04 March 2017

It's been a while

Wow.. Tak sangka. Aku telah meninggalkan blog ni lebih dari setahun! Gilalah.. Serius.. Aku masih sayangkan blog ni walaupun aku tahu, bukan ramai sangat yang membacanya. Tapi aku tak kira.. Even kalau ada seorang sahaja yang baca sekalipun, aku akan pastikan blog ini tetap hidup.

Kira azam baru la ni.. Haha..

Ok.. So, what I've been up to selama setahun ni?

Well, to be honest, not much. Since aku berhenti kerja, hidup aku agak tunggang langgang cuba mencari sesuap nasi. A little bit push here and there, now aku berniaga ayam goreng di Aswara.

Alhamdulillah.. Hasilnya bukanlah tahap sampai kaya-raya (at least not yet), tapi ianya mencukupi. Right now business currently agak slow. Ye lah kan, berniaga di kolej ni permainannya agak tough. Time student start semester, memang kencang. Tapi bila dah start budak-budak cuti apa bagai, sales memang drop gila-gila.. So, kena endure sikit lah..

Another thing yang aku buat adalah.. Aku start menulis balik! Woohoo! In fact, aku dan beberapa rakan penulis lain sudah pun mempunyai projek kami sendiri iaitu Novel Kebangkitan. Di mana di dalam novel itu, karya-karya kami dimasukkan menjadi satu antologi.

Buat masa sekarang novel tu tiada di mana-mana kedai buku. So, andai anda mahu dapatkannya, bolehlah order through online. Seriously.. anda harus miliki buku itu! Supportlah brother! Haha..

Well.. At the moment, aku masih lagi menulis. Telah siapkan satu manuskrip yang ingin dihantar ke publisher. Cuma sekarang tengah nak kasi kemas lagi manuskrip itu. Baru hantar.. So doakan aku ye.. Aku hatap sangat dapat tampil dengan novel sendiri.. huhu..

So anyway, kepada yang masih setia dengan blog ni, terima kasih aku ucapkan. Di harap diberi kekuatan untuk terus hidupkan blog ini.

Hingga kita berjumpa lagi di entry yang lain. Cheerio!!


26 November 2015

Backpacking Trip: Kota Kinabalu - Episode 5 - Finale

Santai di Harbour Walk

Day Four (16 Nov 2015)


Well, today is the last day kami berada di KK ni. Apa yang boleh aku katakan, bertandang di KK ni sangat memorable. Seperti yang aku cakap di Episode One, travel di KK ini adalah antara travel yang paling simple but yet paling seronok sekali.

Kami bangun pada pukul 9.30am dan siap-siap pergi mandi. Selepas itu, re-check balik barang-barang kami dan mengemas sehabisnya. Taknak pulak ada barang tertinggal kang. Memang tak dan nak datang sini balik dalam masa terdekat sekali pun. Haha.

Kami keluar dan check out tepat jam 12 tghari. Flight kami adalah pada jam 5.30 petang dan boarding gate dibuka pada jam 4.50pm. So, banyak masa lagi untuk kami berada di sini untuk bersiar. So, kami cadang nak jalan lagi ke arah pasar Kraftangan untuk final shop serta isi perut. 

Backpack kami simpan kat receptionist hotel kami dulu. Nasib baik boleh. Tapi sampai jam 2 petang je. Lepas tu kena charge RM5 kalau tak silap aku. 


So, kami pun simpan backpack dulu kat situ. Tak dan nak bawak sekali berjalan. Berat weh!

So, sebelum sampai ke Pasar Kraftangan tu, kami isi perut dulu kat sebuah restoren mapley yang berdekatan sana. Seriusly, dalam 4 hari berada di KK ni, tu la first time tengok ada mapley. Staff ramai warga Sabahan pulak tu. Memang rare berbanding KL yang susah nak tengok orang Melayu kerja di restoren mapley.


Selepas belasah roti canai sekeping seorang yang berharga RM6 termasuk air nescafe ais dan teh o ais, kami pun menyeberangi jalan untuk ke Pasar Kraftangan.

