fikir ke dia ada keluarga ke, ada anak ke dan ada tanggungjawab?

Bodoh nak mampus. Fikirlah... walau apa pun alasan nak merompak, tapi still ia adalah satu kesalahan dan dosa. Banyak cara lain yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah. Bukan dengan merompak dan membunuh orang yang tidak bersalah.

Orang-orang macam ni tak sepatutnya dibiarkan sahaja di luar sana. Patut di humban ke dalam penjara seumur hidup. Better jika dia dihukum gantung sampai mati kerana tangan beliau yang telah membunuh sorang yang tidak bersalah. Yang cuma bertugas untuk mencari rezeki.

Aku harap polis dan masyarakat dapat mencari pembunuh ini. Dan bawa ke muka pengadilan.

Dan aku harap juga supaya undang-undang diperketatkan lagi supaya jenayah seperti ini tidak berulang lagi. Kesian aku tengok.. saban hari, semakin ramai orang yang tidak bersalah terbunuh di tangan orang yang berperangai setan sebegini.

Al-Fatihah kepada mangsa. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

p/s: Di bawah merupakan video CCTV dan rujukan laporan mengenai kisah ini.

Disclaimer: Tujuan video ini dipost bukanlah berniat untuk menjatuhkan maruah mangsa. Tetapi bagi tunjukkan bukti betapa kejam si pembunuh dan atas rasa geram dan marah terhadap syaitan ini. Sekian.

video


SUBANG JAYA 23 Okt. - Seorang pegawai operasi AmBank maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka.

Tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun itu tepat mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah itu kemudian mengambil sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam sebuah beg berwarna hitam yang dibawanya.
"Dia kemudian keluar menerusi pintu hadapan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Abdul Rahim seterusnya memberitahu, polis kini memburu suspek yang dianggap kejam dan berbahaya itu kerana turut melarikan senjata api berkenaan.
"Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.
Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.

"Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu hari ini.
"Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," katanya.
Sementara itu, mangsa difahamkan telah 16 tahun bekerja di bank berkenaan dan mempunyai sepasang cahaya mata.


Sumber : Utusan


22 October 2013

Malulah Berada dalam Majoriti.


Seperti biasa, aku akan pergi ke tempat kerja aku menaiki tren LRT. Dan sudah tentu di dalam tren itu, terdapat ramai orang yang menggunakan pengangkutan awam ini menuju ke destinasi masing-masing. Aku stress sebab stesen yang ingin aku tuju masih lagi jauh dan aku terpaksa berdiri. Tempat duduk semua dah full dah. Dalam tren tu dah macam dalam tin sardin dah aku tengok.

So setelah separuh perjalanan ke destinasi aku tibalah tren di sebuah stesen dan masuklah seorang pemuda yang pada pandangan aku, amat teruk sekali. Aku tak tau kenapa aku berfikiran macam tu tapi daripada imej beliau, minda aku segera bagi satu impression yang tidak aku sendiri senangi. Beliau seorang yang kurus, memakai jeans yang lusuh serta terdapat koyak di bahagian lutut. Beliau mengenakan fesyen punk pada rambut beliau dengan dye berwarna maroon. Bibir beliau agak hitam dengan subang terdapat di hidung, telinga dan kening. Selain tu, baju yang dikenakan sememangnya tidak melambangkan seorang yang professional dengan kesan lusuh serta bergambar simbol pemberontak.

Dan seperti aku juga, beliau terpaksa berdiri setelah melihat tiada tempat duduk. Oleh kerana keadaan padat, beliau terpaksa berdiri di sebelah aku memandangkan terdapat ruang yang boleh memuatkan beliau di sisi aku ni. Aku buat tak tau je. Malas nak tenung dia lama-lama nanti dia ingat aku nak carik gaduh ke apa ke. So, aku pun surf Facebook aku di smartphone. Orang-orang lain yang berada dalam tren pun aku lihat semuanya tertumpu pada smartphone masing-masing. Tak kurang juga yang sibuk bermain Candy Crush di iPad dan juga yang sibuk ber-Whatsapp.

Dan pemuda sebelah aku ni pun bukak beg yang dibawanya bersama. Dalam hati aku, dia ni mesti nak keluarkan MP3 player dia ni. Ntah la... mungkin ini satu tabiat buruk aku yang harus aku buang iaitu cepat ber-pra sangka terhadap orang lain. Tetapi dalam kes ni, aku betul sebab sememangnya pemuda tu keluarkan MP3 player dia dan start dengar lagu-lagu band punk dan reggae. Aku tau kerana beliau memasang kuat sehingga boleh terdengar beat-beat dari earphone beliau. Dan macam mana aku tau tu lagu punk? Tu satu lagi kisah yang bagi aku takde kene mengena dengan cerita ni.

