26 July 2013

Quality Comedy Please... Not Just Clowns...



Secara terus terangnya la kan, bila kita bercakap mengenai 'lawak' dalam industri hiburan tanah air, aku sedih sebenarnya. Aku cuba untuk menonton  koleksi drama-drama sitcom dan sketch lawak yang ditayangkan di Astro Warna tapi tidak semua komponen dalam tu yang boleh buat aku ketawa. Tak tau samaada korang rasa seperti aku rasa atau tidak tapi itu yang sebenarnya.

Unsur-unsur jenaka yang dipusingkan dalam industri hiburan tanah air kita ni bersifat more to fizikal. Mereka memerlukan solekan dan prop untuk buat orang ketawa. Mekap macam pondan la, pakai rambut palsu afro la, terpekik terlolong la... semua tu hanya tampak tidak pintar sebenarnya. Adakah mereka cuba mencuit hati kita dengan cara paksaan? Atau mereka sebenarnya telah cuba sedaya upaya dalam membuatkan kita gelak?


Well, pada pendapat aku, ia tidak semestinya begitu. Aku bercakap sebagai audience yang menonton mereka. Bukan hendak mengangkat martabat scene luar tetapi kalau anda lihat sitkom-sitkom seperti Friends, How I Met Your Mother dan Big Bang Theory secara contohnya, anda tidak akan dapat lihat pelakon membodohkan diri mereka untuk membuat kita ketawa. Ia berada dalam karekter mereka sendiri. Dan sebenarnya, itu yang kira perlukan. Bukan tukang badut tapi seorang komedian.

Bukan aku tak suka semua ye. Sebab aku juga ada meminati sketch-sketch jenaka atau stand up komedi yang ada dalam industri kita seperti Harith Iskandar, Dato' Jamali Shadat dan Jozan. Tetapi apa yang aku dapati sekarang adalah, kita kini terlalu banyak lawak-lawak bodoh berbanding yang berkualiti.

Tak ingatkah kita sitkom-sitkom Spanar Jaya, Kopitiam dan Buddies? Sitkom-sitkom tersebut telah long gone but to me it's golden. Aku berharap satu hari nanti sitkom-sitkom seperti itu akan naik semula untuk cuit hati kita.

p/s: Mereka patut tahu... kita sekarang makin intelligent. Haha.

25 July 2013

Libur: Iftar at Restoren Mee Udang Mak Jah



Bulan Ramadhan ini semestinya umat Islam tidak terlepas untuk berbuka dengan juadah yang enak-enak dan menyelerakan. Perkara ini juga tidak terlepas untuk aku. Memang betul, kita perlu bersederhana sewaktu berbuka tapi jika sekali sekala nak makan grand, apa salahnya kan? So, baru-baru ni, aku berbuka bersama isteri dan keluarga adik ipar aku di Restoren Mee Udang Mak Jah.

Restoren ini terletak di Wangsa Maju, berdekatan dengan Wangsa Walk dan AEON Big. 

Menu hidangan mereka sangat best. And of course, speciality mereka adalah mee udang. Kepada mereka yang suka makan mee, aku sarankan korang pergi ke restoren ini dan rasa sendiri mee udang mereka. Di sini, mee udang mereka sangat best kerana menghidangkan udang-udang yang debab-debab dan besar. Lagi-lagi kalau korang order mee udang special. Super size kot udang mereka. Memang puas hati.


Selain daripada special dish mereka iaitu mee udang, menu lain juga sangat lazat. Ada mee goreng udang, char kuey teow, nasi goreng dan pelbagai masakan melayu yang lain. Rata-rata, apa yang ada di restoren melayu yang lain, ada di sini juga. Baverage mereka pun best. Korang patut cuba jus-jus mereka juga. Aku tengok pelanggan lain minum jus-jus gelas besar. Sangat mengiurkan.

Dari segi servis juga mereka not bad. Cepat siapkan makanan mereka walaupun orang tengah ramai. Dan harga pun boleh dikatakan berpatutan dengan hidangan yang sedap, servis yang baik dan persekitaran yang tenang disediakan di sana. So, boleh dikatakan aku berpuas hati menikmati iftar aku di sana. So, korang mesti cuba. Kalau tak, rugi.

p/s: Kalau nak berbuka di Restoren Mak Jah, korang kena buat reservation dulu cepat-cepat. Kalau tak, melepas la korang.


