19 February 2012

Seandainya aku AVB



Blog ini bukan bertujuan bola sepak semata... tetapi lebih kepada fakta general... tapi aku tak dapat menahan daripada melihat nasib kelab kesayangan aku yang kini semakin meruncing dengan masalah taktikal dan moral sejak akhir2 ni... Ye, aku harap seandai AndreVillas Boas (AVB) dapat membaca ni, aku berharap beliau menggunakan google translate dan fahami pendapat aku...

Chelsea merupakan antara kelab yang kuat dan terdiri daripada pemain-pemain yang handal... tapi mengapakah semakin lama semakin flop? Torres yg dibeli 50million pound tu pun flop... Drogba pun sama... kemungkinan usia kebanyakan player Chelsea sudah meningkat menjadikan mereka kurang berdaya saing. Akan tetapi Chelsea tidak kurang juga mempunyai pemain-pemain yang muda seperti Mata, Ramires, Meireles, Mikel dan Romeu... Ini semuanya adalah kerana masalah formasi....

AVB suka menggunakan formasi 4-3-3 yang jelas lagi terang tidak sesuai dengan character dan style permainan pemain-pemain Chelsea... Mari kita lihat serba sedikit pemain kesebelasan utama Chelsea setakat ini.

Ivanovic (RB / CB) : Beliau merupakan seorang RB yg kompeten dan tegap. Berbanding Bosingwa, beliau merupakan pemain yang mempunyai kawalan bola yang mantap, boleh mengelecek dan crossing beliau juga antara terbaik yang boleh diharapkan. Beliau juga cepat untuk pulang ke posisi asal selepas overlap.

Cahill & Terry (CB): Mereka mempunyai ciri-ciri CB yang hebat dengan susuk tubuh yang besar, tegap dan bijak untuk merampas bola. Mereka juga hebat dalam perebutan bola atas udara dan mempunyai visi dan kreativiti dalam mengawal kawasan kubu dengan tenang.

Luiz (CB / RB): Seorang pemain pertahanan bersifat barbarian di kubu. Beliau merupakan pemain yang tidak gentar berdepan dengan sesiapa dan boleh mengawal bola dengan baik. Beliau jenis yang suka bawa bola ke kawasan attack dan mengelirukan pertahanan lawan. Kelemahan beliau, lambat untuk pulang ke posisi asal.

Ashley Cole (LB): Seorang pemain yang laju dan amat berkesan jika overlap. Crossing beliau bukan yang terbaik tetapi larian beliau untuk masuk ke kotak penalti lawan, amat sukar ditandingi dan mampu mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Essien (DM): The buffalo soldier ini merupakan dinding pertama Chelsea seandainya pihak lawan ingin melakukan serangan. Sinonim dengan nama gelaran beliau, pihak lawan akan mendapati saat-saat sukar untuk melepasinya kerana kekebalan tubuh badan beliau yang sasa. Essien juga mampu untuk melakukan rembatan padu dan tepat.

Lampard (AM / CM): Seorang lagi lagenda Chelsea yang mempunyai rekod yang cantik samaada melakukan assist mahupun jaringan. Keistimewaan beliau yang sering orang perkatakan adalah rembatan kencang beliau untuk menghasilkan gol. Tidak ramai yang menyedari bahawa beliau juga seorang yang kreatif dan secara rutin membuat larian yang sangat berkesan untuk melakukan follow up untuk tap bola muntah ke jaring.

Malouda (ST / AML): Ramai yang mengkritik cara permainan beliau sekarang yang selalu flop. Sememangnya beliau bukanlah pemain yang tidak handal. Beliau antara pemain yang hebat dan sangat berguna dalam skuad kebangsaan Perancis. Beliau merupakan pemain yang gemar untuk membawa bola "by line" dan "inside the box" untuk melakukan cross rendah yang kemudiannya akan ditap oleh pemain lain. Beliau mungkin tidak selaju yang lain, tetapi beliau mempunyai ciri fizikal yang kuat dan tidak mudah jatuh seandainya dikasari.

Ramires (DM / AM): Salah seorang lagi pemain penting dan build up attacking play Chelsea. Beliau boleh mengelecek dengan baik, lariannya laju dan finishing juga bagus. Kemungkinan dari segi fizikal Ramires tidak hebat tetapi larian yang boleh membuatkan pertahanan lawan gelisah.

Mata (AML / AM/ AMR): Seorang pemain yang paling penting dalam skuad Chelsea pada masa ini. Bersesuaian dengan perbandingan beliau dengan lagenda Chelsea iaitu Zola, pemain kecil ini mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan sangat tenang mengawal bola. Beliau boleh membuka pemainan semula apabila cramp di suatu posisi dan mengubah corak permainan Chelsea kembali.

Sturidge (CF / AML): Lincah, laju dan mempunyai finishing yang baik. Beliau merupakan igauan buruk pihak lawan apabila mula membawa bola dan mampu merobek pertahanan dengan larian ke kotak penalti lawan. Kelemahan beliau adalah team work yang kurang baik. Suka mencipta nama tanpa menghiraukan team mate yang lain. Tamak.

Meireles (CM): Punker ini sebenarnya sangat hebat. Mungkin corak permainan beliau sekarang sangat flop, tetapi jangan dilupa bahawa beliau agak baik dalam melakukan rembatan kencang. Volley beliau juga sangat menakutkan jika mendapat peluang.

Romeu (DM / CM): Pemain muda yang sangat adapt kepada pemainan laju dan direct pass. Beliau boleh mengawal bola dengan baik dan very good command dan solid DM. Seorang yang boleh menggantikan tempat Essien nanti. Romeu juga seorang yang boleh menghantar bola dengan kreatif dan boleh menjadi playmaker yang sangat berguna.

Torres (ST / CF): The most flop player of Chelsea squad? jangan fikir macam tu... Torres still merupakan striker yang berbakat dan sangat digeruni. In fact, berapa banyak kali beliau dah merobek Chelsea sendiri sewaktu beliau di Liverpool? kerja beliau bukan untuk assist semata tapi untuk score... kita ke situ sebentar nanti... Torres boleh membuat lay off bola kepada rakan dan juga tenang di depan pintu gol.. Beliau boleh menghasilkan gerakan cantik dengan through pass yg diberikan kepada beliau.

Drogba (ST / CF): What can I say about this player? One of the most worthy for money player. Pembelian beliau dari kelab Marseille sgt2 berbaloi... striker yang mempunyai badan yang tegap, hebat untuk situasi satu lawan satu, finishing yang menakjubkan, kawalan bola di udara yang hebat....

Terdapat juga pemain-pemain lain yang aku tak sebutkan tetapi hebat juga seperti, Josh McEachran, L.Piazon, Kalou, Mikel, Ferreira, Bongsiwa, Lukaku dan sebagainya... biar kita tumpu pada kesebelasan favourite dahulu...


Semua pemain Chelsea adalah yang terbaik... di mana silapnya?
AVB gemar menggunakan formasi 4-3-3...
Defensive ok... tetapi bahagian midfield sangat-sangat teruk.... only 3 midfielder...
dengan meletakan gandingan yang tidak tepat seperti, ramires - lampard - essien / mikel..

3 striker di depan bukan memberi pressure kepada pihak lawan tetapi hanya membuka permainan dan membolehkan kubu pihak lawan lebih narrow dan solid untuk menyukarkan player kita masuk ke dalam lagi...
itu la pasal nya Drogba, Torres mahupun attacking midfield tak boleh nak masuk... dan disebabkan Drogba ditengah, Torres bermain di sebelah kanan, dan Mata sebelah kiri, Torres dan Mata akan hanya mampu beri assist kerana posisi mereka nun jauh buka di flank atas itu, meninggalkan Drogba sendirian menunggu bola di tengah dan Mata atau Torres di far post...

Seandainya aku AVB, ini formasi favourite aku: 4-4-2!!


Mengapa? Ye.. sebab bagi aku dengan formasi ni, Chelsea mampu menghasilkan 7 - 8 gol dengan bersahaja je... mari kita lihat macam mana game play dengan formasi yang di bawa oleh Jose Mourinho dan Carlo Ancelotti sewaktu ketika dahulu...

Ivanovic dan Ashley Cole akan membuat overlap yang baik di kedua-dua side... seandainya Ivanovic naik, Ashley Cole akan naik separuh dan begitu juga sebaliknya. Ini akan memberi attacking force Chelsea option yang banyak di bahagian serangan... akan adanya, Torres, Mata, Drogba di tengah, Lampard / Meireles stand by di luar kotak penalti dan Sturidge / Malouda di far post.... Bagaimana pula defensive line seandainya pihak lawan buat counter attack? Mereka harus menghadapi Essien / Romeu yang stand in di posisi itu, oleh kerana salah satu RB atau LB akan overlap dan kemungkinan tak sempat untuk turun semula, barisan pertahanan akan menjadi 3 di belakang dan 1 di posisi DM... dengan adanya Cahill / Luiz, Terry, Ivanovic / Ashley Cole di defensive line dan Essien / Romeu di posisi DM, agak mustahil mereka boleh tempuh pun..

ok.. itu serangan dari tepi... bagaimana pula serangan dari tengah? efektif kah?

ok assume serangan start dari DM... pass pada Mata... Mata mempunyai banyak option untuk pass bola.. beliau ada 2 striker di depan, Torres dan Drogba... dan andai beliau ingin membuka permainan kembali, beliau ada Lampard / Meireles di sebelah kanan beliau, dan Sturidge / Malouda di kiri... seandainya beliau terlepas bola, Essien / Romeu sedia menanti dia belakang.. Malouda seorang pemain yang suka bermain by the line dan masuk ke kotak penalti... cuba lihat betapa banyak option dia ada dengan Torres, Drogba menanti di tengah, Lampard / Meireles di far post dan Mata di luar kotak penalti...