Di situ kami sekejap je. Sekadar lengkapkan satu order serta beli sourvenir untuk diri sendiri. Guess what. Aku beli patung kayu burung hantu yang aku namakan Piyul. Ada tiga bijik. Besar, sederhana dan kecil. Wife aku tak senang dengan Piyul tu. Nanti patung teddy bear ngan monkey dia dengki katanya.

Tepat jam 2 petang kami berangkat kembali ke hotel dan ambil backpack kami. Semasa ambil tu jam sudah menunjukkan lebih kurang 2.30 petang. Kami duduk di lounge hotel tersebut untuk masukkan barangan yang baru dibeli tadi. Haha. Sendat gila bag aku. Takut tak lepas masuk flight je nanti. Tapi kami redah je, selamba.

Selepas siap, kami pun berangkat ke stesen bas untuk ke airport. Stesen tu terletak di Padang Merdeka. Memang station tu khas bagi airport bus. Availability bus tu setiap setgh jam. And Alhamdulillah, kami dapat naik dan bergerak pada jam 3 petang ke airport. Tiket still the same RM5 per person.



Dalam bus, dapatlah tengok-tengok suasana di KK ni kali terakhir. Walaupun hanya berjalan kaki sepanjang bersiar di sini, tapi ianya best dan menyihatkan. Haha! Dah lama tak rasa badan sepenat dan se fresh sebegini. 

Kami sampai di airport pada jam 3.30 petang. Masih terlalu awal lagi. 

So, dengan backpack yang berat ni, kami pun berlegar di sekitar dalam airport. Ada kedai serbaneka, souvenir, dan tak lupa jugak, kedai makanan frozen. Tapi kami tak beli apa-apa pun. Just jalan-jalan je. Oleh sebab flight semasa tiba sini mengajar kami erti kelaparan, kami pun pergi makan di KFC di situ. Ye.. our final meal before flight. 


Kat KFC tu takde snack plate. Yang ada hot cheesy combo yang baru tu. Tapi kami bedal je dan lepak di situ sampai waktu boarding in. Agak ramai orang jugak kat situ. Tapi semuanya berjalan lancar je. Tak lama pun beratur. 

Naik kapal terbang je kami menghadapi satu lagi ujian yang dahsyat.

Boleh bayang tak bau orang yang tak pakai deodarant? Pergh.. busuknya jangan cakap la kan. Kami duk la mencari-cari dari mana datangnya bau tu. Sehabis semua orang kami suspek. Nak-nak dalam flight tu memang ada group travel yang riuh. Mereka siap sambut birthday lagi apa bagai dalam plane. Siap nyanyi dan bergelak sakan. Kami ingatkan salah seorang daripada group tu.


Puas la bersumpah seranah dalam hati serta lekap minyak angin kat hidung untuk hilangkan bau tu. Tapi tak lut jugak! 2 jam setengah kot perjalanan. Bau serius tengik!

Pergh... sumpah pening.

In the end, kami sampai di KLIA dalam pukul 8.10 malam. Barulah dapat detect, tuan empunya ketiak tu rupanya seorang wanita berwajah seakan Burma atau Vietnam yang duduk betul-betul di belakang kami. Perghh tak boleh blah. Haha!

Bayangkan kami berjalan nak keluar gate, dia just lintas tepi kami pun boleh bau badan dia tu. Bukan nak kutuk ke apa ke, tapi kalau dah tau badan tu berbau, pakai la deodarant. Tak pun cologne ke apa ke. Kesian la kat orang lain yang menahan hidung pasal badan kau. Ke kau sendiri tak tau badan kau memang tengik gila?

Well, apa pun, Alhamdulillah berakhir sudah traveling episod kami untuk kali ini.

