25 February 2012

Resepi : Maggi Kari The Kufazuke Show!!

Salam 1Malaysia...

Bagi mereka yang dulu time study takde duit nak makan grand2, Maggi merupakan teman yang paling baik ketika itu. In fact aku pun antara yang menjadi "avid fan" kpd Maggi... lagi-lagi perisa kari...



So, kepada pembaca yang dikasihi, samaada yang tak pernah try atau dah lama tak makan, meh aku kongsi cara aku buat maggi time belajar dulu... try.. mana tau boleh mengimbau kembali kenangan-kenangan silam yang amat manis sekali... :)

Bahan-Bahan:

1. Dua paket Maggi Kari
2. Sebijik telur ayam
3. Bawang besar - suku (dipotong cincin)
4. Fish Cake (atau fish ball pun boleh) - dipotong (tidak tebal; tak jugak terlalu nipis)
5. Air masak - 400ml.

Cara-cara memasak:

1. Tumis fish cake dan bawang sehingga naik bau dalam periuk.
2. Selepas naik bau, dan warna bawang agak keemasan, masukkan air masak.
3. Selepas ia mendidih, masukkan dua paket mee Maggi dan biarkan lembut seketika.
4. Perlahankan api, masukkan kedua-dua perencah Maggi tadi ke dalam periuk.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga perencah sebati dalam masakan.
6. Masukkan telur dan biarkan dahulu (jangan terus kacau).
7. Agak-agak telur makin mengeras je, kacau sehingga pecah didalam masakan itu.
8. Hidang ketika panas dan nikmatinya.




ps: Selain daripada fish cake atau fish ball, udang juga boleh digunakan... tetapi, cara memasak udang tu lain sket... anda kene letak udang di penghujung masakan... Dimana, selepas masuk dan kacau telur, masukkan udang dan biarkan selama 30 saat... tak boleh lama2 sebab udang senang mengecut dan tak sedap lagi kalau terover-cook...

Give your interesting response in the comment section belowww...

Selamat mencuba!!

in fact, ia amat sedap dimakan depan PC ye..

24 February 2012

Sebab Kenapa Aku Suka Rock dan Irama Keras : Let's Rock!!

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia....

Muzik... ramai orang yang gemar untuk mendengar muzik... Terdapat pelbagai pendapat apakah dan mengapakah mereka mendengar muzik dan memilih genre tersebut... Ada yang dengar muzik sebagai satu bentuk hiburan semata... ada yang dapat motivasi... ada yang saje je nak layan sebab rasa kalau layan lagu-lagu macam tu nampak sangat cool.... duh...


Seperti tajuk di atas, ye, aku peminat lagu bergenre kan hardcore... sejak sekolah lagi aku start dengar dan ramai yang cakap, "pe kejadahnya la ko pi dengar lagu-lagu macam ni... macam dengar orang memekik, melolong... macam nyembah syaitan pun ada".... Well, ada sebabnya... aku dengar muzik as a whole... lebih-lebih lagi terhadap liriknya... ramai yang hanya mendengar muzik sebab melodynya saja tanpa hiraukan apa sebenarnya lagu itu menceritakan... Aku tak cakap aku anti genre-genre lain... aku still dengar jugak pop, klasik, jazz dan lain-lain, tapi pada khemat aku, aku menggemari irama keras sebegini....

Aku suka lagu yang betul-betul fight dan menghujahkan tentang hal ehwal semasa, kekuatan diri, motivasi supaya kita bangun dari kegagalan dan sebagainya... Aku jumpa di dalam lagu-lagu macam ni... Aku tak cakap lagu-lagu yg mellow, pop dan lain-lain takde yang macam ni tapi dalam lagu-lagu keras la aku rasa betul-betul urge... dan bersemangat... ibarat kalau aku tengah marah... tengah temper... dengar lagu keras and nyanyi sekali, lepas habis lagu, terus tenang dan tak jadik nak tumbuk muka orang lain.... hehe...

