13 March 2012

KONY 2012: Sebuah gerakan murni atau syaitan di sebalik topeng?

Pernah tak korang tengok video di bawah ini?

First of all Kony 2012 ini adalah sebuah kempen yang dijalankan oleh satu badan gerakan yang di namakan "The Invisible Children" (TIC). Badan ini bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak di Uganda yang kini dikatakan sedang hidup dalam ketakutan oleh LRA, iaitu sebuah militan pemberontak yang menculik kanak-kanak di sana dan memaksa mereka menjadi askar serta lakukan perbuatan-perbuatan yang tidak elok seperti menyeksa orang lain, membunuh ibubapa dan menjadi hamba seks. LRA ini diketuai oleh Joseph Kony.

Jadi atas sebab peri kemanusiaan, ketua TIC, Jason Rusell menubuhkan TIC untuk membela nasib rakyat Uganda terutamanya kanak-kanak di sana dengan membuat rancangan supaya Kony ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Cara untuk melaksanakan penangkapan Kony adalah dengan membuat beliau 'faymous' supaya satu dunia tahu kejahatan yang dibuat oleh Kony. Di katakan Jason Russell telah bertemu dengan orang-orang penting di White House serta parti pembangkang di sana namun usaha beliau gagal disebabkan dasar Amerika jika tiada apa-apa yang melibatkan hal ehwal rakyatnya dan ekonomi mereka, maka mereka tidak akan join menentang dalam cause itu. Akhirnya, setelah sekian lama, Barrack Obama telah umumkan bahawa kerajaan Amerika akan join badan ini untuk menghantar tentera mereka di sana dan mencari Kony.


At first, atas dasar peri kemanusiaan, aku sangat sokong dengan gerakan ini, yang menitik tarikh 20 April 2012 sebagai hari membuat Kony terkenal dengan meletak semua poster-poster dan banner-banner di setiap sudut bandar untuk buka mata dunia tentang kejahatan 'penjenayah paling atas dalam list orang paling dikehendaki di dunia' ini. Tapi, aku terfikir sejenak....

Betul ke gerakan ini adalah gerakan murni atau salah satu propaganda yang dimainkan oleh Amerika? Aku tak tau dengan korang semua tapi aku tak boleh nak percaya dengan agenda-agenda yang dilakukan oleh pihak Amerika ini. So, aku buat research sedikit...

Dikatakan kajian oil dan gas di Uganda pada tahun 2011 dan 2012 telah menemukan satu penemuan yang amat baik... Pihak Uganda telah menemui hampir 2 billion barrel minyak di sana. Dan angka ini sedang naik dengan amat pesat. Dan kajian ini di buat di zon-zon atau blok yang dikenalpasti di serata Uganda yang mempunyai potensi pengeluaran minyak yang sangat baik. Ibarat perang Iraq, kadang-kadang boleh agak jugak apa yang sebenarnya yang Amerika tengok instead satu gerakan kemanusiaan ni...


Kadang-kadang pelik jugak sebab, Kony ni dikatakan penjenayah antarabangsa yang paling atas dalam list... Then kenapa Amerika taknak tangkap dia dari awal lagi? Jason Russell kata, tujuan utama kempen ini dijalankan adalah untuk membuka mata masyarakat di dunia bahawa Kony seorang yang jahat dan untuk buat dia rasa tergugat dan keluar dari sarang beliau... Sekarang ni mereka tak tahu di mana lokasi Kony yang sebenarnya dan kempen ini dengan harapan dapat track beliau dan meraih sokongan rakyat serata dunia.

Andai ini betul, how about Osama Ben Laden, Saddam Hussein, Ghadafi dan sebagainya? Boleh plak pihak tentera Amerika jejak dan bunuh semuanya. Kalau terrorist macam tu mereka boleh jejaki, apatah lagi dengan Kony? just seorang leader untuk militan pemberontak... Yang sudah pasti limited dengan senjata dan even pengangkutan... Kenapa tak mulakan dari dulu lagi? Kenapa baru sekarang di saat Uganda makin pesat dengan penemuan minyak mereka? Sometimes bukan pasal minyak je... tapi Amerika nak tunjuk dan raih sokongan masyarakat dunia untuk mengaburkan mata supaya kita semua melihat apa yang mereka lakukan sangat murni dan baik-baik belaka...



Aku sokong apa yang TIC ini cuba lakukan... Seandainya aku berada di situ tengok keadaan orang-orang dalam keadaan teraniaya, aku pun akan rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu.. lagi-lagi kalau kanak-kanak yang terlibat dengan benda macam ni... so memang patut kalau dapat sokongan.. tapi, kalau buat benda-benda murni dan sebenarnya ada agenda tersendiri, tak kemana rasanya... in the end nanti, ia akan end up macam peperangan Iraq dan sebagainya... Minyak dan nak habis di pump keluar, tapi senjata pemusnah besar-besaran (weapon of mass destruction) tak jumpa-jumpa jugak... nak-nak sebab "tak jumpa" lagi tu, mereka keep on stay di sana... so fikirkan lah..

By the way... TIC ada mintak donate untuk menjayakan kempen ini dengan beri "Kony 2012 - Kit" untuk para penyokong dengan harga yang murah... kalau donate setiap bulan, boleh dapat kit tu dengan percuma... kalau kerajaan Amerika betul-betul nak bantu dan tolong, why not bagi peruntukan besar-besaran untuk tu? Amerika sebuah negara yang kaya kan? Dan kenapa letak 20 April sebagai tarikh nak buat Kony faymous? sekarang dunia maju kan? Ada facebook, CNN, Surat khabar dan sebagainya.. sekarang pun boleh...



p/s: Kadang-kadang kena tengok pada sudut yang jauh jugak setiap kempen dan gerakan... sebab andai kita hanya tengok pada sebelah sisi, kita susah nak nampak perkara sebenar... tak boleh just nak jump in the bandwagon without knowing what lies beside...


4 comments:

AJE SAJA said...

kony or konek ar bro...???i met konek before but never meet kony

KUFAZ said...

hahaha.. siot.. we everyday meet konek... :)

alyaniff said...

Tula, kdg2 ngo2 no bukan bole pakai sgt, just tools jer...

KUFAZ said...

betul tu bro... amerika ni punyai agenda mereka tersendiri... takleh percaya mereka sangat.. mereka nak kita tgk apa mereka buat semua baik2 je.. padahal dlm masa yg sama mereka akan buat agenda tersirat mereka... so, aku say NO to Kony 2012... :)

Let's Interact!

me>