08 May 2012

Why Football?




Kadang-kadang pelik jugak kan? Kenapa dalam banyak-banyak sport, bola sepak jugak yang dianggap the world's game.. Kenapa bukan bola tampar,ping pong dan sebagainya? Ye, sport-sport macam tu pun popular jugak, tapi tak sepopular macam bola sepak.. Liputan peminat bola sepak ni sangat tinggi sehingga kalau kita pergi seceruk mana pun dunia ni, pasti mereka mengenali bola sepak..


Barangkali permainan bola sepak ni mempertengahkan seni yang sukar digambarkan oleh kata-kata dan flow game ni ibarat melodi yang beralun.. Ia memperjelaskan lagi chateristic sesebuah negara mahupun kelab.. Ia bukan game yang hanya melibatkan attacking dan defending sahaja.. Tapi tactical yang diapply mengikut saiz kekuatan, keadaan dan situasi ketika itu..

Game ni jugak menggambarkan identiti.. Cuba lihat Brazil, kita akan dapat lihat permainan samba dipertonjolkan yang mengagumkan.. Ibarat seni tari diadaptasikan ke dalam bola sepak.. Sepanyol dan negara Eropah sekitarnya tampil dengan permainan total football, di mana taktik team work ditonjolkan dari defending, sampai build up ke rancangan menjaringkan gol..

Gol.. Ye, it's a world universal languange yang yang menjadikan dunia ini satu.. Tak kira la anda berbangsa apa, bahasa apa yang anda tuturkan dan setinggi mana darjat anda, perkataan itu menunjukkan 'kejayaan'..


Oleh sebab bola sepak itu seni, maka ia subjektif kepada peminat untuk menggemari yang mana pilihan mereka.. Itu la sebabnya setiap pasukan mempunyai peminatnya sendiri.. Dan oleh sebab identiti itulah ia menjadi seakan maruah kepada mereka untuk menunjukkan betapa hebatnya apa yang mereka sokong berbanding flow dan tactical team yang lain..

Ia ibarat pertembungan budaya yang dipersembahkan di atas padang.. Bila kita sebut mengenai 'pertembungan', sudah pasti kita secara tidak langsung maksudkan 'peperangan'.. Ia mencantikkan lagi term 'world's beatiful game' di mana kita mempraktikkan peperangan tetapi dalam bentuk sihat tanpa melibatkan darah dan nyawa manusia..


Adat menang atau kalah still dipraktikkan dan as gentleman as can be, tak kira sekuat mana team itu, mereka akan terima kekalahan itu secara gentle.. Dan yang menang pasti akan gah dengan kejayaan yang ditempa.. It's a beautiful game.. Memperjelaskan dan ketengahkan unity antara masyarakat dunia.. Jadi, sokonglah team anda dan cuba jerit 'GOL!!' setiap kali team anda menjaringkan gol bersama rakan-rakan seangkatan anda.. Di situlah anda akan merasai penyatuan dan keharmonian antara sejagat..

p/s: Even PBB pun jeles dengan FIFA...






No comments:

Let's Interact!

me>