11 April 2012

Artist: Maher Zain


Bila aku publish blog aku masa awal-awal dulu, aku pernah state yang aku tidak akan bias terhadap mana-mana genre muzik asalkan ia berkualiti dan tidak mengikut arus trendy dan seterusnya melacurkan karya ciptaan sendiri? Ye... Nasyid kotemporari juga tidak ketinggalan.

Bagi aku karya dan lagu-lagu Maher Zain berjaya memecah revolusi nasyid kerana beliau juga berdakwah tetapi dalam cara yang subtle dan jinak terhadap halwa telinga para pendengar. In fact, andai aku nak dengar sekali sekala lagu berunsur ketuhanan dan cuba munasabah diri ni, aku prefer dengar alunan muzik seperti yang ditonjolkan oleh Maher Zain ni berbanding kumpulan-kumpulan nasyid yang stereotype terhadap melodi yang biasa kita dengari.

Selain Maher Zain, terdapat jugak kumpulan nasyid seperti Mirwana, Brothers dan sebagainya menjadi pilihan aku tetapi aku nak fokus on Maher Zain dalam entry kali ni.


Maher Zain adalah seorang warga Lebanon yang tinggal di Sweden sejak berpindah bersama keluarganya semasa beliau berusia 8 tahun. One of the best quality yang ada pada penulis, komposer dan penyanyi ini adalah, beliau bukan sekadar mempunyai suara yang sedap, rupa paras yang menawan tetapi beliau juga mempunyai education level yang baik. Beliau mempunyai Ijazah dalam Aeronautical Engineering sesuatu yang jarang kita dengar terhadap artis-artis tanah air kita.

Pada tahun 2009, Maher Zain telah tampil dengan album pertamanya berjudul "Thank You Allah" telah berjaya menembusi pasaran dan diterima baik di serantau dunia termasuk di Malaysia. Antara track yang digilai termasuklah lagu "Inshallah". Dengan album tersebut beliau menerima pelbagai anugerah termasuklah 8 platinum awards oleh Warner Music Malaysia di atas sambutan hangat yang diterima.


Pada tahun 2011, Maher Zain muncul dengan album kedua beliau berjudul "Freedom". Album ni aku anggap antara album yang strong yang terdapat di pasaran muzik kerana bait-bait lagu dan lirik lagu di dalam album ini berkisarkan tentang perjuangan Islam di negara-negara yang ditindas. Kudos kepada Maher Zain kerana berani menampilkan rebelious album sebegini. Beliau juga membuat kolaborasi dengan penyanyi ternama seperti Irfan Makki dan Mesut Kurtis. Even lagu beliau iaitu "Inshallah" ada dalam pelbagai versi termasuklah dalam bahasa Urdu, Melayu, Perancis dan Arab. Begitulah betapa versatile nya penyanti ini. Beliau telah merantau ke semua perosok dunia dalam membuat jelajah konsert beliau untuk berdakwah.

So bagi aku it's ok kalau nak berdakwah dengan cara menengahkan muzik dalam bentuk yang lebih dekat dengan peminat muzik dalam bentuk RnB dan pop. Bukan saja ia diterima oleh segenap pendengar, tapi ia juga lebih mudah dihadam oleh hati-hati yang keras di luar sana. So, tune in kepada Maher Zain wahai peminat muzik sekalian.... sesungguhnya ia bukanlah satu kerugian.


p/s: Even dalam majlis kahwin aku aritu, aku prefer lagu Maher Zain "Barakallah" rather than lagu-lagu pengantin yang lain.



No comments:

Let's Interact!

me>