15 April 2012

COOLfm: Pintu Otak Sebelah Lain.


Pelik kan dengan tajuk entry untuk kali ni? Apa kena mengenanya COOLfm dengan otak? Dua-dua pun jauh berbeda di mana COOLfm dalam kategori industri hiburan dan otak pulak dalam kategori biologi. Sorry for my words maybe sebab sekarang tengah pukul 3.51am dan aku sedang bermain-main dengan kamus tatabahasa aku yang berada dalam otak dalam keadaan separa sedar.

COOLfm kini sudah 7 hari dikeudarakan (mengikut tarikh entry ini dipublishkan) dan telah banyak info sekerap yang boleh aku review mengenai stesen radio online ini. Tapi sebelum aku pergi dengan lebih lanjut, aku nak tanya satu soalan.

"Apa sebenarnya yang anda harap apabila tune in sesebuah stesen radio?"

Ya, andai soalan itu dituju kepada aku, aku akan jawab, untuk buka minda dengan info-info menarik serta mendengar muzik-muzik yang best. Jika anda buka beberapa stesen radio di tanah air ini, aku pasti korang akan dapati sesuatu yang stereotype. Semua berkisarkan tentang sesuatu yang berlandaskan market semata-mata sehingga hilang the originality sesebuah konsep itu. Come on la, just shuffle DJ-DJ bertugas, dan anda akan dapati semuanya sama saja.

7 hari merupakan satu tempoh yang awal untuk kita judge yang baru naik tetapi COOLfm telah menjadi sesuatu exception. Andai korang tune in COOLfm for the first time, korang mungkin akan dapat culture shock. Sebab di sini, segalanya tidak formal. Bukan tempat anda nak pakai smart-smart untuk nikmati juadah makan malam di restoran mahal bersama orang-orang besar. Seperti konsepnya iaitu bersantai, anda kena let loose all egos, kesempitan minda dan just enjoy the show.

Aku pernah terbaca dalam sebuah artikel bahawa manusia ni perlu dijamah dengan humor dan bahan-bahan yang boleh membuatkan mereka ketawa untuk trigger saraf-saraf otak supaya boleh bukak daya kreativiti dan kecerdasan dengan lebih baik. Disitulah COOLfm mengambil tempatnya. Konsep kartun, komedi dan audio menjadikan COOLfm lain dari yang lain.

Ok, cuba korang fikir balik. Secara rutin harian anda, apa yang korang lalui setiap hari? Mendengar bebelan bos, bebelan isteri/suami, mendengar suara-suara formal ataupun susah nak bukak minda bila disuruh brainstorm untuk sesuatu projek. Itu just a few example aku bagi... mungkin korang ada isu sendiri. So, dengan semua tu, tidak ke korang rasa korang ibarat sebuah robot yang hanya diberi input negatif dan ikut saja arus plan yang telah ditetapkan kepada anda?

Setelah korang tune in kepada COOLfm, korang akan dapati bahawa konsep mereka lari dari stereotype yang korang selalu dijamahkan setiap hari. Pada mulanya mungkin untuk sesetengah daripada korang ni tak dapat nak terima dengan lawak-lawak yang diketengahkan oleh DJ-DJ. Ini barangkali anda masih meletakkan ego intelektual anda setinggi alam lagi. Cuba korang let loose a little dan mula terima jenaka-jenaka mengarut dan meraban yang disediakan, korang pasti akan ikut flow nya. Because everyday kita disuruh atau dipaksa secara tersirat untuk stress dan tegang kerana tidak memanjakan diri dengan breakthrough mengikut pintu otak yang sebelah yang lain. Selama 7 hari ni juga COOLfm banyak improve dari segi idea-idea gila dan karenah-karenah DJ yang bertugas. Anda akan dapat info yang boleh dikatakan gila atau pada pandangan sesetengah daripada korang yang mengatakan "lawak bodoh". Anyway, idea-idea sebegini la yang akan buat korang ketawa dan akhirnya menceriakan hari anda setiap hari.

Dari segi pemilihan lagu-lagu juga, aku rasa COOLfm sebuah radio indipendent yang menengahkan lagu-lagu rare dan tak banyak didengari di stesen-stesen yang lain... Aku tak tau dengan korang semua macam mana tapi bagi aku, aku dah naik jelak dengar benda yang sama je setiap hari. Mau nya tak, pusing-pusing lagu budak-budak akademi gedik, pusing-pusing band-band melayu yang bajet bagus dengan rock kapaknya.. sampai kadang-kadang aku dapat rasa aku duduk kat satu kawasan yang takde kemajuan langsung. Di COOLfm, DJ-DJ gemar memutarkan lagu-lagu yang suatu ketika dulu menjadi lagu yang menjadi siulan orang ramai, yang merevolusikan industri muzik culture dan juga lagu-lagu yang biasa kita dengar sewaktu the golden age of muzik.

Jadi, aku sarankan korang untuk tune in kepada COOLfm dan give it a try... sesungguhnya stesen ini akan bawa sesuatu yang baru kepada anda.

Sila lawati laman ini untuk tune in kepada COOLfm.

COOLfm Radio Station


No comments:

Let's Interact!

me>