Alhamdullilah, by the time aku bertinta untuk entry ini, sudah dua hari kita berpuasa dan nak masuk hari ketiga dah pun. So, how puasa anda sekalian selama dua hari ini? Ada ok atau tiada ok? Haha.. Well, I may say that Ramadhan edisi kali ini started with the wrong foot bagi aku. Sememangnya aku ni memang mempunyai masalah gastrik dan perut yang sensitif. Tapi tu tak memudarkan semangat aku untuk berpuasa. Betul-betul sehari dua sebelum tibanya bulan yang mulia ni, boleh pulak aku mendapat serangan gastrik dan demam. Biasalah, bila dah bermuntah-muntah diserang gastrik, badan kehilangan air dengan banyak. Keadaan tu, menyebabkan badan aku diserang pula dengan demam lagi-lagi pulak terkena hujan petang tu. Dan syukur kepada Allah, aku cukup tenaga untuk berpuasa pada hari pertama dalam-dalam badan belum lagi total kebah. (Special thanks kepada isteri aku yang jaga aku tempoh hari... Love you!)
So, bagi membantu golongan-golongan yang mempunyai macam aku ni, aku surf internet untuk mendapat beberapa info mengenai cara nak berpuasa eventhough mempunyai masalah sakit gastrik ini.
Asid dalam perut. |
Seperti yang kita tahu, apabila perut kosong, kadar asid dalam perut akan naik menyebabkan penghasilan gas berkumpul di dalam perut dan ulu hati yang menyebabkan keadaan "perut masuk angin". Bagi yang menghidap gastrik ini, kadar penghasilan asid ini terjadi dengan kadar yang lebih tinggi daripada biasa. That's why tidak disarankan untuk makan apa-apa jika dalam keadaan begitu kerana sudah pastinya ia akan dimuntahkan semula. Keadaan ini juga berlaku sekiranya sesorang itu overnight atau tak cukup tidur. Kadar asid dalam perut boleh meningkat dengan mendadak. Macam stress.
Oleh sebab perut mempunyai asid yang tinggi, untuk melegakannya, sesorang itu perlulah "meneutralkan" kembali paras liquid itu dengan meminum sesuatu yang bersifat alkali. Susu merupakan cecair yang bersifat alkali tetapi jika tidak kena pada rasanya, ia akan menjadi pemangkin kepada rasa ingin muntah. Air Zam Zam merupakan salah satu air bersifat alkali dan sesuai untuk "neutralkan" kembali paras asidik dalam perut. Jika tiada air Zam Zam dan susah nak telan susu, minum sahaja air suam kosong dengan banyak (bukan air berais ye) dan seterusnya minum ubat gastrik seperti Gaviscon, Alucid, atau Actal. Itu adalah salah satu cara untuk melegakan sakit gastrik. Tapi kalau still melarat juga, maka kadar asid yang anda sedang hadapi itu memang tersangat tinggi dan wajar mendapat perhatian doktor.
Tips bagi pesakit gastrik yang ingin berpuasa :
1. Harus mengenalpasti terlebih dahulu punca sakit perut sama ada ia jenis kronik atau biasa.
2. Elakkan makan makanan yang tidak sesuai ketika bersahur dan berbuka .Contoh makanan pedas,berangin dan minuman berais.
3. Seelok-eloknya,pesakit gastrik bersahur pada waktu menjelang imsak.Elakkan juga makan makanan terlalu banyak ketika berbuka.
4. Elakkan makan ubat tahan sakit seperti ubatan jenis antiinflamasi bukan steroid (NSAID)
5. Sebaik -baiknya kekalkan gaya hidup aktif sepanjang Ramadan.Untuk mengelakkan masalah,pesakit perlu melakukan perubahan pada gaya pemakanan dan dos mengikut nasihat doktor.
List di atas dipetik dari website Borak Kosong dan aku dapati ia antara tips-tips yang baik untuk diikut bagi warga-warga yang mengalami sakit gastrik macam aku ni. So, bagi yang berkenaan, tolonglah jangan mengambil kesempatan atau menjadikan alasan gastrik ini sebagai lesen untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Rugi la kalau lepaskan begitu sahaja.
p/s: Budak-budak pun boleh puasa penuh.... aish...
2 comments:
sama-sama sayang.. :)
wink2!! ekeke...
Post a Comment