Apa yang boleh aku rumuskan mengenai Kota Kinabalu adalah, orang-orangnya mesra dan peramah. Cakap lembut-lembut dan baik hati. Bandar KK pulak aku boleh katakan sebagai bandar bunian. Well.. in a good kinda way. Waktu pagi hingga petang, bandar ni terasa dull sikit. Tak ramai orang, kereta pun tak banyak. Sunyi sepi. Even pasaraya mereka pun tak blast speaker pasang lagu techno atau dangdut seperti di KL. Tapi bila waktu malam.. pergh meriahnya. Sana-sini tempat makan, ramai orang dan berbagai-bagai pasar malam boleh didapati di situ. Seafood mereka terbaik dan murah! Memang kalau korang stay di KK, pastikan korang makan sepuasnya sebab kat KL ni mahal! Haha..

Really enjoyed our time there. Till we meet again, KK.

Sabah OK bah!

Pastikan anda membaca kesemua episode!



23 November 2015

Backpacking Trip: Kota Kinabalu - Episode 4 -

Jesselton Point Waterfront, KK.

Day Three (15 Nov 2015)


Kalau nak diikutkan niat asal, trip ni nak pergi banyak lagi tempat yang menarik yang lain seperti Kundasang, Tamparouli dan sebagainya. Sepatutnya ada member di sana yang jadi tour guide dan boleh pinjam keretanya. Tapi oleh sebab masalah yang tak dapat nak dielakkan, maka plan tersebut terbantut dan kami menjalani aktiviti KK ini mengikut plan B. Kami taknak sewa kereta atau naik bas sebab melibatkan kos yang lebih untuk sewa kereta serta masa yang banyak akan dihabiskan jika naik bus. So, kami ikut kesesuaian pada keadaan semasa kami.

Hari ini hari Ahad. Setiap Ahad dari jam 5.30am sehingga 1.00pm, ada pasar Jalan Gaya yang sememangnya para kaki shopping kena pergi. Kat situ, terdapat pelbagai barangan yang dijual. Dari makanan, baju, kraftangan, peralatan dapur dan kebun sehingga binatang peliharaan! Memang pelbagai range barangan boleh didapati di sana.

Antara barangan dijual di Pasar Ahad Jalan Gaya.

Selepas bangun dari tidur lebih kurang jam 9.00am, kami berdua mandi dan bersiap terus turun ke bawah. Pasar tersebut memang betul-betul belakang hotel kami je. Dari tingkap hotel kami di bahagian belakang boleh nampak dah keriuhan pasar tersebut. So, kami berpusingan melihat kawasan sekitar tengok-tengok barang yang menarik untuk dibeli. 








After sejam setengah berjalan dalam pasar tersebut, barangan yang dibeli oleh kami adalah T-Shirt Headhunter Sabah dan key-chain. Mungkin takde barangan yang betul-betul menarik minat kami kot. Kok ye ada pun, agak susah nak beli sebab nanti tak tau macam mana nak bawak masuk kapal terbang. Kami tak beli luggage. Kang tak pepasal pening kepala kang. Kat pasar tu, aku terjumpa air seaweed + serai. Uncle cina yang jual tu cakap ianya baik untuk buang angin dan menyah toksin. Aku pun beli sebotol berharga RM3.50. Rasanya memang superb. Macam minum air serai yang diblend bersama rumpai. Korang boleh bayangkanlah muka aku macam mana kan minum air tu. Haha!

Dalam jam 12.30tghari, perut kami dah start bermuzik hardcore. Tak breakfast lagi dan sekarang sudah waktu untuk makan tengahari. 

Dalam Episode Three, kami ada makan di Fook Yuen kan? Haa ingat tak brader teksi yang bagi arah ke restoren tu? Haa dia jugak bagitau mengenai arah ke Kedai Kopi Kak Tini yang direview oleh Libur sebagai salah satu tempat makan yang patut dikunjungi di Jalan Gaya. Kami brunch di sana. Rupanya kedai tu memang betul-betul belakang hotel kami je rupanya. Bayangkanlah Google Map cakap tempat tu kat Sandakan dan memaksa kami berjalan 3 jam setengah. Haaiishh... kadang-kala teknologi ni tak boleh diharap jugak sebenarnya. 

Kat sini, yang famous adalah Nasi Kuning dan Mee Soto nya. Nasi Kuning kami tak sempat nak try sebab diorang cakap menu tu hidang time breakfast je. So, kami cuba la Mee Soto yang dikatakan sedap itu. Aku order mee kuning soto campur. Wife aku pulak bihun soto campur. Actually memang aku jenis lagi prefer mee kuning berbanding bihun. Lebih kena pada perut aku. Hehe.



Rasa mee soto kat situ sememangnya sedap. Serius aku cakap. Kuah dia best, isinya pun tak kedekut. Bukan sebab sedang lapar, tapi sememangnya mee soto situ sedap. Kalau korang berkunjung ke KK ni, pastikan korang merasa mee soto di Kedai Kopi Kak Tini di Jalan Gaya ni. Boleh letak dalam list "must do" korang. Kami habiskan RM13 di situ. Dua mee soto dan dua gelas air. Satu mee soto campur harganya RM5.50.

Sambil makan tu kami berdua berbincang mengenai destinasi yang ingin dilawati pulak lepas ni. Aku cadang nak sambung balik misi Atkinson Clock Tower yang terbantut semalam dan sebolehnya ingin melihat Jesselton Point Waterfront dan Signal Hill Observation Tower. 

So, kami pulang ke bilik hotel dulu untuk meletak barang yang dibeli di Pasar Jalan Gaya tadi dan lepas Zuhur kami mulakan langkahan kami. 

So, mengikut map yang diberikan oleh receptionist hotel, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Jesselton Point Waterfront dulu. Dari situ barulah merewang ke arah lain pulak. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setgh jam. Memang straight je ke arah utara. Di sepanjang perjalanan banyaklah gambar-gambar yang diambil. Panas seyh tengahari tu. Jam dah pukul 3 petang time tu. Dan akhirnya kami sampai juga di destinasi tersebut.





Jesselton Point Waterfront ni actually adalah jetty ferry dan boat untuk pergi ke pulau-pulau sekeliling. Kat dalam bangunan tu ada banyak kaunter-kaunter tiket untuk ferry ke Pulau Manukan, Gaya dan sebagainya. Harganya pulak aku tak tau sebab tak tanya. Haha. Kat situ aku just ingin melihat keadaan dan suasana di perkarangan station tu. Tenang dan damai. 

Ramai orang memancing di tepi-tepi jeti tu tapi tak pulak aku nampak ikan apa diorang dapat. Damai je di sini. Release tension dalam kepala melihat laut yang tenang ni. Desiran air yang melanggar jeti ibarat telinga ini dibelai dengan sutera. Haa... gitulah gamaknya metafora aku boleh bagi. Haha.

Selepas itu, kami mula berjalan menuju ke Pasar Kraftangan untuk beli souvenir bagi famili tercinta di semenanjung. Perjalanan itu mengambil more than setengah jam. Nak-nak kami sempat berehat di Harbour Walk sebentar untuk melihat boat yang sedang bergerak dan para nelayan membawa ikan dari boat naik ke darat. Seronok je rasanya pada mata aku ni. Even wife aku pun cakap, kalau nak tengok suasana ni baik nikmati betul-betul sebab by this time keesokan harinya kami dah tiada di sini dah. Barangkali on the way ke airport dah. Sedikit sebanyak buat aku sedih, so, aku cuba nikmati suasana ini dengan lebih baik.

Dalam jam 4.00 petang, kami pun sampai di Pasar Kraftangan untuk melakukan shopping kami untuk diberi kepada famili. Shopping itu tidak makan masa yang lama pun. Cuma setengah jam sahaja diambil. Kemudian kami lepak di gerai sebelah pasar kraftangan itu untuk refresh. Tengok jam di tangan dah pukul 5.00 petang. Percaya atau tidak, perjalanan kami sepanjang pagi hingga ke petang itu sudah lebih 10 000 langkahan kaki. Wife aku set target untuk hari tu 20 000 langkah. So, sudah separuh jalan dah tu. Tapi kaki dah longlai rasanya ni. Perut rasa lapar, wife aku terasa nak makan. Tapi aku cakap, sabar dulu, sebab malam ni kami nak nikmati final night seafood. 

Lagi sejam matahari nak terbenam, so kalau nak buat apa-apa aktiviti baik sekarang. Hehe... So, kami kembali berjalan kaki.

