21 November 2011
Assisted Suicide
Assisted suicide? Apa ke bende nyer tu? actually bende ni dah lama tapi i guess kita berhak untuk menilai perkara ni sendiri dan ada pendapat masing-masing. Assisted suicide atau "Euthanasia" adalah satu pertolongan yang dibuat kepada seseorang (lazimnya yang akan mati) untuk mengakhiri hayat mereka di atas kerelaan sendiri.
Wow... bukan ke ni dikira bunuh diri jugak ke? sebab mereka nak mati dan buat sesuatu untuk akhiri hayat mereka sendiri... bukan ikut takdir.... walaupun bukan menggunakan diri mereka (dapat pertolongan orang lain), still bukan ke itu bunuh diri sebenarnya?
atau, memang takdir mereka untuk mati sebegitu? (seperti mmg sudah tertulis ajal bagi mereka begitu)...
Hm.. konteks ni sangat2 subjektif... Gejala assisted suicide ni sgt berleluasa di negara-negara eropah seperti Sweden, Denmark, Belanda dan sbagainya. Actually, mereka juga kebanyakkannya tergolong dari golongan pesakit kronik di mana penyakit mereka tidak dapat diubati dan hanya menunggu mati sahaja... yup, penyakit2 seperti kanser, aids dan sebagainya...
"It's my life... so it's my death" antara slogan yang sinonim dengan golongan ini, mahukan kematian mereka lebih cepat, tidak menyakitkan dan selesa... kebiasaannya mereka akan menyuruh rakan terdekat mereka atau saudara mara memberikan racun kepada mereka supaya mereka dapat tidur dan seterusnya meninggalkan dunia dalam tidur mereka.. Ia lebih formal daripada bunuh diri sendiri kerana di sini, pembunuhan diri ini lebih kepada kerelaan daripada keluarga, sahabat handai mereka sekali. Malah ada di antaranya datang dan menyaksikan "upacara" ini..
Walaubagaimana pun, aktiviti tersebut tidak lah mendapat sokongan daripada negara-negara mereka kerana melanggar tatasusila dan yang paling penting melawan ketentuan yang telah dirancang oleh Tuhan kepada mereka. Malah terdapat akta dan hukuman andai upacara ini dijalankan. Yang dah mati tu mati la kan, tapi yg menolong tu, mungkin akan dikenakan hukuman dan tuduhan membunuh lagi.
Dalam Islam sendiri pembunuhan diri dalam apa2 aspek dan cara juga adalah haram dan berdosa besar andai dilakukan. Setiap manusia mempunyai cara dan tarikh ajal mereka sendiri. Jadi, eventhough seseorang itu tiada harapan lagi untuk hidup, tidak bererti mereka tidak boleh menjalani kehidupan yang baik dlm sisa-sisa kehidupan yang tinggal. Malah mereka patut bersyukur sbb dah tau mereka nak mati, jadi mereka ada kesedaran untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan untuk mendapat keredhaan-Nya.
ps: ini maybe terjadik kat org2 yg tak percaya pada agama dan juga lemah imannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment