Band ini sekali pandang atau dengar, mesti korang akan ingat ni band lama ni..
stok zaman 80an punya muzik.. Anda silap.. band ini ditubuhkan pada tahun 2002. Masa tu band ni ada 3 orang je. Yang lain-lain join selepas tu. Yang best nya ia ditubuhkan semasa mereka di bangku sekolah. "White Shoes" dalam nama band ni pun diambil daripada etika pemakaian sekolah mereka jugak di mana di sana, mereka kena pakai kasut putih.
Band ini terdiri daripada:
Aprilia Apsari : Vocal
Rio Farabi : Gitar akustik, backup vokal
Saleh Husein : Gitar elektrik, backup vokal
Ricky Surya Virgana : Bass, backup vokal
Aprimela Prawidyanti : Piano, Violin, backup vokal
John Navid : Drum
Setelah 3 tahun band ini ditubuhkan, mereka tampil dengan self title album pertama mereka. Rata-rata lagu mereka ini adalah dalam bahasa Indonesia. Mereka dianggap salah satu band yang unik kerana ketengahkan lagu-lagu zaman disko retro dahulu. Sound melodi mereka ni boleh buat kita ngimbau kembali zaman-zaman golden age of muzik yang bercirikan irama catchy dengan beat-beat yang funky. Antara lagu favourite aku daripada band ni adalah lagu "Sabda Alam" yang diremake balik dari lagu yang lama. Sangat cool dan layan.
Pada tahun 2007, mereka tampil pula dengan EP berjudul Skenario Masa Muda. Dan selepas itu mereka sign dengan Minty Fresh dan re-release balik album pertama mereka untuk tujuan pemasaran luar negara. In fact, kalau korang try dengar lagu-lagu English diorang ni pun not bad. Even diction vocalis band ini sangat baik sampai aku sendiri ingat yang band ni dari luar negara. Pada tahun 2010, mereka sekali lagi tampil dengan album yang berjudul, Vakansi.
Selain album, mereka juga tampil dalam kompilasi dan soundtrack untuk filem-filem. Kalau korang pernah tengok filem "Janji Joni", "Berbagi Suami" dan "Quickie Express", korang sure pernah terdengar lagu-lagu mereka ni. Majalah Rolling Stone pernah tabalkan mereka sebagai 25 best band in Myspace dan Allmusic pula tabalkan mereka di dalam 25 band paling berbaloi untuk didengari. Begitulah hebatnya band ini.
Actually pada aku, apa yang menjadi kekuatan band yang punyai nama yang panjang ni adalah sebab diorang ni lari dari konsep atau trend semasa. Tahun 2002, aku rasa masyarakat lebih asyik mendengar lagu-lagu pop yang disertakan beat-beat mellow atau RnB yang meleleh-leleh. Tapi band ni pulak percaya dengan apa yang mereka suka dan hayati iaitu irama konsep 80's Disco Beat.... ye, mereka berani tampil dengan apa yang mereka minat... Korang boleh tertarik, kagum dan menari sambil bersantai mendengar riff-riff yang funky dan pukulan drum ala jazz line melalui band ini. So, kalau anda masih belum mencuba dengar mereka, silalah manjakan sikit telinga korang tu dengar lagu-lagu White Shoes & The Couples Company. Salut to the band!!
p/s: Rasa nak menari agogo je dengar diorang ni tau... hehe..
No comments:
Post a Comment