30 April 2012

Reggae (Final Part): Rastafari Movement


Salam dan selamat kembali ke short documentary mengenai reggae yang julung-julung kalinya di buat di The Kufazuke Show. Part last ini lebih kepada serba sedikit ilmiah mengenai reggae dan culture rastafari yang orang semua tertanya-tanya kenapa mereka-mereka ni suka berimej begitu dan apa sebenarnya rastari itu sendiri. Ye la kan, daripada korang duk membahan golongan pengikut reggae tanpa usul periksa, why not korang selami sendiri culture rastafari ini supaya boleh bukakan sikit pandangan korang mengenai mereka.

Kalau nak diikutkan terlalu banyak yang terdapat dalam movement ini yang hendak dikupas, dan aku pasti kalau aku pecahkan satu-satu pun belum tentu korang akan faham even sepatah haram. So, aku cuba untuk terang secara ringkas dan mudah difahami. Oleh sebab aku ni not really into the reggae atau seorang rastafarian, namun aku telah pun baca serba sedikit mengenai mereka dan harap sangat andai aku ada tersalah info ke, tersalah term ke atau apa-apa pun, silalah ye berkongsi bersama di ruangan komen di bawah. Jangan jadi silent reader je... let's your opinion fly here too..

Movement rastafari atau lebih dikenali sebagai "Rasta" ni starts from 1930 lagi di Jamaica. Ada yang cakap ia merupakan salah satu agama, dan ada yang cakap ia bukan agama tetapi salah satu style hidup. Dan bila kita bercakap mengenai culture, sudah tentu ia melibatkan pegangan dan fahaman yang tersendiri. Secara am nya, Rasta ini merupakan penganut "monotheist" iaitu mempercayai satu Tuhan. Dan untuk Jamaica, fahaman ini diselarikan dengan agama Christian di mana mereka juga mempercayai Jesus dan kitab-kitab agama Kristian. Dan tuhan yang mereka percaya itu mereka gelarkan sebagai "Jah". Still percaya pada the Holy Trinity iaitu Father, Son and The Holy Spirit, mereka menganggap "Jah" merupakan kelahiran semula Jesus. Mereka percaya pada hak sama rata tak kira lelaki atau perempuan. So, that's why mereka menggunakan ayat "saya dan saya" (I and I) instead "kami" (We) kerana mempertengahkan lagi simbolik hak sama rata mereka antara sejagat dan unity bersatu mereka sebagai orang yang sama. Haile Salassie merupakan salah seorang raja yang memerintah Ethiopia dari tahun 1930 - 1974. Beliau dianggap sebagai Jah dikalangan Rastafarian (dianggap sebagai kelahiran semula pesuruh tuhan) dan menganggap beliau adalah orang yang paling layak untuk membina syurga di dunia ini (Zion) mengikut panduan kitab-kitab kepercayaan rastafari.


Dari segi penggunaan cannabis di kalangan penganut rastafari, ia merupakan satu element wajib dalam anutan life style rastafari ini. Penggunaan ganja, marijuana dan sebagainya adalah untuk tujuan "penyatuan dan pendekatan diri" kepada Tuhan mereka. Aktiviti ini digelar "The Healing Of Nation" di dalam kitab mereka dan digunakan untuk menonjolkan nilai sebenar dalam diri dan untuk "melihat" tuhan mereka. Menurut mereka, pengharaman penggunaan substance-substance ini merupakan bukti bahawa penentangan dunia terhadap gerakan mereka berleluasa dan menganggap bahawa dunia mahu control minda kita supaya tidak melihat kebenaran yang sebenar. Bahan-bahan ini dikatakan bukan bertujuan untuk enjoyment semata tetapi lebih kepada spiritual. Dan mereka menguatkan lagi hujah mereka dengan berpandukan ayat-ayat yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka.

Tadi aku ada state kan bahawa Rastafarian menganggap Raja Haile sebagai orang yang paling layak membentuk "Zion" kan? Well, apa itu Zion di kaca mata mereka? Ok, dalam fahaman mereka, Zion merupakan "syurga" mereka. Jadi untuk sempurnakan misi ini, mereka menolak society Barat yang menekankan perbezaan mobiliti kehidupan sejagat. Sure la kan, sebab fahaman mereka menitik beratkan hak sama rata antara semua manusia. Mereka tidak suka adanya tindas menindas berlaku kerana manusia semuanya sama. Rastafarian mengelarkan tempat society barat ini sebagai "Babylon", sebuah tempat society dan system yang corrupted. Rastafarian juga menganggap mereka merupakan golongan sebenar "The Children Of Israel" dengan mencari connection between Ethiopia dan Israel. Mereka memperkenalkan "Lion Of Judah" yang terdapat di jata negara mereka. (Refer lagu Bob Marley "Zion Train").

Dreadlocks. Fesyen rambut yang korang tengok mereka pakai adalah punyai maksud dan sebab-sebab yang tertentu. Ia bukan sekadar fesyen sahaja. Rastafarian merujuk dalam kitab-kitab mereka bahawa rambut merupakan satu aset paling penting untuk manusia. Ia adalah mahkota. Jadi, menurut kitab mereka, rambut perlu dibiarkan panjang secara semulajadi dan hanya perlu dibersihkan dengan air. Kesabaran dalam menanti rambut itu panjang dan lock, adalah satu journey spiritual yang install diri mereka dengan nilai-nilai suci rastafari. Dan rambut itu juga digayakan seperti rambut singa "The Lion of Judah" tadi. Bagi mereka, sikat, gunting dan pisau merupakan alat-alat yang dicipta oleh orang-orang babylon untuk menyesatkan mereka daripada bersatu. Jadi dengan mengenakan dreadlock, mereka semua bersatu dalam perjuangan yang sama. Perjuangan dalam menolak penindasan terhadap manusia.

Warna rasmi Rastafarian ini adalah merah, hijau dan emas. Warna-warna tersebut adalah warna kepada bendera Ethiopia untuk menunjukan kesetiaan mereka terhadap Raja Haile Salassie. Warna merah melambangkan "darah perjuang", hijau "tumbuhan di tanah air mereka" dan emas pula, "kekayaan negara mereka".


Ok la.. aku rasa maybe cukup kot apa aku tulis just untuk sekali imbas dan serba sikit info mengenai movement ini. So, aku bagi sepenuhnya akal fikiran korang sendiri untuk menilai gerakan ini yang terdapat dalam unsur culture reggae ini. Bagi aku, ia tidak kira apa jua pendirian korang, ia adalah hak individu. Adalah sebab musabab sendiri dalam perjuangkan apa yang korang rasa betul dan tidak. Anyway, banyak lagi yang aku tak kupas kat sini sebab aku tau, ia sangat subjektif dan perkongsian pendapat jugalah yang terbaik untuk membuka mata kita masing-masing. So, mari-mari berkongsi ilmu dan pandangan dalam ruangan komen kat bawah ni. Aku amat menghargainya.

quicky: Thanks to Malaysian Reggae Community kerana meletakan The Kufazuke Show sebagai blog list mereka di sana. So, aku cadangkan dan sarankan sangat-sangat korang pergi ke laman web mereka DI SINI dan support perjuangan mereka dan let's make their big concert event a lagendary one!




p/s: We fight for our causes!