Kami menuju ke Padang Merdeka. Di Jalan Istana semalam yang kami tak jadi naik tu sebab ada anjing tu. Lepas tu kat situ, kami ikut map yang ada pada tangan kami time tu. Dalam peta tu ada tunjuk yang terdapat stairway berdekatan untuk ke Clock Tower tu. So, instead naik ikut Jalan Istana, kami jalan straight lagi dan tak semena-mena terus terjumpa Atkinson Clock Tower betul-betul di sebelah Balai Polis. Yang bestnya, menara jam tu memang visible dari tepi jalan dan kalau nak diikutkan boleh dilihat dari balkoni belakang hotel kami! Ceh! Aku ingatkan kena naik bukit tinggi ke apa ke untuk sampai. Rupanya tepi jalan je. Terasa "shit" sikit sebab tak rujuk map sejak awal lagi. Haha!




Setelah puas snap-snap gambar di situ, tengok jam dah pukul 5.40 petang dah. Tak lama lagi matahari nak terbenam dah ni. So, kami tengok map untuk menuju ke Signal Hill Observatory Tower. Ia adalah sebuah look out point atas bukit yang boleh melihat serata bandar KK.

Bayangkan dengan kaki kami yang semakin lesu dan penat, terus push untuk sampai ke sana. Ikut map ada stairway lagi untuk naik ke atas. Dan kami bergegas ke sana pula. Serius ada dalam 300m jugak dari menara jam tu ke stairway untuk naik tu. Tapi kami redahkan jugak. Haha.

Ok, cut story short. Setelah berperit menahan kesakitan kaki, kami sampai juga di kaki bukit untuk naik tangga tu. Pergh... terasa denyut-denyut di peha. Tengok rekod perjalanan, kami dah capai 16000 langkahan dah. Ada lagi 4000 langkah untuk achieve target 20 000 langkahan tu. 

Tengok pula pada signboard kat stairway tu, kami terpaksa naik tangga sejauh 250m untuk sampai di puncak bukit tu. Haha. Time tu rasa macam nak give up pun ada. Tapi memikirkan jika dulu kami boleh buat, kenapa tidak sekarang. Kami gigih jugak naik tangga tu. Yup.. berhenti-henti jugak la dipertengahan jalan untuk berehat. Gila kau... mana larat nak terus direct je. Kok kalau mendatar je takpe, ini menaik. Hehehe...

Jam dah pukul 5.50 petang sewaktu kami tiba di atas. Matahari sudah pun terbenam nampaknya. Tak sempat nak tengok. Tapi.. aku tetap puas hati kerana suasana pandangan dari atas bukit itu ke arah bandar KK memang best. Berbaloi dengan kepenatan kami berjalan sepanjang hari tu. Sejuk mata memandang pemandangan yang cantik itu. Lagi-lagi belah laut yang memberi relection matahari yang terbenam.. memberi warna dan tona yang menggambarkan kesayuan tersendiri.






So, selepas menghabiskan lebih kurang setengah jam di atas, kami pun berangkatlah ke hotel kembali untuk mandi dan solat. Kaki pun nak kena rest kejap. Memang dari pagi sampai ke petang ni tak henti berjalan je ni. Ibarat kereta yang berjalan jauh. Kena jugak stop kejap sebelum enjin jahanam. 

Sampai di hotel, tengok-tengok kami sudah achieve 20000 langkahan kaki! Yeah... satu lagi rekod tercipta. Huhuhu. So, seperti yang dirancang, kami ingin indulge diri kami ni dengan final seafood. So, jam 9.00 malam, kami pun bertolak ke Pasar Todak.

Di sana kami order udang harimau masak butter, ikan bayan masak tauchu, sotong goreng tepung dan ulam rumpai laut yang aku dah lupa apa namanya ntah. Hehe. Happy eating pada final night in KK. Huhu.. Di KL barangkali susah nak dapat makanan sebegini dengan harga yang murah. So, kami nikmati betul-betul makanan malam ni. Untuk dinner itu kami habiskan dalam RM79 untuk semua tu. Memang reasonable la untuk di KK. Boleh dikatakan murah.







