14 July 2012

Menu Makan Simpel : Kenyang Sampai Malam

Yeah anda masih lagi dalam zon makan.. Haha.. mungkin aku tengah lapar gila-gila sekarang dan sejak kebelakangan ni membuatkan aku nak makan je. Dan juga asyik memikirkan makanan apa yang sedap di makan atau di masak. Hahaha... Seiringan dengan kempen aku bawak bekal ke pejabat atau buat sendiri makanan supaya kesihatan terjaga, mari aku share apa aku makan untuk petang ini ok.. Haha!

Biskut Jacobs beserta Milo Ais.


Yup, simple kan? well, eventhough ia simple, tapi ia sangat mengenyangkan dan in fact, lebih berkhasiat daripada makan nasi. Ia boleh juga dijadikan diet jika anda ingin kurus. Kalau berdasarkan gambar, memang, aku ni jenis selekeh sket. Boleh nampak jem strawberry yang aku letak kat biskut tu berselerat tapi aku tak kisah sebab ia sedap sangat.

Biskut ni pun boleh divariasikan lagi dengan jem-jem atau krim yang lain seperti planta, peanut butter, coklat dan even susu lemak manis yang disukai ramai tu. Tapi as a health treatment, better korang jangan letak krim tu banyak sangat sebab banyak sangat gula nanti. Jangan tiru aku ok? haha..

Khasiat biskut Jacob : [ia dapat memberi kebaikan kesihatan kepada anda. Ia merupakan sumber tenaga daripada karbohidrat. Ia mengandungi vitamin B dan mineral untuk membantu mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat. Ia juga mengandungi protein yang membantu proses pembinaan badan anda; dan serat yang membantu untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.] - di petik daripada website Jacob.

Khasiat Milo : Seperti yang kita tahu Milo mengandungi koko. [Lemak koko ialah lemak semula jadi yang terkandung di dalam biji koko. Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Walaupun, umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah.] - dipetik dari sini.


So, jika korang rasa dah muak makan nasi je kan, dan merasa diri makin membesar dengan tidak baik, apa kata korang try menu simple ni.. ia lazat dan boleh kenyang sampai ke malam!!

p/s: Kalau biskut Jacob tu cicah kat air Milo pun dah sedap.

4 comments:

haffizmohdnoor said...

nie time lapar pon boleh meleleh air liur nie haha.. :)

KUFAZ said...

yup... itu la bestnya biskut ngn milo... mau abes satu tin... hehe..

HiDDeN pRecIoUs said...

jgn la burok lantak sgt nk mnghabiskan 1 tin biskut syg..org lain pon nk jgk..

KUFAZ said...

ala ayang ni... sket je tu.... hehehe~

Let's Interact!

me>