20 April 2012

Band: Taylor Hawkins and The Coattail Riders


Seperti band-band lain yang korang dapat baca dalam The Kufazuke Show, korang akan nampak yang aku memang sukakan sesuatu kelainan atau keunikan tersendiri dalam sesebuah band itu. Tidak kiralah dari segi penampilan ke, genre ke ataupun revolusi yang disampaikan. Band Taylor Hawkins and The Coattail Riders (THTCR) juga tidak terlepas dari pandangan aku.

Pada aku band ni unik kerana cuba main lain dari apa yang lazim kita kenali daripada mereka semua ni. Band ini ditubuhkan oleh drummer Foo Fighters iaitu Taylor Hawkins. Beliau yang dikenali dengan style pukulan drum yang catchy dan solid hit ni cuba menempa dan brand kan seni beliau sendiri yang lari sedikit daripada kelaziman Foo Fighters. Walaupun masih melekat dengan genre rock alternatif, tetapi band ini punyai kelainan dari segi riff-riff dan sound effect yang agak oldschool. Band ini juga consist of Chris Chaney (Bass) & Gannin Arnold (Guitar). Idea penubuhan band ini terjadi bila Taylor cuba rekod beberapa lagu di studio kawannya dan setelah brainstorm, akhirnya beliau merasakan adalah baik untuk menubuhkan sebuah band di mana Taylor sebagai vokal dan lihat sejauh mana ia boleh pergi.


Hasil daripada tu, pada tahun 2006, band ini release debut album mereka berjudul "Taylor Hawkins and The Coattail Riders". As a trivia, album ini dirakam pada tahun 2004, sebelum Foo Fighters mula merakam album "In Your Honor". Dan the latest album mereka di release kan pada tahun 2010 berjudul "Red Light Fever". Second album band ni best sebab tampil dengan pelbagai star lain seperti Brian May, Elliot Easton... even Dave Grohl jugak join untuk menjayakan album ni.. Begitu lah betapa supportnyer mereka sesama sendiri terhadap project yang dijalankan oleh member masing-masing. Even the second album ni, dirakamkan di studio Foo Fighters di Carlifornia.

p/s: Actually aku kagum yang Taylor Hawkins ni sebab dia bukan saja boleh main drum, tapi dia jugak boleh menyanyi... And beliau boleh jugak main drum sambil menyanyi... That's really cool..



2 comments:

KHALID said...

band ni awesome but i like skrillex the most!

KUFAZ said...

hehe.. thats way across between genre... di sini mostly akan berkisar pasal band2 yg unik dari segi arrangement lagu, melodic dan sebagainya... pure instrument skill like guitar, bass n drums... or even the soul towards the soul.. and give the whole new meaning towards music and culture... bukan dance semata... skrillex dubstep artist.. lain.. ia tergolong music2 DJ... lagu yg utk didengar di kala tingtong...

Let's Interact!

me>