23 September 2014

MY SANDWICH: The Garden Sandwich & The Green Dog

Pada hari ni aku decide makan breakfast yang light tapi kenyang sampai tengahari. Haha. Aku tak kuar lunch pun hari ni. So... ada 2 hidangan untuk breakfast aku kali ni iaitu:

The Garden Sandwich dan The Green Dog.

Pelik kan sebab apa dua-duanya pun bertemakan kehijauan. Yup.. ini adalah kerana kali ni aku utamakan flavour dan taste sayur. Which in the case the lettuce.

The Garden Sandwich.



Layer mengikut turutan:

- Wheat bread
- Mayonnaise
- Chicken Meatloaf
- Lettuce
- Mayonnaise
- Wheat bread

Seriously korang kena cuba. Ia tampak simple tapi rasa dia sungguh fresh!



Hidangan kedua aku untuk pagi tadi adalah:

The Green Dog.


Layer mengikut turutan:

- Hotdog bread
- Mayonnaise & Chilli sauce
- Hotdog wrap in lettuce
- a lil bit more mayonnaise.

Aku malas nak cakap lebih tapi kalau korang cuba, sure akan rasa the bomb. Terbaik!


22 September 2014

Misteri Pembunuh Yang Psycho.


Haaa.. Ok.. hari ni aku nak main satu permainan. Permainan uji minda dan solve misteri seperti Patrick Jane dari cerita The Mentalist. Siapa dapat jawapannya memang hebat. Harus ingat... untuk solve.. memang anda kena berfikir sket.... So.. ini misterinya:

Dalam sebuah bilik terdapat seorang mayat lelaki. Di situ juga terdapat 7 orang sekawan iaitu Ali, Siti, Afiq, Samad, Zainal, Sarah dan Halimah. Mereka semua adalah perpustakawan..sama seperti mangsa.

Salah seorang daripada 7 sekawan ini adalah PEMBUNUH.

Di sebelah tubuh mayat tersebut, terdapat sebuah nota yang tertulis:



As the most successful detective... andakah anda mampu merungkainya? Nyatakan sekali penjelasannya...


Like The Kufazuke Show di Facebook!


19 September 2014

Budak Remaja Gila Glam. Kalau Boleh Nak Tampar Je!


Pelik kan bila kita tengok telatah anak remaja kita zaman sekarang? Dari satu ke satu trend pelik mereka nak ikutkan. Terasa seperti semakin lama semakin terhapus warga-warga belia muda yang genius. prodigy dan berkaliber.

Kalau dulu kita pernah digemparkan dengan prodigy-prodigy dan genius yang lahir dari kalangan masyarakat kita yang hebat dalam bidang matematik, fizik dan sains.. kini mengapa tiada lagi kalangan itu dilahirkan dalam generasi muda sekarang?

Kini warga belia kita lebih gemar menjadi seseorang yang bukan diri mereka. Mereka semakin lama semakin seronok hapuskan identiti sendiri dengan mengikut trend dari luar negar. Kpop, budaya barat dan sebagainya sudah menjadi salah satu gaya hidup masyarakat sekarang. So.. di mana silapnya.


Bila kita tengok sahaja golongan muda sekarang, kebanyakkannya mempunyai satu masalah yang besar iaitu menginginkan perhatian. Ada yang post gambar-gambar gedik mereka sendiri Facebook dan laman-laman sosial yang lain dan mengharapkan "Like" serta komen "Ohh cutenya" daripada para penonton yang lain.

Sesuatu yang trigger dalam benak fikiran aku, golongan ni memang jenis batak perhatian ke? Bukan setakat tu je, in fact, kadang-kadang video, gambar dan status lucah pun mereka ingin kongsikan bersama dengan masyarakat luar.

Di mana maruah mereka kini? Di mana nilai sopan santun? Mana jati diri ketimuran yang sememangnya menjadi pati bangsa dan masyarakat Malaysia?

Bagi aku, para belia sekarang ni semakin lama semakin manja. Ditegur tak boleh. Dimarah tak boleh. Semua nak tunjuk rebel masing-masing. Mereka tak sedar betapa jauhnya pengorbanan yang telah dilakukan demi melihat negara kita maju dan aman kini. Betapa generasi yang lepas telah bersusah payah memikirkan dan mencipta teknologi serta melebarkan jaringan dengan negara maju supaya kita kecapi apa yang kita rasai kini.

