29 March 2012

Artist: Zee Avi


Sememangnya aku bukannya jenis orang yang suka artis-artis mee segera ni... Artis-artis yang naik sebab publisiti murahan, yang post kat facebook atau youtube poyo-poyo sebab nak carik perhatian serta yang masuk akademi lepas tu faymous bergelar bintang walaupun sebenarnya mereka sampah saja. Tapi aku akan buat pengecualian untuk artis ni.


Zee Avi atau nama sebenar beliau Izyan Alirahman dilahirkan di Miri, Sarawak pada tahun 1985. Dia juga dikenali dengan nama KokoKaina. Macam mana dia dapat nama tu jangan tanya aku. Aku tak tau. Pada usia 12 tahun, beliau berpindah dan menetap di KL. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di American InterCotinental University di London dalam bidang fashion design.

At first, Zee ni saja je nak post video dia kat Youtube atas request member dia dan kemudian tiba-tiba je, mendapat sambutan yang sangat positif daripada viewers. Itu yang mendorong Zee untuk terus post video-video nya sampai lah tiba masanya klip tu ditemui oleh Patrick Keeler dari band The Raconteur. Beliau terus hantar link tersebut kepada Ian Montone, manager untuk band-band terkenal seperti White Stripes, The Raconteur dan The Shins. Ternyata Montone tertarik dengan bakat yang dimiliki oleh Zee dan terus pass muzik Zee ke Emmet Malloy dimana Zee menandatangani kontrak bawah syarikat Brushfire Records. Kalau korang nak tau, recording company ni sebahagian milik Jack Johnson.


Debut album beliau berjudul Zee Avi, release pada tahun 2009 dibawah naungan Brushfire Records. Pada hari release je album ini, YouTube telah letakkan album ini di muka depan site dalam Spotlight: Music Tuesday. Sepanjang Jun hingga Ogos 2009, beliau telah buat tour serata Amerika bersama Pete Yorn. Dan kalau korang mengikuti drama siri Private Practice, korang boleh dengar lagu Zee ni tampil dalam beberapa episod.






Album Zee yang kedua pula release pada tahun 2011 berjudul, Ghostbird. Album ni menduduki tangga ke 129 dalam carta Billboard's Hot 200 albums, tangga pertama dalam carta Heatseekers Albums, tangga ke-20 dalam carta Alternative Albums dan tangga ke 32 dalam carta Rock Albums.






Suara Zee yang serak-serak mellow sangat menepati genre yang disampaikan oleh beliau iaitu Jazz + Country + Soul. Zee mempunyai skill untuk bermain gitar dan ukelele menjadikan beliau seorang artis yang versatile. So, dengar-dengarkan lah lagu dari Zee Avi ni... ternyata beliau mempunyai keunikan tersendiri.

p/s: First terpaut dengar lagu Honey Bee beliau.... dan lagu Kantoi.. :)

28 March 2012

Comic: Mislead

WEAPON OF MASS DESTRUCTION
And worst, kids are openly expose to it.


THE NEW INVENTION
Can this change our life by any chance?



HARRY POTTER ARE REAL!
Well, at least the NERDS believe it.

Band: Couple


Another great indie band from Malaysia. What can I say? Band ni sangat best dan beri kesan yang besar terhadap pop culture muzik Malaysia. Aku still ingat first time dengar lagu mereka ni, aku ingat aku dengar band-band era 60's. And yang bestnya, tak banyak band Malaysia yang tampil dengan genre, imej yang simple sebegini. And of course, sebab mereka ada gitaris perempuan dalam band mereka.

Lagu-lagu yang aku favourite nak dengar adalah seperti Tentang Kita, Say Hi dan Are You Ready? Apa yang aku boleh nampak elemen yang seronok tengok band ni adalah, mereka ni bila perform, atau interact memang nampak sangat happy. Elemen itu yang menjadikan lagu mereka rancak dan seronok untuk didengar.



Band ini consist of:

Aidil - Vokal + Gitar
Ariana - Gitar
Masrin - Bass
Shahrin - Drum

Couple telah release beberapa album iaitu:

Top Of The Pop (2006)
Teenage Disc Fantastic (2008)
Pop Tak Masuk Radio (2009)

Mereka juga menerbitkan banyak EP dan kompilasi sepanjang karier mereka di dalam industri muzik. Dan lagu-lagu mereka pun banyak muncul dalam filem-filem dan drama seperti "Kami The Series" dan "Gedebe".

Muzik mereka sangat santai dan relax. Riff-riff yang simple dan beat yang melodic membuatkan anda terpegun dengan hasil karya mereka. Jadi, andai korang penggemar irama 60's yang diadun dengan beat yang catchy, try la jamukan telinga anda dengan irama Couple. Anda pasti suka!


p/s: Aidil juga menulis untuk surat khabar The Star.. seronok baca review dia...



26 March 2012

Artist: Liyana Fizi


First time aku tengok muka dia aku seakan sudah tertarik dengan karisma yang dia ada. Dia mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang entertainer di mana, dia ada rupa, suara, skill bermain alat muzik, boleh compose muzik dan punyai skill PR yang bagus dalam bahasa melayu dan juga Inggeris. Dengan muka dia yang comel macam tu, siapa tak tertawan kan?


Liyana Fizi merupakan tonggak utama band Estrella suatu ketika dahulu. Estrella yang popular dengan lagu seperti "Stay", "Ternyata" dan "Heaven Sake" merupakan batu lonjatan bagi artis kecil molek ini dalam karier muziknya. Liyana gemar dan mendalami genre muzik irama jazz, country dan juga folk menjadikan dia salah satu artis yang unik dan tidak terikut peredaran trend masa kini. Beliau juga tampil dengan imej yang cool dan tidak perlu memakai seksi untuk popular.


Semasa beliau bersama Estrella yang ditubuhkan pada tahun 2006 itu, mereka explore melody sendiri supaya irama mereka mendapat satu identiti tersendiri yang andai korang dengar, susah nak compare dengan mana-mana band yang lain. Album self title Estrella berjaya direleasekan pada tahun 2007. Masa tu la lagu-lagu tadi menjadi siulan para pendengar. Dan dalam masa setahun, mereka telah dicalonkan sebanyak 8 kali dalam Voize Independent Music Awards (VIMA).

Namun, setelah pihak rakaman mereka iaitu Laguna Music ingin melakukan perubahan dalam Estrella, Liyana angkat kaki selepas contract Estrella berakhir pada tahun 2009.


Liyana Fizi yang terkenal dengan dengan penulisan lagu yang melodik, bergerak solo selepas hold nya progress Estrella. Element muzik Liyana adalah pemikiran mendalam dan suasan ceria setiap hari. Itu yang menjadikan lagu-lagu daripada dia sangat menarik dan menenangkan. Kini beliau tampil dengan album solo beliau berjudul Between The Lines dan terbitkan lagu "Light Writing" sebagai single pertamanya. Dalam jelajah beliau, beliau ditemani dengan band sessionist beliau dan beliau menggunakan muzik sebagai platform untuk ekspresi diri.


Kalau korang suka muzik jenis slow, mellow dan tenang, dengar-dengarlah lagu Liyana Fizi ni dan hayati liriknya. Kalau korang nak tahu, lagu "Light Writing" boleh buat kita bersantai dan teringat kisah cinta yang indah...

p/s: Dalam lagu "Itulah Sayang" tribute kepada P.Ramlee yang dinyanyikan oleh 3 lagi penyanyi lain, Liyana berjaya jadikan verse dia macam lagu tu dia yang buat... urm.. maybe aku fancy perempuan boleh main alat muzik dan nyanyi kot... :)

New in "The Kufazuke Show @YouTube"

Channel The Kufazuke Show di YouTube telah di upload dengan 3 video baru (actually video lama.. baru ni je upload)...

Ketiga-tiga video tu adalah music di mana 2 daripadanya adalah dari pertandingan Star Night aku main masa time belajar dulu dan 1 lagi just jamming bersama adik-adik aku for fun...

Jadi, jemput-jemput la jenguk channel tersebut dan cast your opinion there ok?

klik di link ini:



Let's Show Support To My Sister!!


Ok... just a simple and quick entry...

Adik aku sekarang ni tengah buat Master dan dia dalam final project paper. Dia amat perlukan bantuan orang ramai untuk lengkapkan survey untuk dia habiskan projek assignment dia sekarang ni. Harap sangat korang semua dapat show support kepada dia dengan jawab beberapa soalan survey yang sangat-sangat senang berkenaan social network dan corporate organization punya hubungan. Just 14 soalan objective saja... Aku dah jawab dan ambil masa 2 minit je... So.. let's show some support here!!

klik di link di bawah ye...

http://kwiksurveys.com/?s=LMOIOJ_34eff22c

Terima kasih sangat-sangat atas sokongan anda... aku dan adik aku amat menghargainya...

Comic: Attitude

DIFFERENT
Sometime, being different is good.



ROCK - AND STEADY?
Be like a breeze, they're light, cool, calming everyone who feel it, and keep moving forward.



SMALL PEOPLE

Never mess and underestimate small people..

Band: Cokelat


Mesti ramai yang tertanya kenapa la aku ni asyik suka sangat nak review artist atau band yang kurang aktif atau tidak aktif lagi. Hari tu dah review pasal OAG, lepas tu Butterfingers plak, lepas tu Mocca dan sekarang Cokelat pulak? Ye, bukan apa..

25 March 2012

Band: The Times


Dalam entry lepas aku ada review tentang band OAG, yang sudah lama menyepi. Di sini difahamkan yang OAG kerap bertukar-tukar line up ikut peredaran masa. So, what happen to the other band members selepas OAG? Ye, Naza dan Mono merupakan adik-beradik yang pernah bersama OAG dahulu. Mereka meninggalkan OAG selepas

24 March 2012

Band: White Shoes & The Couples Company

Tengok pada nama band ni ramai yang tersalah anggap. Ada yang ingat mereka ni adalah sebuah kedai kasut. Dan ada jugak yang ingat mereka ni agen cari jodoh. Namun untuk korang yang baru first time dengar nama mereka ni, sebenarnya mereka adalah sebuah band dari Indonesia yang tampil dengan genre Pop + Funk + Jazz. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku suka review genre-genre jazz macam ni kan? rileks... memang aku menjiwai lagu-lagu bergenre macam ni.. Aku jugak suka hardcore.. tapi satu-satu la beb ok?


Band ini sekali pandang atau dengar, mesti korang akan ingat ni band lama ni..

23 March 2012

Band: MonoloQue


Pembaharuan, penyesuaian dan mengenal akar umbi naluri dari lubuk hati tersendiri merupakan inti pati kepada artis yang aku ingin review kali ini. MonoloQue yang kini tidak asing lagi di persada seni tanah air bermula dengan eksperimentasi terhadap dasar muzik yang lahir dari hati yang sememangnya out of the box. MonoloQue atau nama beliau yang pernah dikenali sebagai LoQue Butterfingers (pengasas Butterfingers) tampil pada tahun 2004.


Pada awal kemunculan lagu-lagu beliau, ia tidaklah seperti yang disangka seperti mana yang beliau terima bersama Butterfingers.

Comic : Values

INTIMIDATE
Seriously...  You can't intimidate people who really don't give a damn about themselves. 

22 March 2012

Youtube: Zalistuff

Kepada peminat movie yang malas nak download atau beli DVD, aku rekemenkan korang tune in kepada channel youtube yang dikelolakan oleh member baik aku ni di link di bawah:

http://www.youtube.com/user/zalistuff?feature=watch

Brader ni yang aku bagi jolokan "tauke video" di tempat kerja aku ni memang sangat gemar dan rajin untuk upload full movie di channel youtube beliau.

Black White Comic : Merging Into The Show


Kepada yang pernah jenguk atau follow, blog Black White Comic aku, di sini aku ingin mengumumkan bahawa, sekarang aku dalam proses merging blog tersebut dengan blog ini supaya lebih standardize.. dan kalau korang perasan, ada satu tab baru di atas iaitu "Comic"... so, bawah tab itu aku akan post entry-entry untuk komik black white comic ini dan juga komik-komik yang baru...

