Aku merupakan salah seorang penggemar movies-movies. Tak kira movies dari negara mana, aku pasti akan tonton (urm... tolak Bollywood je la.. hehe). Sebagai entertainment aku bersetuju. Tapi apakah filem-filem yang ditonjolkan oleh filem-filem ni akan berkesan terhadap kita?
Well, apa kata kita cuba selami perhubungan filem-filem dengan kita. Ok, aku nak fokus pada hollywood movie kerana movie-movie scene ni terdapat dalam genre dan lebih berani berbanding scene-scene negara lain yang binded dengan rules dan culture.
Pada pendapat aku la kan, sehebat-hebat mana pun industri perfileman sesebuah negara tu, takde satu pun yang dapat lari daripada stereotype masing-masing. Kadang-kadang dari pertengahan cerita tu pun dah boleh jangka apa akan terjadik atau macam mana ia akan berakhir. Ia telah dipraktikkan sejak dahulu lagi dan diterima oleh para penggemar filem sehingga ia sudah menjadik satu culture. Satu rules atau procedure. Well, ia telah pun sampai satu tahap di mana seandainya terdapat penerbit filem yang cuba lari dari stereotype ni, maka filem mereka akan mendapat kritikan dan tidak selaris mana.
Jom kita tengok beberapa stereotype yang sering digunakan dalam filem-filem Hollywood.
1. Letupan? Rileks.. tunjuk cool dan jalan sahaja.
I Am Number 4 |
Syriana |
X-Men Origin: Wolverine |
2. Sidekick semestinya berkulit hitam.
Men In Black |
Bad Company |
3. Mission Accomplish.. Now it's time to run from the progressing destruction!
Indiana Jones |
GI Joe |
4. Arab dan Islam? Anda semestinya terrorist!
24 |
The Mummy |
True Lies |
5. Finally... the hero gets the girl..
Rapunzel |
Princess Diaries |
Well, itu serba sedikit aku bagi untuk buat persamaan antara filem-filem. Terdapat banyak lagi stereotype yang boleh dilihat dalam aspek semua genre. So, tell me, apakah kesannya pada pemikiran kita? Untuk kisah-kisah yang unrealistik boleh la kita tangkis dengan mengatakan ia tidak logik. Tapi bagaimana pula seandainya inception yang mereka cuba serapkan dalam minda kita sehingga kita boleh menanam satu perspektif yang sukar dibendung lalu akibatkan kita terpengaruh dengan agenda mereka? let's say mereka menonjolkan sesuatu kaum itu sebagai villain atau yang kurang cerdik, bagaimana pandangan kita pula dalam real life? Adakah kita akan dapat menangkis atau kita akan berkata ," Jaga-jaga.. Even dalam filem pun mereka nampak jahat"...
p/s: Sekarang ni, rata-rata orang putih mesti ingat orang Islam bawak bom dalam baju ke mana-mana... they fear for nothing...
6 comments:
benar..
kelebihan Hollywood adalah kerana mereka mempunyai budget yg besar, teknologi mantap & mereka kretiv. Suka pk out of box : )
thanks... sekarang ni minda kita dipermainkan dan diperalatkan mengikut keinginan mereka untuk buat kita fikir apa yang mereka hendak kita fikirkan... so, kita harus tahu yang mana baik dan mana buruk serta lari dari kepesongan yang mereka cuba tonjolkan... :)
Aku juga seorg penggemar filem. Aku akan menonton filem yang aku target untuk ditonton. Kebanyakkannya filem barat kerana filem terbitan Melayu memang susah nak ambil hati aku hahaha.... Try baca review The Avengers dlm blog aku.. www.terryrottenblog.com
nice bro entry tu... nice blog... aku ingin letak blog ko dalam bloglist aku... di harap anda sudi promote blog ni di blog anda sekalian jugak... :)
thanks coz sudi letak domain blog aku dlm bloglist kau. Aku boleh letak blog kau dlm list aku tetapi promosi iklan banner dlm blog aku sdg dikemaskini, lagipun promosi iklan percuma 1 bulan di blog aku baru habis bro... kita kenalan lewat sikit huhuhu... apapun aku akan inform psl nie secepat mungkin. Ok... keep on good work!!
orait.. thanks bro!! u keep it up too!
Post a Comment