Haa... terkejut kan? Tetiba pulak aku post entry dalam kategori sukan ni kan? Selalunya muzik je. Well, actually kalau korang perasan, dekat atas tu ada box kategori "Sukan", korang je yang tak klik. Haha! Ye la kan, asyik-asyik muzik je, so, apa kata untuk entry kali ni kita bersantai pulak dengan trivia ni. Nak-nak pulak team aku, Chelsea berjaya melangkah ke final Champions League. (Haha.. sorry Barca fans)
Ok, bila dicakap pasal football fans ni, aku tak maksudkan yang sekadar fan je, ini yang betul-betul die hard punya. Yang menangis kalau team kalah and stick pada team tu rain or shine. Ala, jenis-jenis orang yang korang rasa ntah apa-apa tu.
Kenapa Kita Perlu Cari Seseorang Yang Minat Bola Sepak
1. Setia
Golongan-golongan ni adalah jenis yang sangat setia. Tidak kira la team diorang kalah ke menang ke, diorang tetap stick dengan team diorang. Oleh sebab setia, kadang-kadang game bola yang start pukul 3 - 4 pagi pun diorang sanggup bersekang mata demi tidak terlepas game tersebut. Kalau kalah, nak-nak pulak game yang penting, fan-fan ni pasti akan emotional. Kadang-kadang sampai berderai air mata.
2. Berdiri teguh dengan prinsip sendiri
Andai kata team diorang kalah, surely ramai fan-fan team yang lain akan start menganjing diorang. Malah ada yang cuba meracun untuk join dan support team yang lain. Adakah diorang ni akan termakan dengan ajakan mereka tu? Tidak. Golongan ni sangat setia dan berdiri teguh atas team diorang. Silap-silap diorang akan menempelak dan berdebat lagi defend kredibiliti dan maruah team diorang ni.
3. Menitik berat
Andai permainan di atas padang tidak cukup, mereka akan dapatkan pulak info mengenai team mereka di sumber-sumber yang lain. Mereka akan check out transfer news, tactical views, injury list, transfer prediction dan sebagainya. In fact, setiap inch of history pada team kesayangan mereka pun mereka akan ingat. Info-info ini la yang menjadi senjata mereka dalam berdebat dengan fan-fan dari team yang lain.
4. Semangat setiakawan
Ye, dengan kemudahan dan keselesaan yang ada, lebih senang kalau tengok bola di rumah sahaja. Tapi bagi mereka tidak, kepuasan dalam support team mereka adalah bila tonton game bola bersama-sama rakan seperjuangan yang lain. Mereka akan bersorak bersama, ketawa bersama dan menangis pun bersama. Nak-nak dalam menyokong team diorang, mereka semua akan nyanyi lagu tema team kesayangan bersama-sama jugak. So, networking antara mereka ni agak kuat.
5. Berpendirian
Seperti no.2, golongan ini mempunyai pendirian yang kuat tentang team mereka. Mereka tetap akan stick walau macam mana teruk season itu. Even kalau team mereka berada di tempat tercorot pun, mereka still membanjiri stadium atau mapley untuk menonton game team kesayangan mereka.
6. Aktif bersukan
Kebanyakan peminat-peminat sukan ni of course la minat bersukan juga. Sebab mereka punyai idola masing-masing. Ada yang nak jadi Messi, Ronaldo dan Safee Sali. So, dengan bersukan, mereka akan sentiasa aktif. Dan dengan tubuh badan yang sihat, mereka ni lebih pintar.
Itu adalah serba sedikit kualiti yang ada pada peminat bola sepak. Cuba bayangkan satu hari nanti mereka berjumpa dengan pasangan mereka. Kualiti-kualiti baik ini akan ditonjolkan kepada pasangan mereka pula nanti. So, I guess tak rugi andai anda (yang masih mencari-cari jodoh) cari peminat-peminat bola. Mungkin la ada yang cakap, "nanti sebab bola sanggup tinggal anak dan bini kat rumah". Tak jugak sebenarnya, sebab di atas sikap setia yang sedia ada pada diri peminat bola, mereka akan menilai lebih baik mengenai kepentingan antara isteri, suami, anak atau bola. Ah, senang cerita anda ikut saja dia pergi tengok bola. :)
So macam aku, team kesayangan aku will always be Chelsea FC, so aku follow Malaysian Blues Army dan Kampung Chelsea dan lain-lain sumber for updates, info or even events. Anda bagaimana? Kalau takde lagi team, cepat-cepat pick ye.. :) (Senang cerita, sokong je Chelsea... Chelsea mantap!)
quicky: yes.. please do click this link (The Kufazuke Show - Up Battle!) and vote for this channel! May The Kufazuke Show will win the Digi WWWOW Internet For All Awards in "Most Inspiring Internet For Good" category. Thank you!
p/s: We're going to the finals... Woohoo!
8 comments:
ya-3..betul3 :D sokong3
hehehe.. thanks... weh bro.. aku ada baca post ko pasal pondan kt thailand tu.. siyes, tergelak aku dowh... tak bleh blah kalau malaysia pun kalau ada cmni... mau nyer hancur negara... haha...
btw, please visit fan page aku di:
www.facebook.com/thekufazukeshow dan like ye...
kudos.. nice blog u have there... :D
hahaha..
ek?
nampak sgt aku terkecuali dr golongan di atas..
hahaha
betol sangat2...macam best friend sy..penyokong tegar Chelsea..:D
@Lelaki Ini
Takpe2 bro... sempat lagi join Chelsea.. haha.. moh2.. tgk final chelsea vs bayern 19 May... hihihi..
@myrayaya
hehehe.. kem salam kat member awak k... :)
kita geng bro... aku la geng @myrayaya 2... hahahhah....
ahahaha! so, nanti kita sama2 tgk final UCL k.. hehe!
saya tetap setia brsama man u walaupun pelbagai dugaan melanda. hahaha, maap admin fan team len tmpang komen kt sini :p
Post a Comment