Euro 2012 sudah pun bermula dengan pelbagai kejutan-kejutan yang dapat kita saksikan. Ibarat halilintar yang menyambar, keputusan-keputusan semasa yang kita dapat lihat, tak dapat disangkal lagi bahawa kejohanan kali ini barangkali akan menjadi kejohanan yang epik dan unik.
Kuasa-kuasa besar Eropah ibarat tersungkur diperjalanan masing-masing berintangankan squad-squad underdog. Adakah ego atau keangkuhan mereka terhadap pasukan kecil yang menyebabkan mereka memandang rendah terhadap kemampuan mereka-mereka yang dipandang kecil ini?
Mari kita lihat group by group.
Group A
Pasukan yang dilihat boleh melangkah jauh sudah pasti Russia dan Czech Republic di mana mereka dicabar oleh Greece dan Poland. Mereka kuat disebabkan mempunyai pemain-pemain yang bertaraf bintang dan mewakili kelab-kelab ternama di dunia. Tetapi, Greece sudah pasti tidak akan berdiam diri selaku bekas juara suatu ketika dahulu apatah lagi Poland yang menjadi hos termasya kali ini. Sudah pasti mereka akan berikan tentangan yang hebat!
Group B
Pelbagai drama pasti dijamin dalam kumpulan maut ini. Kumpulan yang terdiri daripada kuasa-kuasa besar Eropah menyebabkan segala ramalan pasti akan tersimpang jauh. Satu-satunya pasukan underdog iaitu Denmark dikatakan tidak akan pergi jauh. Tetapi setelah mereka menjinakkan pasukan Belanda yang rata-rata dicalonkan sebagai calon paling tepat untuk menjulang trofi ini, peluang kesemua pasukan terbuka seluas pintu gerbang istana. Dengan German dan Portugal juga bersaing mati-matian, jangan terkejut jika apa yang anda ramalkan, disampah-sarapkan oleh kejutan-kejutan mereka bakal cipta.
Group C
Kumpulan ini juga tidak kurang hebatnya dalam menyajikan kejutan dan drama yang pasti membuatkan para peminat mengigit jari. Spain dan Italy dikatakan pasukan yang akan excel tanpa masalah. Walaubagaimana pun, dalam kejohanan yang besar ini, sudah pasti ia tidak akan menjadi semudah itu. Croatia yang terkenal dengan permainan tacticalnya serta Ireland yang berorientasikan permainan tough run akan memberikan sesuatu yang harus difikirkan oleh pasukan Spain dan Italy ini. Ia mungkin nampak mudah... tetapi ia tidak semudah yang disangkakan.
Group D
Jika sewaktu ketika dahulu, France dan England berperang, kini mereka terjemahkan didalam group D ini. Masing-masing yang mempunyai episod hitam dalam kejohanan World Cup 2 tahun lepas, sudah pasti inginkan sesuatu dalam temasya kali ini. Tetapi pasukan Ukraine dan juga Sweden tidak menganjak target mereka terhadap trofi ini juga walau dikira antara pasukan underdog yang dianggap rintangan kecil. Ukraine dengan yang masih lagi berpeluang untuk mencipta sejarah tersendiri sudah pasti ingin menyajikan persembahan mantap buat penyokong-penyokong setia tuan rumah itu.
It's a beautiful game. Anything can happen. Sejauh hingga takat ni, aku rasa result-result yang ada sangat baik dan mengagumkan. Tak sangka even team sekerdil Denmark, atau sekecil Ukraine mampu untuk bersaing dan tak mengalah pada awal-awalnya. Dan tak sangka pulak team sekuat Belanda boleh tersungkur di awal-awal stage. Bukan itu sahaja. Even pemain yang ternama pun ada yang flop jugak. Di dalam arena yang lain mereka bukan main berbisa dan bahaya lagi, tapi dalam kejohanan kali ini, mereka ibarat tumpul taring. Apa sudah jadik? Semuanya tidak disangka. Bagaimana anda? Pasukan mana yang anda sokong?
p/s: Come on Les Bleus!!
2 comments:
rajinyer wat entri pasal euro nie.. aku sendiri pun ada fikir nak buat tapi dah byk sgt blog review psl euro nie so aku kansellah.. apapun nice entri... best!
hehehe.. thanks terry.. pergh.. nama pun mcm captain chelsea... :)
Post a Comment