15 April 2012

Artist: Yuna


Bagi pengikut arus indie dan classic modernalis punya flow yang tune in kepada The Kufazuke Show ni sudah pasti dapat jangka yang aku akan review jugak pasal artis yang mempunyai bakat besar dalam industri muzik tanah air ni. Eventhough beliau seorang local talent, tapi aku sangat kagum dengan kesungguhan beliau dalam bidang penggiat seni sehingga mengharumkan nama negara di luar sana.

Yuna, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, lahirkan pada 14 November 1986 di Alor Setar, Kedah. Beliau berjinak-jinak dengan penulisan muzik seawal usia 14 tahun dan mula mengadakan show dengan lagu beliau sendiri pada umur 19 tahun. Dan seterusnya aktif di persada seni tanah air pada tahun 2006.

Actually kalau korang nak tau, Yuna start faymous dan dikenali selepas beliau menjadi seorang artis di laman web sosial Myspace. Tak kenal Myspace? Maknanya korang memang muda. Sebab selepas adanya Facebook, Myspace ibarat dah dilupakan terus walaupun laman ni banyak menaikkan artis-artis suatu ketika dahulu. Dah, enough bersedih pasal Myspace, kita teruskan dengan Yuna.


Bila aku terdengar lagu "Dan Sebenarnya" untuk pertama kalinya, aku dapati penyanyi ni mempunyai satu suara yang unik dan jarang kita dapati selepas adanya Ella. Mood melody vokal Yuna boleh dikatakan ala-ala iras Norah Jones atau Bryan Adams versi perempuan dan sangat cantik diselarikan dengan irama muzik beliau yang bergenre Jazz, Pop dan Soul ni. Senang cerita, muzik Yuna ni boleh dikelaskan sebagai indie rock. Lagu-lagu beliau sangat melankolik dan simple, serta amat indah untuk halwa telinga kita. Antara lagu favourite aku would be "Rocket", "After Midnight" dan "Terukir di Bintang". Kalau korang baru-baru nak dengar lagu "Terukir Di Bintang" tu, cuba try... pejam mata sambil dengar dan hayati lirik serta alunan melodinya. Korang akan terasa di buai-buai di bumi Perancis dan rasa tenang ibarat menghadap matahari terbenam di atas Eiffle Tower. Sorry kalau aku terlalu hyperbola.

Antara perkara yang aku kagum dengan Yuna ni adalah sebab cara attitude beliau serta penampilan beliau. Tahukah korang bahawa Yuna ni seorang bekas graduan UiTM dan ada ijazah dalam bidang perundangan? Ye, salah satu bidang yang agak tough kalau nak diikutkan. Malah beliau juga mempunyai share dalam satu butik pakaian iaitu IAMAJETFUELshop di Subang Jaya, Selangor? So, beliau bukanlah calang artis-artis yang hanya eye for glamour dan mempunyai perancangan masa depan yang jauh. Dari segi penampilan, aku suka tengok cara beliau berpakaian modern even bertudung. Beliau tidak perlu mengenakan pakaian-pakaian seksi dan menjolok mata untuk menjadi terkenal. Dan dengan beliau yang boleh bermain gitar serta piano dengan baik sambil menyanyi, menyebabkan beliau tampak sangat versatile dan berskil tinggi.

Dalam penglibatan beliau dalam arena muzik ni, beliau telah menerbitkan beberapa EP dan album:
Yuna (EP)
Decorate (Album)
Decorate (US-EP)
Terukir di Bintang (Album)

Yuna juga telah menang pelbagai anugerah di atas usaha gigih beliau dalam bidang seni muzik dan telah mengadakan jelajah konsert beliau ke seluruh dunia. Jarang ada penyanyi dari Malaysia yang capable buat apa yang beliau sudah achieve. Yuna juga telah buat beberapa cover songs dari lagenda-lagenda seperti P.Ramlee (Gelora Jiwa), Kanye West (Paranoid) dan Nirvana (Come As You Are). Walaupun ia hanya cover, tapi cara pembawaan Yuna terhadap lagu-lagu ni ibarat macam lagu tu kepunyaan beliau pulak. Dan yang paling baru, single beliau yang akan keluar April 2012, iaitu "Live Your Life" telah direlease video muziknya di Youtube dan Yuna telah membuat persembahan di rancangan malam terkenal di Amerika iaitu Conan O'brien.. Aku respek Yuna... Kudos to her...



Quick announcement: as a periodical promotion activity, please visit the Coming in From The Cold (click here) and show your support towards the Langkawi Reggae Sunsplash 2012 concert project...









ps: Love how Yuna put a class jazz music intro indie vibe...

Post a Comment

Let's Interact!

me>