Golden Age Of Music: 60's Love Tune


Seperti yang kita tau, lagu-lagu yang dibawa pada zaman 60an sangat-sangat puitis dan memberi kesan yang mendalam terhadap pendengar dan culture muzik itu sendiri. Kali ni aku nak bawak korang semua selami erti sebenar lagu cinta yang dibawa pada era 60an supaya korang dapat nilai sendiri kualiti dan kejituan dalam kesenian lagu-lagu itu dan sedar betapa kita semua dah di basuh oleh arus perdana yang bertuankan sifat tamak terhadap duit dan glamour.

So, harap korang enjoy dengan lagu-lagu favourite yang aku pick untuk entry kali ni.


Otis Redding - The Glory Of Love (1967)

The Righteous Brothers - Unchained Melody (1965)


The Beatles - In My Life (1965)


Percy Sledge - When A Man Love A Woman (1966)


The Temptations - My Girl


p/s: Sometimes I just feel that I was born at the wrong era of music.




29 April 2012

Segmen Baru : Libur

Yeah... Seperti yang aku telah umumkan di facebook fan page The Kufazuke Show, aku akan perkenalkan segmen terbaru untuk channel ini iaitu "Libur". Dalam segmen ni aku khaskan kepada peminat-peminat atau traveler yang suka jalan-jalan dan bercuti untuk berkongsi pendapat dan dapatkan info tentang tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Nak-nak tahun ni aku banyak pulak plan jalan-jalan so why not kita semua berkongsi minat kan?

So, nantikan first entry aku tentang tempat yang aku berlibur, semoga anda semua terhibur.


p/s: baru balik bercuti.... penat nak post apa-apa.. huhu

26 April 2012

Golden Age Of Music: Melodic Hardcore

Aku pelik la.. kadang-kadang naik jelak tengok budak-budak sekarang, bajet pakai celak, jeans ketat, rambut pacak-pacak, bibir lipstick hitam bau tengik dah ingat diri tu hardcore sangat. Nak-nak rantai sampai ke lantai dengan subang macam lembu nya. WTF? Maybe la kebanyakkan mereka ni poser yang baru dengar lagu keras yang modern-modern dah rasa cool... oii adik oii.. meh sini kita dengar album-album yang  pure melodic hardcore.





Bullet For My Valentine - The Poison


In Flames - Whoracle


Trivium - Ember to Inferno


Slipknot - Slipknot (Self Title)


Sepultura - Beneath The Remains

Album-album ni merupakan antara album dalam koleksi aku, yang aku rasa patut di re-releasekan... Baru orang headbanging dengan cara yang betul... haha..

quicky: yes.. please do click this link (The Kufazuke Show - Up Battle!) and vote for this channel! May The Kufazuke Show will win the Digi WWWOW Internet For All Awards in "Most Inspiring Internet For Good" category. Thank you!


p/s: Banyak lagi sebenarnya album-album macam ni dalam store aku rupanya.. siot lama tak dengar...

Kenapa Kita Perlu Cari Seseorang Yang Minat Bola Sepak

Haa... terkejut kan? Tetiba pulak aku post entry dalam kategori sukan ni kan? Selalunya muzik je. Well, actually kalau korang perasan, dekat atas tu ada box kategori "Sukan", korang je yang tak klik. Haha! Ye la kan, asyik-asyik muzik je, so, apa kata untuk entry kali ni kita bersantai pulak dengan trivia ni. Nak-nak pulak team aku, Chelsea berjaya melangkah ke final Champions League. (Haha.. sorry Barca fans)

Ok, bila dicakap pasal football fans ni, aku tak maksudkan yang sekadar fan je, ini yang betul-betul die hard punya. Yang menangis kalau team kalah and stick pada team tu rain or shine. Ala, jenis-jenis orang yang korang rasa ntah apa-apa tu.

Kenapa Kita Perlu Cari Seseorang Yang Minat Bola Sepak

1. Setia
Golongan-golongan ni adalah jenis yang sangat setia. Tidak kira la team diorang kalah ke menang ke, diorang tetap stick dengan team diorang. Oleh sebab setia, kadang-kadang game bola yang start pukul 3 - 4 pagi pun diorang sanggup bersekang mata demi tidak terlepas game tersebut. Kalau kalah, nak-nak pulak game yang penting, fan-fan ni pasti akan emotional. Kadang-kadang sampai berderai air mata.













2. Berdiri teguh dengan prinsip sendiri
Andai kata team diorang kalah, surely ramai fan-fan team yang lain akan start menganjing diorang. Malah ada yang cuba meracun untuk join dan support team yang lain. Adakah diorang ni akan termakan dengan ajakan mereka tu? Tidak. Golongan ni sangat setia dan berdiri teguh atas team diorang. Silap-silap diorang akan menempelak dan berdebat lagi defend kredibiliti dan maruah team diorang ni.















3. Menitik berat
Andai permainan di atas padang tidak cukup, mereka akan dapatkan pulak info mengenai team mereka di sumber-sumber yang lain. Mereka akan check out transfer news, tactical views, injury list, transfer prediction dan sebagainya. In fact, setiap inch of history pada team kesayangan mereka pun mereka akan ingat. Info-info ini la yang menjadi senjata mereka dalam berdebat dengan fan-fan dari team yang lain.














4. Semangat setiakawan
Ye, dengan kemudahan dan keselesaan yang ada, lebih senang kalau tengok bola di rumah sahaja. Tapi bagi mereka tidak, kepuasan dalam support team mereka adalah bila tonton game bola bersama-sama rakan seperjuangan yang lain. Mereka akan bersorak bersama, ketawa bersama dan menangis pun bersama. Nak-nak dalam menyokong team diorang, mereka semua akan nyanyi lagu tema team kesayangan bersama-sama jugak. So, networking antara mereka ni agak kuat.














5. Berpendirian
Seperti no.2, golongan ini mempunyai pendirian yang kuat tentang team mereka. Mereka tetap akan stick walau macam mana teruk season itu. Even kalau team mereka berada di tempat tercorot pun, mereka still membanjiri stadium atau mapley untuk menonton game team kesayangan mereka.











6. Aktif bersukan
Kebanyakan peminat-peminat sukan ni of course la minat bersukan juga. Sebab mereka punyai idola masing-masing. Ada yang nak jadi Messi, Ronaldo dan Safee Sali. So, dengan bersukan, mereka akan sentiasa aktif. Dan dengan tubuh badan yang sihat, mereka ni lebih pintar.















Itu adalah serba sedikit kualiti yang ada pada peminat bola sepak. Cuba bayangkan satu hari nanti mereka berjumpa dengan pasangan mereka. Kualiti-kualiti baik ini akan ditonjolkan kepada pasangan mereka pula nanti. So, I guess tak rugi andai anda (yang masih mencari-cari jodoh) cari peminat-peminat bola. Mungkin la ada yang cakap, "nanti sebab bola sanggup tinggal anak dan bini kat rumah". Tak jugak sebenarnya, sebab di atas sikap setia yang sedia ada pada diri peminat bola, mereka akan menilai lebih baik mengenai kepentingan antara isteri, suami, anak atau bola. Ah, senang cerita anda ikut saja dia pergi tengok bola. :)

So macam aku, team kesayangan aku will always be Chelsea FC, so aku follow Malaysian Blues Army dan Kampung Chelsea dan lain-lain sumber for updates, info or even events. Anda bagaimana? Kalau takde lagi team, cepat-cepat pick ye.. :) (Senang cerita, sokong je Chelsea... Chelsea mantap!)

quicky: yes.. please do click this link (The Kufazuke Show - Up Battle!) and vote for this channel! May The Kufazuke Show will win the Digi WWWOW Internet For All Awards in "Most Inspiring Internet For Good" category. Thank you!




p/s: We're going to the finals... Woohoo!

25 April 2012

Golden Age of Music: Heavy Metal

Hai semua.. kali ni bawah segmen Golden Age of Music, aku akan bagi korang dengar band-band yang pelopori genre keras ni dahulu sebelum ia menjadi basi pada masa sekarang. Band-band ni telah buka ruang terdapat alunan keras namun sangat efektif dalam luahan rasa dan perasaan melalui lirik-lirik lagu yang provokatif, sinis dan direct. Moga korang semua headbanging bro!







Metallica - Black Album (Full Album)


Megadeth - Rust In Peace (Full Album)


Iron Maiden - The Number Of The Beast (Full Album)


Dream Theater - Images And Words (Full Album)


Nightwish - Oceanborn (Full Album)

There you go... actually banyak lagi album-album klasik dan pure passion heavy metal yang ada di luar sana.. ini just a few yang aku rasa tak patut dilupakan. It's a great time we had back in the days, but now... it seems that everything changes to worst...

quicky: yes.. please do click this link (The Kufazuke Show - Up Battle!) and vote for this channel! May The Kufazuke Show will win the Digi WWWOW Internet For All Awards in "Most Inspiring Internet For Good" category. Thank you!

p/s: It's ok if you want to scream through these songs... It helps releasing your stress!

DiGi WWWOW Internet For All Awards : The Kufazuke Show


Kepada pembaca-pembaca yang budiman... terima kasih aku ucapkan ke atas sokongan korang terhadap The Kufazuke Show ini. Terima kasih kepada yang sudi luangkan masa dan baca info serba sedikit yang aku mampu bagi. Terima kasih juga kepada korang yang tinggalkan komen dan pendapat masing-masing. Even walaupun buat masa sekarang bilangan sedikit, tapi aku tetap berterima kasih juga yang join vote poll yang aku letak di channel ini...

Tahun ini, The Kufazuke Show akan mencuba nasib dalam Digi WWWOW Internet For All dalam kategori "Most Inspiring Internet For Good" Awards". Di harap korang dapat meluangkan masa korang untuk klik di link ni :

http://www.wwwow.my/display_entry.aspx?ID=f178c89a-8227-429c-b978-4a3e5ce43283&lang=BM

atau klik di icon / banner yang aku letak di atas "Channel Views" di sebelah kanan ni dan vote untuk channel ini.
Segala undian korang pihak admin The Kufazuke Show dahulukan dengan ribuan terima kasih.

Come on guys, let's show some love !
And from there and then, we'll rock this world!

Terima kasih,

Kufazuke
Editor,
The Kufazuke Show


p/s: Thanks for your support towards The Kufazuke Show... salut!

24 April 2012

Underground Vs Mainstream



Dalam muzik, underground dan mainstream merupakan dua cabang yang berbeza walaupun tujuan akhirnya sama. Di Malaysia, muzik underground tidaklah sehebat muzik-muzik aliran mainstream. Malah hanya golongan yang betul-betul mengikuti arus culture tertentu yang didedahkan kepada arus underground. Jadi, bolehlah juga andai dikatakan underground ni, disupport oleh minoriti. Maybe la kan, the best way nak describe perbezaan antara dua arus ini adalah, kebebasan.

Perkataan underground ni bukan untuk muzik sahaja, malah ia digunakan dalam pelbagai aspek seperti gerakan penentang, seni, politik dan sebagainya. Tapi dalam konteks muzik dan culture muzik, ia merujuk kepada kebebasan berkarya tanpa ada sekatan. Aliran mainstream pula merupakan aliran yang lebih terbuka dan terdapat formaliti yang harus diikut. Ia boleh dikatakan sebagai satu arus yang lebih open atau lubuk duit.

Tapi la kan, aku tak tau dengan korang macam mana tapi bagi aku arus mainstream sekarang semakin pudar menyajikan karya-karya yang unggul seperti masa-masa lalu. Dan definisi underground kini lebih sukar didefinisikan sebab perkembangan teknologi-teknologi dan cabang yang mudah seperti, internet, lama sosial dan sebagainya.


Zaman dulu, sebelum adanya laman sosial di internet ni, we fight for our music to be heard. Kita pergi kedai-kedai muzik untuk tengok flyers for up coming gig, beli zine untuk tengok perkembangan muzik underground, even beli demo tape daripada band-band untuk dengar karya-karya yang baru. Masa tu, muzik sangat best sebab kita sering didedahkan kepada material-material baru, nak-nak pulak benda-benda macam ni memang sangat-sangat susah untuk dicari. Tapi kini tak lagi... kita lebih mudah post karya-karya kita di ruang facebook atau mana-mana lama sosial lain. Dengan sekali klik atau search di internet, kita tak perlu keluar untuk pergi kedai muzik lagi. In fact, boleh dikatakan, orang sekarang download muzik je... mana ada beli cd-cd ni. Ada pro dan contra nya terhadap perkembangan ni.

Tak dinafikan, kita perlu berdiri di dunia yang nyata. Sekarang everything is money. Walau macam mana passion pun korang terhadap muzik, money tetap vital untuk bantu korang melangkah dengan lebih jauh. Hidup mesti mau ada wang brader.... That's why ramai pemuzik atau penggiat seni underground eventually akan masuk ke dalam aliran mainstream jugak. Aku bukan nak condamn secara total kepada aliran mainstream ni. It's going to be unfair sebab rata-rata band yang aku dengar secara local dan luar negara boleh dikatakan banyak berada dalam aliran mainstream. Tapi why is it sound so bad bila bercakap pasal mainstream?

Sebab, ketamakan terhadap wang dan glamour yang melampau. Sehingga bagi aku, muzik sekarang dilacurkan atas nama kepentingan duit dan market di luar sana. Untuk mengikut trend serta market sekarang, para pemuzik tidak lagi bebas dalam berkarya kerana mesti patuh dan ikut pada kehendak pihak rakaman dan agen masing-masing bagi memenuhi kehendak telinga-telinga yang tidak dapat membezakan antara permata dan kaca. That's why la pemuzik luar negara yang ingin buat konsert di Malaysia seringkali gagal datang kerana disekat oleh pihak yang saya tak nak sebut di sini. Sebab menyampah.


Berbeza dengan di luar negara, pemuzik sana disupport secara total. That's why kita boleh dengar aliran mainstream diorang sangat vibrant dengan genre yang pelbagai. Bukan setakat yang stereotype sahaja. Dan diorang tak menyekat kebebasan berkarya sehingga mereka dapat menghasilkan sesuatu yang fresh, vital dan lagendary. Kebebasan ni berikan mereka satu ruang yang lebih besar dalam mengukuhkan cengkaman mereka di persada antarabangsa. Di Malaysia pulak, kita asyik-asyik dikatakan tu tak boleh, ini tak boleh, tu tak sopan, ini tak menggambarkan ketimuran dan sebagainya. Sehinggakan kita terpaksa menzalimi anugerah kreativiti yang diberi oleh Tuhan just untuk memenuhi kehendak market yang sedikit dan ntah apa-apa.

So, macam mana kita nak maju dalam hal ni? Andai kita terperuk dalam underground, ye, kita dapat kebebasan dalam berkarya, tapi sejauh mana pulak kita akan berada? Siapa yang akan mengenali kita? Dan andai kita masuk aliran mainstream pulak, sanggupkah kita menjadi orang yang lain daripada keaslian yang ada dalam diri? Tu la sebab nya internet juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan muzik even untuk underground. Kini tak perlu lagi nak bagi test dengar pada tauke kedai untuk pasarkan demo. Kat internet je dah boleh. Kat Youtube je dah boleh tengok mereka semua. Dan kalau bernasib baik, ada la record label yang ingin bawak di bawah naungan mereka. Tapi yang tak bestnya, ada jugak sampah-sampah yang terhasil daripada kemudahan yang disediakan oleh internet ni. Ramai pulak orang-orang yang gila glamour nak naik jadik artis.

So apa pendapat korang mengenai hal ni? Adakah kita perlu melonggarkan syarat berkarya demi pengembangan kreativiti yang asli dan jitu?

p/s: Suka lagu "Daulat Tuanku" by Butterfingers... yang berani langgar dan mencabar formaliti istana dalam aliran mainstream... main pangkah je even dalam benda sensitif.. hope to hear songs like that more often here in Malaysia.







23 April 2012

Golden Age Of Music : Grunge

Seperti yang korang boleh baca from previous entry aku yang dulu-dulu, boleh dikatakan aku ni sangat kagum dan agungkan muzik-muzik yang membawa arus culture yang baru dan sememangnya merindui agar zaman-zaman golden age of muzik kembali lagi pada masa sekarang ni. Baru lah kita semua dapat menikmati alunan muzik-muzik yang betul-betul vital dan berkualiti berbanding sampah-sampah yang kita dengar sekarang.
Ye, oleh sebab aku rindu gila zaman-zaman kegemilangan muzik, jom layan dengan aku lagu-lagu dari album-album yang terbaik. Dan untuk entry kali ni, aku utarakan muzik genre rock yang berculturekan grunge dulu. Enjoy!


Soundgarden : Down On The Upside (Full Album)


Pearl Jam : Ten (Full Album)


Dinosaur Jr : Farm (Full Album)


Stone Temple Pilots : Purple (Full Album)

Nirvana : Bleach (Full Album)

Orait... aku rasa cukup kot untuk buat masa sekarang... aku harap bagi peminat dan pengikut grunge dulu, korang dapat mengimbau kembali nostalgia korang dengar material-material ni lagi dan buka mata betapa kita sebenarnya telah lama disajikan dengan muzik-muzik sampah yang buat kita buta tentang seni yang sebenar dalam karya muzik.

p/s: jom dengar sampai muntah.. hehe

Band: Radish


Band ini merupakan antara band yang aku minati sewaktu aku di bangku sekolah dulu. Maybe pada orang-orang sebaya aku atau yang pernah kenal band ni je yang tau pasal mereka ni. Nak-nak diorang pulak tak pernah muncul dengan album lain selepas album pertama mereka. So tak banyak sangat material yang kita boleh dengar daripada band ni.

Radish consist of:
Ben Kweller - Gitar / Vocal
John Kent - Bass
Bryan Blur - Drum

Radish mengelarkan genre muzik mereka sebagai "Sugar Metal" di mana mereka mengadun kombinasi alternative rock, sedikit unsur metal yang tidak berat serta pop yang segar. Dan tak salah juga kalau aku cakap mereka ni sedikit sebanyak tak padamkan unsur country sound mereka dalam lagu-lagu. Band yang ditubuhkan pada tahun 1993 ini bermula dengan bermain secara live di tanah kelahiran mereka di Greenville, dan mengeluarkan 2 demo yang berjudul "Dizzy" (1994) dan "Hello" (1995).


Eventhough mereka cuma muncul dengan satu album dan dua buah demo, tapi aku seronok dengar band ni kerana jarang ada band yang memberi nafas baru terhadap lagu-lagu rock yang bersifat fresh ni. Kalau korang dengar lagu single mereka iaitu "Little Pink Stars", korang akan dapat dengar penggunaan-penggunaan riff yang bersahaja dan simple tetapi tak memadamkan sifat semula jadi rock dalam melodi. Jika melodi itu merupakan sesuatu benda fizikal, ia boleh dikategori kan sebagai gula-gula mint. Aku tak tau macam mana aku boleh come out dengan perumpamaan tu tapi itu yang aku dapat rasa bila mendengar lagu-lagu dari Radish ini.

Track song yang aku saran korang dengar adalah :

Little Pink Stars, Failing and Leaving, Dear Aunt Artica dan My Guitar...

Try dengar dan korang akan dapati kemanisan dan perbezaannya.

p/s: Lagu-lagu Radish ni banyak berkisar tentang kehidupan yang selekeh... Tapi benar... :)



22 April 2012

COOLfm: Band Review: Poisonous Remedy


Poisonous Remedy.... atau direct translate kepada bahasa melayunya "Penawar beracun" membawa pelbagai erti dan maksud. Seperti kata pujangga Inggeris iaitu "Sometimes... everything good is bad for you". Itu just teori dan pendapat aku, pada band ini lain pulak maksudnya. Mereka berkata, Poisonous Remedy ini diambil atas maksud unsur positif dan negatif dalam kehidupan. Ia ibarat yin dan yang yang sinonim dengan sebatian antara dua unsur ini dalam melengkapkan satu kuasa yang besar. That's why kita dapat mendengar dan melihat tentang nilai-nilai kehidupan, pengalaman dan situasi menerusi lagu-lagu mereka.

Band ini yang bergenre kan muzik modern rock yang dicampur dengan element 80's rock telah mengeluarkan 2 buah single iaitu "Satu" dan "Lenyap" serta kini dalam pembikinan single ketiga mereka yang berjudul "Penghuni Syurga". Lagu-lagu ini dikatakan akan dimuatkan di dalam EP mereka yang sedang dalam proses rakaman itu.


Band ini consist of:
Ruru - Vocalist / Gitar
Kicap - Gitar
Sani - Gitar / Keyboard
Ayam - Bass
Din - Drum

Band ini ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Ayam dan Din. Mereka berdua merupakan ex-ahli band 6th in Line yang telah berpecah. Posisi vokal kemudiannya diisi dengan kehadiran Ruru yang direkemen oleh Din. Dan bagaikan chain event, Ruru mengajak pula rakan sepejabat beliau iaitu Kicap untuk mengisi posisi gitar. Mereka mula mengekperimentasi muzik mereka bersama dan akhirnya band ini lengkap dengan kemasukan Sani untuk mengisi posisi gitar dan keyboard untuk memantapkan lagi susunan melodi dan extra kick dalam susunan lagu mereka. Di atas pengaruh muzik yang berbeza di setiap anggota band ini, ia mula bercampur dan sebati menghasilkan irama Poisonous Remedy.


Setelah disearch mengenai band mereka di internet ni, aku telah dengar 2 lagu mereka iaitu Satu dan Lenyap. Aku ingin review tentang lagu single pertama mereka iaitu Satu. Ia merupakan sebuah lagu bertemakan cinta dengan susunan melodi yang baik. Dari segi vokal, aku rasa Ruru menjalankan satu kerja yang bagus kerana dapat didengar disitu suaranya harmonic dengan riff-riff dan rangka lagu tersebut. Gitar-gitar dan keyboard menjadi satu sebatian yang padu membuatkan lagu ini nampak hidup dan flow dengan lirik mereka yang bersifat kesedihan itu. Yang aku kagum dalam lagu ini adalah permainan dan sound drum yang sync dengan keyboard dan bass menjadi tulang belakang lagu ini. Pukulan drum pada awal lagu yang ala-ala bersahaja menyerlah element 80's yang menengahkan pukulan berbunyi bass menjadikan lagu ini kedengaran santai. Macam ala-ala Beach Boys bertemu OAG. Cuma komen aku pada lagu ini adalah energy vokal pada chorus lagi-lagi part last "Mungkin suatu...." selepas perubahan octave lagu ini, andai dinaikkan lagi akan lebih serlahkan seni lirik yang sememangnya bertujuan meluahkan perasaan. Dan, sedikit sebanyak lagu ini tampak berinfluencekan Nitrus dan Sofaz. Walaupun tak banyak, tetapi sedikit style terdapat di sana. Rata-rata aku bagi kudos dan thumbs up pada band ini yang ingin mengeksperimentasi genre mereka sendiri. Dan aku dapat rasa band ni andai diketengahkan, boleh pergi lebih jauh.


Andai korang nak mengenali band ini dengan lebih dekat, sila klik pada link-link di bawah ini:

http://www.reverbnation.com/poisonousremedy

http://www.facebook.com/pages/Poisonous-Remedy/254930831185423 - like pada fan page mereka di Facebook.


http://twitter.com/#!/poisonous_rem - Tweet kepada mereka!


Syabas Poisonous Remedy : 3.5 / 5






p/s: Lagu mereka boleh didengari di COOLfm... so stay tune kepada COOLfm.. rakan Ting Tong online anda di http://coolfmradiozone.blogspot.com






21 April 2012

COOLfm : Pengumuman Ringkas


First of all, pihak The Kufazuke Show dan COOLfm ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada band-band yang telah menghantar demo atau material-material anda kepada kepada radio COOLfm. Lagu-lagu anda semua telah dipasangkan menerusi segmen Free & Fresh Air Time Zone... atau bila-bila masa... suka hati la DJ ye...

Dengan ini, pihak The Kufazuke Show selaku blogger rasmi COOLfm yang kini bekerjasama dengan mereka dalam projek COOLfm ini dalam dua salur berbeza, ingin meminta kepada band-band yang baru di luar sana untuk menghantar material anda juga kepada The Kufazuke Show untuk tujuan review. Ada jugak yang sudah hantar material mereka kepada aku tapi tiada band profile dan apa-apa info lanjut mengenai band mereka. Even gambar pun takde.. So, ini menyukarkan pihak The Kufazuke Show untuk review. So silalah ye hantar band profile, mp3 dan apa saja mengenai band anda ke sini juga:

thekufazukeshow@gmail.com

Thanks for your support and tune in kepada COOLfm ye... rakan tingtong online anda!

p/s: Kalau korang bernasib baik, korang akan dengar berita nasional yang disediakan oleh pihak The Kufazuke Show dalam channel radio tersebut. :)


20 April 2012

Band: Taylor Hawkins and The Coattail Riders


Seperti band-band lain yang korang dapat baca dalam The Kufazuke Show, korang akan nampak yang aku memang sukakan sesuatu kelainan atau keunikan tersendiri dalam sesebuah band itu. Tidak kiralah dari segi penampilan ke, genre ke ataupun revolusi yang disampaikan. Band Taylor Hawkins and The Coattail Riders (THTCR) juga tidak terlepas dari pandangan aku.

Pada aku band ni unik kerana cuba main lain dari apa yang lazim kita kenali daripada mereka semua ni. Band ini ditubuhkan oleh drummer Foo Fighters iaitu Taylor Hawkins. Beliau yang dikenali dengan style pukulan drum yang catchy dan solid hit ni cuba menempa dan brand kan seni beliau sendiri yang lari sedikit daripada kelaziman Foo Fighters. Walaupun masih melekat dengan genre rock alternatif, tetapi band ini punyai kelainan dari segi riff-riff dan sound effect yang agak oldschool. Band ini juga consist of Chris Chaney (Bass) & Gannin Arnold (Guitar). Idea penubuhan band ini terjadi bila Taylor cuba rekod beberapa lagu di studio kawannya dan setelah brainstorm, akhirnya beliau merasakan adalah baik untuk menubuhkan sebuah band di mana Taylor sebagai vokal dan lihat sejauh mana ia boleh pergi.


Hasil daripada tu, pada tahun 2006, band ini release debut album mereka berjudul "Taylor Hawkins and The Coattail Riders". As a trivia, album ini dirakam pada tahun 2004, sebelum Foo Fighters mula merakam album "In Your Honor". Dan the latest album mereka di release kan pada tahun 2010 berjudul "Red Light Fever". Second album band ni best sebab tampil dengan pelbagai star lain seperti Brian May, Elliot Easton... even Dave Grohl jugak join untuk menjayakan album ni.. Begitu lah betapa supportnyer mereka sesama sendiri terhadap project yang dijalankan oleh member masing-masing. Even the second album ni, dirakamkan di studio Foo Fighters di Carlifornia.

p/s: Actually aku kagum yang Taylor Hawkins ni sebab dia bukan saja boleh main drum, tapi dia jugak boleh menyanyi... And beliau boleh jugak main drum sambil menyanyi... That's really cool..



The Real Russell Peters Live in Malaysia SOLD OUT!!


Ye, dengan dukacitanya aku mengumumkan bahawa aku tidak dapat pergi ke The Real Russell Peters gig yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 12 Mei 2012 nanti. Orang kata aku bakal terlepas one in a lifetime chance untuk berjumpa dengan stand up comedian favourite aku tu dan rugi sebab melepaskan peluang yang jarang-jarang dapat ni. Takpe la, nak buat macam mana? Bukan aku tak nak pergi, tapi kalau korang nak tau, tiket untuk ke gig itu sold out within 3 hours lepas di open for sale pada pukul 9:00am 18 April 2012!

Seriously, gila la sambutan yang beliau terima daripada peminat-peminatnya di Malaysia. Member aku siap gigit pen dan sudu sebab dia dah bangun pagi (satu benda yang tidak lazim bagi dia) dan terus duduk depan pc nak beli tiket secara online namun setelah berkali-kali cuba refresh selama 3 jam laman web tu, tetap website tu hang sebab traffic yang terlampau tinggi pada waktu tu. Tup tup, 3 jam lepas tu, "Ticket SOLD OUT"! Bengang ke tidak bengang itu?


Ada jugak aku dapat khabar dari member aku yang aku rasa macam tak patut sangat-sangat. Aku pada mulanya tak percaya dan hairan dengan khabar ni, so aku sendiri explore internet untuk lihat. Ada la beberapa pihak ni yang berjaya beli tiket gig tu banyak-banyak dan jual pada orang-orang yang desperate nakkan tiket tu. Kira diorang untung pada markup la..

At first aku rasa, yeah, what the hell la kan. Tapi lepas aku tengok tiket-tiket yang harga asal RM248 dia jual RM2000, terus aku tersembur air teh tarik yang aku minum time tu. Seriously? Tu baru tiket-tiket yang murah.. Yang mahal macam mana? Adoi.. Perangai diorang tu sangat loji kumbahan bagi aku.. Adoii.. Tapi takpe la.. Bagi aku, mungkin takde rezeki aku nak pergi tengok gamaknya.. Nanti-nanti aku capai je la DVD atau download show dia tu nanti.


P/s: Hei pihak-pihak yang aku kelaskan sebagai loji-loji kumbahan tadi, "Somebody really gonna get a hurt real bad"

19 April 2012

Video : Something Chill

Sorry folks... today I don't feel that well... kepala aku stok pening gila. Maybe sebab asyik terkena hujan je sejak dua menjak ni. Hidung and mata pun dah start berair dah.. Tapi tu tak stop kan aku daripada post something just to keep this channel going. So, here's what i have in store for you guys today.. Hope you like it..

Yuna performing "Live Your Life" at 
The Late Night Show with Conan O'brien.


Louise Armstrong - What a Wonderful World


Bob Marley - Buffalo Soldier


Michael Jackson - They Don't Really Care About Us

John Lennon - Give Peace A Chance

p/s: Kalau korang perasan kecuali video Yuna, keempat-empat video yang lain semuanya berkisarkan perjuangan... hayatilah... anyway, still berbangga dengan Yuna yang dapat perform at one of the best night show in the US.

18 April 2012

Reggae (Part 1): Pandangan Dari Kaca Mata

Sewaktu aku di zaman remaja dulu, aku join gerakan muzik underground yang mempunyai pelbagai warna serta ideologi-ideologi aliran tertentu. Aku cuba lihat setiap aliran dari sudut yang berbeza setiap satunya. Secara jujur, aku merupakan seorang pemberontak yang seringkali tidak puas hati terhadap pandangan atau mind set society yang menindas dan membeza-bezakan antara golongan lemah dan kuat dari segi attribute, pangkat, pendidikan dan level kehidupan. Aku mengikuti aliran grunge di mana aku mendapat channel yang betul untuk melepaskan rasa marah atau lebih faymous dikategorikan sebagai "teenage angst" aku terhadap semua ini.


Dari aliran bawah tanah ni juga aku mengenali reggae yang rata-rata dipelopori oleh golongan minoriti. Ya, kita kena akui bahawa aliran ini tidak diberi perhatian oleh masyarakat kerana liputan pengikut aliran ini ibarat tidak dipandang kerana mind set mereka bahawa reggae cuma muzik yang pernah dipopularkan oleh lagenda mereka, Bob Marley. Dan seperti pandangan-pandangan sisi dan tuduhan melulu terhadap aliran ini, mereka beranggapan reggae cuma satu trend yang hanya merosakan minda jika diikut. Bagi aku mereka ternyata salah. Pada pendapat aku, masyarakat sekarang sudah buta dari memandang sesuatu yang indah dengan sifat tamak mereka sendiri. Mereka cuma ingin melihat apa yang mereka ingin nampak dan singkirkan apa yang mereka rasa tidak berbaloi pada mereka.

Secara jujur, aku bukannya pengikut aliran reggae tapi aku percaya walau apa sekalipun aliran bawah tanah yang kita ikut, semuanya berkisarkan mengenai satu perkara iaitu memperjuangkan hak dan ingin suara kita didengari. Cuma yang membezakan adalah cara penyampaian dan ideologi-ideologi yang khusus terhadap apa yang diperjuangkan. That's why aku rasa ke semua aliran bawah tanah ni harus UNITE dan stand firm with our point. Walaupun bukan pengikut avid reggae, tapi aku tak tolak daripada mendengar material-material aliran ini. Aku still ingat betapa seronoknya bila sama-sama layan performance-performance local reggae band seperti Republic of Brickfield dan Pure Vibracion bersama rakan-rakan di gig dan share our different passion. Sebab bagi aku, it's not just music... It's culture. And also, aku rasa yang difference should be shared... not seperated.


Pada pendapat aku lagi, society memandang budaya reggae ni as as something yang kotor dan selekeh. Ya, aku tak nafikan sebab as a imej, reggae mempersembahkan imej selekeh dengan penggayaan rambut dreadlock, baju dan seluar yang lusuh serta pengunaan ganja meluas di kalangan pengikutnya. Tapi aku juga beranggapan yang itu adalah watak tersurat yang ditonjolkan. Ia menjadi sesuatu tidak kena kerana ia tidak sama dengan imej 'white collar' society yang beranggapan imej mereka lebih presentable pada mata masyarakat. Tapi mereka buta tidak nampak apa yang tersirat yang terdapat dalam aliran ini. Ia bukan sesuatu yang sekadar fesyen dan trend. Ia adalah culture. Satu perjuangan. Satu persamaan. dan aku juga percaya bahawa masyarakat kita kini lebih bijak dalam membezakan antara baik dan buruk.

Tak semestinya kalau kita ikut reggae, kita seorang yang suka hisap ganja. Tak semestinya juga seorang yang selekeh dan tidak presentable pada mata masyarakat. And the best thing, aku temui lebih banyak cinta terhadap society dalam aliran reggae ini. Itu sebab aku cakap, aku bukan pengikut avid reggae yang berjiwa dan berimej rastafarian (apa itu rasatafarian? Aku akan kupas dalam episod akan datang) tetapi aku tidak tolak apa yang mereka perjuangkan.

gambar hiasan
Oleh sebab eager nak tahu influence reggae terhadap masyarakat, aku cuba temu bual beberapa orang di jalanan secara random. Ada yang beri pendapat positif dan ada juga yang negatif. Yang tak tahu apa-apa pun ada. Dalam 25 orang yang aku tanya, aku tertarik pada jawapan dari seorang remaja india ni yang masa aku interview dia tu, dia tengah pakai wrist band colour merah, kuning, hijau dan memakai baju T-Shirt berlogokan gambar ganja dengan caption-nya "Let's Legalize This". Beliau mengatakan dia ikut reggae ni bukan kerana beliau beranggapan Bob Marley dan kaumnya sama kulit gelap. Bukan juga kerana fesyen dan music semata-mata. Tetapi as a perjuangan kaum beliau (yang sama follow reggae) yang merasa tertindas dengan society terhadap kaum india. So, melalui reggae beliau percaya suara beliau disokong dan didengari dan berada di channel yang betul. Beliau menambah, lebih baik meluahkan rasa melalui lagu dan jiwa aliran ini daripada berbunuhan sesama manusia.

Jadi, ia ternyata bahawa reggae adalah salah satu medium dalam meluahkan suara dan perjuangan terhadap sistem tidak adil, penindasan yang tidak patut dan juga penyemai rasa cinta terhadap satu sama lain. Ia bukan fesyen dan trend. Ia adalah culture. Jadi, sebelum anda memandang serong terhadap orang yang anda nampak selekeh dengan berimejkan reggae, cuba fikir macam ni... "Sekurang-kurangnya mereka mempunyai sesuatu untuk diperjuangkan dan stand firm atas perjuangan mereka... Anda?"

As you guys know, terdapat satu project concert reggae yang terbesar akan dijalankan dan perlukan sokongan anda semua. Coming in From The Cold, ingin mengadakan concert reggae yang dikatakan terbesar dan ingin membawa band-band reggae yang popular datang untuk perform di concert itu yang dinamakan "Langkawi Reggae Sunsplash 2012"... So, visit fan page FB mereka di SINI dan support mereka....

Jika anda mempunyai pendapat mengenai entry ini, sila tinggal di ruang komen... let's share our opinion..


p/s: Fight with flowers as hard as a rock. Next episode (part 2) : rastafarian movement inshallah will be publish next week.

17 April 2012

Band: She & Him


Haha.. Sudah pasti korang naik jelak sebab aku review semua stok artis-artis atau band-band bergenre slow dan mellow.. Seperti yang aku cakap sebelum ni, rileks, everything will come its time... so just stay tune.. Untuk entry kali ni aku nak ketemukan korang dengan one of my favourite band untuk masa ni iaitu She & Him.

Kalau korang dengar lagu-lagu daripada band ini, korang pasti akan ingat lagu-lagu yang dipersembahkan adalah lagu-lagu zaman-zaman John Travolta's Grease dulu... 60's mod pop... Zaman-zaman dimana orang semua stok rambut ais kepal dengan t-shirt ber-vest kemas. Zaman di mana muzik mempunyai culture.. bukan sekadar trend untuk lagak.. Lagipun penyanyi band yang terdiri daripada 2 orang ni merupakan salah seorang pelakon favourite aku iaitu Zooey Deschanel!


