22 June 2015

Kadar Zakat Fitrah 2015 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia Dan Singapura

Ha.. dalam-dalam kita seronok dok puasa, beramal ibadat shopping, buat kuih raya nanti, jangan lupa pula zakat wajib yang perlu ditunaikan ye...

Haa.. berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun ini..

Jadi, kalau dah jumpa Amil atau kaunter pembayaran zakat tu, jangan duk berlengah lagi... terus sahaja tunaikan tanggungjawab anda ye...


Pernah dahulu seorang miskin datang bertemu Rasulullah S.A.W dan bertanya, bagaimana sekiranya beliau tiada wang atau makanan untuk dizakatkan dan baginda tanya kepada si miskin itu,

"Adakah kamu memiliki pakaian?"

"Ya, wahai Rasulullah. Saya ada dua helai.", jawab si miskin itu.

Rasulullah bersabda,

"Maka, kamu simpanlah sehelai untuk diri kamu dan zakatkanlah sehelai lagi itu".

Begitulah betapa pentingnya zakat fitrah kepada umat Islam.

Wallahualam.

18 June 2015

Dakwah dan Papan Kekunci


Alhamdulillah. Kita masih diberi peluang untuk hidup dan menjalankan ibadah puasa pada tahun ini. Oleh itu, aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat, semoga mendapat keberkatan, mendapat rahmat yang tak terhingga dan sejahtera hendaknya di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

Ok la.. anggap sahaja artikel penulisan aku kali ini sebagai salah satu pengongsian pendapat aku terhadap beberapa perkara yang menjadikan negara kita ibarat dilanda ombak tsunami dalam media sosial.

First of all, ia mengisahkan bagaimana masyarakat kita terutamanya yang hidup sebagai netizen saban hari yang gemar mencari ruang dan peluang untuk melepaskan das-das padu keperihatinan mereka di laman-laman sosial. 


Hari itu, kita dilimpahi oleh isu viral "lurah kemaluan" Farah Ann, atlet gimnastik negara kita yang berjaya membawa pulang beberapa pingat emas dalam Sukan SEA dan seterusnya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. 

Yup, aku setuju. Ramai yang ingin memberi terguran dan nasihat supaya cik Farah Ann ni menutup aurat. Tak elok anak dara terkangkang dan menampakkan susuk gebu bahagian "V" nya di mata masyarakat. 

Sebelum isu "camel toe" itu, kita dihujani pula dengan ribut sumpah seranah apabila pendaki bogel Gunung Kinabalu, Emil Kaminski berbuat biadap terhadap adat dan tradisi orang tempatan sempena kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah. Ramai yang menengking beliau dengan hamburan kata-kata kesat serta caci maki yang teruk.

Terdapat beberapa isu dan insiden lain yang menjemput kemarahan masyarakat tetapi bukan itu point aku di sini.

Seandainya anda warga Islam, cuba fikir sejenak apa yang aku ingin kongsikan.

Kita ni setiap hari berdakwah. Tak kira masa. Samaada secara terang-terangan atau secara halus. Imej kita adalah dakwah kita tersendiri. 

Aku naik jelik apabila melihat ramai para komentar yang ingin menegur atau menasihati tetapi kerap terkeluar dari landasan yang sepatutnya dan suka-suka mengambil posisi Tuhan itu sendiri dalam menjatuhkan hukum.

Ok la.. kita lihat isu Farah Ann sejenak.

Sememangnya dalam agama Islam, mendedahkan aurat itu adalah haram. So apa yang haram tetap haram dan apa yang halal tetap halal. Tiada siapa dapat menafikannya. Dan aku setuju apabila ada warga netizen yang mengatakan bahawa "Matlamat tidak menghalalkan cara".

Betul tu... Matlamat untuk mendapat pingat emas untuk negara tidak menghalalkan pendedahan aurat itu. 

Tapi bagaimana pula dengan kita? Adakah matlamat kita untuk menegur dan menasihati itu menghalalkan kita untuk berkata kesat, lucah dan kasar? Tidak bukan?

Even Rasulullah SAW pun berdakwah bukan dengan cara paksaan. Tetapi melalui imej. Mengajak orang berbuat baik dengan menunjukkan bagaimana caranya berbuat baik. Tunjuk betapa Islam itu agama yang tenang dan baik dengan menunjukkan teladan supaya yang lain akan ikut. Bukan dengan caci maki, sumpah seranah ataupun ugutan.


Ada la satu gambar perdana menteri kita sedang solat terawih di Masjid Putra semalam aku lihat di Facebook. Dan ada juga manusia-manusia ni yang komen:

"Curi duit rakyat, solat pun tak berguna. Bukannya diterima pun".

Astagfirullahalazim. Siapa kita sebenarnya ingin mengambil tempat Allah? Siapa kita untuk menjatuhkan hukum? Dosa, pahala, syurga,neraka itu semua hak dan urusan Allah. Hanya Allah yang tahu dan hanya Allah sahaja yang berhak mengadili.

Tak kisah la kalau kita tak suka DS.Najib sekalipun, tapi untuk terima solatnya atau tidak, bukankah hanya Allah yang berhak dan lebih mengetahui? Bukannya kita.. insan yang lemah ini.

Seperti kes Farah Ann can lain-lain... kalau kita sayangkan agama kita, maka jangan lontarkan kata-kata kesat, sebab itu hanya akan serlahkan kebodohan kita. Andai ingin beliau atau sesiapa yang anda rasa patut berubah, why not tegur baik-baik, jangan malukan beliau di khalayak ramai dan berdoa. 

Kita takkan tahu bagaimana Allah merancang. Kita tidak tau bagaimana Allah beri hidayah kepada seseorang. Sedangkan Felixia Yap yang dahulu model Playboy pun menjadi keluarga seislam kita. Sedangkan Mizz Nina yang dahulu kita kenali sebagai party goer pun boleh kembali ke pangkal jalan.. siapa boleh predict apa akan jadi di masa hadapan? You? Me? Well... nobody....

Kita sering berdakwah dengan cara yang salah. Sehingga kadang-kala tu orang lain naik geram dan seterusnya bukan semakin baik..tetapi semakin meninggalkan agama. 

Cuba renung kembali macam mana kita menegur.. kerana cara kita bertutur itu adalah cara kita berdakwah.

Tiada siapa yang tahu siapa akan masuk syurga atau tidak kerana itu semua urusan Allah. Kita just harus menjadi hamba-Nya.

It's time kita bertukar cara kita berdakwah... daripada kita cakap "Buat la.. nanti masuk neraka" kepada "Apakata kita buat macam ni, In Shaa Allah... kita masuk syurga bersama".

Wallahualam.

Selamat berpuasa!

08 June 2015

Emil Kaminski: Pencemar Nama Adrenalin Junkie


First, kau ingat semua tempat kau boleh buat aksi "bogel" kau tu. Lepas tu, dah kantoi, kau cuba pulak kurang ajar terhadap rakyat dan adat negara kau lawati.

Orang jenis apa kau ni?

Emil Kaminski adalah antara "pembogel" yang membuat aksi tak berfaedah itu di atas Gunung Kinabalu beberapa hari yang lepas. Beliau berasal dari negara Canada.

Ye.. mengikut kepercayaan orang-orang di sana, perlakuan tersebut telah melanggar adat tatasusila gunung itu sehingga "nenek moyang" mereka murka dan akibatkan gempa bumi yang terjadi beberapa hari lepas.

Well, itu kepercayaan mereka. Kenapa pula kita atau orang lain perlu untuk tidak hormati?


Cuba kalau kita sendiri panjat balkoni Pope di Vatican City dan berbogel sambil menjerit. Bagaimana pula reaksi mereka? Aku pasti mereka juga akan menyalak mengeluarkan "adat" dan "tradisi" atau juga "kesucian" dan konteks argument mereka.

Sama juga di sini. Kita mempunyai pelbagai etnik dan berbilang bangsa yang wajar kita hormati pegangan kepercayaan mereka. 

Tak kisah la gempa bumi itu terbukti dari segi saintifik atau tidak, apa alasannya untuk bertindak kurang ajar serta disrespect tradisi orang-orang di sini?

Ye.. Emil Kaminski tidak mewakili orang-orang Canada. Aku pasti Canadian yang lain semua baik-baik belaka. Emil ini sahaja seorang kambing hitam. 

Well... baca sendiri je la komen-komen yang terdapat dalam post berkenaan... Ramai mendoakan ketidaksejahteraan beliau....




Di samping itu, Emil juga mempunyai page beliau tersendiri yang bernama Monkeetime yang menjadi page kepada video-video adventure beliau.

Dalam page tersebut, beliau ada post menghina menteri pelancongan Sabah yang mengatakan pendapat mengenai tradisi Gunung Kinabalu.


Orang seperti ini hanya mencemarkan nama backpacker serta mountain climber yang lain. Oleh sebab dia nanti, semua orang yang mempunyai passion terhadap outdoor activity ini akan dipandang serong.

Rascal punya orang.

05 June 2015

Nothing To Hide Menjadi Najib To Hide? [VIDEO]


Tak tau apa alasan dan sebabnya, tetapi ketidakhadiran Najib untuk program "Nothing To Hide" setelah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad tunggu 2 jam adalah tidak patut....

Andai tak datang, bagitaulah sebabnya.... Ni tak. Memang akan timbulkan spekulasi dan persepsi negatif.

Sekarang boleh nampak betapa takutnya Najib dan orang mula beri caption daripada Nothing To Hide kepada.. Najib To Hide.
Dah pulak tu, apabila Tun Mahathir nak beri ucapan, pihak polis lekas-lekas arahkan mantan perdana menteri kita yang telah banyak berjasa dan berjiwa patriotik ni untuk berhenti dan turun dari pentas.

All I'm saying is that... Selagi Najib menjadi Perdana Menteri, UMNO dan BN takkan selamat.

Just saying.

video

Sabah Dilanda Gempa Bumi berskala 6.0 richter! (Gambar)


Mengikut laporan dan beberapa perbualan bersama rakan di Sabah, negeri di bawah bayu itu telah dilanda gempa bumi berskala 6.0 richter pada jam 7.15 pagi tadi.

Gempa itu bergegar di kawasan utara Ranau. Lokasi itu adalah sejauh 2 jam perjalanan dari Gunung Kinabalu. Terdapat kerosakan teruk di kawasan bandar dan banyak batu-batu jatuh dari gunung tertinggi di Malaysia itu. 


Ramai pendaki-pendaki yang terperangkap di atas gunung itu disebabkan jalan turun telah rosak teruk oleh runtuhan batu dan mereka kini sedang menunggu helikopter operasi penyelamat.

Menurut beberapa sumber, diramalkan Sabah bakal dilanda aftershock sekitar jam 9 pagi, namun menurut beberapa warga di sana, ianya tidak terjadi lagi buat masa sekarang.





Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan mereka di sana semoga semuanya dibawah lindungan-Nya.

Amin.

Let's Interact!

me>