11 November 2014

Arak Halal Untuk Muslim?


Semacam pelik pun ada. Arak yang halal? Boleh diminum oleh Muslim? Apa kejadahnya?

Well, itulah kebenarannya. Sekarang ini pihak pengeluar minuman jenama ArKay yang base di Scotland sedang merangka satu ciptaan minuman terbaru mereka berbentuk whisky yang tidak mengandungi alkohol.

Minuman itu akan diproses sepertimana membuat whisky dengan menggunakan gandum, mengekalkan rasanya dan tidak memabukkan.

Jurucakap ArKay menyatakan bahawa produk ini akan menjadi satu hidangan yang perfect untuk siang dan malam. Di samping itu, mereka yang meminum whisky halal ini tidak perlu risau jika meminumnya terlalu banyak kerana ia tidak memabukkan. Cuma air tersebut berperisa whisky.

"Anda tidak perlu bimbang untuk minumnya dan memikirkan untuk memandu kemudian."


Mereka juga percaya produk ini mampu untuk memecah masuk pasaran global lebih-lebih lagi di kalangan negara Islam yang selama ini mempunyai "pintu keras" terhadap arak dan alkohol ini.

Di samping itu, mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan mereka yang dalam proses pemulihan ketagihan alkohol amat sesuai untuk meminum arak halal ini.

Pengeluaran di jangka pada bulan Disember ini di UK. Harga di pasaran UK nanti adalah 10 pound Sterling untuk botol manakala tin 4 pound.

Well... agak-agak kat Malaysia nanti akan masuk tak produk ni? Apa kata majlis agama mengenai hal ni?

No comments:

Let's Interact!

me>