26 February 2013

Kerja dan Rezeki


Wow. Topik di atas dah macam ceramah pulak la kan. Hehe. Takde la. Aku saje je nak share apa yang aku dapati daripada dengar ceramah dan juga baca artikel di media massa. Semoga menjadi teladan bagi korang serta menasihati diri aku sendiri jugak.

So.. berapa ramai daripada korang ni yang memang tak suka dengan kerja yang korang buat sekarang? Tiap-tiap hari bangun tidur dan menyumpah menanyakan kenapa korang kena pergi kerja. Bila di tempat kerja pula, terasa tiada mood langsung sehingga kerja yang dilakukan pun macam endah tak endah je. Well, itu perkara normal.

Sekarang ni ramai orang yang duk mempersalahkan Allah di atas kesempitan rezeki. Duit tak pernah nak cukup. Dapat duit je mesti cepat habis. And the best thing is, diri sendiri tak tau ke mana duit tu pergi. Ada je benda atau perkara yang perlu dikeluarkan duit. Eksiden la. Anak sakit la. Barang hilang la dan sebagainya. Well, there's something unique about what happen to those kind of situation.

Rezeki merupakan satu anugerah Allah. Ia cantik dan sangat indah cara penyampaian nya. Ia boleh berada di mana saja. Tapi ingat. Rezeki yang diberi, bukanlah 100% milik kita. Kita ni manusia. Insan yang mempunyai pelbagai kekhilafan. Tak boleh nak lari lagi. Itulah sebabnya kita perlu memberi sedekah serta tidak kedekut dalam memberi pertolongan. Even dalam Rukun Iman, kita disuruh untuk menunaikan zakat. Ia untuk membersihkan harta kita tu.

Kita tidak 100% perform dalam kerjaya kita. Even dalam kajian, secara puratanya pekerja mengambil masa 45 minit sehari untuk bermain facebook di tempat kerja. Kita tidak dibayar untuk bermain facebook, tapi masa yang kita luangkan tu, tetap juga dibayar dan dibayar full dalam gaji. Secara jelas, duit itu tidak berkat untuk kita. Sama juga jika kita lewat ke tempat kerja tapi masih dibayar secara penuh. Perkara-perkara seperti itulah yang menyebabkan duit yang tidak "berkat" itu seringkali akan berpisah dengan kita. Sebab duit tu bukan dibayar atas kerja kita.

Keikhlasan juga menjadi percambahan rezeki juga. Kita perlu perlu ikhlas serta seronok dengan kerja kita supaya aura positive boleh membuka lagi pintu rezeki. Bayangkan kalau dah pergi kerja lepas tu cakap "malas betullah nak kerja". Secara automatiknya, kita sendiri nak tolak rezeki yang datang bersama kerja yang kita buat. In fact, macam aku pun selain blogging, bekerja juga di syarikat swasta dan kerap tidak bersama dengan keluarga kerana kerja shift. Aku akui ia bukanlah sesuatu yang menyenangkan tetapi terpaksa akur bahawa dengan kerja inilah ia dapat membantu dalam menaikkan ekonomi keluarga, mampu bayar nafkah dan jalankan tanggungjawab dengan betul. Ia satu pengorbanan yang harus di ambil. Ia perkara normal untuk terasa berat sangat untuk pergi kerja. Tapi mungkin bila berfikiran, "aku buat ni demi keluarga, demi diri sendiri, anak-anak, ibubapa serta perancangan masa depan" kita akan dapati bahawa kerja yang kita ada inilah yang sebenarnya menolong kita dalam hidup selama ini.

Dalam Islam, kita di disuruh untuk redha terhadap Qada' dan Qadar. Apa yang berlaku dalam hidup kita ini ada hikmahnya. Ia bukan salah Allah yang tentukan tetapi diri sendiri juga. Jangan salahkan Allah jika duit habis cepat sebab rumah kena masuk pencuri sebab selalu ponteng kerja. Jangan salahkan Allah jika duit tak tahu habis di mana sebab kita tak tolong sedekah kepada anak-anak yatim. Jangan salahkan Allah jika pintu rezeki asyik tertutup sebab kita sendiri bangun tidur dan terasa malas bekerja.

Tak perlu nak marah. Tak perlu nak membentak. Redhalah kerana ia terjadi kerana kekhilafan kita. Itulah sebabnya juga bila kita bersedekah, rezeki kita bercambah. Supaya kita dapat menolong lagi orang yang perlukan pertolongan. Dan bila kita sebagai manusia tolong menolong antara satu sama lain, kominiti juga akan menjadi lebih kuat dan bersatu. Nampak tak bagaimana indahnya perancangan Allah ini?

So, bila kita terasa rezeki sedikit, percayalah, itu sebenarnya nilai yang berpatutan dengan apa yang kita buat. Seterusnya jadikan ia semangat untuk berusaha lagi untuk perbaikinya. Syukurlah dengan apa yang kita dapat kerana ia satu pemberian Allah.

Semoga ia menjadi pedoman dalam diri termasuk aku sekali.

p/s: With great power, comes great responsibility.


25 February 2013

Libur: Dinner at The Ship, Kampung Baru


Kepada anda yang ingin makan dalam suasana chill dan cozy, aku rekomen kan korang makan di The Ship yang terletak di Kampung Baru. Hari tu aku pergi di sana untuk dinner bersama isteri serta 2 member aku yang bakal berkahwin (mereka sudah pun berkahwin kini). Aku dapati restoren ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Restoren ini terletak di kawasan lorong yang berdekatan jalan menuju ke Chow Kit. Agak pening nak carik juga kalau first timer tapi semua penat lelah mencari itu akan hilang bila tiba di sana.



Bila korang masuk je restoren itu, korang akan rasa suasana unik di mana terdapat pelbagai replika simbolik kepada kapal di sana. Terdapat kolam ikan di bawah kepala bot yang dijadikan tempat cashier serta terdapat jetty-jetty kecil yang disediakan menjadi station menjamu selera. Terdapat meja dan kerusi yang standard dan ada juga meja kecil yang anda boleh duduk bersila sambil makan. Semua mengikut keselesaan anda.


Di sini menu istimewanya adalah western. Terdapat pelbagai range makanan western yang anda boleh nikmati dari chicken chop sehinggalah lamb chop. Ia juga ada didatangi dengan combo serta pakej yang menarik. Harga juadah di sini sangat berpatutan dengan hospitaliti yang disediakan. Makanannya pun enak sekali.

Salah satu tarikan juga di sini adalah terdapat ahli muzik yang membuat persembahan live di sana bagi membangkitkan lagi suasana relaks dengan lagu-lagu yang menenangkan. Time kami makanan di sana, kami sempat juga upah brader yang main gitar tu, untuk mainkan lagu di station makan kami. Best dan chill. So, andai korang terasa ingin menukar suasana dan relaks makan sekali sekala, why not try The Ship ni? Berbaloi-baloi.









Lokasi: The Ship Restaurant

p/s: 4/5 bintang.

24 February 2013

Buses And Trains (Cover)


Hye all. Well, kali ni aku tak compose lagu ni. Ini merupakan cover song daripada original track daripada Bachelor Girl. Lagu ni famous waktu awal-awal tahun 2000 dulu dan bila dengar lagu ni balik, teringat zaman-zaman remaja aku dulu. Hehe. Aku ada juga tukar sikit-sikit lirik dia. Tapi the originality of the song is still there. Well, anyway, aku harap korang suka. Enjoy!




Buses And Trains (Cover)

Hey mom,
Why didn't tell me?
Why didn't you teach me a thing or two?
You just let me go, out into the world.
You never thought to share what you knew.

So I walked under a bus,
I got hit by a train.
Keep falling in love, which is kind of the same.
I sink at the sea, crashed my car, go insane.
And I felt so good, I wanna do it again.

Hey mom,
Why didn't you warn me?
B'cause about girls that is something I should have known,
They're like chocolate cake, like cigarette,
I know they bad for me but I just can't leave them alone.

So I walked under a bus,
I got hit by a train.
Keep falling in love, which is kind of the same.
I sank at the sea, crashed my car, go insane.
And I felt so good, I wanna do it again.

And I walked under a bus,
I got hit by a train.
And I felt so good, I wanna do it again.

I wanna do it again,
I wanna do it again.
Oh.. felt so good.

Hey mom,
Since we're talking.
What is it like when you're young?
How's the world changed? Or it's still the same?
A girl a kill and still would be a sweetest thing.

I walked under a bus,
I got hit by a train.
Keep falling in love, which is kind of the same.
I sink at the sea, crashed my car, go insane.
And I felt so good, I wanna do it again.

So I walked under a bus,
I got hit by a train.
Keep falling in love, which is kind of the same.
I sink at the sea, crashed my car, go insane.
And I felt so good, I wanna do it again.

So I walked under a bus,
I got hit by a train.
And I felt so good, I wanna do it again.

21 February 2013

Profession.. Profession... Nice Career?

Dalam hati aku ni, memang terasa nak sambung study balik setelah beberapa tahun tinggalkan buku. Yup. Bukan saja ia akan menambahkan satu lagi sijil yang baik dalam resume aku, tapi ia juga Inshallah akan mantapkan lagi ilmu pengetahuan aku serta percambahan mobiliti hidup aku. So, dengan aku yang masih ada komitmen terhadap family serta kerja, aku fikir pengajian jarak jauh atau separuh masa menjadi pilihan yang baik. Dalam-dalam aku browse internet carik jurusan yang aku berminat, aku ternampak gambar-gambar snapshot daripada berita luar negara yang aku rasa agak lucu. Agak-agak korang la kan, apa jenis jurusan yang diorang ni ambil untuk dapat profession yang diorang title kan tu?













p/s: Pornography historian yang tak boleh blah tu. Ada ye karier macam tu?


17 February 2013

Pelakon Legend Kuswadinata Meninggal Dunia


This is a quick post my fellow friends. Well, actually this legend merupakan salah seorang pelakon yang aku minati sejak kecil lagi. Dengan gaya yang bersahaja dan slightly uptight, beliau kerap dijadikan watak-watak orang-orang besar, korporat dan tak dilupakan, watak Raja.

Dulu aku ingat lagi waktu kecik dulu, aku mesti duduk depan tv untuk tengok drama Pendekar yang berkumandang di channel TV1 yang memaparkan kisah sejarah Hang Jebat dan sebagainya dimana beliau menjadi seorang Raja yang tegas. Ia ibarat baru semalam je berlaku. Tak sedar betapa masa sudah lama berjalan dan kini aku seorang dewasa.

Arwah Kuswadinata sudah meninggalkan kita semua petang semalam setelah berjuang menentang penyakit kanser usus yang dihadapi. Hilanglah seorang lagi bintang dalam industri hiburan tanah air kita. Al-Fatihah.

p/s: Cepatnya masa berlalu.


13 February 2013

Kufaz - Jatuh

Elo... Apa khabar semua? Ok.. this is just another song yang aku compose sesaje je sebab tersangat bosan dan edit sket pakai Garageband dan Virtual DJ. Sound maybe bukan remastered tapi well, I don't give a crap. Haha. This song is actually based on a situation where sometimes, we will face the downfall of ourselves dan ketika itu kita seems lost. Kita akan terlupa betapa hebatnya diri kita yang sebenarnya dan sering menyalahkan sesiapa kecuali diri kita yang tidak bangkit. Well anyway, aku harap korang suka. Enjoy!





Title: Jatuh
Lyrics & Song: Kufaz

Kita bahagia,
Ada masanya,
Ke tanah jua sungkurnya.
Bila bersedih, janganlah lupa...
Hujan tidak selamanya.
Pelangi pasti akan tiba.

Hidup umpama roda,
Tiada yang akan sempurna,
Teguhlah... hatimu selalu.

Jangan kau percaya, semua dusta.
Yang bisa hancur hati ini...
Beringat selalu.
Jangan kau persia, bahagia yang ada,
Walau ia cuma sementara...
Pedoman hidup selamanya.

Kita mudah, lupa asalnya.
Diri kita yang sebenar.
Setiap luka, ada ubatnya...
Kau pasti akan mekar jua.
Jangan kau berputus asa.

09 February 2013

Mean Tweets!


Kat luar sana terdapat berjuta-juta pengguna Twitter yang jadikan laman sosial itu sebagai medium menyampaikan luahan atau pendapat terhadap apa-apa sekali pun. Artis juga mempunyai Twitter dan mereka gunakannya bagi tujuan info terkini serta agenda atau event yang seterusnya. Pengguna Twitter juga sampaikan tweets yang baik dan juga buruk terhadap artis-artis.

Bagaimana pula jika artis itu sendiri yang baca tweets itu?

Enjoy!

Mean Tweets #1



Mean Tweets #2


Mean Tweets #3

p/s: Their expression...priceless..

05 February 2013

Libur: Dinner At Sri Ayutthaya Restaurant Wangsa Maju


Sejak bermulanya tahun baru sehinggalah ke hari ini, hidup aku dipenuhi dengan makanan yang enak-enak belaka. Tak kira samaada di dalam rumah, mahupun di luar. Sampai aku terdetik, bilalah agaknya masa yang paling sesuai kalau nak start berdiet kalau tiap kali nak start adanya makanan yang sedap-sedap ni. Haha. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapat juga aku menjamu diri aku ni dengan happy.

Restoren Sri Ayutthaya yang aku jejaki bersama isteri aku ni terletak di Wangsa Maju. Ia betul-betul berada di seberang Carrefour Wangsa Maju dan tak jauh dari Wangsa Walk. Suasana restoren ini sangat-sangat chill dan cozy untuk relaks kan minda daripada penat lelah badan sambil thrill dengan juadah-juadah yang enak belaka.






Antara menu yang kami merasa adalah Tom Yam (of course!) serta lauk-lauk lain seperti kerabu udang, sayur kailan goreng serta ayam berkuah yang di masak dengan santan kelapa. Aku lupa nama-nama dishes ni dalam bahasa Thai, sebab amat panjang. Tapi yang pasti setiap satunya pun sedap bila di masak style Siam.

Selepas kenyang mentelaah nasi serta lauk-lauk tadi, kami minum air buah yang disediakan. Sangat fresh serta menenangkan. Sangat seronok. Bukan selalu dapat makan macam ni. Harganya pulak sangat berpatutan dengan kelas 4 bintang restoren ini. So, aku sarankan, kepada sesiapa yang suka masakan Thai dan ingin rasanya sesuatu yang sedap dari negara itu, visit Sri Ayutthaya ni. Berbaloi!

p/s: Lepas ni nak pergi lagi dan lagi dan lagi serta lagi.


04 February 2013

Laptop DELL For Sale!!


Haa... kepada korang yang tengah carik laptop untuk dibeli tu, meh apa kata korang tengok ni. Ada member aku ni dia nak jual laptop dia atas sebab yang tertentu dan menawarkan harga yang menarik mengikut spec yang terdapat pada laptop tu. Ye.. Jangan risau. Laptop tu dalam keadaan tip top dan tiada kerosakan. Memang agak smart dan cantik lagi.


Detail Laptop dan Spec:


Dell XPS L502X (used)

15.6" Full HD(1366 x 768) B+RGLED display with TrueLife™
Processor : Intel® Core™ i7-2630QM (2.00GHz,4Core/8Threads, turbo boost up to 2.93Ghz, 6Mcache)
Windows 7 Home Premium
Memory : 4GB DDR3 SDRAM
Hard Disk : 500GB 7200RPM SATA
Dell Backlit Keyboard
Graphic Card : NVIDIA® GeForce® GT 540M-2GB Intel HD Graphics
NVIDIA 3DTV Play technology
DVDROM : Dual layer DVD write capability
Wireless : Intel WiFi Link 6300 (802.11a/b/g/n)
Half Mini-card
Bluetooth : Bluetooth 2.1 EDR
Camera : Skype Certified HD Webcam 2MP
Connectivity : Two 3.0 USB ports and one shared eSATA/USB jack, HDMI, a nine-in-one flash memory card reader, ExpressCard slot
High-fidelity JBL speakers with Subwoofer and Waves MaxxAudio technology - First in The World
Comes with: Battery, power supply and software CDs.
Price: RM 2600+RM50 for Sonic Gear Tatoo Duo2 speaker (99% like new!)



Ye.. Harga tu still boleh nego lagi. Nice ni beb. Kalau terlambat tak dapat!

Sila contact tuan punya laptop ni dengan segera!
Syafiq - 0143387474

01 February 2013

Kufaz - Tanpa Duga


Hai folks... Selamat menyambut Hari Wilayah bagi penduduk KL. Dan semoga anda memanfaatkan cuti anda dengan baik ye. Hehe.

Ini merupakan antara lagu terbaru yang aku compose dan ia agak raw sikit. Vocal aku ke laut dan pitching sangat lari. Tapi aku tak kisah. Dah nama pun demo kan. So, hope you enjoy it!

Klik kat SINI untuk sesuatu yang boom.




Song & Lyrics: Kufaz

TANPA DUGA.

Gelap gempita,
Bintang tidak berseri.
Awan menari,
Tiada Sang Mentari.

Ilusi kini.. menjadi tak bererti,
Bagai terhenti,
Degup jantung ini.

Sudahkah kita bersedia terima jemputan oleh-Nya?
Yang mungkin tidak kita sedari.
Tiba-tiba.... tanpa kita duga.
Pabila tiba masanya tiada yang dapat menghalangnya.
Tinggallah kita berseorangan.
Menyesali... dosa dimiliki.

Tak bisa kita lari,
Tak bisa menghalang.
Segalanya.. ia ketentuan-Nya.

Sudahkah kita bersedia terima jemputan oleh-Nya?
Yang mungkin tidak kita sedari.
Tiba-tiba.... tanpa kita duga.
Pabila tiba masanya tiada yang dapat menghalangnya.
Tinggallah kita berseorangan.
Menyesali... dosa dimiliki.
Menyesali... dosa dimiliki.

Simpan semua, kisah bangga di dunia.
Tak mungkin di sanjung.
Di dalam syurga.

Let's Interact!

me>