So, proses ini mungkin akan ambil masa untuk

21 March 2012

Matta Fair 2012

Baru-baru ini aku jejakkan kaki aku bersama bakal isteri aku ke Matta Fair 2012 yang diadakan di PWTC. Event yang berlangsung selama 3 hari iaitu , 16-18 haribulan March itu dikunjungi jutaan pengunjung yang datang dari segenap sudut Malaysia ini. Ye, aku mencari tempat berbulan madu bersama bakal isteri aku nanti.



Apa yang aku boleh perkatakan tentang event ini adalah

Band: Butterfingers

Semasa aku diusia remaja, seperti warga-warga seusia aku ketika itu, aku juga punyai ideologi dan idola dalam muzik.. Ada yang baik, ada yang buruk.. Aku mengikuti budaya grunge yang diperkenalkan oleh scene Seattle pada zaman "Golden Age of Music".. Dan idola pada ketika itu tak lain dan tak bukan Kurt Cobain.. Aku siap beli kasut Jack Parcel, pakai seluar jeans koyak-koyak dan berambut panjang.. Mungkin pada usia sebegitu muda, remaja lebih tend untuk bersikap memberontak dan lirik-lirik lagu yang dikaryakan oleh lagenda ini sangat tepat dengan perilaku remaja ketika itu.. Teenage angst..



Dan local band yang aku follow seiring aliran grunge ini pada ketika itu adalah

17 March 2012

Artist: Norah Jones


It’s been a while aku dengar lagu-lagu daripada Norah Jones. Yeah, call me kolot, call me anything yang pasti aku tau bahawa Norah Jones lebih baik daripada artis-artis “kebanyakan” yang ada di luar sana. Norah Jones merupakan salah satu artis yang aku anggap luar biasa kerana mempunyai aura, daya tarikan dan passion yang tersendiri. Beliau tidak perlu memakai pakaian yang seksi-seksi untuk menjadi popular seperti Britney Spears, Lady Gaga atau pun Pussy Cat Dolls. Beliau cool dengan imej beliau yang bersahaja, relaks dan manis.


First lagu yang aku dengar daripada beliau adalah lagu “Don’t Know Why” yang diterbitkan pada tahun 2002. Beliau merupakan artis serba boleh di mana beliau boleh bermain piano, menyanyi dan main gitar dengan baik. Lagu-lagu beliau keudarakan amat-amat menenangkan jiwa dan mampu kita mengimbas kembali ke zaman-zaman klasik. At first, aku ingatkan lagu yang aku dengar tu dinyanyikan oleh artis-artis macam Julie London, Carpenters atau pun Billie Holiday. Ternyata Norah Jones tidak terikut dengan trend semasa yang menjual album-album pop irama “plastik” seperti artis-artis lain ketika itu. Beliau terus compose lagu-lagu mengikut naluri beliau dan jelas ia berjaya.


Norah Jones lahir pada tahun 1979 dan merupakan anak kepada pemain sitar terkenal di India iaitu Ravi Shankar dan seorang producer konsert di Amerika bernama Sue Jones. Jadi, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi juga kan? Setelah kedua ibubapa beliau separate, beliau menjalani zaman kecilnya bersama ibu nya di Grapevine, Texas. Semasa di bangku sekolah, Norah Jones memasuki pasukan koir sekolah beliau, join band dan bermain alto-saxophone. Semasa di sekolah juga beliau memenangi banyak anugerah termasuklah DownBeat Student Music Awards untuk Best Jazz Vocalist dan Best Original Composition. Jadi, beliau ni bukanlah baru dalam composing melodi-melodi enak sebegini… beliau telah bermula sejak sekolah lagi. Kemudian, Norah Jones memasuki University of North Texas di mana beliau mengambil kelas kemahiran Jazz Piano dan menyanyi untuk band institut mereka iaitu The UNT Jazz Singers. Di situ beliau mengenali bakal collaborator beliau iaitu Jesse Harris di mana beliau yang sedang merantau bersama rakannya Richard Julian dating melihat kenalan mereka di dalam band yang dianggotai oleh Norah Jones sendiri. Setelah melihat mereka bermain muzik, Jesse Harris mula memberi Norah Jones sheet-sheet lagu ciptaan beliau. Dan pada tahun 1999, Norah Jones berhijrah ke New York dan kurang dari setahun kemudian, beliau menubuhkan band Little Willies bersama Jesse Harris dan Richard Julian yang menyebabkan Norah Jones terkenal.