Posisi formasi 4-4-2 ini, akan secara automatik menyerlahkan potensi pemain-pemain... sekarang mereka nampak flop.. nampak down sebab posisi yang mereka main tidak sesuai dengan characteristic mereka...

Keep The Blue Flag Flying High!!


akhir kata, ini just pendapat aku.... seandainya anda mempunyai pendapat lain, sila tinggalkan di ruang comment supaya kita dapat mengkaji lagi dengan efektif sistem yang patut di gunakan oleh Chelsea.

Sekian terima kasih.

01 January 2012

Happy New Year!

Wow... it's been a hard, wild, rough and smooth year eh? Anyway... let past be past and look forward for something even bigger in the future...

Goodbye 2011 and Hello 2012!

Happy New Year 2012 !

21 November 2011

Assisted Suicide



Assisted suicide? Apa ke bende nyer tu? actually bende ni dah lama tapi i guess kita berhak untuk menilai perkara ni sendiri dan ada pendapat masing-masing. Assisted suicide atau "Euthanasia" adalah satu pertolongan yang dibuat kepada seseorang (lazimnya yang akan mati) untuk mengakhiri hayat mereka di atas kerelaan sendiri.

Wow... bukan ke ni dikira bunuh diri jugak ke? sebab mereka nak mati dan buat sesuatu untuk akhiri hayat mereka sendiri... bukan ikut takdir.... walaupun bukan menggunakan diri mereka (dapat pertolongan orang lain), still bukan ke itu bunuh diri sebenarnya?


atau, memang takdir mereka untuk mati sebegitu? (seperti mmg sudah tertulis ajal bagi mereka begitu)...
Hm.. konteks ni sangat2 subjektif... Gejala assisted suicide ni sgt berleluasa di negara-negara eropah seperti Sweden, Denmark, Belanda dan sbagainya. Actually, mereka juga kebanyakkannya tergolong dari golongan pesakit kronik di mana penyakit mereka tidak dapat diubati dan hanya menunggu mati sahaja... yup, penyakit2 seperti kanser, aids dan sebagainya...

"It's my life... so it's my death" antara slogan yang sinonim dengan golongan ini, mahukan kematian mereka lebih cepat, tidak menyakitkan dan selesa... kebiasaannya mereka akan menyuruh rakan terdekat mereka atau saudara mara memberikan racun kepada mereka supaya mereka dapat tidur dan seterusnya meninggalkan dunia dalam tidur mereka.. Ia lebih formal daripada bunuh diri sendiri kerana di sini, pembunuhan diri ini lebih kepada kerelaan daripada keluarga, sahabat handai mereka sekali. Malah ada di antaranya datang dan menyaksikan "upacara" ini..


Walaubagaimana pun, aktiviti tersebut tidak lah mendapat sokongan daripada negara-negara mereka kerana melanggar tatasusila dan yang paling penting melawan ketentuan yang telah dirancang oleh Tuhan kepada mereka. Malah terdapat akta dan hukuman andai upacara ini dijalankan. Yang dah mati tu mati la kan, tapi yg menolong tu, mungkin akan dikenakan hukuman dan tuduhan membunuh lagi.

Dalam Islam sendiri pembunuhan diri dalam apa2 aspek dan cara juga adalah haram dan berdosa besar andai dilakukan. Setiap manusia mempunyai cara dan tarikh ajal mereka sendiri. Jadi, eventhough seseorang itu tiada harapan lagi untuk hidup, tidak bererti mereka tidak boleh menjalani kehidupan yang baik dlm sisa-sisa kehidupan yang tinggal. Malah mereka patut bersyukur sbb dah tau mereka nak mati, jadi mereka ada kesedaran untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan untuk mendapat keredhaan-Nya.


ps: ini maybe terjadik kat org2 yg tak percaya pada agama dan juga lemah imannya.

30 October 2011

The Kufazuke Show Channel

hye everybody.. just want to inform u guys yg channel The Kufazuke Show telah pun officially di udarakan di Youtube... as newbies, terdapat 3 video yg telah diupload.... harap anda sumer dpt jenguk dan subscribe kpd channel tersebut..

sila klik di link ini:

http://www.youtube.com/user/kufazuke?feature=mhee

Let's Interact!

me>