23 February 2012

Tanya Sama Syaitan : Apa sebab Dunia Huru Hara

Salam dan bertemu kembali...

Semalam aku tengah sedap duk lepak atas sofa bukak la satu channel kat Astro. Satu drama melayu sedang berkumandang. Aku malas la nak cakap channel apa dan tajuk drama. Kalau la Astro bayar aku, aku akan letak kat sini. Apa? Ingat ni ruang iklan percuma ke? :)

So, terdapat la satu situasi dalam drama melayu tersebut berbau sexist...

Lelaki : "Yang kau tu ego sangat kenapa? Ingat la kau tu PEREMPUAN"
Perempuan : "Eh, pergi jahanam la dengan kau. Sekarang semua perempuan macam ni sebab adanya LELAKI macam kau di dunia. Semua lelaki tak boleh diharap, semuanya tahu seks, seks, seks... semuanya pasal nafsu!!"

selepas tu aku terus jam... otak aku terus "ter"compose satu lagu... tak tau apa jadik pada cerita tu... So,


Let's sing a long!!

Tanya sama Perempuan, apa sebab marah?

Perempuan: Sebab lelaki semuanya tak ikhlas, hanya tahu puaskan nafsu saja.. tak ada lelaki yang berkualiti dalam hidup ni lagi. Cuba tengok, kaki rogol, cabul semuanya lelaki.


Tanya sama Lelaki,

Lelaki: Kami diciptakan oleh Allah dengan tuntutan nafsu. Even tercatat dalam hadis nafsu lelaki 1 berbanding akal 9. So.. nafsu is our king..Kami cuma normal. Yang buat kami macam ni, sebab environment, rakan-rakan dan lebih-lebih lagi, pengaruh media yang menaikkan nafsu kami. Masyarakat dunia terpengaruh dengan media tau!


Tanya sama Media,

Media: Sorry bro, it's not my fault.... Aku just ikut je apa yang "mereka" nak... sebab "mereka" yang kawal semua di dunia ni. Kalau tak, kami pun tak dapat carik makan... mereka tu siapa? mereka lah "Freemason".. atau "Illuminati"...


Tanya sama Freemason / Illuminati,

Freemason/ Illuminati: Wowowo.. Kami kawal semuanya sebab perjanjian dengan Dajjal al-Masih. Dari ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya kami terpaksa turutkan seperti apa yang Dajjal inginkan. Rancangan ni dah lama dan untuk persediaan untuk dia dibangkitkan di akhir zaman nanti. Kami dan Dajjal dah bersumpah untuk saling membantu... Dia beri kami kemewahan, dan angkat kami sebagai kuasa besar dunia, sekarang kami tolong dia untuk jayakan rancangannya je.


Tanya sama Dajjal al-Masih,

Dajjal al-Masih: Sebab dari sejak azali lagi aku dah berjanji pada Tuhanmu yang satu iaitu Allah, akan aku pesongkan akidah anak-anak Adam untuk mengikuti aku. Bila semuanya huru-hara dan berpecah belah dan melanggar perintah Allah, aku gembira!! hahaha...




ok, dalam otak aku suara Dajjal tu memang suara Jigsaw salam filem "SAW"... hehe..

Sekian, terima kasih.... komen dan view, tinggalkan di ruang komen ok? bye!!

ps: Entri ni hanya perbincangan terbuka sahaja.. masing-masing punya pendapat tersendiri... tapi kalau di fikirkan, cuba relate semua masalah seperti racial prob, ekonomi, politic, education dan sebagainya mengikut lagu ni, akhirnya ke setan jgak perginya... hahaha!!

22 February 2012

X X RAY I & II : Klasik Itu Terbaik

Salam Sejahtera,

Kalau anda seorang yang lahir tahun 80-an, pasti anda pernah suatu ketika dahulu tengok filem-filem ini (paling tak pun, sekelumit berita pasti anda pernah terdengar tentang filem ini). Mungkin pada orang lain filem-filem melayu semua tak best dan sangat bosan apabila menontonnya. Actually, sama je macam aku pun... lagi-lagi kalau cerita melayu yang baru, yang sangat-sangat leleh-leleh dan meleret-leret serta sangat stereotype. Tapi aku kagum jugak dengan kemajuan yang dilakukan oleh industri perfileman negara yang semakin baik dengan memperkenalkan filem-filem menarik dan juga persembahankan seni grafik yang memberangsangkan.



Filem XXRay I dan juga XXRay II adalah dua filem sewaktu aku kecil dulu yang buat aku sangat-sangat kagum. Dua-dua filem ini adalah box office dan juga 'baby' kepada pengarah terkenal tanah air iaitu Aziz M. Osman. Aku tertarik dengan filem-filem ini sebab ia sangat berani. Dikala industri filem kita cuma berani mengeluarkan cerita-cerita bergenre romantik, sedih dan cinta, pengarah ini tampil dengan filem sains fiksyen. And see how well did it goes....

 XX RAY I (1992)

XX Ray I
Dalam XX Ray I ni, ia mengenai kisah nak kejar seorang member yang nakal. Penemuan sebuah device yang membolehkan seseorang melihat menembusi sesuatu objek telah disalahgunakan olehnya. Ada dua orang yang lain cuba nak rampas balik device tersebut tetapi member yang agak nakal ni boleh pulak menjadi halimunan yang menyebabkan acara kejar-mengejar tersebut menjadi menarik dan sangat mencemaskan.

XX Ray screen



XX Ray II (1995)

XX Ray II

Dalam sekuel filem ini, kita disajikan dengan kisah kawan-kawan yang ingin mencuba membetulkan sejarah. Ye, filem ini agak melucukan tetapi amat mempersona sekali. Ia bermula dengan seorang member ni mengaku telah mencipta device dinamakan "Laser Disposal" yang sebenarnya dicetuskan oleh penolong beliau. Dia mempunyai niat yang jahat dan member-membernya yang lain diajak oleh pembantunya untuk menggagalkan misi jahat beliau. Akan tetapi, setelah semuanya terjerumus di dalam 'time warp', semuanya telah kembali ke zaman kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu diterajui oleh Sultan Mansur Shah. Si rakan yang nakal ini cuba mengubah sejarah dengan menggagalkan Hang Tuah daripada membunuh Hang Jebat. Dalam filem inilah kita akan dapat lihat Hang Tuah julung-julung kalinya memegang machine gun.

XX Ray II screen
Sorry ye pembaca, aku tak cakap secara details dan jelas cerita tersebut sebab tak nak merosakkan plot dan jalan cerita serta kehebatan lakonan pelakon-pelakon otai kita.... Kalau anda yang belum melihat atau lupa macam jalan ceritanya, silalah download dan nikmati.. kenalilah pelakon-pelakon handalan kita sewaktu ketika dulu... Aku pasti anda tidak menyesal....

Ida Nerina : Antara aset yang berharga dalam menjayakan filem XX Ray II.

Seandainya terdapat pengarah-pengarah di luar sana yang ingin remake filem-filem lama, aku harap sangat kedua-dua filem ini dibuat semula dengan menggunakan seni grafik yang terkini dan lebih mengancam lagi... (Aku vote untuk Lisa Surihani jadik Shima dan Aaron Aziz jadik Hang Tuah....hehe) Di Hollywood, banyak kisah klasik telah diremake menjadi filem yang sangat unggul seperti Hulk, Batman, King Kong dan sebagainya.... Industri filem tanah air pun perlukan jugak.... baru boleh martabatkan kembali kehebatan filem kita seterusnya tunjukkan di luar bahawa industri filem kita sudah maju... kan?


Sekian saja ye... andai ada komen atau pendapat, sila tinggalkan diruangan komen di bawah...
Bye!!

Link Download untuk XX Ray I : http://wayangmalaysia.wordpress.com/2007/08/24/xx-ray-1992/
Link Download untuk XX Ray II : http://torrent.jiwang.cc/XXRay2_zuljoe__jwg__torrent_-s-62573.html


ps: Seronok tengok filem-filem lama sebab mengingatkan kembali zaman kanak-kanak... :)

21 February 2012

Jom Tidur !!

Tidur? Relevan ke? (oh, ye... ramai yang salah sangka ye, "relevan" bermaksud "PENTING" bukan "SEPATUTNYA" seperti di war-war kan... tak percaya, check kamus)...