Sejurus sahaja sudah makan, kami bersiar-siar di sekitar bandar dan sempat kembali ke menara Atikinson tu untuk ambil tanah sedikit sebagai cenderamata aku sendiri. Hehe.. dah jadi hobi aku pulak untuk ambil tanah atau pasir dari tempat aku lawati sebagai tanda kenangan aku. Kat rumah aku pun berbotol-botol aku susun dengan tanah atau pasir dari tempat aku jelajahi dahulu. :)

Apabila pulang di bilik hotel, kami start mengemas backpack kami. Esok nak check out pukul 12 tengahari. Dibuatnya kalau terlajak tidur, parah jugak nanti. Kelam-kabut. Better dah siap mengemas, esok boleh terus berangkat je. Lagipun andai tak susun beg, susah nak adjust barangan yang dah dibeli tu nanti. Makan masa jugak nak mengemas nanti.

After mengemas, kami pun melabuhkan tirai malam itu... dan menunggu keesokkan hari yang bakal mengakhiri siri jelajah kami di sini. Memang best pengalaman kami di KK ni. Seronok...

Yang paling jelas yang aku boleh beri mengenai KK ini adalah keadaan suasananya macam....

-bersambung di Episode Five (Finale)-




20 November 2015

Backpacking Trip: Kota Kinabalu - Episode 3 -

Replika seekor ikan todak di bulatan di Harbour Walk

Day Two (14 Nov 2015)


Kami bangun agak lewat sedikit berbanding semalam. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Rasa malas betul nak bangkit. Maybe sebab katil empuk sangat kot dan suasana dingin je dalam bilik. Tapi rugilah kalau bercuti andai banyak habiskan masa di hotel je kan? So, nak tak nak, bangun jugak dan pergi mandi.

Setelah selesai mandi, kami bersiap dan ready untuk keluar. Tepat jam 10.30 pagi, kami mulakan perjalanan. Apa-apa hal pun, perut harus diisi dahulu. Kena carik tempat untuk brunch. 

Serius aku cakap, untuk mencari makan di KK waktu tengahari, memang agak susah. Bukannya tiada kedai, tapi jaraknya dari hotel agak jauh dan yang berdekatan kawasan pasar pula ada satu dua je. Lain betul dari suasana malam yang penuh dengan gerai sana sini yang menjadi food heaven.

Kami siap masuk KK Plaza dan berjalan-jalan di Jalan Sinsiran untuk mencari makan. Akhirnya kami makan di sebuah restoren kecil berhadapan Pasar Filipina yang bakal kami lawati jugak sebentar lagi. Makan kat situ reasonable jugak harganya tapi choice tidak banyak. Kami habiskan lebih kurang RM13 kat situ makan nasi campur dan 2 gelas air. Lebih kurang makan kat kebanyakkan mapley di KL jugak.

Selesai makan, maka kami seberanglah ke pusat kraftangan yang famous di situ.

Antara souvenir yang dijual di Pasar Kraftangan

Biasalah apabila berada jauh, sudah tentu nak beli souvenir, beli barangan yang telah "di-order" oleh famili di semenanjung. Banyak seh order yang perlu di selesaikan. Haha. 

Kat situ memang serius banyak kedai-kedai yang rata-rata menjual benda yang sama. So, kita perlulah round-round dulu untuk mendapatkan harga yang terbaik. Peniaga-peniaga di sana memang peramah orangnya. 

Paling famous yang dijual di sana adalah mutiara. Ada mutiara air tawar, air masin dan sebagainya. Dan misi kami mencari barang yang paling banyak diorder iaitu "gelang Pandora". Harga standard yang dijual kat sana RM25 untuk satu gelang tersebut. Tapi andai pandai cari dan nego, satu gelang tu boleh dapat RM15 - RM10. Siap size boleh arrange lagi. Custom made di situ jugak.

Antara gelang yang banyak dicari di Pasar Kraftangan.