M.Ward dan Zooey bertemu dalam set penggambaran filem The Go-Getter di mana Zooey menjadi pelakon utama filem tersebut. Pada waktu tu, kedua-duanya di assign-kan oleh producer filem tersebut untuk berduet dalam lagu soundtrack untuk diletak pada kredit filem tersebut. Jadi mereka berdua pun cover lagu "When I Get To The Border" yang pernah dipopularkan oleh Richard dan Linda Thompson. Sejak dari itu, mereka berdua dapati citarasa muzik mereka sama dan setuju untuk menubuhkan band ini setelah Zooey membuat Ward tertarik dengan demo-demo yang dirakam oleh Zooey sewaktu dahulu yang Zooey sendiri malu untuk bagi sesiapa dengar.


Pada tahun 2008, mereka release album pertama mereka berjudul "Volume 1". Kalau korang nak tau, dalam pembikinan album ini, mereka bekerjasama mostly menerusi email di mana Ward bekerja di Portland, Oregon dan Zooey pulak jauh nun di Los Angeles. Mereka akan berjumpa just untuk finishing touch untuk album mereka itu. Hebat ke tidak tu? And after that mereka berdua take a break kejap kerana Ward membuat tour bersama band-band lain dan Zooey dengan kerja di set filemnya. Untuk album ini, Paste Magazine isytiharkan album ini sebagai "Album #1 Of The Year".

Pada tahun 2008, She & Him membuat jelajah konsert mereka yang meliputi konsert di festival South by Southwest. Dan selepas 2 tahun, mereka releasekan album kedua mereka iaitu "Volume 2". Album tersebut aku boleh kategorikan antara album terbaik pernah aku dengar. Mereka menampilkan genre indie pop di mana mereka lari dari konsep pop yang baru ini dan ekspresi jiwa mereka melalui genre-genre sebegini. Ia cool, santai dan senang untuk diterima. Suara Zooey agak baik dan sesuai dengan karekter beliau dalam real life.
Dan dalam tahun 2010, She & Him membuat jelajah konsert sekali lagi di mana kali ni mereka get more ground. Mereka menjelajah sampai ke negeri-negeri di negara Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, London, Paris dan Berlin. Dan yang bestnyer mereka still diterima dengan baik oleh peminat yang mempunyai citarasa sama dalam irama-irama berinfluence kan 60' retro ni.

Dan album mereka yang paling latest buat masa ni adalah "A Very She & Him Christmas" yang direleasekan pada tahun 2011. Website Amazon.com menyatakan bahawa album ini antara album paling laris dijual sewaktu musim perayaan Christmas. Mereka juga dapat anugerah Grammy untuk "Best Song Written For Visual Media".


So, kepada korang yang sometimes nak juga carik alternatif lain untuk band-band otai 60's dulu, try dengar She & Him. Korang pasti suka. Riff-riff yang simple serta effect recording lagu-lagu mereka berdua ni seolah mereka memakai peralatan antik untuk merakam music mereka. Like zaman-zaman mod dulu kembali hidup!


Quick announcement: as a periodical promotion activity, please visit the Coming in From The Cold (click here to more info) and show your support towards the Langkawi Reggae Sunsplash 2012 concert project...





p/s: Sedih dengar berita Zooey seperate dengan ex-husband nya iaitu Ben Gibbard (penyanyi Death Cab For Cutie - band favourite aku jugak tu)... Mereka berdua nampak sangat serasi bersama dan even lebih banyak idea dalam pembikinan lagu-lagu bersama-sama.

15 April 2012

Artist: Yuna


Bagi pengikut arus indie dan classic modernalis punya flow yang tune in kepada The Kufazuke Show ni sudah pasti dapat jangka yang aku akan review jugak pasal artis yang mempunyai bakat besar dalam industri muzik tanah air ni. Eventhough beliau seorang local talent, tapi aku sangat kagum dengan kesungguhan beliau dalam bidang penggiat seni sehingga mengharumkan nama negara di luar sana.

Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, lahirkan pada 14 November 1986 di Alor Setar, Kedah. Beliau berjinak-jinak dengan penulisan muzik seawal usia 14 tahun dan mula mengadakan show dengan lagu beliau sendiri pada umur 19 tahun. Dan seterusnya aktif di persada seni tanah air pada tahun 2006.

Actually kalau korang nak tau, Yuna start faymous dan dikenali selepas beliau menjadi seorang artis di laman web sosial Myspace. Tak kenal Myspace? Maknanya korang memang muda. Sebab selepas adanya Facebook, Myspace ibarat dah dilupakan terus walaupun laman ni banyak menaikkan artis-artis suatu ketika dahulu. Dah, enough bersedih pasal Myspace, kita teruskan dengan Yuna.


Bila aku terdengar lagu "Dan Sebenarnya" untuk pertama kalinya, aku dapati penyanyi ni mempunyai satu suara yang unik dan jarang kita dapati selepas adanya Ella. Mood melody vokal Yuna boleh dikatakan ala-ala iras Norah Jones atau Bryan Adams versi perempuan dan sangat cantik diselarikan dengan irama muzik beliau yang bergenre Jazz, Pop dan Soul ni. Senang cerita, muzik Yuna ni boleh dikelaskan sebagai indie rock. Lagu-lagu beliau sangat melankolik dan simple, serta amat indah untuk halwa telinga kita. Antara lagu favourite aku would be "Rocket", "After Midnight" dan "Terukir di Bintang". Kalau korang baru-baru nak dengar lagu "Terukir Di Bintang" tu, cuba try... pejam mata sambil dengar dan hayati lirik serta alunan melodinya. Korang akan terasa di buai-buai di bumi Perancis dan rasa tenang ibarat menghadap matahari terbenam di atas Eiffle Tower. Sorry kalau aku terlalu hyperbola.

Antara perkara yang aku kagum dengan Yuna ni adalah sebab cara attitude beliau serta penampilan beliau. Tahukah korang bahawa Yuna ni seorang bekas graduan UiTM dan ada ijazah dalam bidang perundangan? Ye, salah satu bidang yang agak tough kalau nak diikutkan. Malah beliau juga mempunyai share dalam satu butik pakaian iaitu IAMAJETFUELshop di Subang Jaya, Selangor? So, beliau bukanlah calang artis-artis yang hanya eye for glamour dan mempunyai perancangan masa depan yang jauh. Dari segi penampilan, aku suka tengok cara beliau berpakaian modern even bertudung. Beliau tidak perlu mengenakan pakaian-pakaian seksi dan menjolok mata untuk menjadi terkenal. Dan dengan beliau yang boleh bermain gitar serta piano dengan baik sambil menyanyi, menyebabkan beliau tampak sangat versatile dan berskil tinggi.

Dalam penglibatan beliau dalam arena muzik ni, beliau telah menerbitkan beberapa EP dan album:
Yuna (EP)
Decorate (Album)
Decorate (US-EP)
Terukir di Bintang (Album)

Yuna juga telah menang pelbagai anugerah di atas usaha gigih beliau dalam bidang seni muzik dan telah mengadakan jelajah konsert beliau ke seluruh dunia. Jarang ada penyanyi dari Malaysia yang capable buat apa yang beliau sudah achieve. Yuna juga telah buat beberapa cover songs dari lagenda-lagenda seperti P.Ramlee (Gelora Jiwa), Kanye West (Paranoid) dan Nirvana (Come As You Are). Walaupun ia hanya cover, tapi cara pembawaan Yuna terhadap lagu-lagu ni ibarat macam lagu tu kepunyaan beliau pulak. Dan yang paling baru, single beliau yang akan keluar April 2012, iaitu "Live Your Life" telah direlease video muziknya di Youtube dan Yuna telah membuat persembahan di rancangan malam terkenal di Amerika iaitu Conan O'brien.. Aku respek Yuna... Kudos to her...



Quick announcement: as a periodical promotion activity, please visit the Coming in From The Cold (click here) and show your support towards the Langkawi Reggae Sunsplash 2012 concert project...









ps: Love how Yuna put a class jazz music intro indie vibe...

COOLfm: Pintu Otak Sebelah Lain.


Pelik kan dengan tajuk entry untuk kali ni? Apa kena mengenanya COOLfm dengan otak? Dua-dua pun jauh berbeda di mana COOLfm dalam kategori industri hiburan dan otak pulak dalam kategori biologi. Sorry for my words maybe sebab sekarang tengah pukul 3.51am dan aku sedang bermain-main dengan kamus tatabahasa aku yang berada dalam otak dalam keadaan separa sedar.

COOLfm kini sudah 7 hari dikeudarakan (mengikut tarikh entry ini dipublishkan) dan telah banyak info sekerap yang boleh aku review mengenai stesen radio online ini. Tapi sebelum aku pergi dengan lebih lanjut, aku nak tanya satu soalan.

"Apa sebenarnya yang anda harap apabila tune in sesebuah stesen radio?"

Ya, andai soalan itu dituju kepada aku, aku akan jawab, untuk buka minda dengan info-info menarik serta mendengar muzik-muzik yang best. Jika anda buka beberapa stesen radio di tanah air ini, aku pasti korang akan dapati sesuatu yang stereotype. Semua berkisarkan tentang sesuatu yang berlandaskan market semata-mata sehingga hilang the originality sesebuah konsep itu. Come on la, just shuffle DJ-DJ bertugas, dan anda akan dapati semuanya sama saja.

7 hari merupakan satu tempoh yang awal untuk kita judge yang baru naik tetapi COOLfm telah menjadi sesuatu exception. Andai korang tune in COOLfm for the first time, korang mungkin akan dapat culture shock. Sebab di sini, segalanya tidak formal. Bukan tempat anda nak pakai smart-smart untuk nikmati juadah makan malam di restoran mahal bersama orang-orang besar. Seperti konsepnya iaitu bersantai, anda kena let loose all egos, kesempitan minda dan just enjoy the show.

Aku pernah terbaca dalam sebuah artikel bahawa manusia ni perlu dijamah dengan humor dan bahan-bahan yang boleh membuatkan mereka ketawa untuk trigger saraf-saraf otak supaya boleh bukak daya kreativiti dan kecerdasan dengan lebih baik. Disitulah COOLfm mengambil tempatnya. Konsep kartun, komedi dan audio menjadikan COOLfm lain dari yang lain.

Ok, cuba korang fikir balik. Secara rutin harian anda, apa yang korang lalui setiap hari? Mendengar bebelan bos, bebelan isteri/suami, mendengar suara-suara formal ataupun susah nak bukak minda bila disuruh brainstorm untuk sesuatu projek. Itu just a few example aku bagi... mungkin korang ada isu sendiri. So, dengan semua tu, tidak ke korang rasa korang ibarat sebuah robot yang hanya diberi input negatif dan ikut saja arus plan yang telah ditetapkan kepada anda?

Setelah korang tune in kepada COOLfm, korang akan dapati bahawa konsep mereka lari dari stereotype yang korang selalu dijamahkan setiap hari. Pada mulanya mungkin untuk sesetengah daripada korang ni tak dapat nak terima dengan lawak-lawak yang diketengahkan oleh DJ-DJ. Ini barangkali anda masih meletakkan ego intelektual anda setinggi alam lagi. Cuba korang let loose a little dan mula terima jenaka-jenaka mengarut dan meraban yang disediakan, korang pasti akan ikut flow nya. Because everyday kita disuruh atau dipaksa secara tersirat untuk stress dan tegang kerana tidak memanjakan diri dengan breakthrough mengikut pintu otak yang sebelah yang lain. Selama 7 hari ni juga COOLfm banyak improve dari segi idea-idea gila dan karenah-karenah DJ yang bertugas. Anda akan dapat info yang boleh dikatakan gila atau pada pandangan sesetengah daripada korang yang mengatakan "lawak bodoh". Anyway, idea-idea sebegini la yang akan buat korang ketawa dan akhirnya menceriakan hari anda setiap hari.

Dari segi pemilihan lagu-lagu juga, aku rasa COOLfm sebuah radio indipendent yang menengahkan lagu-lagu rare dan tak banyak didengari di stesen-stesen yang lain... Aku tak tau dengan korang semua macam mana tapi bagi aku, aku dah naik jelak dengar benda yang sama je setiap hari. Mau nya tak, pusing-pusing lagu budak-budak akademi gedik, pusing-pusing band-band melayu yang bajet bagus dengan rock kapaknya.. sampai kadang-kadang aku dapat rasa aku duduk kat satu kawasan yang takde kemajuan langsung. Di COOLfm, DJ-DJ gemar memutarkan lagu-lagu yang suatu ketika dulu menjadi lagu yang menjadi siulan orang ramai, yang merevolusikan industri muzik culture dan juga lagu-lagu yang biasa kita dengar sewaktu the golden age of muzik.

Jadi, aku sarankan korang untuk tune in kepada COOLfm dan give it a try... sesungguhnya stesen ini akan bawa sesuatu yang baru kepada anda.

Sila lawati laman ini untuk tune in kepada COOLfm.

COOLfm Radio Station


The Real Russell Peters Live in Malaysia 2012!


Wow.. I don't know about you guys, tapi aku antara die hard fan kepada Russell Peters. Video dia aku pernah post dalam blog ini (sila klik di sini). Russell Peters merupakan antara stand up comedian yang paling terkenal di dunia ini dan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang beliau ini.

Lawak-lawak pelawak yang berasal dari Canada ini sangat versatile dan sangat trigger eye widening facts bila beliau sentuh culture, sosial dan perangai bangsa-bangsa lain. Walaupun dalam persembahan beliau gemar mengupas tentang perkara-perkara yang agak sensitif terhadap perilaku sesebuah bangsa, namun beliau bijak dalam membuat hadirin ketawa dan membuat mereka terima punch line yang agak berat.


Kini setelah lama dinantikan, Russell Peters akhirnya akan mengadakan persembahan di Malaysia. Tempat sudah diconfirmkan iaitu di Shah Alam. Butiran info mengenai show ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Mei 2012
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Tiket akan mula dijual di www.airasiaredtix.com atau www.ticketpro.com.my pada 18hb April 2012 pada jam 9:00 pagi.
Harga tiket: RM128, RM188, RM248, RM338, RM438


Untuk sebarang info, sila lawati fan page Russell Peters di sini.

Jadi apa lagi? Jika anda seorang peminat avid Russell Peters dan ingin perut anda terkoyak sebab gelak banyak sangat, grab tiket anda yang dijangka akan habis dengan laju macam pisang goreng panas yang dijual dikala petang yang dingin atau air tebu yang dijual di kala tengahari panas terik. This is once in a lifetime chance, so BE A MAN...DO THE RIGHT THING... :)

p/s: TAP SOME BONG BY NIGHT!



Let's Interact!

me>