Lagu-lagu pop culture sekarang banyak yang utarakan lirik-lirik pasal cinta, pasal parti, pasal bersuka ria di kelab, seks, dan sumer bende duniawi... kejadahnyer tu? and worst, orang sumer agungkan mereka... ni aku bagi contoh naper aku rasa rock always win versus pop....


Avenged Sevenfold (Melodic Hardcore)

"A good friend once told me you are memory
without them we equal nothing
And all I can see is the place I wanna be
suddenly my life was so free
Leaves at my feet, blown to the ground
their echoes are reaching my ears
Nights coming fast, suns going down 
But keep away from me... keep away from me" - Avenged Sevenfold (Reminissions)



Justin Bieber (Pop)

"Baby, baby, baby, oh
Like baby, baby, baby, no
Like baby, baby, baby, oh
I thought you'd always be mine, mine" - Justin Bieber (Baby)










System Of A Down (Melodic Hardcore)

"All research and successful drug policy shows
That treatment should be increased,
And law enforcement decreased,
While abolishing mandatory minimum sentences.
Utilizing drugs to pay for secret wars around the world,
Drugs are now your global policy,
Now you police the globe,
I buy my crack, my smack, my bitch,
Right here in Hollywood,
Drug money is used to rig elections,
                                                           And train brutal corporate sponsored
                                                           Dictators around the world."
                                                           - System Of A Down (Prison Song)


Pitbull feat. J.Lo (Pop)

"Dance the night away
Live your life and stay young on the floor
Dance the night away
Grab somebody, drink a little more
La la la...
Tonight we gon' be it on the floor
La la la...
Tonight we gon' be it on the floor"
- Pitbull feat Jennifer Lopez (On The Floor)

Yang tadi just a few example kualiti lirik-lirik yang aku rasa sangat-sangat kontra antara rock and pop... aku tak nafikan ada sesetengah lagu pop or even RnB yang sangat membina andai di dengar macam lagu "Heroes - Mariah Carrey", "I Believe I Can Fly - R Kelly" dan sebagainya... tapi berapa cebis sgt pulak berbanding daripada lagu-lagu yg "overrated" macam yang sudah tersedia ada ni? Lagu-lagu pop sekarang tak membina langsung kalau dengar....

Ye, dan aku juga tak nafikan ada sesetengah artist and album hardcore ni yang menjerumuskan kita untuk menyembah syaitan... kita ada akal dan fikiran, so, kita kena pandai bezakan lah... jangan nak kata harcore atau death metal, heavy metal atau yang keras-keras yang lain la... even Lady Gaga pun jerumuskan kita dalam kancah penyembahan syaitan... sudah terbukti kot... so, takleh pandang genre keras ni semua negatif jer....

sekian saja buat masa ni, andai ada pendapat lain ke, tak puas hati ke, apa ke, sila tinggalkan di ruangan komen ye? bye...

ps: Just to give another example of contra.... dan perbandingan kualiti lirik antara keduanya...


"You know that I want you
And you know that I need you
I want it bad, your bad romance
I want your love and
I want your revenge
You and me could write a bad romance
(Oh-oh-oh--oh-oh!)
I want your love and
All your lovers' revenge
You and me could write a bad romance
Oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh!
Caught in a bad romance
Oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh!
Caught in a bad romance" - Lady Gaga (Bad Romance)




"My end
It justifies my means
All I ever do is delay
My every attempt to evade
The end of the road and my end
It justifies my means
All I ever do is delay
My every attempt to evade
THE END OF THE ROAD!
I am a world before I am a man
I was a creature before I could stand
I will remember before I forget
BEFORE I FORGET THAT!" - Slipknot (Before I Forget)


Sebab Slipknot la aku tak suka drugs... bravo!! haha... and aku admit di sini bahawa seni itu subjektif pada individu... ada yang menerima muzik seadanya mengikut citarasa masing-masing... aku just jelaskan kat sini citarasa aku... apa yang aku minat.. bukan nak mengkritik, bukan nak menghina... aku tak kesah kalau korang semua cakap aku dengar sampah ke aper ke.. dengar orang memekik terlalak tak faham apa diorg nyanyi kan la, aku tak kesah... terpulang pada diri masing-masing punya pendapat...

23 February 2012

Tanya Sama Syaitan : Apa sebab Dunia Huru Hara

Salam dan bertemu kembali...

Semalam aku tengah sedap duk lepak atas sofa bukak la satu channel kat Astro. Satu drama melayu sedang berkumandang. Aku malas la nak cakap channel apa dan tajuk drama. Kalau la Astro bayar aku, aku akan letak kat sini. Apa? Ingat ni ruang iklan percuma ke? :)

So, terdapat la satu situasi dalam drama melayu tersebut berbau sexist...

Lelaki : "Yang kau tu ego sangat kenapa? Ingat la kau tu PEREMPUAN"
Perempuan : "Eh, pergi jahanam la dengan kau. Sekarang semua perempuan macam ni sebab adanya LELAKI macam kau di dunia. Semua lelaki tak boleh diharap, semuanya tahu seks, seks, seks... semuanya pasal nafsu!!"

selepas tu aku terus jam... otak aku terus "ter"compose satu lagu... tak tau apa jadik pada cerita tu... So,


Let's sing a long!!

Tanya sama Perempuan, apa sebab marah?

Perempuan: Sebab lelaki semuanya tak ikhlas, hanya tahu puaskan nafsu saja.. tak ada lelaki yang berkualiti dalam hidup ni lagi. Cuba tengok, kaki rogol, cabul semuanya lelaki.


Tanya sama Lelaki,

Lelaki: Kami diciptakan oleh Allah dengan tuntutan nafsu. Even tercatat dalam hadis nafsu lelaki 1 berbanding akal 9. So.. nafsu is our king..Kami cuma normal. Yang buat kami macam ni, sebab environment, rakan-rakan dan lebih-lebih lagi, pengaruh media yang menaikkan nafsu kami. Masyarakat dunia terpengaruh dengan media tau!


Tanya sama Media,

Media: Sorry bro, it's not my fault.... Aku just ikut je apa yang "mereka" nak... sebab "mereka" yang kawal semua di dunia ni. Kalau tak, kami pun tak dapat carik makan... mereka tu siapa? mereka lah "Freemason".. atau "Illuminati"...


Tanya sama Freemason / Illuminati,

Freemason/ Illuminati: Wowowo.. Kami kawal semuanya sebab perjanjian dengan Dajjal al-Masih. Dari ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya kami terpaksa turutkan seperti apa yang Dajjal inginkan. Rancangan ni dah lama dan untuk persediaan untuk dia dibangkitkan di akhir zaman nanti. Kami dan Dajjal dah bersumpah untuk saling membantu... Dia beri kami kemewahan, dan angkat kami sebagai kuasa besar dunia, sekarang kami tolong dia untuk jayakan rancangannya je.


Tanya sama Dajjal al-Masih,

Dajjal al-Masih: Sebab dari sejak azali lagi aku dah berjanji pada Tuhanmu yang satu iaitu Allah, akan aku pesongkan akidah anak-anak Adam untuk mengikuti aku. Bila semuanya huru-hara dan berpecah belah dan melanggar perintah Allah, aku gembira!! hahaha...




ok, dalam otak aku suara Dajjal tu memang suara Jigsaw salam filem "SAW"... hehe..

Sekian, terima kasih.... komen dan view, tinggalkan di ruang komen ok? bye!!

ps: Entri ni hanya perbincangan terbuka sahaja.. masing-masing punya pendapat tersendiri... tapi kalau di fikirkan, cuba relate semua masalah seperti racial prob, ekonomi, politic, education dan sebagainya mengikut lagu ni, akhirnya ke setan jgak perginya... hahaha!!

22 February 2012

X X RAY I & II : Klasik Itu Terbaik

Salam Sejahtera,

Kalau anda seorang yang lahir tahun 80-an, pasti anda pernah suatu ketika dahulu tengok filem-filem ini (paling tak pun, sekelumit berita pasti anda pernah terdengar tentang filem ini). Mungkin pada orang lain filem-filem melayu semua tak best dan sangat bosan apabila menontonnya. Actually, sama je macam aku pun... lagi-lagi kalau cerita melayu yang baru, yang sangat-sangat leleh-leleh dan meleret-leret serta sangat stereotype. Tapi aku kagum jugak dengan kemajuan yang dilakukan oleh industri perfileman negara yang semakin baik dengan memperkenalkan filem-filem menarik dan juga persembahankan seni grafik yang memberangsangkan.



