30 April 2012

Reggae (Final Part): Rastafari Movement


Salam dan selamat kembali ke short documentary mengenai reggae yang julung-julung kalinya di buat di The Kufazuke Show. Part last ini lebih kepada serba sedikit ilmiah mengenai reggae dan culture rastafari yang orang semua tertanya-tanya kenapa mereka-mereka ni suka berimej begitu dan apa sebenarnya rastari itu sendiri. Ye la kan, daripada korang duk membahan golongan pengikut reggae tanpa usul periksa, why not korang selami sendiri culture rastafari ini supaya boleh bukakan sikit pandangan korang mengenai mereka.

Kalau nak diikutkan terlalu banyak yang terdapat dalam movement ini yang hendak dikupas, dan aku pasti kalau aku pecahkan satu-satu pun belum tentu korang akan faham even sepatah haram. So, aku cuba untuk terang secara ringkas dan mudah difahami. Oleh sebab aku ni not really into the reggae atau seorang rastafarian, namun aku telah pun baca serba sedikit mengenai mereka dan harap sangat andai aku ada tersalah info ke, tersalah term ke atau apa-apa pun, silalah ye berkongsi bersama di ruangan komen di bawah. Jangan jadi silent reader je... let's your opinion fly here too..

Movement rastafari atau lebih dikenali sebagai "Rasta" ni starts from 1930 lagi di Jamaica. Ada yang cakap ia merupakan salah satu agama, dan ada yang cakap ia bukan agama tetapi salah satu style hidup. Dan bila kita bercakap mengenai culture, sudah tentu ia melibatkan pegangan dan fahaman yang tersendiri. Secara am nya, Rasta ini merupakan penganut "monotheist" iaitu mempercayai satu Tuhan. Dan untuk Jamaica, fahaman ini diselarikan dengan agama Christian di mana mereka juga mempercayai Jesus dan kitab-kitab agama Kristian. Dan tuhan yang mereka percaya itu mereka gelarkan sebagai "Jah". Still percaya pada the Holy Trinity iaitu Father, Son and The Holy Spirit, mereka menganggap "Jah" merupakan kelahiran semula Jesus. Mereka percaya pada hak sama rata tak kira lelaki atau perempuan. So, that's why mereka menggunakan ayat "saya dan saya" (I and I) instead "kami" (We) kerana mempertengahkan lagi simbolik hak sama rata mereka antara sejagat dan unity bersatu mereka sebagai orang yang sama. Haile Salassie merupakan salah seorang raja yang memerintah Ethiopia dari tahun 1930 - 1974. Beliau dianggap sebagai Jah dikalangan Rastafarian (dianggap sebagai kelahiran semula pesuruh tuhan) dan menganggap beliau adalah orang yang paling layak untuk membina syurga di dunia ini (Zion) mengikut panduan kitab-kitab kepercayaan rastafari.


Dari segi penggunaan cannabis di kalangan penganut rastafari, ia merupakan satu element wajib dalam anutan life style rastafari ini. Penggunaan ganja, marijuana dan sebagainya adalah untuk tujuan "penyatuan dan pendekatan diri" kepada Tuhan mereka. Aktiviti ini digelar "The Healing Of Nation" di dalam kitab mereka dan digunakan untuk menonjolkan nilai sebenar dalam diri dan untuk "melihat" tuhan mereka. Menurut mereka, pengharaman penggunaan substance-substance ini merupakan bukti bahawa penentangan dunia terhadap gerakan mereka berleluasa dan menganggap bahawa dunia mahu control minda kita supaya tidak melihat kebenaran yang sebenar. Bahan-bahan ini dikatakan bukan bertujuan untuk enjoyment semata tetapi lebih kepada spiritual. Dan mereka menguatkan lagi hujah mereka dengan berpandukan ayat-ayat yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka.

Tadi aku ada state kan bahawa Rastafarian menganggap Raja Haile sebagai orang yang paling layak membentuk "Zion" kan? Well, apa itu Zion di kaca mata mereka? Ok, dalam fahaman mereka, Zion merupakan "syurga" mereka. Jadi untuk sempurnakan misi ini, mereka menolak society Barat yang menekankan perbezaan mobiliti kehidupan sejagat. Sure la kan, sebab fahaman mereka menitik beratkan hak sama rata antara semua manusia. Mereka tidak suka adanya tindas menindas berlaku kerana manusia semuanya sama. Rastafarian mengelarkan tempat society barat ini sebagai "Babylon", sebuah tempat society dan system yang corrupted. Rastafarian juga menganggap mereka merupakan golongan sebenar "The Children Of Israel" dengan mencari connection between Ethiopia dan Israel. Mereka memperkenalkan "Lion Of Judah" yang terdapat di jata negara mereka. (Refer lagu Bob Marley "Zion Train").

Dreadlocks. Fesyen rambut yang korang tengok mereka pakai adalah punyai maksud dan sebab-sebab yang tertentu. Ia bukan sekadar fesyen sahaja. Rastafarian merujuk dalam kitab-kitab mereka bahawa rambut merupakan satu aset paling penting untuk manusia. Ia adalah mahkota. Jadi, menurut kitab mereka, rambut perlu dibiarkan panjang secara semulajadi dan hanya perlu dibersihkan dengan air. Kesabaran dalam menanti rambut itu panjang dan lock, adalah satu journey spiritual yang install diri mereka dengan nilai-nilai suci rastafari. Dan rambut itu juga digayakan seperti rambut singa "The Lion of Judah" tadi. Bagi mereka, sikat, gunting dan pisau merupakan alat-alat yang dicipta oleh orang-orang babylon untuk menyesatkan mereka daripada bersatu. Jadi dengan mengenakan dreadlock, mereka semua bersatu dalam perjuangan yang sama. Perjuangan dalam menolak penindasan terhadap manusia.

Warna rasmi Rastafarian ini adalah merah, hijau dan emas. Warna-warna tersebut adalah warna kepada bendera Ethiopia untuk menunjukan kesetiaan mereka terhadap Raja Haile Salassie. Warna merah melambangkan "darah perjuang", hijau "tumbuhan di tanah air mereka" dan emas pula, "kekayaan negara mereka".


Ok la.. aku rasa maybe cukup kot apa aku tulis just untuk sekali imbas dan serba sikit info mengenai movement ini. So, aku bagi sepenuhnya akal fikiran korang sendiri untuk menilai gerakan ini yang terdapat dalam unsur culture reggae ini. Bagi aku, ia tidak kira apa jua pendirian korang, ia adalah hak individu. Adalah sebab musabab sendiri dalam perjuangkan apa yang korang rasa betul dan tidak. Anyway, banyak lagi yang aku tak kupas kat sini sebab aku tau, ia sangat subjektif dan perkongsian pendapat jugalah yang terbaik untuk membuka mata kita masing-masing. So, mari-mari berkongsi ilmu dan pandangan dalam ruangan komen kat bawah ni. Aku amat menghargainya.

quicky: Thanks to Malaysian Reggae Community kerana meletakan The Kufazuke Show sebagai blog list mereka di sana. So, aku cadangkan dan sarankan sangat-sangat korang pergi ke laman web mereka DI SINI dan support perjuangan mereka dan let's make their big concert event a lagendary one!




p/s: We fight for our causes!



No comments:

Let's Interact!

me>