14 April 2012

Artist: Bob Marley


Kalau nak diikutkan aku bukanlah seorang peminat avid lagu-lagu reggae sebenarnya tetapi aku tak kan ambil sambil lewa muzik-muzik dan culture yang membawa revolusi terhadap industri muzik, politik dan sosial di dunia ini. Terdapat pelbagai key figure atau role model yang menjadi lagenda dalam sejarah dan Bob Marley pun tergolong di dalamnya. Dan dengan "Coming From The Cold" ingin menganjurkan "Langkawi Reggae Sunsplash 2012" (sila klik di sini untuk maklumat lanjut), aku harap entry kali ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Kisah mengenai Bob Marley sangat panjang kalau nak dikira dari penglibatan beliau dalam revolusi dalam dunia ni. So, aku maybe akan review serba sedikit mengenai dia supaya korang semua dapat tau serba serbi mengenai beliau ini.

Bob Marley dilahirkan pada 6 Febuari 1945 di Jamaica. Beliau merupakan seorang pemuzik reggae yang berlandaskan nilai-nilai kecintaan terhadap manusia sejagat, sifat rendah diri dan pejuang atas hak-hak yang ditindas. Lagu-lagu beliau memberi suara kepada peminat-peminat beliau terutamanya di Jamaica dalam perjuang hak-hak asasi dalam pergolakan politik negara mereka. Dan seterusnya suara-suara ini disambut di serata dunia.

Bob Marley bermula dengan band beliau yang dinamakan Bob Marley & The Wailers. Siapa tidak kenal lagu-lagu mereka seperti "No Woman, No Cry", "Buffalo Soldier", "Redemption Song" dan "I Shot The Sheriff". Dengan melody muzik beliau berasaskan reggae, ska dan rocksteady, alunan soul yang membuai pendengar amat indah sehingga rasa tenang dan mudah diterima oleh halwa telinga. Ia ibarat fighting with flowers but as hard as a rock. Begitulah konsep mereka mengikut teori aku.

Mungkin side buruk yang aku rasa orang ramai tak boleh nak terima Bob Marley ini adalah penggunaan ganja dalam ekspresi diri beliau dan pengaruh rastafarian (fahaman gerakan kumpulan beliau) terhadap peminat yang menjadi batu penghalang kita daripada melihat keindahan sebenar seni dan karya yang Bob Marley ketengahkan. Andai kita mampu buka mata dengan lebih besar dan melihat kecantikan di sebalik mendung seni beliau, kita akan nampak perjuangan yang beliau seru.

Dalam karier Bob Marley dalam muzik beliau, banyak album telah diterbitkan dan konsert dijalankan. Berikut adalah album-album yang dikeluarkan:


The Wailing Wailers (1965)
The Best of The Wailers (1970)
Soul Rebels (1970)
Soul Revolution (1971)
Catch a Fire (1973)
Burnin' (1973)
Natty Dread (1974)
Rastaman Vibration (1976)
Exodus (1977)
Kaya (1978)
Survival (1979)
Uprising (1980)
Confrontation (1983)


Bagi aku, Bob Marley memberi kesan yang besar terhadap culture muzik di dunia di mana beliau berani mencabar politician, penindas-penindas yang merasakan diri mereka hebat dan semai sifat cinta di dalam peminat-peminat beliau. Beliau juga banyak memberi quote dan falsafah yang banyak digunakan even pada masa sekarang.

Bob Marley disahkan menghidap kanser kulit pada tahun 1977 yang didapati pada bawah kuku salah satu jari kaki beliau. Beliau bagaimanapun tolak nasihat doktor yang mencadangkan kakinya untuk dipotong. Dan dalam keadaan begitu juga beliau tetap teruskan perjuangan beliau dalam seni sehinggalah keadaan beliau menjadi lebih teruk. Setelah 8 bulan berperang dengan penyakit yang beliau hadapi tanpa hasil positif, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air beliau. Masa tu Bob Marley sedang mengadakan jelajah konsert di Jerman. Dalam perjalanan pulang, kanser tersebut telah merebak ke bahagian-bahagian penting dalam tubuh badan beliau dan dikejarkan ke hospital Miami semasa penerbangan berhenti di Amerika. Di atas katil hospital itulah beliau, seorang lagenda, menghembuskan nafas yang terakhir.

Walaupun sudah tiada, seni, karya dan juga culture yang beliau bawa masih lagi dipegang teguh oleh peminat dan mash lagi hidup sehingga sekarang.


For your information, di COOLfm juga terdapat seorang DJ yang akan memainkan lagu-lagu reggae di dalam slot beliau. So, keep tune in kepada COOLfm untuk menikmati irama-irama "high" dan layan kepala anda dalam keindahan seni ini. Waktu apa, bila masa, tu semua aku tak tau.... so, anda kena la dengar stesen ni dengan lebih kerap supaya tidak terlepas segmen ini.



p/s: Come on Buffalo Soldier.



2 comments:

tonePOE said...

Terima Kasih Kufazuke.

KUFAZ said...

you're welcome bro... lets reborn those golden era of influential culture of music back to live...

Let's Interact!

me>