22 April 2012

COOLfm: Band Review: Poisonous Remedy


Poisonous Remedy.... atau direct translate kepada bahasa melayunya "Penawar beracun" membawa pelbagai erti dan maksud. Seperti kata pujangga Inggeris iaitu "Sometimes... everything good is bad for you". Itu just teori dan pendapat aku, pada band ini lain pulak maksudnya. Mereka berkata, Poisonous Remedy ini diambil atas maksud unsur positif dan negatif dalam kehidupan. Ia ibarat yin dan yang yang sinonim dengan sebatian antara dua unsur ini dalam melengkapkan satu kuasa yang besar. That's why kita dapat mendengar dan melihat tentang nilai-nilai kehidupan, pengalaman dan situasi menerusi lagu-lagu mereka.

Band ini yang bergenre kan muzik modern rock yang dicampur dengan element 80's rock telah mengeluarkan 2 buah single iaitu "Satu" dan "Lenyap" serta kini dalam pembikinan single ketiga mereka yang berjudul "Penghuni Syurga". Lagu-lagu ini dikatakan akan dimuatkan di dalam EP mereka yang sedang dalam proses rakaman itu.


Band ini consist of:
Ruru - Vocalist / Gitar
Kicap - Gitar
Sani - Gitar / Keyboard
Ayam - Bass
Din - Drum

Band ini ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Ayam dan Din. Mereka berdua merupakan ex-ahli band 6th in Line yang telah berpecah. Posisi vokal kemudiannya diisi dengan kehadiran Ruru yang direkemen oleh Din. Dan bagaikan chain event, Ruru mengajak pula rakan sepejabat beliau iaitu Kicap untuk mengisi posisi gitar. Mereka mula mengekperimentasi muzik mereka bersama dan akhirnya band ini lengkap dengan kemasukan Sani untuk mengisi posisi gitar dan keyboard untuk memantapkan lagi susunan melodi dan extra kick dalam susunan lagu mereka. Di atas pengaruh muzik yang berbeza di setiap anggota band ini, ia mula bercampur dan sebati menghasilkan irama Poisonous Remedy.


Setelah disearch mengenai band mereka di internet ni, aku telah dengar 2 lagu mereka iaitu Satu dan Lenyap. Aku ingin review tentang lagu single pertama mereka iaitu Satu. Ia merupakan sebuah lagu bertemakan cinta dengan susunan melodi yang baik. Dari segi vokal, aku rasa Ruru menjalankan satu kerja yang bagus kerana dapat didengar disitu suaranya harmonic dengan riff-riff dan rangka lagu tersebut. Gitar-gitar dan keyboard menjadi satu sebatian yang padu membuatkan lagu ini nampak hidup dan flow dengan lirik mereka yang bersifat kesedihan itu. Yang aku kagum dalam lagu ini adalah permainan dan sound drum yang sync dengan keyboard dan bass menjadi tulang belakang lagu ini. Pukulan drum pada awal lagu yang ala-ala bersahaja menyerlah element 80's yang menengahkan pukulan berbunyi bass menjadikan lagu ini kedengaran santai. Macam ala-ala Beach Boys bertemu OAG. Cuma komen aku pada lagu ini adalah energy vokal pada chorus lagi-lagi part last "Mungkin suatu...." selepas perubahan octave lagu ini, andai dinaikkan lagi akan lebih serlahkan seni lirik yang sememangnya bertujuan meluahkan perasaan. Dan, sedikit sebanyak lagu ini tampak berinfluencekan Nitrus dan Sofaz. Walaupun tak banyak, tetapi sedikit style terdapat di sana. Rata-rata aku bagi kudos dan thumbs up pada band ini yang ingin mengeksperimentasi genre mereka sendiri. Dan aku dapat rasa band ni andai diketengahkan, boleh pergi lebih jauh.


Andai korang nak mengenali band ini dengan lebih dekat, sila klik pada link-link di bawah ini:

http://www.reverbnation.com/poisonousremedy

http://www.facebook.com/pages/Poisonous-Remedy/254930831185423 - like pada fan page mereka di Facebook.


http://twitter.com/#!/poisonous_rem - Tweet kepada mereka!


Syabas Poisonous Remedy : 3.5 / 5






p/s: Lagu mereka boleh didengari di COOLfm... so stay tune kepada COOLfm.. rakan Ting Tong online anda di http://coolfmradiozone.blogspot.com






1 comment:

Poisonous Remedy said...

dengarkan single terbaru Poisonous Remedy - Penghuni Syurga http://www.youtube.com/watch?v=20t70y_T02o&feature=youtu.be

Let's Interact!

me>