Aku tak tau dengan korang semua macam mana, tapi aku tak pernah rasa puas hati dengan servis yang aku terima bila berhadapan dengan perkhidmatan awam ni. It a fine line between quality and crap. Daripada pendaftaran sehingga ke kesihatan, aku rasa tak best langsung.
Masalah tak ada pegawai la... permohonan proses lambat la dan sebagainya.
Then aku try fikir pasal ni.. kenapa attitude staff atau pekerja swasta lebih baik daripada kerajaan. Cuba korang semua pergi hospital swasta misalnya.. aku pasti korang takkan rasa atau alami seperti mana korang akan alami di hospital kerajaan.. kadang-kadang nak tengok staff sana nak seyum pun payah... nak mendaftar pun macam terpaksa je... Iye. memang betul.. kalau nak servis yang baik, kena la keluar duit lebih sikit.. Perkhidmatan swasta ni mahal kos nye.. tapi bukan itu isu nya di sini.. ia lebih kepada "ATTITUDE"para pekerja awam.
Bagi aku, pekerja-pekerja di sektor awam ni sangat manja. Memang betul stress level mereka tidak kurang daripada pekerja sektor swasta, tetapi tu tidak bermakna mereka tidak boleh memberi servis atau layanan yang berkualiti terhadap pelanggan atau tetamu. Mereka bekerja disupport oleh kementerian masing-masing dengan faedah atau benefit-benefit yang sangat lumayan. Elaun perumahan, skim pencen, kemudahan pinjaman kewangan dan sebagainya. Even kerajaan jugak akan support ahli keuarga pekerja mereka dari segi kesihatan.
Jadi, pada hemat aku, disebabkan pihak kerajaan dan support sana sini, mereka menjadi sangat lenient atau mengambil mudah tugas mereka. Sebab, sesiapa yang berjaya masuk bekerja bersama pihak kerajaan, mereka boleh dikatakan dapat security untuk kerja mereka andai ditakdirkan negara mengalami kejatuhan ekonomi yang mendadak walhal di sektor swasta, sesi reposession pekerja akan berlaku dengan pesatnya. So, di mana mereka perlu takut? Teruk atau tidak kerja mereka, mereka stil dibayar gaji. Still dapat elaun sana sini. Berlainan dengan pekerja sektor swasta, every job is a survival for them. Thats why mereka beri yang terbaik kepada pelanggan atau tetamu. Sebab gaji mereka bergantung kepada mutu perkhidmatan yang mereka beri. Andai tak memuaskan syarikat atau attitude tak memuaskan, mereka boleh dibuang kerja. Kalau lambat kena potong gaji. Kalau dapat komplen pelanggan, boleh kena gantung kerja atau dibuang. Jadi mereka lebih menghargai kerja mereka berbanding pekerja sektor awam.
Sometimes aku kesal sebab kalau pergi klinik kerajaan, sangat-sangat lambat kerja mereka. Aku dulu pernah sekali tu, sakit demam panas yang teruk dan terpaksa tunggu dari pukul 9 pagi sehingga 2 petang baru boleh jumpa doktor. Setelah diberi check up yang sekejap, doktor bagi ubat panadol je.. Ye, tunggu 5 jam untuk dapatkan panadol... baik beli kat farmasi je kan? Itu belum lagi kat jabatan pendaftaran negara pulak.. nak tukar alamat pada IC pun kena tunggu 4 jam baru setel semuanya.. itu pun selepas jumpa pegawai sana sini.. in the end, pergi ke kaunter jugak...
Itu just sedikit daripada pengalaman aku hadapi semua ni.. mungkin korang semua ada pengalaman masing-masing.. It's just that, aku rasa belum lagi berpuas hati dengan mutu perkhidmatan dari mana-mana sektor awam buat masa sekarang ini. So, aku rasa ia amat baik jika, mereka semua ni dikira mutu kerja mereka berdasarkan attitude dan kualiti.. Seperti mana di sektor swasta.. andai pelanggan komplen terhadap mereka, mereka kena gantung atau buang kerja. Letak gaji mereka at stake baru mereka tahu nilai kerja mereka itu...
