23 April 2012

Band: Radish


Band ini merupakan antara band yang aku minati sewaktu aku di bangku sekolah dulu. Maybe pada orang-orang sebaya aku atau yang pernah kenal band ni je yang tau pasal mereka ni. Nak-nak diorang pulak tak pernah muncul dengan album lain selepas album pertama mereka. So tak banyak sangat material yang kita boleh dengar daripada band ni.

Radish consist of:
Ben Kweller - Gitar / Vocal
John Kent - Bass
Bryan Blur - Drum

Radish mengelarkan genre muzik mereka sebagai "Sugar Metal" di mana mereka mengadun kombinasi alternative rock, sedikit unsur metal yang tidak berat serta pop yang segar. Dan tak salah juga kalau aku cakap mereka ni sedikit sebanyak tak padamkan unsur country sound mereka dalam lagu-lagu. Band yang ditubuhkan pada tahun 1993 ini bermula dengan bermain secara live di tanah kelahiran mereka di Greenville, dan mengeluarkan 2 demo yang berjudul "Dizzy" (1994) dan "Hello" (1995).


Eventhough mereka cuma muncul dengan satu album dan dua buah demo, tapi aku seronok dengar band ni kerana jarang ada band yang memberi nafas baru terhadap lagu-lagu rock yang bersifat fresh ni. Kalau korang dengar lagu single mereka iaitu "Little Pink Stars", korang akan dapat dengar penggunaan-penggunaan riff yang bersahaja dan simple tetapi tak memadamkan sifat semula jadi rock dalam melodi. Jika melodi itu merupakan sesuatu benda fizikal, ia boleh dikategori kan sebagai gula-gula mint. Aku tak tau macam mana aku boleh come out dengan perumpamaan tu tapi itu yang aku dapat rasa bila mendengar lagu-lagu dari Radish ini.

Track song yang aku saran korang dengar adalah :

Little Pink Stars, Failing and Leaving, Dear Aunt Artica dan My Guitar...

Try dengar dan korang akan dapati kemanisan dan perbezaannya.

p/s: Lagu-lagu Radish ni banyak berkisar tentang kehidupan yang selekeh... Tapi benar... :)



Post a Comment

Let's Interact!

me>