Manusia ni terdiri daripada pelbagai jenis ragam and pe'el nya. Kebanyakkan nya mempunyai addiction yang berbeza dan unik. Macam aku dulu, aku ni jenis yang suka sangat gigit kuku. Aku pasti aku tak keseorangan kan? hehe.. Dan lama kelamaan, aku dapati tabiat aku buruk aku ni slow down sampai ketika ni, aku rasa aku tak lagi gigit kuku. Dulu, aku gigit sampai dah nampak isi dah kat jari aku ni. Aku tak tau kenapa tapi rasa best pulak gigit kuku. Tapi sekarang tidak lagi... aku jenis ambil berat pulak tentang keterampilan diri di mana aku tak suka jari-jari aku macam membengkak dan buruk. (Nak-nak dah ada bini sekarang ni... kang kena bebel pulak kan?)
So, aku sedang tengok video-video yang menarik di YouTube dan terjumpa video di bawah ni. Pergh... aku rasa ia sangat-sangat pelik sekali ok mempunyai addiction macam ni. Korang tengok je la video ni tapi apa-apa hal pun aku ingatkan : "Watch at Your Own Risk". Pihak The Kufazuke Show tidak bertanggungjawab di atas apa anda alami atau rasa semasa menonton video ni.
Selepas menonton video ni, aku rasa, yup, manusia ni pelik... punyai ragam yang unik... dan kadangkala sangat-sangat degil walaupun dah diberi amaran yang addiction mereka tu sangat membahayakan kesihatan. Syukur sangat dapat atasi tabiat gigit kuku aku ni...
Korang pulak macam mana? Ada tabiat atau addiction yang tersendiri tak? Sila-silalah berkongsi ye... kalau ada atau dah atasi tabiat buruk ni, jom share supaya dapat jadi pedoman kat orang yang ada tabiat yang sama..
p/s: Jangan tengok video ni time tengah makan.
No comments:
Post a Comment