Filem XXRay I dan juga XXRay II adalah dua filem sewaktu aku kecil dulu yang buat aku sangat-sangat kagum. Dua-dua filem ini adalah box office dan juga 'baby' kepada pengarah terkenal tanah air iaitu Aziz M. Osman. Aku tertarik dengan filem-filem ini sebab ia sangat berani. Dikala industri filem kita cuma berani mengeluarkan cerita-cerita bergenre romantik, sedih dan cinta, pengarah ini tampil dengan filem sains fiksyen. And see how well did it goes....

 XX RAY I (1992)

XX Ray I
Dalam XX Ray I ni, ia mengenai kisah nak kejar seorang member yang nakal. Penemuan sebuah device yang membolehkan seseorang melihat menembusi sesuatu objek telah disalahgunakan olehnya. Ada dua orang yang lain cuba nak rampas balik device tersebut tetapi member yang agak nakal ni boleh pulak menjadi halimunan yang menyebabkan acara kejar-mengejar tersebut menjadi menarik dan sangat mencemaskan.

XX Ray screen



XX Ray II (1995)

XX Ray II

Dalam sekuel filem ini, kita disajikan dengan kisah kawan-kawan yang ingin mencuba membetulkan sejarah. Ye, filem ini agak melucukan tetapi amat mempersona sekali. Ia bermula dengan seorang member ni mengaku telah mencipta device dinamakan "Laser Disposal" yang sebenarnya dicetuskan oleh penolong beliau. Dia mempunyai niat yang jahat dan member-membernya yang lain diajak oleh pembantunya untuk menggagalkan misi jahat beliau. Akan tetapi, setelah semuanya terjerumus di dalam 'time warp', semuanya telah kembali ke zaman kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu diterajui oleh Sultan Mansur Shah. Si rakan yang nakal ini cuba mengubah sejarah dengan menggagalkan Hang Tuah daripada membunuh Hang Jebat. Dalam filem inilah kita akan dapat lihat Hang Tuah julung-julung kalinya memegang machine gun.

XX Ray II screen
Sorry ye pembaca, aku tak cakap secara details dan jelas cerita tersebut sebab tak nak merosakkan plot dan jalan cerita serta kehebatan lakonan pelakon-pelakon otai kita.... Kalau anda yang belum melihat atau lupa macam jalan ceritanya, silalah download dan nikmati.. kenalilah pelakon-pelakon handalan kita sewaktu ketika dulu... Aku pasti anda tidak menyesal....

Ida Nerina : Antara aset yang berharga dalam menjayakan filem XX Ray II.

Seandainya terdapat pengarah-pengarah di luar sana yang ingin remake filem-filem lama, aku harap sangat kedua-dua filem ini dibuat semula dengan menggunakan seni grafik yang terkini dan lebih mengancam lagi... (Aku vote untuk Lisa Surihani jadik Shima dan Aaron Aziz jadik Hang Tuah....hehe) Di Hollywood, banyak kisah klasik telah diremake menjadi filem yang sangat unggul seperti Hulk, Batman, King Kong dan sebagainya.... Industri filem tanah air pun perlukan jugak.... baru boleh martabatkan kembali kehebatan filem kita seterusnya tunjukkan di luar bahawa industri filem kita sudah maju... kan?


Sekian saja ye... andai ada komen atau pendapat, sila tinggalkan diruangan komen di bawah...
Bye!!

Link Download untuk XX Ray I : http://wayangmalaysia.wordpress.com/2007/08/24/xx-ray-1992/
Link Download untuk XX Ray II : http://torrent.jiwang.cc/XXRay2_zuljoe__jwg__torrent_-s-62573.html


ps: Seronok tengok filem-filem lama sebab mengingatkan kembali zaman kanak-kanak... :)

Let's Interact!

me>