Norah Jones: Discography

   Come Away With Me (2002)      












 Feels Like Home (2004)











Not Too Late (2007)











The Fall (2009)










…Little Broken Hearts (2012)













Norah Jones juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem termasuklah My Blueberry Nights (2007) dan Wah Do Dem (2009). Dalam karier Norah Jones sebagai seorang artis, beliau telah banyak merantau serata dunia untuk mengadakan jelajah konsert dan memenangi pelbagai anugerah bagi menghargai hasil seni beliau dalam bidang muzik. Mostly beliau akan diiringi oleh band The Handsome Band. Beliau telah membuktikan bahawa sesuatu jika dibuat atau dicipta dengan passion sendiri, maka pulangan juga amat bernilai. Lebih baik daripada mempunyai peminat yang berkualiti berbanding kuantiti dan jika mendapat keduanya, ia merupakan satu bonus.


 Di dalam karier beliau sebagai penyanyi juga beliau kerap diundang untuk bergandingan dengan artis-artis terkenal seperti Ray Charles, Foo Fighters dan sebagainya. Beliau juga sering diundang untuk membuka tirai konsert-konsert besar serta menyanyikan tribute cover kepada artis-artis legenda seperti Elvis Presley dan sebagainya. Pada album awal-awal Norah Jones, pendengar akan dihidangkan dengan irama jazz yang menyentuh kalbu. Hasil petikan gitar dan piano dalam album tersebut mengundang anda untuk menenangkan jiwa sambil relaks. Dan dalam album-album baru Norah Jones, beliau membuat sedikit pembaharuan dengan menerbitkan irama-irama catchy yang bisa membuatkan korang melayan beat-beat rancak sambil bersantai. Full respect to Norah Jones!!



p/s: Collaboration Norah Jones yang aku paling suka adalah bersama band Foo Fighters menerusi lagu “Virginia Moon” dalam album In Your Honor oleh Foo Fighters. Lagu tersebut pernah dicalonkan untuk anugerah Best Pop Collaboration With Vocal pada tahun 2006. Rock vs Jazz, siapa sangka berjaya?

16 March 2012

COOLfm : Suatu Fenomena Baru


Cuba anda bukak radio sekarang.. Tak kira mana-mana station dan bukak station yang lain pula… Bandingkan kedua-dua atau ketiga-tiga station yang anda bukak itu… Apa yang korang rasa? Jika korang rasa korang mendengar benda yang sama dan cliché hari-hari, korang juga mempunyai masalah sama macam aku… Industri muzik atau penggiat seni tanah air sekarang semakin lama semakin tipis dengan passion mereka terhadap seni yang betul-betul datang dari hati.

Ini disebabkan oleh permintaan pasaran yang menengahkan lagu-lagu yang boleh dikatakan sekadar tangkap muat untuk dibuat jualan. Jika berkarya tetapi tidak dapat dijual, bagi mereka suatu kerugian. Akhirnya, karya seni yang betul-betul jitu itu akan diabaikan dan seterusnya pupus ditelan masa. Dan suatu hari nanti, apabila anak-anak kita atau cucu-cucu kita bercakap tentang seni, mereka hanya mampu merujuk lagu-lagu yang plastik dan tidak berkualiti.

Tidak ingatkah kita terhadap muzik atau seni yang boleh menggegar dunia suatu ketika dahulu? Muzik-muzik yang merevolusikan minda pendengar dan membawa perkataan muzik itu sendiri kearah satu level yang lebih tinggi? Ingatkah kita tentang Bob Marley? The Beatles? Nirvana? Louis Armstrong dan sebagainya? Serta mereka-mereka yang telah suatu ketika dahulu menjunjung tinggi kesenian di dalam muzik? Kini corong-corong radio hanya mampu mengudarakan muzik-muzik yang sangat biasa dan kedengaran seolah-olah pengkarya lagu tersebut ibarat tidak jujur dan terpaksa mencipta lagu sebegitu…

Jika korang sudah penat dengan semua ini, dan ingin sesuatu yang boleh martabatkan kembali hasil seni yang betul-betul jitu dan jujur, aku rekemen kan korang untuk tune in ke satu frekuensi yang bisa membuatkan korang buka mata dan minda dan mula menghargai kembali seni itu sendiri iaitu COOLfm.

COOLfm merupakan sebuah saluran radio online yang independent yang menerima sesuatu seni itu sebagaimana keindahannya. Sudah-sudah lah daripada mendengar lagu-lagu “mee segera” yang sekadar buat jualan dan glamer, di sini, mereka akan merevolusikan kembali hasil seni supaya martabatkan kembali nilai-nilai suci di dalam sesuatu seni itu.

Saluran radio COOLfm ini diilhamkan oleh Kulatt, seorang kartunis yang berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air selama lebih 20 tahun. Beliau juga merupakan bekas kartunis majalah lawak Gila-Gila dan turut bergiat aktif dalam  seni grafik dan animation. 

Kulatt di dalam blog COOLfm nya berkata,
Kami di COOLfm sanggup mengambil tanggungjawab ini di atas dasar menghargai anugerah dan amanah dari Dia. Bersama pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri kartun,musik dan keseluruhan kerja2 kreatif yang berlandaskan keceriaan...kami mengadunkan segala pengalaman2 ini semua menjadi SATU untuk melahirkan dan memberikan sesuatu yg berlainan untuk menemani dan menceriakan anda serta menambahkan satu warna baru pada industri seni dan penyiaran keseluruhannya.

Kulatt juga akan ditemani oleh Lovely Jay, seorang graduan daripada The University of Melbourne dan bekerja di The National Association for the Education of Young Children (NAEYC). Beliau akan mengendalikan segmen-segmen bahasa Inggeris di COOLfm.

Pelbagai segmen menarik yang menanti anda di saluran ini dan yang pasti berbeza dari saluran-saluran radio yang korang semua dengar sekarang. Bayangkan satu saluran radio yang penuh dengan suasana yang ceria, gila dan cool diadun bersama muzik-muzik yang berkualiti dan indah semuanya di dalam satu tempat yang sama. Anda pasti kagum. Jadi, jangan ketinggalan dan tukarlah pilihan korang kepada COOLfm, Kegilaan Frequency Media Tanpa Had.

Untuk link dan pelbagai stuff-stuff yang cool…

p/s: Dengan ini juga aku mengumumkan bahawa The Kufazuke Show telah menjadi blogger rasmi untuk station Coolfm.. it’s going to be exciting!!



15 March 2012

Band: Mocca

Tak penatkah anda mendengar band-band lagu yang agak over-rated dan ingin mendengar sesuatu yang fresh dan relaks?? Yup.. aku pun sama... Asyik-asyik dengar band-band baru yang terlalu 'biasa' dan terlalu influence kepada artis lain... Sometimes aku dambakan jugak sesuatu yang mellow, chilling dan relaxation punya tune... So, aku rekemen kan korang dengar lagu-lagu daripada band Mocca.

Mocca
Ye.. aku tau, band ni sebenarnya dah agak lama.. tetapi aku still rasa band ni patut dikeudarakan lebih kerap di corong radio Malaysia berbanding lagu-lagu daripada budak-budak gedik.. (aku tau korang tau dari akademi mana..)

Mocca: Line Up


Arina Ephipania Simangunsong (Vocal & Flute): Si gadis kecil molek ini merupakan seorang pemegang Ijazah dalam bidang seni dari Institut Teknologi Nasional Bandung. Dilahirkan pada tahun 1978, Arina merupakan salah seorang peminat Frank Sinatra.





