28 August 2012
Back To Reality - One Step At A Time
Wow.. dah seminggu aku cuti beraya sakan dan kini kembali ke tempat kerja. Perasaan lemau untuk mula bekerja tu tetap ada dan selepas semua makanan yang aku dah telaah sepanjang minggu ni, aku menjangkakan tahap kestabilan yang agak perlahan untuk kembali ke gear kebiasaannya.
So hows, your Eid Mubarak celebration? Great? I hope so. Bagi aku pulak bercampur baur antara gembira dan sedih. Ini merupakan raya pertama aku bergelar suami orang. Dan seperti raya-raya yang lepas, aku berhadapan juga dengan makanan yang banyak serta kesendatan yang melanda dengan agresif. Naik mendadak berat badan aku. Tapi tak apa la, lepas ni aku kena buat satu diet intensif la untuk mendapat bentuk badan Brat Pitt balik.
So, dalam seminggu tu jugak aku langsung tak online. Even sedikit pun. Mula-mula terasa sunyi jugak dan tertanya-tanya apa yang terjadi di dunia maya ni. Tapi bila fikir balik, yeah, why not just give it a rest kan. Ni tak abes-abes ngan internet sampai terjerumus minda ke arah tu je. Dan sempena hari raya yang mulia, aku rasa better aku tumpu masa yang terluang aku ada ni untuk family aku.
Terdapat peristiwa sedih yang melanda keluarga aku dalam-dalam ingin menyambut sambutan Syawal ni. Dalam tengah-tengah bulan Ramadhan, opah aku telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dan sehari sebelum raya, cucu kesayangannya iaitu sepupu aku juga mengikuti nya ke Jannah disebabkan penyakit jangkitan virus diparu-paru beliau. Mari sedekahkan al-Fatihah buat mereka.... Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman.
So perayaan lebaran di sebelah keluarga ibuku, tidaklah semeriah.. sekadar sebagai menghormati ketibaan Syawal dan kesuraman yang melanda. Well, aku rasa better aku stop kejap buat masa ni sebab aku nak start kumpul lagi stuff-stuff untuk dimuatkan dalam channel aku yang tersayang ni.. Dan lama tak jenguk dan update, so aku rasa better aku permantapkan lagi. Yeah. Jumpa lagi selepas ni ye.
p/s: Kena start exercise balik ni... berat dah nak masuk ke tahap kronik!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment