30 September 2014
Insiden Pancung Kepala Banduan: Semuanya FAKE Sahaja!! Sorry.. Aku Tak Percaya.
Semasa pergolakan di negara Arab ini berlangsung, kita sentiasa digembar-gemburkan oleh satu kumpulan militan yang digelar ISIS ni yang dikhabarkan mewakili pejuangan ISLAM. Mereka ditunjuk oleh media sebagai terrorist.
Actually, aku tak pernah percaya semua tu. Kononnya kumpulan berpanji bendera Islam ni berjuang dengan membunuh orang bukan Islam untuk menunjukkan betapa sucinya agama ini. Bukan tu sahaja pihak media bukan main lagi seronok memutar belitkan fakta dan menuduh serta potray kumpulan ini yang sebenar-benarnya bawa nama Islam. Mereka melakukannya demi menjatuhkan agama suci ini.
Islam tak pernah mengajar kita untuk menjadi binatang. Membunuh orang atas nama agama. Islam merupakan agama yang suci. Agama yang memberikan ketenangan dan keamanan.
Seperti insiden pancung-memancung kepala jurnalist yang diviralkan ke seluruh dunia ini, ramai yang beranggapan bahawa Islam ini membawa kehancuran dan keganasan. Walhal mereka sendiri yang staged benda macam ni dan sengaja mencemarkan agama Islam. Mereka sendiri juga yang wujudkan kumpulan militan bergelar ISIS ini!
Well, what can I say. They can potray us in many ways. They will still wrong. Islam is a relegion of peace and harmony. Not like what they show us on the news.
Allahuakbar!
29 September 2014
Cara Melegakan Sakit Gigi
Gigi yang sakit amat tidak menyelesakan pesakit yang menghadapinya. Aku dah kena termasuk hari ni dah 3 hari dah. Pelbagai cara aku buat tapi tak berhasil namun, terdapat satu kaedah yang aku gunakan dapat melegakan sakit gigi ni. Paling tidak pun menghilangkan kesakitan tu sebentar.
Air garam suam.
Air garam ni amat baik untuk melemahkan dan mematikan kuman dan bakteria yang sedang aktif berkerumun di gigi korang. Masukkan setengah sudu garam ke dalam mangkuk cawan dan tuangkan air suam. Kacau sehingga sebati dan berkumur dengan air itu. Semasa berkumur, pasti korang tumpukan pada gigi yang sakit itu. Korang maybe akan rasa sedikit sakit apabila berkumur. Tetapi jangan risau, selepas tu kesakitan tu makin lama makin berkurangan.
So, apabila sudah berkumur-kumur, kita pakai pula...
Bawang Putih.
Ye.. Ramai orang yang tidak tahan bau bawang tetapi percayalah ia merupakan salah satu natural medicine yang amat baik untuk anda. Caranya, lumatkan beberapa biji bawang putih, jadikan paste dan tempekkan ke gigi yang sakit tu. Andai gigi tu berlubang, sumbat bawang tadi ke dalam lubang gigi itu. Bawang putih merupakan satu agen semula yang amat baik dalam mematikan kuman dan mengecutkan bengkak. Ia juga merupakan satu agen antibiotik yang baik dalam mencegah jangkitan lain.
Apabila anda sudah menempekkan bawang putih tersebut, anda akan rasa kesakitan dan denyutan daripada sakit gigi itu sikit-sikit akan hilang dan seterusnya memastikan anda boleh tidur nyenyak.
Selepas dah hilang rasa sakit tu... silalah ye jumpa dentist. Cabut gigi tu. Supaya anda selesa dikemudian hari.
Like page The Kufazuke Show di facebook!
26 September 2014
Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku!
Yezza selamat datang ke Segmen The Kufazuke Show yang diadakan buat julung-julung kalinya. Diharap para blogger akan join segmen ini sebagai tanda sokongan terhadap segmen pertama ini ye. Maybe after this aku akan anjurkan lebih banyak contest, giveaway, segmen dan sebagainya, tapi first mari kita join segmen ini dahulu ye.
So sebagai seorang penulis yang suka berkongsi pendapat, aku ingin mengajak semua para blogger memberi pandangan sendiri mengenai soalan yang akan aku tujukan dalam segmen ini. Of course anda perlulah ikuti syarat-syarat dibawah supaya segalanya teratur.
Syarat penyertaan:
1. Anda harus letakkan Title Entry anda sebagai "Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku!".
2. Anda perlulah meletakkan gambar ini di dalam entry anda dan berikan link terus ke entry ini.
3. Dalam entry anda, please berikan pandangan anda mengenai isu ini:
- Jika anda punyai sejuta ringgit, apakah anda akan buat dengan duit tersebut?
- Apakah anda akan buat apabila dalam keadaan stress atau sedih?
- Apakah memori paling indah anda ada bersama ibu/bapa/famili anda?
4. Anda harus follow blog ini dan like The Kufazuke Show di Facebook.
5. Setelah selesai, postkan URL entry anda di ruangan komen di bawah ini.
6. Segmen ini akan ada tiga (3) pemenang yang menulis entry dengan unik dan baik.
- Tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai RM100.
- Tempat kedua akan memenangi supplement barangan kesihatan bernilai RM61.
- Tempat ketiga akan memenangi barangan kesihatan bernilai RM30.
7. Anda harus cepat kerana kerana segmen ini akan ditutup pada hari Isnin (6 Oktober 2014) pada jam 12.00 tengahari. Pemenang akan diumumkan pada 8 Oktober 2014.
8. Syarat-syarat untuk memenangi hadiah ini, anda haruslah follow dan like page penaja kami iaitu Yatiadam (YA), dan di Facebook Vitamins No 1.
Disclaimer: Penyertaan anda akan terbatal secara automatik jika tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
So.. cepat geng! Rembat peluang ni dan terima kasih di atas sokongan anda terhadap The Kufazuke Show!
MY SANDWICH: Your Highness
Your Highness
Mencari sesuatu agak berat tetapi tidak melampau? Ini hidangan pagi utk anda. Lapisan-lapisan sandwich ini terdiri daripada salad, telur dadar, chicken meatloaf dan disertakan pula dengan cheese.
Sebagai dressing, mayonnaise dan sos chili thai menjadi pilihan.
Ia merupakan suatu simfonik kepada satu alunan rasa dalam mulut. Ibarat suatu melodi yang bermula lembut dan kemudian berganjak ke irama lebih laju seiringan dengan kadar adrenalin yang mengiyakan keharmonian sebatian semua lapisan.
Anda harus cuba jika ingin merasai bagaimana minda kita mampu terawang-awang apabila sesuatu yang epik dijamah dalam mulut.
note: Jangan lupa untuk ikuti segmen pertama yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh The Kufazuke Show jam 2.30ptg ini! Hadiah RM100 up for grab!
Like page The Kufazuke Show di Facebook!
Subscribe to:
Posts (Atom)







