23 May 2012

Libur: Cameron Highland

Selepas honeymoon di Gemia Island, aku dan isteri aku ingin mengadakan satu lagi trip untuk honeymoon. Kali ni terasa pulak nak bersantai di tempat yang sejuk dan tenang. Urmm.. actually kalau nak diikutkan memang semua tempat yang aku nak pergi bersama isteri aku tu tenang dan sunyi. Privasi beb.. privasi.. hehe..

So, kali ni kitorg decide nak pergi Cameron Highland pulak. Ye la kan, dah lama sebenarnya tak jejak sana and kalau boleh trip kali ni just a short trip untuk hirup udara segar nan nyaman. So, adik ipar aku booking hotel di Century Pines Resort untuk bercuti dengan famili dia selama 3 hari 2 malam, tapi atas sebab tertentu dia tak dapat nak pergi full, just pergi 2 hari 1 malam saja. Jadinya, kami la yang isi slot yang kosong tu.


Perjalanan kami bermula dari Tol Jalan Duta. Kami pack barang just untuk 2 hari 1 malam je, dan bercadang untuk balik keesokan harinya selepas jalan-jalan di sana. It's was a beautiful afternoon sewaktu kami bertolak ke sana. Aku mengikut highway Utara - Selatan dan exit di Tapah. Jalan tu approximately 1 jam perjalanan. Tol yang korang kena bayar kat exit tol Tapah ialah RM19.80. So, pergi balik, korang kena sediakan duit tol RM39.60. Pastikan minyak korang diisi dengan banyak ye, sebab jalan seterusnya untuk naik ke bukit tu amat mencabar. Penuh dengan liku-liku dan corner-corner yang merbahaya. Dan yang bestnyer, stesen minyak yang cuma ada di Ringlet je iaitu Shell dan Petronas. Perjalanan mengikut jalan Tapah - Cameron Highland tu probably akan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Ringlet. Korang kena berhati-hati sebab jalan dia sangat merbahaya dan mencabar. Tayar kereta korang kena check, sebab banyak selekoh yang licin dan kena sentiasa berjaga sebab jalan dia sempit dan dua hala... So, andai selisih dengan bas atau lori, memang tricky.


Spot hang out pertama yang korang akan nampak masa on the way ke atas tu adalah Lata Iskandar. Ia merupakan antara tempat air terjun dan sungai yang terkenal terdapat di Perak. At first aku dan isteri aku nak singgah tapi kami rasa nak singgah bila balik keesokkan harinya. Better naik terus ke atas and rileks. Takut nanti dah penat mandi-manda, tak larat pulak nak drive ke atas. So, akhirnya kami sampai di Ringlet. Ia merupakan pekan pertama bila dah jejak di Cameron Highland ni. Seperti yang aku cakap tadi, di sini ada Petronas dan Shell. So, ambillah peluang ni untuk isi minyak kereta anda yang kesuntukkan tu ye sebab kat atas nanti dah takde stesen minyak dah. Di Ringlet ni tak la sejuk mana, berbanding pekan-pekan seterusnya tapi kualiti udara dia amat baik berbanding KL.


So, destinasi yang kami tuju adalah Tanah Rata. It's about 20 minit from Ringlet. Terus je naik ke atas lagi. And on the way ke sana, korang akan nampak satu spot yang best kalau nak pekena teh segar. That place is called Bharat Tea House yang terletak betul-betul di lereng bukit. Parking adalah limited, so, agak sesak jugak la kat sana kalau ramai orang. But either way, the tea is what makes it worth hang out with.

Aku dan isteri aku tiba di resort yang dah dibooking iaitu Century Pines Resort pada pukul 4 petang. Time tu, suhu sangat ok. Menyamankan. Terasa macam nak duk situ je selamanya. Terbit dalam benak fikiran aku, kenapa la KL tak bersuhu macam ni kan? hehe.. fresh je.. rasa segar je dada ni.


Resort ni bagi aku adalah tempat yang agak sesuai andai nak chill kerana reka bentuk nya yang seakan antik tetapi diterapkan nilai artistik pada kemasa hiasan mereka. Even bilik dia pun agak luas serta tersusun. Di lengkapi dengan hiasan art galore juga, ia ibarat kita mengunjungi muzium sambil bercuti di dalamnya. Even the night scenery dia best. Macam ancient building.











Of course la waktu malam terasa lapar kan? So, kami ingin ke pekan untuk mencari makanan. The best thing, untuk ke pekan Tanah Rata, korang tak payah nak bawak kereta sangat. Just jalan kaki pun dah cukup. Tak jauh mana pun dan boleh jugak hirup udara malam yang segar. Pasal makan, jangan risau, kat sini memang banyak kedai makan. Just determine korang nak makan apa je. Even satay pun ada, hehehe..





So, untuk malam tu, kami decide untuk makan nasi ayam di Restoran Kumar. It's good tau, nak-nak kami pun tak tau nak order apa sebenarnya. Makanan dia sedap. Ayam dia best, sup pun boleh tahan. Yang best nya timun dan salad dia sangat sedap. Mungkin sebab fresh kot. Kedai runcit kat sana pun banyak, so, korang boleh beli souvenir atau toileterries atau kelengkapan yang lain di sana. So, selepas malam pun berlalu, kami pulang ke bilik untuk berehat. Tips: Jangan pergi sini waktu weekend atau public holiday. Ini adalah kerana pastinya ada foreigner- foreigner yang bercuti jugak. Dapat pulak foreigner yang mabuk duk kat bilik sebelah, memang making parah la malam korang. Diorang bising dan hentak-hentak barang macam hotel ni bapak mereka yang punya. Sakit hati aku dan isteri aku. Ikutkan hati nak je aku tumbuk muka seekor-seekor, tapi sebab mood nak bercuti kan? aku bagi pihak management hotel je yang uruskan.

