24 May 2012
Aku Sangat Rasa Annoyed!!
Setelah berjalan-jalan sana sini merata tempat, banyak benda yang aku rasa society kita ni ntah apa-apa ntah. Perangai macam haram. Kadang-kadang terasa macam ramai sangat orang banggang kat luar sana tu. Ada yang melucukan, dan ada yang sangat menjengkelkan. Maybe korang ada terasa jugak apa yang aku rasa dan maybe korang pun boleh sharing-sharing kat sini. Tapi serious dowh, kadang-kadang aku rasa sangat mendidih nak je tumbuk muka orang-orang yang boleh dikatakan tolol ni. So let me share dengan you guys some of it ok.
1. Orang yang suka mencucuk kereta.
Haish.. kok ye kalau aku kat lane yang laju and bawak perlahan kat situ, aku boleh terima lagi. Tapi kadang-kadang tu, aku kat lane kiri kot. Nak bawak bersahaja je. Tapi dia punya cucuk macam nak gila. Aish... kalau nak potong, potong je la... pe kejadah nya korang ni? diorang ni ingat kita ikut sistem kidal ke macam kat Amerika tu? Lane kiri untuk pandu slow! Lane kanan pulak lane LAJU... please remember that..
2. Si hodoh... Inside Out!
Bitch please.... Kalau dah tau awak tu takde rupa, and fizikal pun ala-ala tak tenteram gitu, tak ada salahnya kalau korang berpakaian sopan. Sekurang-kurangnya sejuk sket mata ni nak memandang. Ada yang badan besar tapi pakai ketat-keta gila. Tersembul sana sini. Dan ada plak yang pakai tudung tapi seksi pulak. Belah dada la, belah skirt la dan sebagainya. Aku kritik ni bukan bermakna aku bagus sangat, and aku tak ada sekatan pun korang nak pakai tudung atau tak pun. Itu hak masing-masing. Tapi aku rasa penampilan yang tak kena all just common sense la. Kat universiti pun take course untuk common sense, so korang sendiri pun boleh agak sendiri. Masalah ni bukan untuk kaum Hawa je, kadang-kadang even yang lelaki pun sama. Nak pergi jalan-jalan je pun, tapi pakai dan dress up macam nak pergi sambut Halloween. Gila..
3. Bercinta....macam siot
Ramai couple-couple kat luar sana yang rata-rata sedang hangat bercinta. Macam mana aku tau? Pergh... try jalan-jalan kat Hypermarket ke, taman ke, atau mana saja, korang pasti akan terjumpa dengan orang-orang yang macam dah takde "bilik" dah. Kadang-kadang tu aku tengok siap bercium-cium lagi. Adoii dik oii,seronok sangat ke buat aksi terlampau di public? Ingatlah ye, korang tak akan dianggap cool atau sempoi dengan perangai buruk anda itu... kena hina lagi ada la.... Kalau dah kemaruk sangat, cepat-cepat la bernikah.. pahala pun dapat... Lagi berkat kan? hahaha...
4. Takde sivik
Perangai takde sivik ni ada di mana-mana saja. Lagi-lagi time pagi masa semua orang tengah rush nak pergi kerja pagi-pagi. Adoii stress!! Kalau naik elevator kat mana-mana, kalau nak duk lepak ke, nak peluk girlfriend/boyfriend ke, atau sesaje nak berdiri je ke, tolong la buat tu kat sebelah kiri.. ni dah la badan besar, tercegat kat tengah-tengah plak tu... orang yang tengah rushing nak lalu pun tak boleh... Ada pulak yang jenis pengotor yang suka meludah kat public, aku kena dulu time nak makan roti. Ada la sorang mamat ni yang selamba hadap je buang kahak dia depan aku, aish... memang celaka... tolong la weh, adakan la kesedaran sivik tu sket... tak malu ke kat budak-budak?
Macam mana pulak dengan korang pulak? Ada tak moment atau ragam buruk society yang korang tengok tak tepat pada gayanya? Meh-meh share!
p/s: Behave la wahai penduduk sekalian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment