17 April 2012

Band: She & Him


Haha.. Sudah pasti korang naik jelak sebab aku review semua stok artis-artis atau band-band bergenre slow dan mellow.. Seperti yang aku cakap sebelum ni, rileks, everything will come its time... so just stay tune.. Untuk entry kali ni aku nak ketemukan korang dengan one of my favourite band untuk masa ni iaitu She & Him.

Kalau korang dengar lagu-lagu daripada band ini, korang pasti akan ingat lagu-lagu yang dipersembahkan adalah lagu-lagu zaman-zaman John Travolta's Grease dulu... 60's mod pop... Zaman-zaman dimana orang semua stok rambut ais kepal dengan t-shirt ber-vest kemas. Zaman di mana muzik mempunyai culture.. bukan sekadar trend untuk lagak.. Lagipun penyanyi band yang terdiri daripada 2 orang ni merupakan salah seorang pelakon favourite aku iaitu Zooey Deschanel!


M.Ward dan Zooey bertemu dalam set penggambaran filem The Go-Getter di mana Zooey menjadi pelakon utama filem tersebut. Pada waktu tu, kedua-duanya di assign-kan oleh producer filem tersebut untuk berduet dalam lagu soundtrack untuk diletak pada kredit filem tersebut. Jadi mereka berdua pun cover lagu "When I Get To The Border" yang pernah dipopularkan oleh Richard dan Linda Thompson. Sejak dari itu, mereka berdua dapati citarasa muzik mereka sama dan setuju untuk menubuhkan band ini setelah Zooey membuat Ward tertarik dengan demo-demo yang dirakam oleh Zooey sewaktu dahulu yang Zooey sendiri malu untuk bagi sesiapa dengar.


Pada tahun 2008, mereka release album pertama mereka berjudul "Volume 1". Kalau korang nak tau, dalam pembikinan album ini, mereka bekerjasama mostly menerusi email di mana Ward bekerja di Portland, Oregon dan Zooey pulak jauh nun di Los Angeles. Mereka akan berjumpa just untuk finishing touch untuk album mereka itu. Hebat ke tidak tu? And after that mereka berdua take a break kejap kerana Ward membuat tour bersama band-band lain dan Zooey dengan kerja di set filemnya. Untuk album ini, Paste Magazine isytiharkan album ini sebagai "Album #1 Of The Year".

Pada tahun 2008, She & Him membuat jelajah konsert mereka yang meliputi konsert di festival South by Southwest. Dan selepas 2 tahun, mereka releasekan album kedua mereka iaitu "Volume 2". Album tersebut aku boleh kategorikan antara album terbaik pernah aku dengar. Mereka menampilkan genre indie pop di mana mereka lari dari konsep pop yang baru ini dan ekspresi jiwa mereka melalui genre-genre sebegini. Ia cool, santai dan senang untuk diterima. Suara Zooey agak baik dan sesuai dengan karekter beliau dalam real life.
Dan dalam tahun 2010, She & Him membuat jelajah konsert sekali lagi di mana kali ni mereka get more ground. Mereka menjelajah sampai ke negeri-negeri di negara Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, London, Paris dan Berlin. Dan yang bestnyer mereka still diterima dengan baik oleh peminat yang mempunyai citarasa sama dalam irama-irama berinfluence kan 60' retro ni.

Dan album mereka yang paling latest buat masa ni adalah "A Very She & Him Christmas" yang direleasekan pada tahun 2011. Website Amazon.com menyatakan bahawa album ini antara album paling laris dijual sewaktu musim perayaan Christmas. Mereka juga dapat anugerah Grammy untuk "Best Song Written For Visual Media".


So, kepada korang yang sometimes nak juga carik alternatif lain untuk band-band otai 60's dulu, try dengar She & Him. Korang pasti suka. Riff-riff yang simple serta effect recording lagu-lagu mereka berdua ni seolah mereka memakai peralatan antik untuk merakam music mereka. Like zaman-zaman mod dulu kembali hidup!


Quick announcement: as a periodical promotion activity, please visit the Coming in From The Cold (click here to more info) and show your support towards the Langkawi Reggae Sunsplash 2012 concert project...





p/s: Sedih dengar berita Zooey seperate dengan ex-husband nya iaitu Ben Gibbard (penyanyi Death Cab For Cutie - band favourite aku jugak tu)... Mereka berdua nampak sangat serasi bersama dan even lebih banyak idea dalam pembikinan lagu-lagu bersama-sama.

Post a Comment

Let's Interact!

me>