12 May 2012

Why Chelsea??


Ye, aku tau, ramai yang naik jelek kenapa la aku ni asyik-asyik post sukan bola sepak je dalam segmen "Sukan" ni kan? Lagi-lagi asyik berkenaan Chelsea je. Ala, biarlah... haha.. sekarang ni musim bola sepak akan berakhir so nanti takleh nak update-update dah.. Tinggal Euro 2012 pulak.. tapi saingan liga dah habis.. So tak best la kan. Nak-nak team kesayangan aku, Chelsea.. So, why not aku ketengahkan pasal mereka kan?

Ramai yang dok tanya aku, kenapa aku sokong Chelsea? Well, aku punyai sebab sendiri dan probably peminat yang lain pun ada sebab sendiri menyokong team masing-masing.

Ia bermula actually sejak aku darjah 5 lagi. Tapi masa tu aku just sokong macam tu je. Bukan fanatik sangat. Biasalah budak baru nak tengok bola. Sure mencari-cari team sendiri untuk disokong. Waktu tu Chelsea ada legend-legend macam Zola, Ruud Gullit, Poyet, Vialli dan sebagainya. Tapi maybe la kan performance team ni tak la sehebat sekarang dan masih dalam kategori team-team underdog dan bukannya favourite. Kadang-kadang kedudukan akhir dalam liga pun takat di tempat ke 5 atau 6 je time tu.


Dan malu untuk aku admit aku mempunyai 2nd team yang aku minat dulu iaitu Arsenal. Masa tu T.Henry sedang meletop di dalam team tu bergandingan dengan Dennis Bergkamp dan Marc Overmars. Ntah kenapa aku boleh terminat pulak kat team ni. So, waktu aku tu aku still budak lagi di sekolah menengah. Surely poket pun kekosongan. Member-member peminat Arsenal ada ajak aku pergi mapley lepak tengok game Arsenal. Nak-nak pulak aku takde duit masa tu. Terus diorang tinggalkan aku dan hanging out diorang-diorang je. Ye la kan, takkan aku nak rayu diorang belanja aku pulak kan? So, tinggallah aku kat rumah duk main game kat PC je. Sejak tu, aku tak rasa aku suka pada Arsenal. Eventhough waktu tu diorang boom dengan performance hebat tapi bagi aku dull je. Tu je aku boleh cakap.

Sampailah aku di waktu ambil diploma. Walaupun bukan avid fan kepada Chelsea tapi aku ada jersey mereka sebagai koleksi-koleksi jersey bola yang aku ada. Pergilah sorang-sorang ke kedai mamak jauh dari hostel aku untuk tengok bola game Chelsea lawan Fulham time tu. Saja je nak pergi tengah bandar sebab dah lama tak keluar. Asyik duk kat asrama je study. Tepu jugak kepala kan. Siap naik bas lagi . Aku keluar sorang-sorang pun sebab takde member yang minat tengok bola sekali. Ada pulak yang fan Manchester United tak nak join sebab "bukan team diorang" punya game. So, nak buat macam mana kan? Solo je la.
Lepas mandi, pakai jersey Chelsea and terus chow.


Game tu best woo... terasa impact dan klimak nyer. Yela kan, derby match pulak tu. Chelsea menang game tu dengan score line 2-0. So, dah habis game, tibalah aku berangkat kembali ke hostel. Betul-betul kat counter tu baru aku perasan wallet aku hilang. Aku tak pasti samada kena seluk atau tercicir. Tapi time tu memang aku takde sesen pun kat aku. Mapley tu start nak marah dah and staff dia dua orang duk tepi aku macam nak tarik aku pukul pulak sebab ibarat aku datang semata nak makan minum free. Dah la aku makan banyak pulak malam tu. Memang patutlah diorang rasa macam tu. Dalam keadaan haru biru tu, tiba-tiba je out of nowhere, ada dua orang brader ni dengan tiga orang kat belakang diorang datang dekat counter tu. Dia sound mapley tu supaya jangan sentuh aku. Serius, aku tak pernah kenal mereka semua dan tak tau dari mana mereka datang. Tapi aku takkan sesekali lupa ayat brader tu cakap kat mapley malam tu, "Kau baik sikit ye? Jangan berani nak sentuh dia.... Dia famili kami"

Brader tu setelkan bil makan minum aku malam tu dan siap bagi aku RM50 untuk aku balik hostel dan suruh aku buat report polis wallet hilang esoknya. Dan ye tuan-tuan dan puan-puan sejak tu aku mengambil Chelsea bukan setakat sebuah pasukan bola sepak. Tetapi the bond between Blues Army yang kuat dan semangat setia kawan yang tinggi antara kami. Di Chelsea, we look up for each other. Di sini juga we all are FAMILY. Sejak itu, aku mengerti, selain merah hemoglobin, darah aku berwarna BIRU.

Bagaimana pula dengan anda? Jom-jom share!


p/s: Rain or shine.... it will be just Chelsea... KTBFFH!

2 comments:

dato' haji din said...

aku bangga dgn statement lue bro..... we are family!!!! tiap kali game... darah aku akan nervous..... dan aku sokong chelsea sbb team spirit melawan.... kental.... x takot bertahan..... first game buat aku jth hati adalah bila, chelsea vs liverpool...... UCL masa 2..... aku pikir da kalah da.... sbb liverpool leading 2-0.... and then.... kita seri..... dan chelsea bukak mata aku........ yang xde bnda yg mustahil dlm dunia nie.... :-) keep the blue flaq flying high2....

KUFAZ said...

yeah.. we r famili bro...

ko lepak mana weh tgk final UCL??

Let's Interact!

me>