Mereka tak nampak semua ni. Apa yang mereka tahu hanya hiburan, gaya hidup bebas, kemasyhuran. It makes us think, ke mana arahnya negara kita di masa hadapan nanti. Adakah kita akan menjadi gemilang di mata dunia, atau kembali ke status negara yang hancur?

So.. adakah perlu kita sarankan cara didikan style dulukala untuk membetulkan keadaan? Probably.

Aku rasa, ibubapa sekarang perlu didik anak dengan tegas. Bukan sekadar memanjakan mereka. Mereka perlu diajar cara berdisiplin. Mempunyai visi dan cita-cita. Mempunyai semangat persaingan untuk menjadi terbaik. Dan yang paling penting, supaya kuatkan diri kepada Sang Pencipta. Itu yang nampak benar apa yang kurang dalam sosiologi masyarakat sekarang lebih-lebih lagi golongan belia.

Rotan buntut mereka dari kecil supaya membesar jadi seseorang yang kuat dan tabah!

Of course, bukan semua golongan belia yang aku maksudkan bermoral rendah. Masih ada lagi golongan belia yang baik dan berbudi pekerti. Yang bukan jenis gila glam. Tapi kebanyakkan daripada generasi sekarang yang berperangai begitu.

At least, ni pendapat aku. Pendapat korang pulak macam mana?

Like page The Kufazuke Show di Facebook!


17 September 2014

Perihal Lagu Kebangsaan Di Pawagam. Apa Salahnya Berdiri Hormati Lagu Negaraku?


Ok.. so baru-baru ni aku dan wife pergi menonton wayang di Festival City. It was a blast and fantastic. Sebelum filem dimainkan, surely lagu kebangsaan dimainkan. Kami semua (penonton) bangkit bagi menghormati lagu Negaraku itu kecuali beberapa gelintir manusia ni yang tidak bangun.

So ini persoalan aku...

Kepada mereka yang tidak bangkit semasa lagu kebangsaan dimainkan, aku ada beberapa soalan. Jika berdiri menghormati lagu kebangsaan itu tampak bodoh dan tidak menunjukkan semangat patriotik yang sebenar... then, apakah tindakan yang sepatutnya?

Adakah anda sanggup angkat senjata dan pergi berjuang atas nama negara?

Atau mereka cipta sesuatu yang boleh negara banggakan?

Atau dapatkan duit yang banyak, bayar cukai dan tolong negara untuk membina?

Atau bersuara lantang menegakkan falsafah politik anda dengan berani tanpa risau masuk jail atas cintanya anda terhadap negara?

Atau membantu orang fakir miskin dan bangunkan komuniti anda menjadi warga yang berjaya dan terbilang?

Aku pasti ramai di antara korang yang "tidak berdiri" ni tak sanggup buat yang mana-mana aku sebutkan. Jika betul korang rasa berdiri sekejap demi Negaraku itu nampak bodoh, then do something! Stop merungut apa jasa yang negara dah berikan kepada korang je. Tanya pada diri sendiri apa jasa korang terhadap negara.

Andai kata korang tidak setuju dengan haluan politik di negara kita ni pun, korang tak sepatutnya tunjukkan dengan cara tidak menghormati lagu kebangsaan dan jalur gemilang. Itu bukan caranya.

Jika tidak hormati bendera dan lagu kebangsaan, then hormatilah patriot yang sudah terkorban demi negara. Hormatilah warga yang menyanyikan lagu kebangsaan ini dengan semangat kerana mereka la warga senegara dengan korang. Hormatilah warga asing yang sudah lama ingin menjadi salah seorang warganegara ini di mana barangkali sedang menyapu di wayang yang korang berada sekarang.

Dan yang paling utama... hormatilah diri korang sendiri. Walaupun korang itu seorang yang fikir negara ini sampah, membuang masa dan "tak sabar nak berhijrah". Hormatilah diri korang tu sebagai seorang masyarakat bertamadun yang masih mempunyai norma-norma dan etika yang baik terhadap negara yang korang diami sekarang.

Jika korang still tak boleh nak buat semua tu... then apa baiknya korang sebagai warganegara Malaysia? Atau... sebagai seorang insan?

Kredit kepada E.Joseph dan gambar daripada Friends of BN.

Like page The Kufazuke Show di Facebook!



Let's Interact!

me>