17 September 2014

Review: Lucy (Spoiler Alert)


Ok la...movie ni dah lama keluar dan aku baru je nak review. Syabas.. :)

Well, sudah lama aku tak review movie dan bila menonton filem Lucy ni di wayang, tiba-tiba aku terpanggil pulak untuk memberi pandangan aku mengenai filem tersebut.

Actually, filem ini best andai korang adalah jenis nerd macam aku yang sentiasa ingin mencari ilmu dan jawapan kepada semua persoalan di dunia ini. Lagi-lagi jika ia berkenaan minda manusia. Filem ini barangkali lebih kurang macam Limitless dahulu tetapi kali ini, ia bukan berkenaan bagaimana seseorang itu mengambil kesempatan terhadap tahap kecerdasan minda untuk menjalani kehidupan.. tetapi bagaimana keadaan yang akan terjadi sekiranya manusia mampu menggunakan minda mereka secara maksimum 100%.

Minda kita adalah sesuatu yang sungguh unik dan rahmat yang tak terhingga daripada yang Maha Esa. Maybe kita tak nampak tetapi just bayangkan bagaimana minda kita trigger electical pulse kepada otot kita untuk bergerak pun sudah cukup mengagumkan. Bayangkan yang manusia cuma gunakan 10% daripada minda ini pun dah cukup untuk manusia membina tamadun. Bina teknologi yang canggih dan sebagainya. Semuanya dalam 10% sahaja!

Yup.. otak manusia adalah the ultimate weapon yang tidak ternilai.

Tetapi andai nak tengok filem ni, anda haruslah berfikiran terbuka. Ini adalah kerana filem ini berkisarkan mengenai sesuatu yang secara sinisnya bersifat ketuhanan. Kalau ditelan semua yang dipamerkan dalam filem ini, barangkali ia mampu goncangkan akidah sedikit sebanyak. Maybe produksi filem ini tidak tunjukkan secara literal tetapi secara kiasnya ia boleh nampak. Aku tidak pasti pegangan atau kepercayaan penulis filem ini, mungkin seorang monotheis (percaya satu Tuhan), atau pun Atheist (tidak mempercayai adanya Tuhan), namun dalam filem ini, kebanyakkan plotnya berkisarkan dari kitab al-Quran dan Bible yang ditentangi oleh sains.


Dalam filem ini, Lucy telah secara eksiden telah dipengaruhi satu dadah yang cukup kuat untuk trigger kapasiti otaknya menjadi tinggi. Lucy telah menjadi mangsa keadaan apabila terpaksa menghantar bungkusan dadah itu yang diletakkan di dalam perut beliau oleh gangster Korea. Dan setelah dibelasah oleh seorang samseng, bungkusan itu bocor di dalam perut Lucy. Dan sejak itu, dadah itu mulai trigger kapasiti mindanya. Dari 10% seterusnya ke peratusan tertinggi. Dan seiring dengan kapasiti mindanya yang meningkat, beliau mampu melakukan apa saja, dari perubahan jisim sehingga komunikasi antara minda yang lain. Pada satu ketika apabila mindanya sudah berada dalam keadaan 90%, otaknya tidak lagi mementingkan antara ruang dan masa kerana mindanya sudah mampu mengolah takdir itu. Beliau boleh berada di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ketika itu, mindanya hampir mempunyai semua pengetahuan yang ada di dunia ini.

Beliau boleh berganjak ke masa lalu sehingga ketika tepat-tepat semasa kelahiran "dunia" ini. Semua pengetahuan itu ada di dalam otaknya! Dan yang bestnya, apabila beliau sudah capai 100%, beliau terus hilang daripada dunia ini. Rakan seperjuangan beliau iaitu seorang polis yang menanyakan keberadaan beliau kepada seorang proffesor yang membantu Lucy mencapai kapasiti 100% minda itu menerima satu sms di telefon bimbitnya yang bertulis "I am everywhere" (Saya ada di mana-mana sahaja).


