02 July 2012
Superheroes: Apakah Yang Cuba Disampaikan Sebenarnya?
Actually aku ambil tajuk entry kali ini secara literally sebab memang aku tertanya-tanya dan tak tau jawapan yang sebenar. Jika dalam entry terdahulu mengenai Superhero ni aku mengupas mengenai pembentukan imaginasi serta idolize para anak kecil kita, tetapi dalam episod kali ni, aku just give a little thoughts.
As we all know, watak adiwira ni sudah lama tercipta dalam industri hiburan lebih-lebih lagi dalam stream kartun dan sains fiksyen. Pada mulanya ia dicipta untuk menghiburkan budak-budak tetapi atas itu juga, setelah meningkat dewasa, mereka masih lagi menggemari watak-watak adiwira ini. Ia seakan melekat sehingga ia seolah tampak realistik dan menjadi trend ikutan pula.
Don't get me wrong, aku juga antara penggemar watak superhero. Masih lagi meminati watak Batman dan sangat-sangat teruja untuk menunggu The Dark Knight Rises yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Tetapi dalam-dalam itu, aku memberi sedikit thoughts agar dapat difikirkan secara rasional dan akhirnya menimbulkan tanda tanya. Ada orang yang akan cakap aku ni paranoid dan sebagainya tapi pada aku, it's just a food for thoughts.. Nothing else..
Dalam pembikinan cerita-cerita hero ni, aku dapati terdapat stereotype yang selalu digunakan sehingga menyebabkan semua cerita seolah-olah sama je. Cuma ditukarkan watak dan sedikit jalan cerita. So, after berfikir, point dan persoalan yang aku dapati:
1. The Dark Enemy
Musuh dalam cerita-cerita ni selalunya akan muncul secara tiba-tiba. Ntah mana datangnya mereka, mereka akan memporak-peranda kan dunia ni tanpa kita sedari. Mereka tidak digambarkan dengan pertubuhan atau militari haram. Kadang-kala ia dipersembahkan dalam keadaan misteri, penyebaran wabak, mutasi dan sebagainya. Motif serta tujuan mereka mengganas pun seakan lebih menjurus kepada keinginan mereka untuk melihat dunia ini musnah.
2. Useless Police / Army
Perasan tak yang anggota polis/tentera, langsung tak boleh nak kalahkan villain yang datang walhal diorang ni lagi ramai dan senjata-senjata lagi gila daripada villains ni. Ia ibaratkan, cerita-cerita ni nak gambarkan, walau macam mana pun kuatnya militari yang kita ada, villain itu tetap lebih kuat daripada skuad-skuad ni. Where's the strenght of the so-called nation heroes??
3. What happen to public?
Dalam kesemua cerita adiwira yang aku tengok buat masa sekarang ni, semuanya menonjolkan public atau society yang penakut. Bila penjahat datang je, semuanya takut. Semua takde daya nak menentang atau just mengalah je terhadap situasi. Semuanya panik dan akhirnya berpecah belah antara society itu sendiri. Semua tak boleh rely terhadap diri serta kekuatan yang terdapat dalam society itu sendiri.
4. What with the Hero?
Hero dianggap segala-galanya dalam cerita atau filem. Merekalah yang dapat selamatkan situasi dan akhirnya mengharmonikan sejagat. Tiada yang lain. Tanpa mereka maka hancurlah dunia. So, why ada kesemua police and army?
Ok la.. maybe some point atau ke semuanya just like "biasalah" cerita budak-budak, tapi why they all seems so stereotype? Apa yang sebenarnya yang ingin di sampaikan dan didalami oleh para penonton?
As a standard stereotype, ini yang aku dapati daripada menonton pelbagai filem atau kartun superheroes dari pelbagai watak dan jenis:
First, dunia ni dalam keadaan aman dan damai. Semua orang hidup bersatu-padu dan bahagia bersama keluarga, karier dan society. Tiba-tiba akan munculnya villain yang ntah datang dari mana atau kemungkinan bangkit dari satu tempat yang gelap dan menakutkan, ingin porak-peranda kan dunia ini. Semua orang takut. Semua orang panik. Villain itu akan mula letupkan bangunan, bunuh orang serta membuat kacau bilau. Polis dan tentera pun keluar untuk cuba menewaskan villain tersebut. Tetapi seperti biasa, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Selepas itu muncul hero masyarakat ini. Beliau mungkin datang dari background seorang yang emo, yang pernah kehilangan orang tercinta dan sebagainya, datang menentang villain tersebut. Orang ramai semua menyokong hero tersebut. Semua rely pada hero itu dan menyandar semua harapan sebab tanpa hero tersebut, maka tiada apa yang dapat menewaskan villain itu. Public sangat rapuh. Ia digambarkan lagi dimana, apabila sesuatu unsur yang jahat akan bangkit nanti, orang ramai semuanya adalah lemah. Tak mampu berbuat apa-apa. Hanya perlu menyokong sahaja hero yang datang kerana hero itulah yang akan selamatkan mereka. Hero itulah yang paling kuat dan akan menjadi ketua mereka apabila sesuatu kemusnahan atau porak-peranda berlaku. Orang ramai hanya perlu menyokong sahaja. Dan ikut tanpa bantahan. Akhir sekali, hero tersebut akan tewaskan villain itu dan orang ramai semuanya lega, kerana hero tersebut telah pun menyelamatkan dunia. Dan akan selamatkan lagi seandainya kejahatan datang lagi nanti.
The question is... "Apakah yang cuba disampaikan oleh mereka ini?"
Seriously, I don't know... Hoping for answer..
p/s: I believe that everybody have a hero lies within...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment