26 May 2012

COOLfm: Bersama-sama


Aha.. kalau korang tengok pada tajuk entry di atas, mesti korang pelik kan apa ke benda nya la ni yerk? hehe.. actually aku sengaja je letak tajuk camtu. Maybe nak tengok sambutan orang terhadap entry macam ni.. aku boleh je letak "COOLfm: di dalam kelambu" tapi aku rasa "Bersama-sama" ni lebih sopan hendaknya.

Setelah bernyawa selama lebih dari sebulan (nak masuk 2 bulan dah), COOLfm terus menerus mengembangkan sayapnya. Ini terbukti dengan jumlah bilangan listener yang join group Mr.COOL and Frenz dan juga bilang viewers channel iaitu COOLfm Radio Station yang pesat menaik dari masa ke semasa. Ini menunjukkan betapa sebenarnya dalam diri warga-warga Malaysia khususnya masih ada lagi tempat untuk bersantai dan release dari segala rantai yang memateri diri dari berhibur dan memanjakan minda. As usual, DJ COOLfm (actually beliau bukan DJ tapi pro kartunis) akan memastikan penyampaian beliau dalam COOLfm ini adalah dalam cara bersantai dan bersahaja. Lawak-lawak yang dibuat memang khususnya untuk menempias logik fizik dan akal untuk memberi perspektif baru dalam menilai sesebuah karya atau olahan komedi.

Kini page Mr COOL and Frenz dibantu oleh admin-admin yang versatile serta giat memperbodohkan protokol rasmi penyiaran dan piawai lawak serta melayan karenah follower-follower yang saban hari tidak jemu untuk melawat dan bersama-sama layan kepala masing-masing. Kini (selain aku), laman fan page Mr COOL and Frenz diserikan dengan admin-admin gila iaitu: Syakiella dan Apex. Mereka berdua dilihat berjaya dalam menyinari kesinambungan santai yang diterapkan dalam konsep sebenar COOLfm dan berjaya menarik minat lagi pendengar untuk memanjakan telinga masing-masing dengan bahan-bahan yang disediakan oleh DJ Kulatt.

Tak dinafikan terdapat juga flaws dan hole-hole kekurangan yang perlu diisi dalam projek COOLfm ini tetapi itu sekelumit cuma. Dan ada juga yang join COOLfm tetapi tidak boleh tahan dengan lawak yang dibekalkan sehingga ter-touching pulak di dalam sanubari. Bagi aku, as one of the admin, aku merasakan apa yang diperjelaskan tentang konsep yang diberikan oleh Kulatt merupakan satu idea yang rare kita akan dengar. Bukan hendak melobi, bukan juga untuk seeking attention, tetapi itulah apa yang aku dapat lihat. Seumur hidup aku, aku ingin lari dari segala protokol yang ada. Kerana bagi aku andai kita masukkan merpati di dalam sangkar, tidak kira secantik mana burung itu, namun dari segi batinnya ia tetap "mati". Begitulah jua dengan idea dan kreativiti. We need freedom dan COOLfm menyediakan platform itu. That's why andai korang dengar channel ini, korang takkan dapat lihat jadual yang tetap, character yang tepat pada setiap slot dan sebagainya. Ia betul-betul menerapkan nilai "lantaklah" dan "kenapa nak ikut macam orang lain buat?".


Buat masa ni aku paling suka segmen "Request dan Tuju-Tuju" yang membolehkan pendengar mendedikasi lagu serta ucapan kepada orang lain. Dengar macam segmen biasa ada di radio-radio lain kan? Hah, cuba try test dengar dulu ok? Andai korang dapat tengok kesibukan fan page tersebut dan kemeriahan yang ada semasa segmen itu keudara, anda akan bersama juga teringin join sekaki. Di sini, acara bahan membahan adalah normal atas dasar gurauan dan tidak kira apa jua lagu yang korang nak, akan dikeudarakan. So, andai kata korang ni seorang berjiwa underground dan merasa tidak mungkin "lagu-lagu" anda akan dimainkan, try request satu dulu. Ia bukan saja untuk request lagu, tetapi juga mendapat komen serta opinion dari pendengar-pendengar yang lain. So, kemungkinan besar, anda akan jumpa juga member-member sekaki anda di sini. Tak mustahil korang akan ketemu jodoh di sini juga! Hahaha... Tak percaya lubuk kitorang ni betul-betul happening? Cuba tanya incek Ketua Puak Semai COOLfm iaitu Incek Monir Morad, mintak testimoni beliau. Wink-wink!

Haha.. saja je aku petik nama-nama kat atas tu, atas dasar kebebasan dan ingin mengeksplorasi konsep COOLfm yang sememangnya penuh keriangan dan ke-tingtong-an yang maksimum. Apa yang korang tunggu lagi? Jom join kami di COOLfm!!

Radio: COOLfm
Fan Page: Mr COOL and Frenz


No comments:

Let's Interact!

me>