Di situlah suatu kekiasan berlaku. Ia ibarat nak tunjukkan apabila Lucy telah mencapai 100% mindanya, jisim, ruang dan masa adalah tidak penting lagi bagi beliau. Semua pengetahuan mengenai dunia dari zaman bermula kehidupan di dunia ini sehingga kekecil-kecil zarah berada dalam mindanya. Senang citer, mereka nak cakap ketika itu, Lucy ni dah tahap "Maha Mengetahui" dan "Maha Berkuasa" dan menjadi "Tuhan" yang berada di mana-mana. Tu pasal aku cakap, andai nak tengok fikir begini, fikiran harus terbuka sikit.

Namun, slacknya filem ini tidak banyak aksi. Ia bukan suatu filem bagi peminat aksi tengok. Ye.. apabila kita tahu sahaja Scarlet Johanson yang berlakon, kita tertunggu-tunggu aksi beliau seperti mana beliau lakonkan karekter Black Widow dalam filem The Avengers. Namun dalam filem ini, beliau tidak terlalu beraksi. Kebanyakkannya lebih kepada kuasa minda sahaja. Jadi ia merupakan satu down kepada filem ini. Filem ini lebih kepada pembelajaran mengenai kekuatan kuasa minda berbanding satu plot aksi yang kebiasaan kita tengok.

Jadi rating aku: 3.5 bintang.

Seronok tengok jika anda seorang nerd. Seperti aku.

Like page The Kufazuke Show di Facebook!



12 September 2014

Segmen Ben Ashaari : Aku , seorang BLOGGER !


Ok... Brother Ben Ashaari buat segmen lagi la. Semalam satu segmen dan hari ni pun satu lagi segmen. Haha. Tiba-tiba aku rasa enjoy pulak join segmen ni. Diharap lepas ni Ben buat lagi segmen-segmen menarik macam ni. Tapi sebelum tu, andai korang nak join SEGMEN INI (klik), kena cepat.. segmen hari ni tutup jam 6 petang je. So better hurry up!

Ok let's see.

Peranan Aku Sebagai Seorang Blogger.
- Pada pendapat aku, setiap penulis berperanan mengikut genre tulisan masing-masing. Kalau pada aku, aku rasa peranan aku sebagai blogger ini lebih kepada pengongsian maklumat dan melihat sesuatu dari perspektif berbeza. Secara jujur, aku kecewa apabila melihat generasi baru kita ini semakin lama semakin pudar sifat ingin membaca, menimba ilmu dan sebagainya. Jadi di sinilah peranan aku sebagai penulis, dalam perjuangan membawa satu arus atau trend memupuk masyarakat cintakan ilmu dan berfikiran luas.

Masa Depan Jika Mendapat Pendapatan Melalui Blog.
- Ini satu soalan yang cukup best. Jauh perjalanan, luas permandangan. Jadi, jika blog ini mempunyai pendapatan yang mencukupi, aku teringin menjadi seperti brother Ben Ashaari sehingga berjaya ke Paris. Bukan takat Paris je, aku ingin jelajah ke serata dunia dalam mempelajari tradisi, sosiologi, ideologi dan sahsiah masyarakat lain di dunia ini. Harapan dengan itu, aku mampu perluaskan lagi ilmu pengetahuan aku dengan pengalaman sebagai guru aku. Jadi, aku akan stick kepada blogging. Kerana aku percaya, medium blog ini adalah salah satu medium terbaik dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. As a backup plan aku di masa depan, aku ingin membuka satu brand masakan di atas nama aku. Kira signature aku sendiri la kan di kedai atau gerai. Ini adalah kerana... aku pandai memasak. (Tak percaya tanya wife aku).

Harapan Aku Terhadap Dunia Blogger.
- Aku kagum dan sungguh seronok apabila melihat arus blogger sekarang sangat tinggi. Pelbagai jenis blog dapat dilihat diluar sana dengan genre masing-masing. So, aku harap para blogger suatu hari nanti boleh diangkat sebagai salah satu medium dalam media  mainstream. Bukan sekadar di dunia blog ini sahaja. Supaya mereka tahu, bahawa blogger mempunyai bakat dan kebolehan dalam keunikan mereka tersendiri. Sesungguhnya.. mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang.

Fuh.. segmen kali ni bagi soalan yang aku suka. Tu yang best menulis tu. :)

Like page The Kufazuke Show di Facebook!



Heaven in a Breakfast Box!


Ramai yang duk bertanya kat aku, "Hey.. what's up with the breakfast post?". Haha. Actually kalau korang ada baca entry-entry aku baru-baru ni, aku ada bermonolog mengenai diri aku yang secara mentalnya, masih tidak dapat menerima bahawa usia ini semakin meningkat. Actually, aku bukan cakap yang aku ni semakin muda. Aku akui yang kita ni semakin lama. semakin tua. Tapi jika kita terlalu fikir perkara negatif, kita juga akan terjerumus ke kancah negatif.

Badan kita akan sentiasa sakit. Rasa lemah. Rasa tak berdaya. Dan in the end, kita akan "tua" sebelum waktunya. So, better kita shape up balik diri kita supaya kita walaupun berusia, masih lagi berprestasi seperti orang muda.

It's all about positive thinking.

So, today dalam cabaran 7 hari aku ni, aku breakfast dengan satu makanan yang bagi aku berkhasiat dan menyelerakan. Cuma satu je benda guilty-nya iaitu tiada buah.


So, wife aku sediakan bekal aku untuk ke ofis seperti yang tertera di dalam gambar. Aku namakan:
Heaven in a Breakfast Box!

Dalam tupperware ni ada:

- Roti Cheese bulat.
- Roti telur berserta ketam yang diilhamkan dari resipi yang dijumpai dalam Facebook.
- Drummet ayam 3 ketul.

Of course, tak lah aku makan semuanya sekaligus. Itu mengundang bahaya kepada dietary aku sendiri tu kan? Haha. Anyway, aku makan roti resipi Facebook tu dulu. Dan minum milo untuk kick start hari aku. Tengahari nanti aku akan makan pula yang selebihnya sambil minum air mineral Rhino Cool yang aku baru beli semalam. Kena minum air mineral banyak-banyak beb. Nak-nak lepas ni nak pergi solat Jumaat lagi. Kepanasan berjalan nak ke masjid tu mampu dehydrate kan badan ni.

Like page The Kufazuke Show di Facebook!

11 September 2014

Segmen Ben Ashaari: Impianku Sebagai Seorang Blogger.


Ok.. Sejujurnya ini merupakan pertama kalinya aku join mana-mana segmen blog. Aku tak pernah join mana-mana segmen sebelum ni dan aku rasa yeah.. why not. Sekali-sekala participate atas nama cintanya menulis blog. Kalau korang nak join segmen ni, bolehlah baca syarat-syarat (KLIK) di blog Ben Ashaari. Segmen ni tutup jam 8.00 malam ni... so better hurry up.

Latar Belakangku.

- Aku merupakan anak sulung daripada 7 adik-beradik. Amat gemar mendengar muzik, menulis, bersukan dan akitiviti lasak. Di waktu kelapangan aku suka untuk bermain gitar dan compose lagu . Di samping itu, aku juga suka menonton drama siri kegemaran. Aku juga mempunyai stesen radio online tersendiri iaitu Flex FM dan lagu-lagu yang korang dengar sekarang ni adalah lagu daripada stesen radio aku.

Kelebihan dan Sebab Kenapa Korang Kena Lawat Blog Aku.

- Secara jujur, aku tak pasti apa kelebihan blog aku ni. Mungkin ia lebih ikhlas di mana aku lebih gemar menulis apa yang terbuku di hati aku berbanding "bermain" SEO dan sekadar copy paste dari sumber luar. Inshaallah, apa yang korang baca dalam blog ni merupakan 99% daripada penulisan aku dan 1% lagi mungkin dari sumber luar. Jadi, kalau korang jenis suka untuk mendengar atau membaca pendapat dari sudut pandangan aku, korang kena lawat blog aku hari-hari dan bertukar-tukar pendapat. Sharing is caring kan?

Impianku Sebagai Seorang Blogger.

- Of course la nak jadi Stephen Hawking yang terkenal dengan penulisan kisah-kisah fiksyen beliau. Hahaha. Gurau je. Tapi secara serius, aku berimpian untuk menjadi seorang penulis suatu hari nanti. Mungkin akan come out dengan novel, skrip dan sebagainya. Aku suka bila orang membaca apa yang aku tulis...jadi memiliki peminat sendiri juga merupakan satu impian aku.


not bad for first segmen kan?

Let's Interact!

me>