30 June 2012

EURO 2012: Final - Spain Vs Italy


Well, well, well.. so it comes to this. Memang aku dah jangka dah yang Euro kali ni menjanjikan sesuatu yang dramatik dan penuh dengan kejutan. Apa yang diramalkan, semuanya menyimpang jauh. Kaki betting sure ramai yang tidak menjangka result-result yang terjadi. Ha.. bersedialah untuk menggadai segalanya ye... siapa suruh betting?

France, team favorite aku sudah pun balik ke Paris setelah "tersedak" dikerjakan oleh Spain yang terkenal dengan corak permainan Tiki-Taka nya. Dan England, yang aku jolokan dengan panggilan skuad "overated glamour squad" pun dah balik ke London, barangkali dah boleh mula berlatih untuk jelajah perlawanan persahabatan bersama kelab masing-masing setelah tak dapat mengekang kehenseman Italy dalam perlawanan itu mahu jua dari segi paras rupa. Baguslah, kalau zaman dahulu France dan England asyik berperang dan berbunuhan sesama sendiri, sekurang-kurangnya kini mereka ada sesuatu untuk disembangkan bila lepak bersama-sama nanti.

La Roja Vs Azzurri. Who will triumph?


[Spain @ La Roja] yang mara ke final dengan mengalahkan skuad Portugal dalam pusingan separuh akhir dianggap favorite untuk memenangi EURO edisi kali ini dengan berbekalkan gelaran juara bertahan (menang EURO2008). Tapi taktikal Del Bosque (Coach Spain) yang dikecam hebat oleh pengkritik kerana tidak menurunkan sebarang striker mempersembahkan satu skuad yang agak tumpul di bahagian serangan. Ini jelas terbukti semasa perlawanan menentang Portugal tempoh hari. Menang pun menang penalty shoot-out. So, adakah ini sekadar satu "theatrical" sahaja atau pun tidak? Adakah beliau (Del Bosque) ingin menunjukkan sesuatu kelainan dan saje je "save the best for the last" untuk final nanti?



[Italy @ Azzurri] berjaya membuktikan bahawa mereka masih lagi sebuah kuasa besar di persada bola sepak meskipun mempunyai skuad "old guards". Mereka berjaya menutup mulut pengkritik dan membuat Maya Karin menangis pulang ke Malaysia mencampak angan-angan indah German jauh ke Berlin dalam pusingan separuh akhir. Mereka bukan sahaja mampu defend dengan baik, malah mampu juga memberi persembahan serangan yang cantik dan segar. Tak ramai yang dapat menjangkakan mereka akan melangkah sehingga ke final jika dilihat persembahan hambar mereka pada temasya World Cup 2010 dulu. Kini mereka tampil dengan motivasi dan semangat yang baru.

The finals akan menjadi sebuah perlawanan epik dan akan menjanjikan drama yang lama diidamkan oleh peminat bola sepak seantero dunia. It's the clash of the titans. It's the game where pride is at stake. Siapa yang akan merangkul Piala Eropah 2012? Mari kita sama-sama penuhkan mapley-mapley atau tengok secara live HD di kaca tv di rumah. For this finals, will be worth while to watch!!

EURO 2012 Finals: Spain Versus Italy - 2nd July 2012 (2.30am)

p/s: Still with Blues... but this time... "Forza Azzurri!" 



No comments:

Let's Interact!

me>