So, aku pun teruskan dengan buat tak tau aku sambil layan-layan Facebook. Sekali-sekala mata aku teralih pada pemuda sebelah aku ni memandangkan imej beliau amat-amat lain daripada orang-orang lain. Dan, setelah beliau setel memilih lagu dalam MP3 beliau, tangannya kembali ke dalam beg untuk mengambil sesuatu. Dan kali ini, aku tidak meneka. Hanya pandang saja.

Aku malu. Bukan kerana benda lain tetapi pada diri aku sendiri. Di saat semua orang di dalam tren memegang alatan elektronik untuk bersama yang lain dalam dunia internet, pemuda yang pada anggapan aku ni teruk keluarkan sebuah buku ilmu bertajuk "Milton Friedman: Capitalism & Freedom". Sebuah buku ilmu mengenai sosial manusia yang terjadi dikalangan orang-orang macam aku, dan orang-orang lain di dunia ni. Dan beliau pun membaca dengan khusyuknya. Iye.. tajuknya berat. Tetapi kenapa orang seperti pemuda tersebut mampu untuk membuka buku sedangkan orang-orang macam kita yang bajet hebat, urban, sosialize, ada karier yang boombastik dan sebagainya ni tidak mampu keluar daripada kepompong doktrin minda yang disediakan oleh internet. Sehinggakan makan semeja pun boleh lagi bermain handphone.

Nampak tak? Kita semua dah jadik seakan zombie yang tidak boleh lekang daripada internet. Dan oleh kerana terlalu banyak terpengaruh dengan apa yang difitnahkan di dalam alam maya itu, minda dan perspektif kita diolah mengikut 'trend' dan 'sosial' yang kebanyakannya tidak menyihatkan. Aku sebenarnya kagum dengan pemuda tersebut. Walaupun, beliau agak selekeh dan kusut, tetapi beliau represent something yang telah lama hilang dalam hidup kita ni iaitu, 'stand beside philosophy'. Di mana kita percaya dan terus pejuangkan falsafah yang kita pegang dalam diri. Bukan sekadar hanyut di lautan 'trend' masa kini. Kalau KPop naik, kita pun ikut. Kalau seorang jadik reality TV start, kita pun terikut jugak. In the end... kita semua akan jadi plastik.

Dan yang paling penting.... aku sangat-sangat terasa. Aku, anda dan ramai di luar sana......sudah lama tidak membuka buku dan baca.




17 October 2013

Brain Games: Anda tidak sedar kenapa anda buat keputusan itu sebenarnya.


Beberapa hari ni aku berjinak-jinak dengan dokumentari yang ditayangkan di Astro channel National Geography HD yang bertajuk, Brain Games.

At first, aku rasa macam rancangan ni cuma sekadar rancangan yang mengasah minda kita dengan permainan uji IQ tetapi selepas beberapa episod, aku dapat rasakan bahawa mereka berjaya expose satu-satu perkara yang kita selama hidup ini tak sedar.

Sebenarnya, kita sentiasa merasakan diri kita berkuasa dalam membuat keputusan. Tetapi bagi pengiklan, ahli politik, atau salesman yang berkemahiran, mereka boleh menjadi pemangkin dalam proses anda membuat keputusan. Mereka boleh letak atau stamp kan input dalam minda bawah sedar supaya anda membuat keputusan itu. Dengan erti kata lain, anda membuat keputusan seperti mana mereka mahukan. Bukan di atas kerelaan anda sendiri.

Proses ini dinamakan 'persuasion power' (kuasa pujukan) di mana mereka menanam benih input dalam minda bawah sedar anda dan menunggu ia bercambah sehingga akhirnya menjadi satu ketagihan pada anda.

Tidak percaya? Try permainan ini:

1. Pilih satu nombor dari 1 hingga 5.
2. Darabkan nombor tersebut dengan 9.
3. Jika jawapan anda dua digit, tambah kedua-dua nombor tersebut. Jika tidak, stay dengan jawapan itu.
4. Ok, sekarang tolak nombor terbaru anda itu dengan 5. Jawapan hasil tolak ini adalah jawapan terakhir anda.

5. Sekarang, tukar jawapan akhir anda itu kepada huruf seperti berikut.
1 = Q
2 = R
3 = S
4 = T
5 = U
6 = V

6. Sekarang, namakan sebuah negeri di Malaysia yang bermula dengan huruf anda itu.
7. Ok, sekarang ambil huruf terakhir daripada ejaan nama negeri itu, dan namakan seekor haiwan yang bermula dengan huruf tersebut.
8. Dengan menggunakan huruf yang sama anda namakan haiwan itu, namakan satu jenis warna.

Jikalau anda dapat seekor unta yang berwarna ungu di Terengganu sebagai jawapan, jangan khuatir...anda tergolong daripada 85% daripada mereka yang menjawab permainan ini.

Bagaimana saya dapat membaca fikiran anda?

Actually.. saya tidak mampu membaca minda anda. Tetapi jawapan anda itu adalah jawapan yang saya ingin anda jawab. Ye.. anda mungkin rasa anda yang membuat keputusan sendiri tetapi secara teknikalnya, jawapan yang anda dapat itu merupakan jawapan yang telah disetkan untuk anda menjawabnya.

Pelik kan?

Begitu juga dengan pengiklan. Mereka mampu untuk menjuruskan anda untuk memilih produk mereka.

Ok la, jika anda disuruh memilih ubat gigi berkotak warna merah, apa yang terlintas dalam fikiran anda? 85% memilih Colgate. Begitu juga jika anda diminta memilih sabun pencuci berwarna biru, 45% akan memilih Fab dan 30% akan pilih Dynamo.

Bagaimana minda kita terjerumus ke kancah ingat pada produk-produk tersebut? Padahal kadang-kadang sememangnya kita tak pernah pun menggunakannya. Haa... sudah pasti dengan banner-banner, bunting, flyers, media massa dan cetak. Memang pada mulanya anda tidak menyedari atau sekadar sekali imbas sahaja melihat iklan-iklan tersebut. Tetapi tahukah anda bahawa teknik ini mampu menyimpan input ini dalam minda bawah sedar anda sehingga apabila anda ke pasaraya, anda akan cepat tangkap nama produk tersebut dengan hanya melihat warna. Hebat bukan?


Ok la.. jom berbalik kepada permainan tadi. 

At first, saya menyuruh anda memilih nombor 1 hingga 5 dan darabkannya dengan 9. Dan kemudian, saya menyuruh anda tambah kedua-dua digit tersebut dan tolaknya dengan 5. Cuba anda kira dengan menggunakan kesemua nombor yang ada dari 1 hingga 5. Sudah pastinya anda akan end up dengan 4. Tak percaya? Cuba kira.

Dan saya sengaja letak 4 sebagai huruf 'T'.

Ok.. the trick part. Tahukah anda bahawa terdapat satu sahaja negeri dalam Malaysia ini yang bermula dengan huruf T iaitu Terangganu? Itulah sebabnya anda memilih negeri itu. Dan dengan menggunakan huruf terakhir dalam ejaan Terengganu iaitu "U" saya dapat agak anda akan memilih 'Unta" dan juga "Ungu" kerana haiwan dan warna tersebut merupakan nama yang terkenal dan akan cepat ditangkap oleh minda anda.

Tu la sebabnya, anda akan memikirkan seekor unta yang berwarna ungu di Terengganu.

So.. bayangkan kalau isi atau input yang lain di tanamkan dalam pemikiran kita? Input yang tidak baik atau merosakan? bayangkan terhadap perspektif kita. Seperti yang dilakukan oleh ahli politik, puak pemberontak dan sebagainya.

Jadi, sebelum anda membuat apa-apa keputusan, pastikan anda berfikir dahulu kerana tak semua keputusan yang anda buat adalah diatas kerelaan anda. Bahkan, ia sebuah perancangan yang telah dibuat untuk anda membuat keputusan itu.

p/s: Bila anda memikirkan anda yang membuat keputusan, fikir balik.




13 October 2013

ART: Awake



“I had a dream I was awake and I woke up to find myself asleep.”
Stan Laurel



Resipi: Malataly Macaroni (Malaysia + Italy Macaroni)


Ramai yang menanyakan saya bagaimana ingin twist atau tembungkan masakan ala Itali dengan Malaysia tanpa membuang identiti masakan tersebut. Bagi saya, pertembungan budaya. So, dengan itu saya come out dengan satu idea memasak dengan menggunakan kedua-dua unsur dan hasilnya boleh tahan juga. Saya namakan masakan tersebut, Malataly Macaroni.

Ye.. namanya saja sudah menunjukkan Malaysia + Italy kan. So, dua unsur penting dalam masakan ini adalah macaroni dan sardin. Dan berikut cara membuatnya.

Bahan-bahan:
-> 1 Tin Sardin - Ikan dihancurkan.
-> 3 ulas Bawang Merah dan  2 ulas bawang putih (ditumbuk)
-> 2 sudu mentega
-> 1 sudu madu lebah
-> 3 - 4 Biji Cili Merah / Kampung (dihiris)
-> 3 - 4 batang hotdog (dipotong-potong)
-> Garam
-> Macaroni


Cara-cara:
1. Rebus macaroni selama 3-4 minit dan tos kan airnya.
2. Tumis bawang merah dan putih, madu lebah serta cili  menggunakan mentega.
3. Masukan sardin dan kacau selama 3 minit.
4. Sebatikan sardin tadi dengan garam secukup rasa.
5. Masukkan macaroni dan gaul sehingga sebati.
6. Sertakan hotdog yang telah dipotong tadi dan gaulkan bersama macaroni tadi.
7. Hidang.

Note:
1. Apabila kita menggunakan mentega sebagai minyak, ia menjadikan masakan ini menjadi lebih ke arah budaya eropah yang terkenal dengan penggunaan susu krim dan juga keju. Jadi, penggunaan mentega merupakan sinonim terhadap budaya itu.
2. Madu lebah digunakan bagi menaikkan rasa manis yang diimbangi dengan rasa hangat daripada cili. Malah ia lebih baik digunakan berbanding gula.
3. Penggunaan cili ada mengikut budaya melayu yang sukakan kehangatan dalam masakan dan ditemani oleh rasa krim daripada mentega yang menjelaskan lagi pertembungan antara dua budaya di dalam masakan ini.

Selamat mencuba!!



11 October 2013

Kahwin: Sampai Bila Nak Berzina? Takut Ke Nak Kahwin??


Di dunia yang serba moden dan canggih ini, kita dapat lihat perubahan pada sosial masyarakat kita. Ada yang pro dan ada yang contranya. Kita dapat lihat orang-orang kita berjaya dalam karier sehingga mampu membawa nama ke persada antarabangsa. Dengan kepesatan mobiliti itu, generasi muda kita boleh dilihat semakin merudum dari segi moralnya.

Ini dapat dilihat daripada tersebar video-video masalah sosial yang berlaku terutamanya yang berkenaan penzinaan dan 'kepailangan'. Dan bila bercerita mengenai penzinaan, bukan golongan muda sahaja bermasalah, bahkan golongan dewasa yang mampu pun turut serta dalam kancah masalah sosial yang tidak sihat ini.

Mengapa tidak mahu kahwin?

Kadangkala, seperti mana yang aku nampak, orang-orang kita memang liat betul nak kahwin. Malah lebih suka berzina daripada melakukan hubungan secara halal. Bila ditanya, ramai yang berkata tidak bersedia dan sebagainya.

Perkahwinan bukanlah suatu titik noktah. Inilah persepsi yang harus ditukar pada pemikiran orang kita. Ramai yang menggangap bahawa bila dah berkahwin, semuanya pun akan berhenti. Ia merupakan satu pandangan yang salah. Sebab bagi aku, perkahwinan adalah percambahan pokok cinta yang disemai dari awal. Sehinggakan bagi pasangan yang sudah berkahwin pun, suka merujuk zaman sebelum nikah sebagai "waktu bercinta dahulu", ibarat selepas kahwin tiada lagi bercinta.

Perkahwinan bukanlah titik henti kepada semuanya. Malah ia amat indah dan suatu kenikmatan yang harus dikejar. So, kepada ibubapa yang mempunyai anak yang ingin berkahwin, restukanlah kerana ia lebih baik daripada membiarkan anak menjerumuskan diri mereka ke gejala tidak sihat.

Jangan susahkan keadaan dengan permintaan hantaran dan majlis yang diluar kemampuan. Kesian kepada mereka yang ingin menghalalkan cinta mereka.