The Man Of Steel: Wassam Azaqeer



Korang rasa puasa itu sangat memenatkan? Masa untuk berpuasa itu sangat lama? Well, what can I say, korang sememangnya tidak kuat. Serius cakap ni. Sebab aku terbaca satu artikel yang aku rasa sangat mengagumkan dan harus dijadikan role model pada seluruh umat Islam. Ia berkisahkan mengenai seorang insan biasa yang bernama Wassam Azaqeer. Beliau dilahirkan di Lebanon dan menetap di Greenland, sebuah pulau yang terbesar di dunia. Pulau tersebut terletak di antara Atlantik Utara dan Lautan Atlantik. Beliau juga merupakan satu-satunya muslim yang tinggal di sana.

So, apa yang peliknya?

Haa, kalau korang nak tau, dengan menetap di Greenland, Wassam harus tempuhi masa berpuasa yang sangat lama. Bukan macam di Malaysia ni. Di sana, beliau wajib mengaharungi 21 jam masa berpuasa! Gila tak gila la kan. Namun, beliau tetap berpuasa dengan penuh dedikasi di atas nama Allah S.W.T. Wassam yang juga dikenali sebagai 'Arab Columbus' oleh sebuah stesen TV Arab, kerana beliau merupakan satu-satunya orang arab yang berjaya bermastautin di bandar bernama Nuuk, Greenland walaupun pengembaraan untuk ke sana mengambil masa yang lama dan jarak yang sangat jauh. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menjalankan bisnes restoren di sana dan purata pelanggan yang datang ke restoran itu sebanyak 200 orang sehari. Well, I must say
, that's a really really great achievement by a muslim.

Di dalam bulan Ramadhan ini, yang jatuh pada musim panas, Wassam berpuasa selama 21 jam dan hanya mempunyai 2 jam sahaja untuk bersahur sebelum memulakan puasa yang seterusnya. Bayangkan la kalau orang kita macam mana. Ntah-ntah 2 jam tu penuh dengan hisap rokok je kot. Haha. Dan kalau korang nak tau juga, dalam 2 jam tu jugak masuk waktu Maghrib dan Isya' dan beliau tetap kerjakan solat itu dengan penuh keikhlasan.

Wassam berkata bahawa beliau sangat berbangga menjadi orang Islam yang berjaya mengharungi kehidupan di tanah Greenland itu dan menjadi satu-satunya orang Islam yang solat dan berpuasa di atas nama Allah di sana. Beliau juga berkata, kadang-kala beliau ada terfikir untuk pulang ke Lebanon untuk berpuasa di sana tetapi beliau tidak jadi kerana merasakan, seandainya beliau pulang sebentar ke tempat asalnya, maka tiadalah manusia yang solat dan berpuasa di tanah itu.

p/s: Aku tabik!!

24 July 2013

Parenting: Control You Kids!



Aku sedang duduk kebosanan semasa aku terjumpa video ni di Youtube.Video ni sangat ringkas tapi sebenarnya penuh dengan tauladan. Ia berkisarkan seorang budak sekolah yang kantoi ponteng sekolah, dihukum oleh ibunya dengan menggunakan rotan. Budak tersebut menangis-nangis meminta ampun kepada ibunya.

Aku teringat zaman aku kecik dulu, arwah papa aku memang akan rotan aku baik-baik punya kalau aku nakal. Malah kadang tu, lagi teruk dari budak ni kena. Alhamdullilah.. sebab aku dididik begini, sampai dah dewasa ni aku taat dan hormat parents aku. Tak berani nak melawan mama papa. Naik suara marah diorang pun aku tak berani. Sampai kadang-kadang tu, bila kena rotan minta ampun. Sakit memang sakit, tapi itu yang bina kendiri aku. Aku syukur papa aku dulu garang dalam didik aku.

Bagi aku method ni perlu juga untuk control anak-anak. Sekarang ini, anak-anak sangat manja. Pampered to the max. Mereka tidak kisah untuk menderhaka. Apa saja mereka mahukan, mereka akan dapat. Kepala mak bapak di bawah kaki anak-anak sekarang ni. Kalau buat perangai, tak takut kalau kena marah dengan parents sebab parents lebih takut anak.. itu la pasal generasi muda semakin lama, semakin bodoh aku tengok.

Terima kasih papa. Terima kasih sebab tak jadikan aku seorang yang spoil. Jadikan aku seorang yang berani. Jadikan aku, aku sekarang ni.


p/s: Rindunya pada papa aku... Sob sob sob...

Let's Interact!

me>