05 June 2012

Penguat-kuasaan Akta Keterangan (Pindaan) 2012


Ok, sorry sebab lambat pulak post pasal benda ni. Biasalah, masa benda ni dikuat-kuasakan, aku tengah cuti masa tu so, tak berapa nak alert pulak la kan? But it seem to be vital to let you guys know about this.

Sekarang ni terdapat pindaan terhadap Akta Keterangan yang menyarankan supaya kita semua lebih bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang dihantar oleh pengguna kepada Internet melalui peranti-peranti mereka. Ia dikuat-kuasakan bermula 1 Jun 2012. So, the question now is whether is it a right move? Atau lebih menuju ke arah kontra? Maka jawapan di sini terletak pada tangan anda sebenarnya.


As a brief, yang penting korang tau, kini, jika:


1. Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.

2. Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

3. Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

4. Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

5. Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.


Well, itu merupakan summary terhadap pindaan yang dibuat. As we can see, now, semuanya di atas tangan kita sendiri dan kita harus bertanggungjawab terhadap kandungan yang bertepek di tangan kita. Apakah pindaan ini sesuatu yang pro atau kontra? Well, bagi aku, pindaan ni ada baik dan buruknya.

Yang baiknya, ia dapat menyekat fitnah-fitnah dan tomahan yang melanda di alam maya ini. Dan ia boleh membuang dan membasmi isu-isu yang boleh menimbulkan sensitiviti masyarakat dalam negara lebih-lebih lagi dalam isu keagamaan. And as far as we know this, our country politics juga boleh dikatakan sangat-sangat fragile kerana a split mistake might trigger a domestic war yang rata-rata jelas antara government dan opposition mempunyai kekuatan masing-masing. The same goes to religion issues. So, this may be a step yang baik untuk diambil untuk mencegah daripada mengubati.

Tapi yang buruknya yang aku nampak, ia ibarat a one way traffic yang menyekat the freedom of speech antara pengguna. As a neutral citizen, aku tidak mahu jelaskan aku side kepada mana tetapi aku percaya dalam freedom of speech untuk sama-sama explore hole-hole atau info-info yang betul untuk kita lihat dan perbetulkan jika ada. Aku tak nak akta ini di pinda atas sebab politic matters sahaja. Ia boleh menjelaskan ketidak adilan dalam penggunaan media seperti internet ini dalam penyebaran berita, info atau kebenaran yang betul. Tidaklah kita menjadi sekadar robot yang tidak dapat berfikir dan cuma menelan apa yang disuap sahaja.

Then, it comes to this, aku terpaksa membuat satu desclaimer yang ringkas atas nama sayangkan channel ini.  Jika terdapat komen-komen yang aku rasa tidak patut atau case of sensitivity, aku TERPAKSA delete. So, jika ingin komen atau apa sahaja, pastikan anda berbuat demikian di bawah pengaruh sivik dan matang serta apply juga professionalism dalam penulisan.

Well maybe itu yang aku rasa terhadap pindaan ni, how about you guys? Setuju atau tidak terhadap pindaan ini? Sila share what you thing about this. Thank you.

p/s: Adakah trolling era will come to an end?



No comments:

Let's Interact!

me>