Aku tak cakap semua pegawai atau pekerja sektor awam ni teruk.. tetapi aku nak highlightkan pekerja-pekerja yang buat mutu perkhidmatan ini yang teruk. Still terdapat jugak pegawai yang berkualiti dan berdedikasi tinggi dalam kerja mereka. Cuma, mutu perkhidmatan ini somehow perlu diperbaiki lagi supaya orang ramai boleh mendapat perkhidmatan yang terbaik.
p/s: Kalau korang nak tau, aku pernah sekali tu nak bayar saman, boleh disuruh tunggu sebentar.. aku ingat benda yang penting ke.. rupanya tengah tulis status kat facebook... geram kan? Owh ye... aku harap korang jugak tak tersalah faham tentang entri ni ye.. aku bukan nak cakap aku penyokong mana-mana parti ke apa ke... entri ni bertujuan untuk bukak mata mengenai mutu kerja sahaja...
14 March 2012
13 March 2012
KONY 2012: Sebuah gerakan murni atau syaitan di sebalik topeng?
Pernah tak korang tengok video di bawah ini?
First of all Kony 2012 ini adalah sebuah kempen yang dijalankan oleh satu badan gerakan yang di namakan "The Invisible Children" (TIC). Badan ini bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak di Uganda yang kini dikatakan sedang hidup dalam ketakutan oleh LRA, iaitu sebuah militan pemberontak yang menculik kanak-kanak di sana dan memaksa mereka menjadi askar serta lakukan perbuatan-perbuatan yang tidak elok seperti menyeksa orang lain, membunuh ibubapa dan menjadi hamba seks. LRA ini diketuai oleh Joseph Kony.
Jadi atas sebab peri kemanusiaan, ketua TIC, Jason Rusell menubuhkan TIC untuk membela nasib rakyat Uganda terutamanya kanak-kanak di sana dengan membuat rancangan supaya Kony ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Cara untuk melaksanakan penangkapan Kony adalah dengan membuat beliau 'faymous' supaya satu dunia tahu kejahatan yang dibuat oleh Kony. Di katakan Jason Russell telah bertemu dengan orang-orang penting di White House serta parti pembangkang di sana namun usaha beliau gagal disebabkan dasar Amerika jika tiada apa-apa yang melibatkan hal ehwal rakyatnya dan ekonomi mereka, maka mereka tidak akan join menentang dalam cause itu. Akhirnya, setelah sekian lama, Barrack Obama telah umumkan bahawa kerajaan Amerika akan join badan ini untuk menghantar tentera mereka di sana dan mencari Kony.
At first, atas dasar peri kemanusiaan, aku sangat sokong dengan gerakan ini, yang menitik tarikh 20 April 2012 sebagai hari membuat Kony terkenal dengan meletak semua poster-poster dan banner-banner di setiap sudut bandar untuk buka mata dunia tentang kejahatan 'penjenayah paling atas dalam list orang paling dikehendaki di dunia' ini. Tapi, aku terfikir sejenak....
Betul ke gerakan ini adalah gerakan murni atau salah satu propaganda yang dimainkan oleh Amerika? Aku tak tau dengan korang semua tapi aku tak boleh nak percaya dengan agenda-agenda yang dilakukan oleh pihak Amerika ini. So, aku buat research sedikit...
Dikatakan kajian oil dan gas di Uganda pada tahun 2011 dan 2012 telah menemukan satu penemuan yang amat baik... Pihak Uganda telah menemui hampir 2 billion barrel minyak di sana. Dan angka ini sedang naik dengan amat pesat. Dan kajian ini di buat di zon-zon atau blok yang dikenalpasti di serata Uganda yang mempunyai potensi pengeluaran minyak yang sangat baik. Ibarat perang Iraq, kadang-kadang boleh agak jugak apa yang sebenarnya yang Amerika tengok instead satu gerakan kemanusiaan ni...
