11 November 2014

LIBUR: Backpacking Adventure - Langkawi 2014.


Yess... Seperti yang tertera dalam gambar, kami akan menjelajah lagi. Kalau Mei lepas kami ke arah PD dan Melaka, kali ni kami akan up ke utara pula ke Pulau Langkawi...

Sometimes kena jugak beredar dari hiruk-piruk dunia sebentar dan menikmati suasana lain pula. The trip akan berlangsung 3 hari dan Inshallah kalau ada signal, line yang baik, kami akan buat travelogue macam aritu jugak... hehe...

So.. stay tune.

psst: Oh ye.. kali ni bukan kami berdua je pergi.. ada penambahan orang.. Nak tau? Nantikannya.... huhu! 

Wish us Good Luck!!

Arak Halal Untuk Muslim?


Semacam pelik pun ada. Arak yang halal? Boleh diminum oleh Muslim? Apa kejadahnya?

Well, itulah kebenarannya. Sekarang ini pihak pengeluar minuman jenama ArKay yang base di Scotland sedang merangka satu ciptaan minuman terbaru mereka berbentuk whisky yang tidak mengandungi alkohol.

Minuman itu akan diproses sepertimana membuat whisky dengan menggunakan gandum, mengekalkan rasanya dan tidak memabukkan.

Jurucakap ArKay menyatakan bahawa produk ini akan menjadi satu hidangan yang perfect untuk siang dan malam. Di samping itu, mereka yang meminum whisky halal ini tidak perlu risau jika meminumnya terlalu banyak kerana ia tidak memabukkan. Cuma air tersebut berperisa whisky.

"Anda tidak perlu bimbang untuk minumnya dan memikirkan untuk memandu kemudian."


Mereka juga percaya produk ini mampu untuk memecah masuk pasaran global lebih-lebih lagi di kalangan negara Islam yang selama ini mempunyai "pintu keras" terhadap arak dan alkohol ini.

Di samping itu, mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan mereka yang dalam proses pemulihan ketagihan alkohol amat sesuai untuk meminum arak halal ini.

Pengeluaran di jangka pada bulan Disember ini di UK. Harga di pasaran UK nanti adalah 10 pound Sterling untuk botol manakala tin 4 pound.

Well... agak-agak kat Malaysia nanti akan masuk tak produk ni? Apa kata majlis agama mengenai hal ni?

05 November 2014

Antara Sebab Kadang-kala Aku Tak Suka Public Toilet.


Berapa ramai daripada korang kat luar sana yang ada "alergi" untuk masuk ke public toilet? Aku pasti ramai. Kalau nak diikutkan, aku tak berapa kesah sangat, asalkan boleh buang air kecil/besar dan beristinjak, aku go je. Maybe ada di kalangan korang, yang pentingkan kebersihan dahulu sebelum nak "go" kan?

Well, maybe untuk tahap kebersihan yang dikira "okay", aku boleh tahan lagi. Tapi kalau dah memang tahap menjijikan, aku memang ban terus. Biarlah carik toilet yang lain pulak.

Seperti satu toilet yang aku baru masuk ni, buatkan aku tiba-tiba dilanda pelbagai persoalan.

Cuba korang tengok, gambar di bawah ni... kesan tapak kasut bersepah di mangkuk jamban. Tak terasa ke pelbagai persoalan timbul? Macam mana la orang sebelum aku masuk ni buang hajat besar beliau?

Cara berdiri kah? Cara kuak lentang kah? Ke cara backflip 180 degrees dengan half somersault?

Anda nilaikan sendiri. Aku memang tak duk kat situ... carik toilet lain.


04 November 2014

Design Design Design!


Pheww... banyaknya semak lalang kat sini. Nampak sangat lama tak menulis ye dak? Haha.. Actually, sekarang ni aku banyak membuat grafik design yang menyibukkan diri aku ni sebentar. Tu yang sedikit sebanyak membantutkan masa aku untuk menulis di ruangan blog ni.

Seperti yang telah beritahu, sekarang ni aku sedang giat nak naikkan page terbaru aku di Facebook iaitu The K ArtStudio.

Yup... design-design tampak simple dan biasa sahaja. Nak buat macam mana, aku pun sedang dalam proses belajar untuk master dalam bidang ni.

Dan secara tidak langsung, aku juga kini sedang giat marketkan design-design aku di pesada industri T-Shirt dan sebagainya. Dan juga buat banner, header, gambar produk dan sebagainya untuk blogger.

Kalau korang inginkan servis design untuk gambar atau header untuk blog korang, haa... silalah hubungi aku ye.. boleh PM di Facebook atau email ke kufazuke@gmail.com

harga... berpatutan. Boleh nego takde masalah... hehehe... kalau nak tengok design-design, bolehlah ke The K ArtStudio ye....



Let's Interact!

me>