11 September 2014
MY SANDWICH: The Paseidon Rage
Masih lagi dalam mood mencabar diri untuk menjadi #fit dan sihat. Jadi breakfast tadi aku makan sandwich ciptaan wife aku iaitu:
The Paseidon Rage.
Susunan lapisan:
- Roti whole grain.
- Sapuan ketam mayonaise.
- Sekeping chicken meatloaf.
- Sapuan ketam mayonaise.
- Roti whole grain.
Kenapa "Paseidon Rage" (amukan dewa laut)?
- Sebab ketam dominate ayam di tengah.
Nampak simple je kan. Tapi percayalah...rasanya heaven!
Selamat mencuba... :)
Like The Kufazuke Show di Facebook!
10 September 2014
Monologue Diri Menentang Waktu
Mesti ramai tertanya, pasai pa lah dia tulis bahasa rumit ni? Takde ke perkataan yang lebih senang nak faham. Haha. Sebenarnya saja je. Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku terfikir sejenak. Ia berkenaan masa dan usia.
Terus terang, aku dulu merupakan seorang atlet dan suka bersukan dan beriadah. Setiap petang aku akan bermain bola atau tennis bersama rakan-rakan. Aku jenis tahan lasak dan jenis "kuat" jugak la suatu ketika dahulu. So, over the years, aku tak perasan sama ada keaktifan dan momentum aku dengan riadah masih macam dulu atau tidak. Maklumlah.. sewaktu aktif dulu, aku masih lagi di Kolej dan Universiti. Jadi, bila kawan ramai, seronoklah nak main bola ke apa ke. Tapi bila dah masuk ke alam pekerjaan, aku tak sedar... rupanya aku jarang beriadah dah. Kalau main futsal tu, mungkin dalam sebulan sekali je kot. Itu pun kalau ada jemputan.
Aktiviti yang aku selalu buat lebih ke arah sosial. Karaoke la. Lepak makan tengah malam la dan sebagainya. Tanpa aku sedar, ye... aku kejam terhadap diri aku sendiri.
Kini aku start untuk bersukan balik. Aku dapati body aku totally out of fit dan shape. Lemak semakin bertepu dan aku kerap letih dan lelah. Untuk ber jogging tu aku rasa dah macam sangat slow dah. Kalau dulu aku mampu jogging sejauh 5km selama 40 minit, sekarang ni nak capai 2km pun dah nak pengsan aku rasa.
Serius aku tak suka keadaan ni. Nak-nak pulak sekarang ni aku bermain futsal dengan orang-orang yang tak berapa nak sebaya dengan aku. Semua stok awal 20an je berbanding aku yang nak masuk 30s ni. Dan yang bestnya, biasalah bila main bola sure ada injury. Sikit je kalau nak diikutkan tapi ntah kenapa lebam di keting aku ni lambat pula sembuh.
Aku ingat maybe aku ada problem ke apa ke, tapi baru aku tersedar. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Dan betapa aku dah bazirkan masa-masa itu dengan melakukan perkara yang merudumkan condition badan aku. Aku tak aktif. Suka makan benda tak berkhasiat. Jarang bersukan dan sebagainya. So sistem imunisasi badan pun out of order. Tu yang buatkan aku rasa lemah dan tak bermaya. Injury pun lambat sembuh.
So... aku sekarang ingin melakukan cabaran terhadap diri aku sendiri untuk gain balik form yang dulu.
Aku akan start dengan makan yang berkhasiat, lakukan riadah dan sebagainya. Harap aku berjaya.
MY SANDWICH: The Guilty King.
Pagi ni aku rasa selera nak breakfast lain macam pulak la kan. So, hari ni aku nak buat kelainan sikit dalam breakfast aku. Asyik-asyik nasi lemak, roti canai je.. so sekali-sekala nak rasa juadah lain pulak. So ini adalah hasil ciptaan aku. Iaitu, The Guilty King.
Susunan lapisan adalah seperti berikut:
- Roti Whole Grain
- Sapuan Tuna
- Sekeping Chicken Meatloaf
- Sekeping Cheese
- Sekeping Chicken Meatloaf
- Sapuan Tuna
- Roti Whole Grain
Kenapa aku namakan "Guilty" (bersalah)?
- Sebab aku sengaja tak letak salad. Hahaha.
Hidangan ni sangat sedap dan lagi kick kalau minum fresh orange lepas tu.
Sememangnya menyegarkan diri ini untuk kick start hari anda dengan baik!
Cubalah.
Like The Kufazuke Show di Facebook!
09 September 2014
Realiti TV. Untuk Apa? Jika Astro itu aku yang punya...
Ada beberapa benda yang buat aku terfikir sejenak sejauh mana perjalanan dalam perkembangan modal insan di kalangan generasi kini. Gejala sosial semakin meningkat. Gaya hidup para belia kini terarah ke Barat dan malah akhlak, adab susila yang terpelihara semakin menipis sehingga pudar warnanya.
Sewaktu ketika dahulu, dunia di penuhi dengan prodigy-prodigy yang membuka mata kita seluas-luasnya. Dahulu kita dianugerahi dengan kelahiran para genius dalam bidang matematik, sains dan juga falsafah. Ke mana hilangnya semua itu?
Sewaktu ketika dahulu, negara kita dilanda demam yang cukup kuat apabila Akedemi Fantasia yang pertama keluar di kaca tv. Buat julung-julung kalinya, sebuah realiti TV berkumandang di sebuah stesen penyiaran media negara. Pihak syarikat telco mendapat keuntungan berjuta-juta di atas "undian" para penggemar rancangan berkenaan yang penuh dengan emosi dan drama. Ia ibarat jack pot ketika itu.
Selepas itu, berduyun-duyunlah rancangan realiti TV yang lain yang melahirkan para penghibur yang mengatakan bahawa ia merupakan sesuatu di dalam darah mereka sejak azali lagi untuk berada di dalam industri berkenaan. Kini selepas lebih sedekad, rancangan AF masih lagi diteruskan dengan pelajar yang baru serta pengajar yang berstatus bintang dalam melahirkan para penghibur yang berkualiti dan baik.
Semua orang entitle kepada pendapat mereka sendiri dan aku menggunakan hak aku ini untuk bersuara.
Bukan aku ban realiti TV sedemikian sebenarnya. Bukan aku membenci. Bukan aku mengeji. Tetapi pada pendapat aku, negara kita sudah cukup melahirkan para penghibur. Sebolehnya, setiap bulan atau minggu kita dikenalkan dengan pelbagai artis-artis baru yang muncul. Lagi-lagi dengan kuasa internet, ramai artis muncul melalui Youtube, Blog, Facebook dan sebagainya. Persoalannya sekarang, apakah kita masih tidak cukup artis di negara ini? Apakah sumbangan artis-artis kepada negara? Apakah moral yang ditunjukkan kepada para masyarakat di negara ini melalui imej seseorang artis?
Bila aku nak mengkritik, aku lebih gemar untuk mencerminkan diri aku sendiri dahulu apakah sumbangan aku terhadap negara. Apa yang aku lakukan? Hmm. Secara jujur, tidak banyak aku lakukan selain membayar cukai dan tunduk dengan kenaikan harga barang. Tetapi, aku rasa sebagai sedikit sumbangan aku terhadap pembangunan sahsiah para generasi yang bakal menggantikan pemimpin kita di masa hadapan, aku ingin memberi cadangan.
Pada hemat aku, cukup-cukup sudahlah kita komersialkan bakat seni ini. Bukan menghapuskan tetapi biarlah kita bangkitkan satu arus baru dalam membina intelektual para belia lagi. Biarlah kita melahirkan lebih banyak ilmuwan dan ahli falsafah berbanding warga yang boleh menyanyi dan menari lagi.
Jika Astro itu aku yang punya, aku barangkali akan mula slow down realiti TV yang melahirkan artis. Aku akan memperkenalkan realiti TV juga tetapi dalam mencari warga kreatif dalam seni bina, kejuruteraan dan sebagainya. Mungkin juga instead memilih 20 orang pelajar untuk duduk dalam asrama diaturkan kelas-kelas nyanyi, theater dan persembahan, aku akan tukarkan kepada 20 orang pelajar yang tinggal di asrama melakukan aktiviti dalam industri perubatan bagi mencari doktor-doktor yang berkualiti tinggi.
Aku akan memperkenalkan satu rancangan di mana sekumpulan belia dibawa tinggal di dalam hutan dan beri mereka pelbagai cabaran yang menguji kreativiti mereka serta kemahiran binaan mereka supaya akhirnya salah seorangnya dipilih untuk berkerja di syarikat kejuruteraan atau seni bina yang besar.
Biarlah kita komersialkan bakat intelektual pula kali ini. Biarlah kita lahirkan pula warga-warga yang cintakan ilmu pengetahuan. Biarlah kita kurangkan bahagian hiburan dan naikkan kembali integriti dan tahap pemikiran tinggi dalam generasi baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)



