25 March 2012

Band: The Times


Dalam entry lepas aku ada review tentang band OAG, yang sudah lama menyepi. Di sini difahamkan yang OAG kerap bertukar-tukar line up ikut peredaran masa. So, what happen to the other band members selepas OAG? Ye, Naza dan Mono merupakan adik-beradik yang pernah bersama OAG dahulu. Mereka meninggalkan OAG selepas
penerbitan album Satelite Ink yang rata dinobatkan sebagai album terbaik OAG dikalangan peminat. Pada tahun 2004, mereka berdua menubuhkan The Times. Jangan tersilap ye, ada jugak band British yang bernama The Times. Band tu dah takde dah. Sejak 90an lagi.


Berinfluence-kan British Mod Culture, Naza dan Mono dikatakan sangat mengemari genre yang mellow dan melankolik dalam hasil seni mereka. Ala, kalau korang biasa dengar The Beatles, The Who dan Oasis, haa genre-genre macam tu la yang mereka suka dan cuba explore. Ala-ala 60's British Pop Culture.Tak lama selepas penubuhan The Times, 3 ahli band yang lain join sekali selepas dapati citarasa muzik mereka semua sama. Band ini ketengahkan lebih kepada konsep mereka yang mereka cuba sampaikan dalam punulisan lirik dan melody. Ia termasuk juga dengan konsep budaya Mod Culture serta fesyen mereka yang cool. Walaubagaimana pun, line up band ini juga bertukar dari masa ke semasa.

Pada tahun 2004, The Times muncul dengan album pertama mereka berjudul Soda Pop Rock n Roll. Antara lagu yang menjadi siulan ketika itu tentulah seperti Nostalgia Curang Rock n Roll serta Gadisku Dalam Koma. Album ni dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik dalam AIM05.

Selepas itu, Xtra Soda Pop Rock n Roll dikeluarkan as a re-release album pertama mereka dengan penambahan 2 lagu baru iaitu Kasanova dan Retro Asmara pada tahun 2006.




Album ini merupakan salah satu album yang unik serta boleh membuatkan anda rasa berada di alam imaginasi yang indah dengan petikan gitar yang simple dan bersahaja. Ini dijayakan lagi dengan effect echo dan flanger yang sangat menepati konsep santai yang diketengahkan mereka.

Pada tahun 2007, mereka muncul pula dengan album kedua yang berjudul Nada Melankolik Malaya. Begitu hebat pengaruh mereka terhadap peminat, album ini terjual lebih kurang 10 ribu copy eventhough tidak masuk ke arus mainstream.






Album ketiga mereka iaitu Modern Minimalis Glamour diterbitkan pula pada tahun 2008. Single mereka dalam album ini iaitu Singapura Kuala Lumpur pernah memenangi "Best Of Independant Songs of The Year XFM" dalam Anugerah AVIMA AWARDS 2010.








Paling last material mereka keluarkan adalah sebuah EP yang mengandungi 3 lagu berjudul The Ballad Of Jimmy Acid. Menurut sumber Wiki, band ini terlibat dengan pertikaian dengan label lama mereka yang tidak membayar royalti album ketiga mereka.

Line up The Times (tahun 2009 hingga kini):
Naza - Vocalist
Mono - Bass
Nuar - Gitar
Ikhwan - Gitar
Zul - Drum


Pada pendapat aku, memang lumrah dalam industri muzik lebih-lebih lagu dalam negara kena sepak terajang dahulu sebelum berjaya. Tapi yang penting adalah konsep yang diketengahkan. Tak kira apa jua konsep dan aliran yang cuba disampaikan, ia lebih baik kalau semua tu dibuat dengan hati yang jujur dan luhur. Better pentingkan kualiti daripada kuantiti. Bila dah ada kualiti, baru lah dapat peminat yang berkualiti jugak dan ia secara automatik akan berkembang sendiri. Jadi idea The Times dengan irama mereka membawa Pop Culture telah membuktikan mereka telah bawa culture ke arah satu level yang lebih tinggi dan tak mungkin akan sama dengan pop-pop yang lain. Itulah yang membuatkan The Times sebagai The Times...


p/s: "Pandu kereta laju-laju.. merbahaya jika kau teringat diriku di saat ku belai rambutmu"... pergh!! meruntun siot!

No comments:

Let's Interact!

me>