Kadang-kadang pelik jugak sebab, Kony ni dikatakan penjenayah antarabangsa yang paling atas dalam list... Then kenapa Amerika taknak tangkap dia dari awal lagi? Jason Russell kata, tujuan utama kempen ini dijalankan adalah untuk membuka mata masyarakat di dunia bahawa Kony seorang yang jahat dan untuk buat dia rasa tergugat dan keluar dari sarang beliau... Sekarang ni mereka tak tahu di mana lokasi Kony yang sebenarnya dan kempen ini dengan harapan dapat track beliau dan meraih sokongan rakyat serata dunia.
Andai ini betul, how about Osama Ben Laden, Saddam Hussein, Ghadafi dan sebagainya? Boleh plak pihak tentera Amerika jejak dan bunuh semuanya. Kalau terrorist macam tu mereka boleh jejaki, apatah lagi dengan Kony? just seorang leader untuk militan pemberontak... Yang sudah pasti limited dengan senjata dan even pengangkutan... Kenapa tak mulakan dari dulu lagi? Kenapa baru sekarang di saat Uganda makin pesat dengan penemuan minyak mereka? Sometimes bukan pasal minyak je... tapi Amerika nak tunjuk dan raih sokongan masyarakat dunia untuk mengaburkan mata supaya kita semua melihat apa yang mereka lakukan sangat murni dan baik-baik belaka...
Aku sokong apa yang TIC ini cuba lakukan... Seandainya aku berada di situ tengok keadaan orang-orang dalam keadaan teraniaya, aku pun akan rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu.. lagi-lagi kalau kanak-kanak yang terlibat dengan benda macam ni... so memang patut kalau dapat sokongan.. tapi, kalau buat benda-benda murni dan sebenarnya ada agenda tersendiri, tak kemana rasanya... in the end nanti, ia akan end up macam peperangan Iraq dan sebagainya... Minyak dan nak habis di pump keluar, tapi senjata pemusnah besar-besaran (weapon of mass destruction) tak jumpa-jumpa jugak... nak-nak sebab "tak jumpa" lagi tu, mereka keep on stay di sana... so fikirkan lah..
By the way... TIC ada mintak donate untuk menjayakan kempen ini dengan beri "Kony 2012 - Kit" untuk para penyokong dengan harga yang murah... kalau donate setiap bulan, boleh dapat kit tu dengan percuma... kalau kerajaan Amerika betul-betul nak bantu dan tolong, why not bagi peruntukan besar-besaran untuk tu? Amerika sebuah negara yang kaya kan? Dan kenapa letak 20 April sebagai tarikh nak buat Kony faymous? sekarang dunia maju kan? Ada facebook, CNN, Surat khabar dan sebagainya.. sekarang pun boleh...
p/s: Kadang-kadang kena tengok pada sudut yang jauh jugak setiap kempen dan gerakan... sebab andai kita hanya tengok pada sebelah sisi, kita susah nak nampak perkara sebenar... tak boleh just nak jump in the bandwagon without knowing what lies beside...

12 March 2012
Ingat Senang Ke Jadik Customer Service Representative?
Pernahkah anda tidak puas hati dengan perkhidmatan telefon, internet atau apa saja? Pasti pernah. Pasti anda, seperti aku juga, pernah merasa perkhidmatan telefon, sms tergendala, internet down, dah bayar bil tapi still kena bar jugak kan? Apa anda rasa? Aku pasti, anda semua rasa benggang dan akan telefon pegawai khidmat pelanggan syarikat yang anda semua langgan itu.
Biasalah sebagai pelanggan, kita akan terus meluahkan rasa tidak puas hati kita kepada pegawai yang terima panggilan kita tu. Kadang-kadang dari satu hal kecik boleh jadik hal besar. Tapi try to think about it, betul ke cara kita luahkan perasaan marah kita macam tu?
Dulu aku pernah bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan (CSE) untuk sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia dan pernah berpengalaman hadapi ragam manusia yang berbagai-bagai. Ada yang baik.. ada yang baran.. ada jugak yang jenis tak faham bahasa. Sepanjang setahun aku kerja disitu, aku dapati ramai orang yang tersalah konsep kerja kami disitu.
