Ha.. korang pernah dengar tentang backmasking? hm... actually benda ni dah lama dah tapi aku rasa tak salah kalau kita refresh balik mengenai hal ni dan bagi yang tak tau boleh lah pelajari serba sedikit tentang backmasking ini ye. Backmasking ni dalam erti yang senang difahami adalah, "reverse" atau penterbalikan audio. Dalam hal ni, paling famous dilakukan terhadap muzik. Apakah kesan ia kepada otak kita?
Well, seperti yang kita ketahui, otak kita sangat-sangat unik dan misteri. Setiap individu dianugerahkan dengan kelebihan ini. Otak kita boleh store memori dan apa-apa input tanpa sempadan. Walaupun kadangkala kita susah untuk mengingati sesuatu perkara itu, tapi kita mampu isi jugak seandainya kena pada gaya dan caranya.
For example, andai kita tidur sambil dengar muzik, pernah tak rasa yang muzik tu terbawak-bawak dalam mimpi dan kadangkala mempengaruhi sesuatu mimpi tu? Sekiranya lagu yang dengar jenis yang tenang, maka mimpi pun terasa indah je, dan andai muzik tu jenis yang keras, mungkin kita boleh dapat nightmare...
Satu lagi contoh adalah bayi. Menurut kajian, andai kita pasang lagu untuk bayi, beliau dikatakan boleh cepat bercakap atau senang untuk belajar bercakap. Dan andai anda memasang lagu Sepanyol sebagai contoh, bila bayi itu dah besar, beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk belajar bahasa Sepanyol berbanding bayi-bayi yang tidak didedahkan begitu.Ini adalah kerana, sejak dari kecil lagi otaknya sudah di-install dengan "driver" untuk bahasa Sepanyol. So, bila beliau nak pelajari bahasa tersebut, beliau hanya perlu "update driver" itu.
So, what's with all the fuss?
Tahukah anda otak kita juga boleh di-install dengan benda-benda lain tanpa kita sedari? Otak kita mampu merekod apa yang kita dengar dan capture lagu tersebut dalam keadaan reverse? Kita mungkin tak sedar kerana mendengar lagu tersebut secara normal. Tapi otak kita capture both ways. So, seandainya terdapat apa-apa di dalam konteks lirik itu yang dapat dicapture dalam keadaan reverse, ia secara tidak langsung dapat mempengaruhi kita tanpa kita sedari!
Dan anda menanyakan "So"? Okay cuba lihat video-video ini dan nilai sendiri. Berikut merupakan beberapa buah lagu yang sudah di-reverse kan dan percaya atau tidak, kalau anda pernah dengar lagu-lagu ni, otak anda sudah pun capture inti-inti terbalik ni.
So, bila anda rasa macam seseorang tu berubah atau apa-apa, barangkali teknik backmasking ni yang telah mempengaruhi beliau. Kita memang tak sedar sebab ia dilakukan secara unik dan terperinci oleh otak kita di bawah kawalan kita sendiri. Kita hanya mampu untuk sentiasa beringat dan kawal perasaan seandainya kita tidak tahu mengapa kita terdorong beremosi begitu. Kadang-kadang teknik ni dilakukan untuk mempengaruhi kita untuk menyanjung band atau seseorang artis itu. Buat kita melekat pada mereka. Jadi sentiasalah beringat ye wahai kawan-kawan. :-)
p/s: Bukan dalam bentuk macam ni je boleh bawak maksud tersirat. Dalam lukisan atau kartun pun boleh. Nantilah, kalau ada masa aku post pasal hal tu pulak ye.. hehe
No comments:
Post a Comment