18 April 2012

Reggae (Part 1): Pandangan Dari Kaca Mata

Sewaktu aku di zaman remaja dulu, aku join gerakan muzik underground yang mempunyai pelbagai warna serta ideologi-ideologi aliran tertentu. Aku cuba lihat setiap aliran dari sudut yang berbeza setiap satunya. Secara jujur, aku merupakan seorang pemberontak yang seringkali tidak puas hati terhadap pandangan atau mind set society yang menindas dan membeza-bezakan antara golongan lemah dan kuat dari segi attribute, pangkat, pendidikan dan level kehidupan. Aku mengikuti aliran grunge di mana aku mendapat channel yang betul untuk melepaskan rasa marah atau lebih faymous dikategorikan sebagai "teenage angst" aku terhadap semua ini.


Dari aliran bawah tanah ni juga aku mengenali reggae yang rata-rata dipelopori oleh golongan minoriti. Ya, kita kena akui bahawa aliran ini tidak diberi perhatian oleh masyarakat kerana liputan pengikut aliran ini ibarat tidak dipandang kerana mind set mereka bahawa reggae cuma muzik yang pernah dipopularkan oleh lagenda mereka, Bob Marley. Dan seperti pandangan-pandangan sisi dan tuduhan melulu terhadap aliran ini, mereka beranggapan reggae cuma satu trend yang hanya merosakan minda jika diikut. Bagi aku mereka ternyata salah. Pada pendapat aku, masyarakat sekarang sudah buta dari memandang sesuatu yang indah dengan sifat tamak mereka sendiri. Mereka cuma ingin melihat apa yang mereka ingin nampak dan singkirkan apa yang mereka rasa tidak berbaloi pada mereka.

Secara jujur, aku bukannya pengikut aliran reggae tapi aku percaya walau apa sekalipun aliran bawah tanah yang kita ikut, semuanya berkisarkan mengenai satu perkara iaitu memperjuangkan hak dan ingin suara kita didengari. Cuma yang membezakan adalah cara penyampaian dan ideologi-ideologi yang khusus terhadap apa yang diperjuangkan. That's why aku rasa ke semua aliran bawah tanah ni harus UNITE dan stand firm with our point. Walaupun bukan pengikut avid reggae, tapi aku tak tolak daripada mendengar material-material aliran ini. Aku still ingat betapa seronoknya bila sama-sama layan performance-performance local reggae band seperti Republic of Brickfield dan Pure Vibracion bersama rakan-rakan di gig dan share our different passion. Sebab bagi aku, it's not just music... It's culture. And also, aku rasa yang difference should be shared... not seperated.


Pada pendapat aku lagi, society memandang budaya reggae ni as as something yang kotor dan selekeh. Ya, aku tak nafikan sebab as a imej, reggae mempersembahkan imej selekeh dengan penggayaan rambut dreadlock, baju dan seluar yang lusuh serta pengunaan ganja meluas di kalangan pengikutnya. Tapi aku juga beranggapan yang itu adalah watak tersurat yang ditonjolkan. Ia menjadi sesuatu tidak kena kerana ia tidak sama dengan imej 'white collar' society yang beranggapan imej mereka lebih presentable pada mata masyarakat. Tapi mereka buta tidak nampak apa yang tersirat yang terdapat dalam aliran ini. Ia bukan sesuatu yang sekadar fesyen dan trend. Ia adalah culture. Satu perjuangan. Satu persamaan. dan aku juga percaya bahawa masyarakat kita kini lebih bijak dalam membezakan antara baik dan buruk.

Tak semestinya kalau kita ikut reggae, kita seorang yang suka hisap ganja. Tak semestinya juga seorang yang selekeh dan tidak presentable pada mata masyarakat. And the best thing, aku temui lebih banyak cinta terhadap society dalam aliran reggae ini. Itu sebab aku cakap, aku bukan pengikut avid reggae yang berjiwa dan berimej rastafarian (apa itu rasatafarian? Aku akan kupas dalam episod akan datang) tetapi aku tidak tolak apa yang mereka perjuangkan.

gambar hiasan
Oleh sebab eager nak tahu influence reggae terhadap masyarakat, aku cuba temu bual beberapa orang di jalanan secara random. Ada yang beri pendapat positif dan ada juga yang negatif. Yang tak tahu apa-apa pun ada. Dalam 25 orang yang aku tanya, aku tertarik pada jawapan dari seorang remaja india ni yang masa aku interview dia tu, dia tengah pakai wrist band colour merah, kuning, hijau dan memakai baju T-Shirt berlogokan gambar ganja dengan caption-nya "Let's Legalize This". Beliau mengatakan dia ikut reggae ni bukan kerana beliau beranggapan Bob Marley dan kaumnya sama kulit gelap. Bukan juga kerana fesyen dan music semata-mata. Tetapi as a perjuangan kaum beliau (yang sama follow reggae) yang merasa tertindas dengan society terhadap kaum india. So, melalui reggae beliau percaya suara beliau disokong dan didengari dan berada di channel yang betul. Beliau menambah, lebih baik meluahkan rasa melalui lagu dan jiwa aliran ini daripada berbunuhan sesama manusia.

Jadi, ia ternyata bahawa reggae adalah salah satu medium dalam meluahkan suara dan perjuangan terhadap sistem tidak adil, penindasan yang tidak patut dan juga penyemai rasa cinta terhadap satu sama lain. Ia bukan fesyen dan trend. Ia adalah culture. Jadi, sebelum anda memandang serong terhadap orang yang anda nampak selekeh dengan berimejkan reggae, cuba fikir macam ni... "Sekurang-kurangnya mereka mempunyai sesuatu untuk diperjuangkan dan stand firm atas perjuangan mereka... Anda?"

As you guys know, terdapat satu project concert reggae yang terbesar akan dijalankan dan perlukan sokongan anda semua. Coming in From The Cold, ingin mengadakan concert reggae yang dikatakan terbesar dan ingin membawa band-band reggae yang popular datang untuk perform di concert itu yang dinamakan "Langkawi Reggae Sunsplash 2012"... So, visit fan page FB mereka di SINI dan support mereka....

Jika anda mempunyai pendapat mengenai entry ini, sila tinggal di ruang komen... let's share our opinion..


p/s: Fight with flowers as hard as a rock. Next episode (part 2) : rastafarian movement inshallah will be publish next week.

2 comments:

susulemakmanis said...

xslah kalau kite nk layan kan..

KUFAZ said...

tak... sebab kita semua punyai akal untuk membezakan antara yang baik dan buruk kan? yang baik jadikan teladan... yang buruk jadikkan sempadan... :)

Let's Interact!

me>