Pelanggan memang ingin dihormati, ingin diberi perkhidmatan yang memuaskan tetapi bagaimana pun cara mereka berkomunikasi dengan CSE-CSE itu?
Sila dengar salah satu klip rakaman perbualan antara CSE dengan pelanggan dalam video ini:
Klip ini berdasarkan complaint untuk syarikat Astro, tetapi environment untuk call center yang lain juga sama seperti ini.
First, pelanggan harus tahu bahawa masalah servis yang mereka hadapi bukan lah salah CSE. Mereka cuma dibayar gaji untk membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda. Bukan mereka yang menyebabkan servis tersebut bermasalah. Pelanggan juga perlu jaga pertuturan semasa bercakap dengan CSE. Ye, walaupun pelanggan dalam keadaan sangat marah, as a human yang bertamadun, praktikkan lah professionalisme dalam diri tu, andai anda memaki hamun, masalah yang dihadapi bukannya boleh selesai dengan lebih segera pun. Nak-nak, lain pulak jadinya nanti.
CSE juga mempunyai perasaan... Pelanggan selalu akan datang dengan term 'Customer always Right' dan akan gunakan tu untuk jadi lesen memaki hamun CSE. Jika pelanggan merasakan mood mereka tidak baik dan inginkan CSE lebih laju dalam menyelesaikan masalah, tolong lah bawak bertenang sebab CSE bukan duduk dikerusi mereka untuk terima panggilan mereka sahaja, malah sebelum terima panggilan tu, CSE dah jawab berpuluh-puluh panggilan lain yang kebanyakkannya penuh dengan cara komunkasi yang kasar.
It's a tough job. Dan stress level sangat-sangat tinggi. Purata panggilan yang akan dijawab oleh CSE untuk sehari lebih daripada 100 panggilan dan mampu mencecah 200-300 panggilan jika berlaku masalah teknikal. Jadi, pelanggan harus tahu bahawa mereka marah pada orang yang salah. Mereka cuma dibayar untuk menolong pelanggan semampu yang boleh mengikut polisi-polisi syarikat. The best thing, CSE tidak boleh berkasar dengan pelanggan dan tidak boleh sesekali berbahasa kesat walaupun macam mana pelanggan bantai mereka. Jadi boleh fikir lah macam tahap stress mereka.
Pelanggan juga sering memperlekehkan level education para CSE dengan menggangap CSE semua tidak pandai di sekolah dan hanya kerja macam ni yang CSE boleh dapat. Itu sangat-sangat silap. Kebanyakkan, atau boleh dikatakan lebih 70% daripada CSE merupakan seorang graduan yang memiliki paling minimum Diploma dalam mana-mana bidang. Jadi, CSE yang bercakap dengan pelanggan tu, tahu apa yang mereka buat dan katakan.
Oleh itu, para pelanggan silalah bersikap timbang rasa. Terapkan nilai-nilai murni yang ada dalam diri dan jangan main langgar je etika dan sivik anda. CSE cuma manusia biasa.
Jika anda ada pendapat sendiri, sila tinggalkan diruang komen dibawah ok?
p/s: Kalau nak tahu, pelanggan-pelanggan yang biasa marah ni, sistem CSE ada rekod. Kadang-kadang siap ada warning sign lagi.

09 March 2012
Rage Comic Di Dunia Sebenar
Untuk pengetahuan semua, saya seorang yang ketagih 9gag.. di 9gag.com, segala bentuk hiburan boleh didapati. And the best thing, ia boleh dishare di serata dunia. Penggunaan meme sangat meluas dan ia seakan tiada henti selagi adanya kreativiti di kalangan uploader.
Hiburan yang ada di dalam laman tersebut termasuklah rage comic. Comic ringkas ini boleh jadi dalam bentuk sarcastic, sinis, humor, kemarahan dan sebagainya. Dan kebanyakkannya mengisahkan cerita sebenar.
Tapi bagaimana jika watak dalam rage comic itu, di dalam dunia sebenar?
semoga terhibur dengan video di atas. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)