Keesokan harinya, kami berjalan-jalan di Cameron Highland ni. Kami naik lagi ke atas. Mula-mula ke arah Brinchang. Tapi sebelum kami breakfast dulu di dewan makan hotel ni. Pelbagai variety makanan yang terdapat untuk breakfast. Tapi yang pasti, habit aku, kalau nak makan kat hotel, memang aku akan makan western breakfast je.. hehe.. nak rasa diri omputih kot. hehe..



Aktiviti perjalanan pertama kali untuk hari kedua adalah Strawberry Park Resort. Yup, it's a resort with beautiful scenery and facility. Actually saja-saja je nak lepak kat sana tengok apa yang best sangat kat situ kan. And untuk bergambar bersama isteri di sana. Kat sini sangat cosy and tenang. Seronok just untuk jalan-jalan and bergambar.  Owh ye, sini pun ada spa center, tapi aku tak tau samaada still operate lagi or not.









Seterusnya kami ke Cactus Point di mana kami singgah di Agro Park (Big Red Strawberry Farm). Best gila kat sana. Kalau korang penggemar kaktus dan bunga, korang boleh dapati banyak gila yang dijual disini dengan pelbagai bentuk, corak dan warna. Selain daripada tu, strawberry dia pun korang boleh tengok dan petik sendiri. Harga dia rm25 per kg, so pilihlah yang mana-mana yang anda suka. And the best thing, masuk adalah percuma ye, cuma perhaps korang kena carik parking sikit lah. Lagi-lagi kalau time cuti, penuh dengan kereta. Kat sana juga kami sempat isi perut dengan makanan kat restoran kecil mereka. Aku dan isteri aku menjamah Sundae Strawberry, Aiskrim Goreng, dan Mashpotato. Perghh... layan beb.. lagi-lagi suhu pun sederhana sejuk time tengahari tu.








Terasa macam tidur sehari tak cukup pulak kat sini. Bilik hotel yang kami tinggal semalam dah ditake over oleh family adik ipar aku. So, aku dan isteri pun mencari-cari lah hotel-hotel kat Tanah Rata dan Brinchang. Seriously, kalau korang nak tinggal kat hotel di sini pada waktu weekend atau public holiday, better korang booking awal-awal. Sebab dari pagi sampai petang, semua hotel-hotel yang aku riki-riki (ada la dalam 30 buah hotel termasuk bilik dan apartment sewa), semuanya full house! Aih.. takkan nak tidur dalam kereta kan? Serious tak syok. So, kami pun try dan berjaya memujuk adik ipar aku untuk tumpang lagi satu malam di bilik tersebut. Haha..

So, sebagai nak balas jasa dia, aku dan isteri pun bercadang nak beli something untuk makan malam bersama. Pada waktu tu, Brinchang ada pasar malam. Seriously, korang kena jejak pasar malam di sini. Best gila. Besarnya dah macam bazaar Ramadhan dah. Dan banyak makanan rare yang boleh dijumpai disini.









Di pasar malam ni, pelbagai jenis makanan ada, dan barang-barang souvenir yang lain. Ada buah strawberry siap coklat nya lagi, ada udang goreng, madu lebah asli, keledek madu, cheese hotdog dan sebagainya. Mata aku terpandang ayam golek. Yup, sungguh sedap ayam tersebut, so kami pun belilah untuk makan beramai-ramai di hotel nanti. Bukan takat apa yang aku sebut je ada di pasar malam tu, tapi pelbagai juadah-juadah lain pun disediakan di sana.

Keesokkan harinya, sebelum bertolak balik, aku dan isteri aku carik barang-barang basah yang diorder oleh bapak mertua. So, kami pun carilah asparagus, tomato dan cili benggala di pasar tani. Pergh.. best. Pasar tani di Brinchang pun besar jugak. Dan sayur-sayur sana sangat fresh. Even the fruits have more vibrant in colour and nampak sangat ranum. Tapi for sure, kalau nak beli, kena datang awal-awal. Especially sayur-sayur hot item macam asparagus. Dan seperti yang aku cakap pada permulaan entry ni, kalau nak melawat Cameron Highland, jangan la time weekend atau public holiday. Jem kat sana akan jadik sangat-sangat teruk. Nak-nak pulak naik bukit, memang menyeksakan.



So, akhirnya setelah dapat kesemua barang-barang tu, kami pun berangkat pulang ke KL. And for your information, aku hari tu masuk kerja pukul 3pm, so kena rush jugak la. Tapi... tu tak dapat menangkis aku untuk singgah di Lata Iskandar untuk mandi..haha. Ye la kan, bukan selalu turun sini, nak-nak pulak isteri aku cakap air dia sejuk semacam... ye la kan, air yang datang dari bukit beratmosfera sejuk, haha...








Setelah sejam berendam dan isteri aku sempat beli bag di stall yang terdapat di sana, kami pun berangkat pulang ke KL.. It's been fun and exciting despite a little flaws at the hotel. But overall it was great.

Rate Hotel: 4/5

Pictures:































4 comments:

susulemakmanis said...

sweetnyer korang!hehe.best kan g sane??btw,dah follow=)

KUFAZ said...

hehe thanks.. pasni banyak lagi tempat nak pergi tau... so stay tune... btw, saya pun dah follow blog awk... tqvm!

sy3dn4srull4h said...

hari2 bercuti .. masyukk ni .. watpe skang :)

KUFAZ said...

Haha.. mana ada hari2 bro... tapi skang musim berjalan plak.. aku keje la... ko kt ne skang?

Let's Interact!

me>