Dan golongan yang belum berkahwin pula, janganlah menganggap bahawa perkahwinan suatu yang membebankan, malah ia merupakan suatu kenikmatan yang tiada tandingannya. Bila sudah bernikah, cambahkan kasih sayang sampai bila-bila kerana percintaan selepas berkahwin adalah cinta halal dan akan dibawa ke akhirat kelak.


10 October 2013

Spoil Kids... Spoil Kids Everywhere...


I admit.. the best era in this life is the 90s era. We had great music, great economics, great politics and even great a great society. But now we claim that today's generation is a rotten one and seems to be broken.

Do we consider that, it's the 90s origin parents that spoils this generation?

If I happen to be a daddy one day (inshaallah), I pledge myself not to spoil my kid to be a rotten one. I'll cane them if I had to. I'll teach them the old-school way to respect others. And I will teach them to have pain before to gain anything. So help me God.

I just fed up to see today's kids which mostly loss the sense to be a good being. I was eating in a restaurant when I saw a kid with his PSP scolding his parent for not ordering Coke for him. And keep his eye firmly at the game console when his parent try to talk to him. If I were that kid back in my days, my father would gave me a wonderful gift of all. A nice red cheek.

08 October 2013

Aku Pembeli, Kau Peniaga... Sekarang Ni, Siapa Yang Bagi Duit Kat Siapa?


Kisah ni terjadi kat aku baru je kejap tadi. Dalam pukul 3.45petang tadi. Aku on the way nak pergi kerja, dan aku memang terasa sangat lapar disebabkan pagi tadi aku terpaksa skip breakfast atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. So, aku pun berkunjunglah ke sebuah restoran melayu yang terdapat di Setiawangsa ni. Aku nak bungkus makanan je pun.

Kat situ, lauk dah tinggal sikit, bagi aku that's ok la kan sebab masa tu pun dah pukul berapa. Nak masuk minum petang dah pun. So, aku bungkus je la makanan. Satu untuk isteri aku dan satu untuk aku. Memang niat aku pun nak beli dia makanan sebab nanti time balik, tak de la dia susah payah nak masak nak-nak aku pun balik lewat sebab syif petang.

Bila time nak bayar tu, muka cashier tu langsung takde senyuman pada wajah. Tu ok lagi sebab maybe dia tengah takde mood kena marah dengan bos ke apa ke kan. Aku just play positive je la. Nak mengira pun susah, siap pakai kalkulator. Dua tiga kali tengok makanan aku ambil tu. Nak kita berapa banyak lauk aku ambil dan kuantitinya. Aku tunggu je la. Dah siap kira, dia letak kalkulator tu kat meja. Ohoo.. dia tak letak biasa-biasa je ok, dia tak hempas jugak tapi agak kasar la cara dia. Ibarat campak sikit ke penjuru meja dia. Aku terpinga la kan. Dia ada tak puas hati kat aku ke apa ke.

Pastu dia bagi harga. Kat situ hiruk piruk. Bising. Bunyi pinggan disusun, pengunjung berbual dan sebagainya. Suara dia dah la perlahan, pastu mulut pun macam taknak cakap je.... ibarat bercakap sambil tutup mulut. The best thing, dia tak pandang aku pun! Siot ke tak siot tu?

So.. aku tanya la balik harga tersebut sebab aku kurang jelas. Dan tak semena-menanya, dengan muka mintak penendang, dia capai balik kalkulator tu dan kira balik makanan aku. Muka dia serius kalau aku jenis tak matang, dah kena penumbuk aku dah time tu. Macam aku kacau atau jadik satu musibah dalam hidup dia pulak. Pastu dia sebut harga...."RM7.40".

Aku pun capai dalam poket aku ngam-ngam RM7.40 aku tak bagi kat tangan dia. Aku lepaskan kat meja siap satu duit syilling 20 sen terjatuh kat meja. Aku ambil bungkusan makanan aku, aku chow. Langsung tak toleh tengok reaksi dia.

Ingatlah ye.. kalau anda tu seorang peniaga, respek la pelanggan anda. Sebab pelanggan la yang bagi duit pada peniagaan anda. Tak lokek sesen pun kalau senyum pada pelanggan. Duit yang datang dari pembeli, adalah duit untuk anda bergaji, bayar sewa kedai, beli bahan mentah dan sebagainya. So... sekarang ni fikir balik, anda buat berniaga untuk apa. Kalau untuk sara hidup, pandai-pandai la layan pembeli. Kalau tak, baik tak payah berniaga langsung!!

p/s: Serius sakit hati!

Let's Interact!

me>