So, kami terjumpalah satu kedai di  belakang sekali yang agak friendly dan boleh tolerate sedikit sebanyak. And of course, wife aku mulakan shopping mission di "playground wanita" nya itu. Dan aku? Duduk, berdiri dan merayau-rayau di sekitar dalam bangunan itu.

Dari pukul 2 sehingga ke 6 petang proses membelinya itu. Sampai kaki letih. Aku sempat la jugak keluar ikut pintu belakang dan melihat warga peniaga di belakang tengah bersiap sedia untuk membuka gerai-gerai yang bertempat di sebelah Pasar Kraftangan ni. Asyik betul aku melihat mereka membuat kerja. Jelas terpancar keseronokan mereka melakukan kerja-kerja menolak stall, menyediakan ikan-ikan, barang basah dan sebagainya. Dan hujan pun ada turun time tu. Agak lebat sikit. Ada yang teruskan kerja mereka dalam hujan-hujan tu. Dan tak kurang juga ada yang duduk sambil menanti hujan berhenti. Yang bestnya..even kanak-kanak pun ada dalam suasana tersebut. Kehidupan mereka kelihatan sangat tenang. Jauh dari orang bandar yang macam aku yang setiap hari merungut pasal kerja di ofis, bergelumang dengan orang berpusu-pusu masuk tren setiap pagi dan petang untuk bergerak sebelum berhimpit dalam kesesakan jalanraya lagi. It's an eye widening view yang tak mungkin aku dapati di bandar besar.

Kerja harian warga peniaga Pasar Filipina tergendala sebentar disebabkan hujan.

Seorang kanak-kanak yang juga berniaga berteduh dari hujan.

So, oleh sebab kepenatan kami berdua pun lepak minum jap di gerai sebelah untuk refresh. Wife aku cakap, barangan yang diorder belum setel lagi. Maybe esok kena sambung lagi beli sikit di sini. Time tu matahari nak terbenam dah. Niat asal nak pergi Atkinson Clock Tower, sebuah menara jam bersejarah di bandar KK. Tapi macam tak dan nak pergi sebab langit dah start bergelap. 

After minum, kami pergi Pasar Ikan Masin di sebelah Pasar Kraftangan untuk beli udang kering dan keropok sotong yang bulat-bulat tu. Ada orang order udang kering 3kg. Kat sana pun macam pasar kraftangan jugak. Pandai round dan nego, dapat la harga best. Kami dapat sekilo udang kering RM26. Instead of RM30. Selepas itu, kami pun start berjalan pusing sampai ke bangunan DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu). Di situ duduk jap sambil tengok langit yang dah macam lewat malam. Tengok jam, aihh.. baru pukul 7.00 malam! Senja kat semenanjung. Memang terasa macam kena lebih get along dengan timezone sini. Lain bebenor rasanya. Haha!

Suasana macam dah lewat malam tapi sebenarnya baru pukul 7.00 malam.

Dah alang-alang macam tu, terasa macam nak redah je pergi cari Menara Atkinson tu. Tengok pada Google Map macam dekat sangat dah. So, dengan tangan bawak beg plastik seberat 3kg lebih sambung berjalan sampai terjumpa Padang Merdeka. 

Di Padang Merdeka tersebut, terjumpa satu map yang memaparkan lokasi-lokasi yang terdapat berdekatan sana. Dan kami lihat, lokasi Menara Atkinson tu berada di atas bukit, ikut Jalan Istana yang gelap. Hm.. So, dengan nekad, kami ingin cuba redah jugak jalan tersebut untuk ke tempat itu. Di awal perjalanan, bajet sorang-sorang kental, tapi selepas jalan sampai di satu simpang tu, tiba-tiba keluarlah 2-3 ekor anjing yang duk lepak kat situ sambil memandang kami dengan wajah yang curious.

City guide yang terletak di Padang Merdeka.

Aku tengah pegang plastik berat ni. Kaki pun dah tak dan nak berlari. So, kami berdua pun perlahan-lahan pandang ke belakang kembali dan jalan slow-slow. Kang kalau lari dikejarnya pulak oleh anjing kang. Apa pun tak jadi. Hahaha.

So, niat untuk ke clock tower tu tergendala la. Dan terus berangkat pulang ke Jalan Gaya. 

Perut terasa lapar la pulak. Menurut LIBUR, ada satu restoren dim sum yang perlu dilawati oleh para tourist yang bertandang ke KK ni. Nama restoren tu Restoren Dim Sum Fook Yuen. Menurut review, Dim Sum dia best, jadi kami pun ingin mencuba sendiri la rasanya macam mana plak kan.

So, dari lokasi hotel kami, start berjalan pusing-pusing Jalan Gaya untuk mencari restoren tu. Tak jumpa-jumpa. Tengok pada Google Map macam dah dekat tapi tak nampak pun restorennya tu. Haishh kat mana la plak tempatnya itu kan. Berjalan punya jalan, sampai ada seorang taxi driver yang tengah cari penumpang pun offer taxi dia. Kami menolak. Selepas tu beliau tanya nak ke mana. Kami jawab la Restoren Fook Yuen. Dia terus tunjuk arah yang rupanya berada depan mata kami all along. Hahaha.

Di Restoren Fook Yuen ni, dim sum dia ada pelbagai. Ketam dan fishball la, ayam dan seafood la... macam-macam la. Harganya pulak satu palate RM4.30. Satu palate ada 3 ketul dim sum. Air signature mereka yang korang kena try kalau ziarah sini adalah Teh Kawen. Teh Kawen tu adalah teh susu double layer di mana susu pekat dan cair diblend sekali menjadi satu saturation yang memberi texture sewaktu minum teh tersebut. Sedap weh! Makan tanpa was-was. Restoren ada tanda halal.

Seafood Dim Sum di Fook Yuen

Crab Dim Sum di Fook Yuen

Teh Lemon Ais dan Teh Kawen di Fook Yuen

Kami habiskan lebih kurang RM12 di restoren tersebut untuk 2 palate dim sum, teh lemon dan teh kawen. Rasa dim sum tersebut boleh dikatakan antara yang tersedap pernah makan, staff friendly (lagi-lagi di department air), dan sistematik. Seronok makan di sini.

Secara jujur, dim sum yang dimakan itu terlalu sikit untuk kami yang tengah lapar gila. Kira dapat merasa dim sum tu kira mission tercapai la. Kami terasa nak bungkus makanan kat mana-mana untuk dibawa ke hotel. Boleh makan di bilik sambil tengok movie kat laptop.

Puas la mencari mapley tapi tak jumpa di Jalan Gaya. So, pusing-pusing, terjumpa lah Restoren Azlina Sulawesi. Kat situ nasi campur dah habis dah. Ye la kan, time tu pulak dah kul 10 malam dah. So, memang patut pun dah habis by that time. So, kami order la Nasi Goreng Daging satu, Nasi Goreng Ayam satu. Total harga untuk keduanya adalah RM12. Dalam fikiran aku, awat la mahal sangat untuk nasi goreng ayam? RM6 untuk satu bungkus. 

Tapi oleh sebab dah lapar sangat, terus bayar and chow je lah. 

Sampainya di hotel, kami terus pergi mandi. Badan dah berpeluh sakan weh. Tanpa sedar, apps di henpon wife aku tunjukkan yang kami dah berjalan lebih dari 6000 langkah untuk hari tu. So, it's an achievement sebenarnya. Kat KL nak capai 1000 langkah pun payah.

Lepas mandi, set up laptop untuk tengok movie "The Sound Of The Sea", dan bukak bungkusan makanan yang dibeli tadi. Pergh kau! Nasi goreng dia banyak gila kot dalam polisterin tu. Rasa nasi goreng tu pun sedap. Rasa macam style cina pun ada. Memang terus berpuas hati la dengan makanan tu. Well, at least bagi aku la, si kuat makan ni. Haha!

Sejurus tu, terus kami melayani malam tu yang dingin sebab nak hujan balik dah. Sure malam ni sejuk gila kan. Kaki dan badan pun rasa penat sangat ni. Dan badan kena rest sebab esok kami nak.....

-bersambung di Episode Four-

Let's Interact!

me>