Riko Prayitno (Gitar) : Beliau dilahirkan pada tahun 1977 dan turut bersama Arina menghabiskan ijazah di institut yang sama. Riko telah mula bermain gitar sejak usia yang muda dan menjadi pemain gitar professional semasa study di institut beliau.






Ahmad Pratama @ Toma (Bass): Toma merupakan salah seorang pemain penting dalam setting key pada lagu-lagu Mocca menerusi sentuhan bass nya yang bersahaja dan harmoni dengan drum. Beliau dilahirkan pada tahun 1976 dan meminati Sting dan Phil Collins.


Indra Massad (Drum): Beliau merupakan rakan karib dengan Toma, sejak menghabiskan pembelajaran dalam bidang product design dan join Mocca bersama-sama. Stail permainan drum Indra ini sangat unik di mana beliau lebih gemar simplicity dan versatile dalam melody nya.










Mengenai Mocca:

Mocca adalah sebuah band dari Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 1999. Sebelum itu, band ini terdiri daripada dua orang saja iaitu Arina dan Riko sebelum dianggotai oleh Toma dan Indra. Mereka sign di bawah label FWWD, dan telah merantau di serata dunia mempromosikan lagu mereka. Band yang bergenre retro pop ini mendapat tempat di hati peminat dari Malaysia, Singapore, Thailand dan sebagainya. Dengan lagu-lagu yang bersahaja serta relaks, Mocca mudah diterima peminat dan kerap ditaja untuk perform di konsert-konset besar. Lagu-lagu mereka di dalam bahasa Inggeris dan pernah muncul beberapa kali dalam soundtrack filem-filem Korea termasuklah filem Bandhobi dan Personal Taste. Majalah Rolling Stone Indonesia pernah meletakkan album "My Diary" di tangga ke 59 dalam "150 Greatest Indonesian Album of All Time".


Mocca: Discography

My Diary - (2002)











Friends - (2004)











Colours - (2007)











Actually at first, aku tak sangka lagu yang aku sedang dengar tu merupakan lagu daripada band Indonesia sebab pada hemat aku ketika tu, band-band Indonesia akan berbunyi macam band Peterpan, Ungu, Coklat dan sebagainya. Setiap bait, lyric even diction Arina dalam lagu-lagu mereka seolah mendengar band-band seangkatan Norah Jones dan sebagainya..

Walaubagaimana pun, aku sangat sedih sebab.. Mocca tidak lagi aktif dalam muzik buat masa sekarang ini... Pada September 2011, Arina bernikah dengan jejaka pilihan beliau di Amerika Syarikat dan menetap disana sekurang-kurangnya setahun untuk mendapatkan green card. Oleh sebab itu, Mocca terpaksa berhenti seketika memandangkan main element band ini tidak lagi bersama mereka. Paling last mereka perform adalah di "Mocca Last Show Concert - Annabelle and The Music Box"... Di akhir konsert tersebut mereka mendendangkan lagu "Life Keeps Turning" sebagai lagu penutup persembahan mereka... antara lirik mereka didalam lagu tersebut termasuklah "Losing you is not the end of the world... but it's true, that it definitely hurts.. that it definitely hurts" diiring oleh air mata dari peminat-peminat setia mereka.

My favourite track will be "Secret Admire"... aku pasang 3-4 kali berterusan pun still aku boleh layan tanpa jemu. Band ni unik kerana mencipta satu karya yang boleh membuatkan kita rasa di awang-awangan dan seolah berjaga di dalam mimpi. Sungguh mellow dan chill...

So, kalau anda nak tukar halwa telinga sekali-sekala, apa salahnya mendengar band ini for a change... You might like it...


p/s: Lagu "I Remember" mengingatkan aku time-time bercinta zaman budak-budak... Oh ye, tahun 2009, mereka ada buat show kat Shah Alam... aku pergi.. yeah!! haha.. :)


Mocca: At Laman Budaya Shah Alam


Let's Interact!

me>