27 June 2012
Trafik Manusia Yang Mencabar
Kehidupan di bandar seringkali dikaitkan dengan gejala stress yang berleluasa. Every aspek dalam kehidupan di bandar boleh mencetuskan rasa stress yang tinggi serta ketidak stabilan emosi yang boleh memudaratkan kesihatan lebih-lebih lagi dari segi mental.
Kesesakan juga merupakan salah satu pencetus gejala stress ini . Aku merupakan salah seorang daripada berjuta pengguna LRT untuk ke tempat kerja. Dengan menaiki pengangkutan awam ini, ia lebih memudahkan aku untuk terus ke ofis tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas dan kepayahan mencari parking. Di samping itu, ia juga menjimatkan kos aku daripada membazir membayar tiket parking serta penggunaan minyak juga boleh dikurangkan.
Actually aku kagum dengan pihak RapidKL yang so far, sedang mencuba sebaik mungkin memberi keselesaan pada penggunanya. Daripada tren, penaik tarafan laluan bersepadu hinggan ke sistem pembelian tiket. Ia dapat sedikit sebanyak menampung pengguna yang bertambah dari semasa ke semasa.
Cuma maybe satu je la yang aku nak komen iaitu sistem pembelian tiket yang agak kurang "friendly".
Kalau dulu, kaunter dibuka bagi pengguna dapatkan tiket mereka. Tapi kini tidak lagi. Semuanya harus dilakukan di mesin tiket tersebut. Pernah sekali tu, aku terpaksa menolong seorang warga tua ni untuk membeli tiket kerana beliau tidak pandai menggunakan mesin tersebut kerana terlalu sophisticated. Yup, apa salahnya membantu kan? Tetapi bagaimana pula jika waktu tu kesesakan pengguna sedang berlaku? Sudah pasti ia akan menimbulkan kemarahan dan keluhan pengguna lain yang rata-rata sibuk dan tidak punyai masa untuk menunggu.
Pada aku, aku lebih gemar menggunakan Touch N Go daripada beratur panjang untuk membeli tiket. Aku tidak perlu mengambil masa yang lama untuk melepasi gate departure. Ia juga barangkali satu langkah yang bijak jika ingin menghindari kepenatan membeli tiket dan menjimatkan masa. Tapi harus diingat, bukan semua pengguna merupakan pengguna regular LRT ini. Ada sesetengah tu, hanya menggunakan LRT pada hari cuti sahaja. Jadi, mungkin menggunakan Touch N Go tidak praktikal pada mereka. Pada masa sekarang ni, kalau nak tunggu tren pun dah sesak sangat-sangat. Ramai gila pengguna. Itu belum lagi dalam tren yang bersardin-sardin. Sampai kadang-kadang tu, nak bernafas pun payah.
So, aku rasa pihak RapidKL perlu upgrade lagi operation mereka supaya pengguna lebih selesa. Pengenalan tren 4 koc itu sangat sesuai dalam mengangkut ramai pengguna dalam satu masa dan aku harap masa yang diambil untuk satu tren sampai jugak akan dapat dikurangkan.
Maklumlah, negara kita ni ada first class facilities tapi pemikiran orang-orang kita kebanyakkanya masih lagi dikategori dunia ketiga. Oleh sebab tak nak terlepas tren dan menunggu tren lagi satu sampai dengan lama, mereka sanggup berhimpit-himpit sampai kadang-kadang menolak pengguna lain untuk masuk ke dalam tren. Yup, memang teruk. Even aku sekarang ini pun makin stress pulak naik ni. Balik rumah mesti penat sangat-sangat sampai kadang-kadang tak boleh nak buat apa. tahap kecerdasan pun berkurang. Kalau lah terciptanya mesin teleport, pasti seronok je hidup ini.
Jadi aku harap RapidKL akan memandang serious hal ini supaya andai pengguna selesa, tahap stress yang melanda penduduk bandar sedikit sebanyak dapat dikurangkan. Dan barangkali diharapkan dengan kurangnya stress, maka kurang jugalak kadar jenayah hendaknya.
p/s: naik tren 4 koc dikala waktu pagi memang membekukan. Air cond tahap gila!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aku dah lama xnek menatang ni. bese aku nek kuda (motor) aku je sana sini. kang teman aku jalan2 nek menatang ni ek? :straightmode: haha
boley.. kita round satu KL... hahaha... tapi kena tahan sesak la... haha!
Post a Comment