Ramai yang tidak mengetahui bahawa tidur itu sangat penting dalam menjaga kesihatan kita... kalau kurang tidur, kita sakit... kalau lebih tidur pun kita sakit....




Menurut buku "Power Sleep", tidur merupakan aktiviti sepenting dengan udara, makanan dan air. Ini adalah kerana tidur yang tidak mencukupi boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit.
 




Quote daripada Dr. James B. Mass dalam Power Sleep,
"Jika anda berhenti tidur, anda akan mati. Mereka yang tidak cukup tidur selama 5 - 10 jam, sama ada atas kehendak sendiri atau disebabkan tugas, didapati berkeadaan tidak rasional, paranoid, keliru malah berkhayal."







Begitulah betapa pentingnya tidur bagi manusia. Sememangnya kita akan cakap, "asyik-asyik tidur.. macam takde benda lain nak buat"... Actually, kalau terlebih tidur memang berbahaya... kalau kurang tidur pun bahaya jugak sebab, kalau kita kurang tidur, penyakit-penyakit yang kita boleh dapat adalah seperti:

a) Sistem Imun Lemah
b) Diabetes
c) Kegemukan
d) Hilang Berat Badan
e) Kanser Payudara
f) Masalah Gastrousus
g) Menjejaskan Fungsi Asas Badan (hormon dan tolerans glukosa)
h) Cepat Tua
i) Usia Menjadi Singkat
j) 70% Risiko Mati Muda dan sebagainya.

Tidur sering diambil ringan oleh segelintir masyarakat dan menggangapnya sebagai perkara yang remeh temeh. Tetapi bayangkan tubuh badan sebagai kereta yang berjalan tanpa henti, somehow, kena jugak berhenti sebentar untuk sejukkan enjin dan juga isi petrol. Jika tidak lusuh la jugak kereta anda. Badan kita, semua sama... ada limit di mana pada satu point dalam sehari perlu ada "reset point" untuk restore balik tenaga, kecergasan dan kecerdasan. Dan andai kita skip sesi tidur, sudah pasti badan kita akan tidak memberikan prestasi yang baik dalam kehidupan seharian.


Antara akibat yang anda akan dapati jika tidak tidur dengan mencukupi termasuklah:

a) Menjejaskan Daya Ingatan
b) Melambatkan Proses Mental (tindak balas refleks dan sebagainya)
c) Menjejaskan Kreativiti
d) Menghalang Pembelajaran Kemahiran Baru
e) Prestasi Kerja Yang Lemah
f) Mengancam Keselamatan (disebabkan tindakbalas yang lambat)
g) Keletihan yang membawa maut (jantung semakin lemah dan otak semakin "shut down")

Tidur juga menjurus kepada masalah mental. Ia boleh mengakibatkan kita menjadi gila dengan mengelamun, pandangan sering terganggu, gangguan fikiran kurang waras dan sebagainya. Ia juga mengakibatkan kita menjadi panas baran dan mudah naik angin kerana badan yang tidak selesa dan emosi reject seandainya terdapat perkara yang tidak memuaskan hati.


Munurut Dr. James lagi,
"Tidak kira jika lifestyle anda aktif, kurang aktif, bekerja waktu pejabat mahupun shift, anda tidak terkecuali daripada keperluan untuk tidur. Kanak-kanak perlukan 8-10 jam untuk tidur, manakala dewasa 5-8jam. Tidur awal untuk bangun pagi yang segar dan lebih ceria. Seandainya anda bekerja syif, dan memerlukan anda bekerja sepanjang malam, anda juga harus tidur selepas bekerja untuk cukupkan waktu tidur anda yang sebenar bagi 'reset' kembali keadaan normal badan anda."


Oleh itu, tidur merupakan salah satu keperluan yang agak penting dalam aktiviti seharian kita. Andai tidur tidak cukup, badan kita akan menjadi sangat lemah... Seandainya terlebih tidur daripada yang disarankan, badan anda akan "overcharge". Seperti mana bateri yang terlebih charge, badan juga akan menjadi lemah dan akan menghadapi masalah yang sama.

Dalam Islam, kita diseru supaya menjaga tubuh badan yang kita pinjam ini dengan sebaiknya. Jadi, sayangilah tubuh badan anda dengan berikan apa yang terbaik untuk diri seterusnya memberi yang terbaik kepada persekitaran.

Sekian terima kasih...
Seandainya terdapat pendapat dan komen, sila tinggalkan diruang komen di bawah supaya kita dapat berkongsi ilmu bersama.



ps: Gila la... tak tidur boleh jadik gila.... hoho.. so, jom tidur dengan sempurna!!

20 February 2012

Generasi Idaman Selangor : Kempen Anti Zina

Salam dan apa khabar semua?


Hai.. aku tau ramai yang baca ni akan pandang serong atau hairan kenapa aku post benda ni di sini. Ramai akan tertanya samaada aku penyokong kerajaan atau parti pembangkang? Ye, wahai pembaca sekalian, aku adalah seorang yang liberal... bagi aku masing2 punya pilihan masing-masing dan setiap undi itu adalah RAHSIA.

Aku nak naik tren KLIA Transit dari umah aku ke tempat kerja semasa aku terjumpa flyers ni yang diedarkan di kedai runcit yang terdapat di stesen tersebut.


Aku agak tertarik dengan kempen yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor ini. Sememangnya tak dapat kita nak nafikan bahawa gejala sosial lagi2 kepada isu anak luar nikah, seks bebas dan sebagainya agak teruk berlaku sekarang. Pada aku, bagus lah kalau kerajaan negeri Selangor ingin menentang habis-habisan gejala ni untuk kesejahteraan umat Islam dan membersihkan agama Islam daripada tercemar. Lantas membawa kehidupan yang lebih harmoni dan terurus. Tetapi, jangan pula kempen ini dijalankan semata untuk memancing undi atau sebagai propaganda politik.

Pendapat aku, kalau betul nak memerangi gejala sosial seperti ini, kita haruslah mula pada peringkat paling awal sekali iaitu didikan di rumah. Ibubapa tu patut didik anak dengan sewajarnya dengan agama, ilmu pengetahuan dan kasih sayang yang buat mereka patuh kepada ajaran agama dan mengikut norma masyarakat yang sihat. Masalah sosial pada sekarang barangkali berpunca daripada pengaruh yang sedia ada. Rakan-rakan, saluran media dan sebagainya. Kalau betul nak perangi, screen semua yang boleh pengaruhi akhlak sejagat dahulu. Tunjuk bahawa apa yang barat sedang buat tu sememangnya tak cool dan tak patut dijadikan teladan.


Dan jangan tunjukkan Islam sebagai satu ajaran agama yang membosankan. Tunjuk betapa cool nya menjadi seorang Islam. Macam tu baru lah dapat menarik minat para remaja, dewasa mahupun kanak-kanak. Selain anti zina, kempen ini juga menggalakkan supaya pasangan lekas kahwin supaya dapat menghindari daripada zina. Bagus... cukup bagus idea itu. Tapi... sayangnya, sememangnya daripada apa aku alami sekarang (iye... saya dalam proses), aku dapati proses untuk kahwin tu sangat susah. Macam taknak bagi kahwin jer... In fact, nak mendapat kelulusan pun susah kena pergi ke sana sini dapatkan tanda tangan kadi la, pegawai la, lengkapkan borang mastautin la dan sebagainya (as if kita sendiri takde benda lain nak buat).. kadangkala ia boleh mengambil masa berminggu untuk selesaikannya..

Jadi, cadangan aku, jadikan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sebagai one stop center.... semua yang harus diuruskan boleh selesai di satu tempat. Bukan kena pergi ke sana sini. Ini termasuk juga andai mahu berurusan dengan sewa masjid dan tok kadi, borang pengesahan mastautin dan sebagainya. Yang menjadi payah nya sekarang ini adalah kerana terpaksa nak kejar setiap orang untuk dapatkan tanda tangan untuk selesaikan borang. Ada sesetengah tu, kena buat appointment dulu baru boleh jumpa. Itu yang mengambil masa lama tu...

This got to stop!!


baiklah sekian saja buat masa ni, seandainya anda mempunyai pendapat yang lain, sila kemukakan di ruangan komen post ini ye... Terima kasih.


ps: It's cool to be a Muslim....

Let's Interact!

me>